Scenic View of Pulau Kekabu, Marang sesuai untuk beriadah!

May 2017 |  Jalan Jalan di Taman Rekreasi Pulau Kekabu, Marang Terengganu Assalamu'alaikum, Harini nak kongsikan aktiviti Ahad l...

May 2017 | Jalan Jalan di Taman Rekreasi Pulau Kekabu, Marang Terengganu


Assalamu'alaikum,
Harini nak kongsikan aktiviti Ahad lepas bersama adinda Husniey namanya Che Engku Balqis.
Balqis ni baru je habis matrik, haritu kami sekeluarga besar bercuti ke Pulau Kapas dia tak dapat ikut sebab sibuk nak exam. Kira macam ajak dia lepaskan stress lah. Gituu.. Kebetulan minggu lepas mak ayah datang rumah nak hadiri kenduri saudara di Kuala Terengganu ni jugak, so dia tinggalkanlah adinda dikasihi ni bersama Husniey. Tak plan beria pun. Alhamdulillah..

Sebelum ke Pulau Kekabu ni, kami bersuka ria di Pulau Kapas dulu 😂 😂
One word bila tengok permandangan di kawasan sini, SubhanaAllah!
Sungguh cantik permandangan disini.. 😍


Pulau Kekabu ini tak perlu diakses dengan naik bot ke apa. Berdekatan dengan jeti Marang. Jalan kaki je.. Sebelum ni pernah singgah di Taman Rimba Marang je, berdekatan lah dengan Pulau Kekabu ni.. Boleh baca SINI entri yang lepas..


Lokasi pantai cantik ini baru husniey tahu. Ya, baru tahu! Haha padahal dah 3 tahun menetap di Kuala Terengganu sejak berkahwin dengan orang sini. Dulu duk daerah Kemaman bersama keluarga.
Bukan selalu pun ada masa nak jalan jalan. Suami payah nak cuti, kalau jalan jauh atau nak balik kampung, barulah dia apply cuti

Tapi rasanya baru lagi dinaiktaraf tempat ni, sebab nampak kemudahan yang ada macam baru dibina.

Kemudahan : Ada tandas awam, beberapa gerai gerai jualan, ada padang bola, playground untuk kanak kanak di kawasan ni..


Padang bola, tandas awam, siap ada shower kat luar lagi. Heee. 

Pantainya cantik sangat. Landai. Tak pasti boleh mandi ke tak, tapi pantai di Terengganu ni kebanyakannya tak boleh mandi kecuali di pulau.. Please take note ye. Sebab permukaan pantai yang tetiba dalam, bahaya. Kalau musim ombak besar tu lagi lah, bahaya. Kebanyakannya pantai tak sesuai untuk mandi. Berkelah okay je 😊👍


Permandangan Indah dan Unik. 

Suasana keindahan sekitar kawasan Pulau Kekabu

Village view sangat kan 😍😍 


Sungai kecik. Jernih je air.. Menarik kan permandangan ni? Rasa nak lukis je ^^,

Kami duk lepak sini kejap sambil minum air makan makan keropok, haa mengantuk duk sini.
Angin sepoi sepoi bahasa pulak. Nikmat sungguh! 😍
Yang menjadikan permandangan di sini unik, kawasan ni ada muara sungai, juga ada paya bakau dan pantai.. Haa boleh bayangkan tak.. Cantik sangat. Tengok dalam gambar tak dapat feel rasa cantik. Dapat tengok depan mata sendiri. Mesti korang rasa nak menjerit. "Wahh cantiknyaa.."🙊🙊



See this map ~ 

Kami jalan kaki je merentasi jambatan nak ke kawasan pantai, jom layan gambar ;


Jambatan ni motor kereta pun lalu, sibuk jugak la so kena jalan laju laju.. 
Haha tapi masih sempat pulak duk bergambar 😂


Batu batu besar ni ~ 




Lagi view indah 😍

Haih cantik kan. Macam kat Melbourne je. Haha padahal tak pernah sampai lagi Melbourne 😂 
Ke macam Sydney? HAHA reka sungguh

