Tiket Penerbangan ke Krabi

Assalamualaikum Mari saya mulakan topik pasal Krabi ni dengan menceritakan harga tambang penerbangan ke sana Saya tinggal di...



Assalamualaikum

Mari saya mulakan topik pasal Krabi ni dengan menceritakan harga tambang penerbangan ke sana

Saya tinggal di Kuala Terengganu, jadi
 tiapkali travel akan transit

Dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur, saya dah beli lama tiket. Booking date Jun 2016 lagi. Heehe boleh rujuk pada gambar di bawah. 


RM 23.32? Ya betul. 
Ini jumlah berdua. Sehala. 
Tak silap masa ni AA promosi RM 9 
Tiket bas pun tak dapat murah
 macam ni😂


Tiket ke Krabi pula saya beli taklah terlalu awal, tak juga terlalu lewat
Ini tiket sehala Kuala Lumpur ke Krabi, harga dipaparkan RM 194 itu untuk dua orang. Jadi sehala RM 97 seorang. 
Bagi saya murah dah, perjalanan ke Krabi pula 1 jam 20 minit. 



Lama jugak rasa (sebab pertukaran waktu kan) Krabi waktu lambat satu jam dari Malaysia, taklah terlalu sekejap macam masa saya ke Medan dulu 30 minit aje dalam perjalanan kapten dah buat pengumuman "kejap lagi kita dah nak mendarat". Haha

Saya ni jenis suka beli tiket sehala dulu, kalau tak jadi pergi, taklah terasa sangat 😂

Okay tu baru sehala tau. 
Ini pula tiket sehala perjalanan balik
 Krabi ke KL, tengok booking date lambat juga saya beli kan. Heehe, 2120 tu dalam Thai baht



Lebih kurang RM 212 tu termasuk seorang makan. Harga untuk dua orang RM 212. Seorang dalam 90+ aje tiket sehala.


Boleh rujuk gambar di atas

Saya tambah makanan masa perjalanan balik, last minute add on. Nasiblah diterima. Buat bayaran secara online pun kena tukar ke matawang Thai dah sebab masa tu sedang berada di Krabi dah pun 😂 

Tambah makanan sebab bertolak balik pada awal pagi. Pagi selalunya memang lapar dan banyak kali dah sebelum ni saya menyesal tak pesan makanan lebih awal.. 
😂 😂

Terliur tau bila bau makanan semasa dalam penerbangan. Hahahaha 😂

Tapii kan, nak beritahu sedap sungguh makanan dalam AirAsia ni!

Perjalanan semasa balik saya pesan
 Nasi Lemak Pak Naseer.. Ya Allah, sambal dia memang menjadi. Ada rendang ayam pulak tu dalam nasi lemak 😍 😍 

Nah saya belanja gambar 😉


Hahaha okay tu saja kot nak cerita.

Tips nak merasa tambang murah, masa beli tiket jangan beli seat. Saya selalunya memang tak beli seat, baggages. Masa check in tiket, memang waktu ditunggu tunggu untuk saya lihat seat dengan suami jauh ke tak. Selalunya berdekatan aje 
✈ Semasa perjalanan KL ke Krabi, seat suami depan saya. Sama sama tepi tingkap. 

✈ Pun sama semasa balik dari Krabi ke KL, saya tak beli seat juga.

Bersebelahan, cuma dipisah laluan tengah je. Haha. Bila semua penumpang duduk, tengok dua seat sebelah saya kosong. 
Nak jadi rezeki kami kan, suami pun pindah duk sebelah saya. Bolehlah kongsi makan dan minum bersama 😂


Nota tambahan : Kalau ada peluang dapat rebut tiket murah semasa promosi AirAsia lagi best. Kalau tak silap promo selalunya ke Krabi RM 30+ aje sehala. Murahkan? Jadi tiada alasan "mahalnya nak jalan jalan jauh", 
Nak dengan tak nak je 😊

Taklah mahal mana sebenarnya.. terkadang lebih murah dari melancong dari dalam negara sendiri. Opsss. Hahaha MAAF atas kejujuran saya ni 😁


Alhamdulilah, itu saja nak dikongsi kali ini 
Semoga ada manfaatnya 

You Might Also Like

4 comments

  1. Salam nak tnya. Tiket sehala dr krabi ke kl bayar dalam baht ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam, bayar dalam Ringgit. Dia inform situ je dalam baht

      Delete
  2. Salam, nak tnya, kalau tak ambik baggage, guna cabin yg 7kg tu je ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam, yer.. Guna yang tu je. Boleh bawa beg galas..

      Boleh baca sini:

      http://www.husnieyhusain.com/2018/10/persediaan-untuk-anda-yang-ingin.html?m=1

      Delete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.