Jalan jalan lagi ke depan. Husniey jumpa buaian ala Lombok ni ~ 
Rupanya dekat kawasan ini pun ada, tak berebut pulak tu dengan orang lain masa kami nak bergambar. Orang tak ramai sangat. 
Maybe sebab hari bekerja kot

panas ketik cuaca ~ 








Hari minggu ramailah kot orang tempatan duk berkelah kat sini 😍


Permandangan di kawasan muara sungai :





Gambar kawasan sekitar pantai pulau kekabu ❤

Falling in loveeee with this place!







Paya bakau ~


Sungai ~~ 


Muka main panas, tona muka makin gelap terserlah kelihatan disitu! =P




Ada banyak pokok kelapa, pokok rhu, pokok bakau.. Sungainya pun bersih jernih.
Jambatan yang menghubungkan ke Pulau Kekabu ni ada dua..


Jambatan yang berdekatan dengan​ Pasar Marang. Jalan kaki aje dari situ


Ni jambatan belah jauh sikit. Kami jalan kaki habis seluruh kawasan ni. 
Feeling kurus sekejap! Haha 


Gambar selfie tak banyak, sebab muka berlengaih dah 😂
Masa pergi ni baru balik pulau, memang comot habis

Nah husniey kongsikan peta lokasi ke Pulau Kekabu ni  :



Niat asalnya nak jalan jalan di Pulau je, tapi dah jadi dua destinasi dapat dilawati haritu,
Alhamdulilahhh, syukur dapat lihat pelbagai keindahan ni, tenang betul hati ini melihat kecantikan ciptaan Allah 
TERIMA KASIH BACA, kalau rajin komen lah sekali ye :)

You Might Also Like

13 comments

  1. zizie orang terengganu pun tak tahu ni ada pulau kekabu.. ke dah lupa kewujudannya.. hehehehe.. nice.. nnt nak pergi la hujung minggu ni ke.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Zizi orang kampung kita jugok rupanya.. 😍

      Gi lah jalan jalan, confirm nok gi pulok kekgi.. Ni pun Husniey dok puas jalan haritu sebab suami dok ikut. Nok gi dating sini pahni Permandangan​ pun tenang, unik 😔😘

      Delete
  2. Terengganu is awesome. Semua cantik belaka. Nak duduk Ganu lah gini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awesome sangat.. Rasa macam ada banyak tempat menarik yang tak di explore lagi.. Banyak sangat tempat cantik.

      Mana tahu nanti ada rezeki Ana sekeluarga pindah Terengganu 😘

      Delete
  3. semaking merindui Terengganu pulak rasanya...cantik2 belaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti dah lama tu tak jalan jalan Terengganu kak Fuzy. Heee meh la jalan jalan, makin cantik sekarang banyak pantai kena wajib singgah.. Semua tempat dah dinaiktaraf 😍

      Delete
  4. Cantiknya. Dah mcm kt Lombok dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantikk sungguh MamaPP.
      Tak puas mata memandang 🌸

      Delete
  5. Tak sangka masih ada sungai yang jernih. Part buaian tu paling jeles tu, nak pergiiii!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih ada Mai..

      Meh la main buaian ala Lombok banyok jugok kat sini ~

      Delete
  6. Oo kat sana pun ada jugak buaian ala Lombok ek. Bagus betul tau Terengganu ni. Ikut perkembangan semasa. Cantik nampak tempatnya. Bestnya bergambar kat sini =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan pantai di seluruh Terengganu dah ada buaian Lombok ni Siqah.. Hehe. Di Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Kemaman..

      Tahun ni tahun melawat Terengganu tu yang kemain kerajaan negeri duk usaha cantikkan tempat tempat menarik 😍

      Eh tetiba macam duta negeri pulak Husniey, Hahaa semangat explain 😂

      Delete
  7. Loving the information on this site, you have done great job on the articles.

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.