Insan disayangi selepas mak ❤

Assalamualaikum.. Selamat Hari Bapa buat semua yang bergelar bapa di dunia. Wah gitu, di dunia terus.. 😂 Bercakap tentang bapa, Al...

Assalamualaikum..
Selamat Hari Bapa buat semua yang bergelar bapa di dunia. Wah gitu, di dunia terus.. 😂


Bercakap tentang bapa, Alhamdulillah Husniey masih diberi peluang merasai kasih sayang seorang bapa. Tahun ni ayah Husniey berumur 54 tahun.
Tua dah ayah, tapi kuat lagi semangatnya dalam dunia kerjaya, dalam ibadat, dalam tiap hari yang dilaluinya. Beliau sangat produktif, positif dalam tiap sudut..
Ada saja yang ingin beliau lakukan untuk menjadikan kehidupan sehariannya bermanfaat untuk diri, untuk mak dan anak anaknya

Semangat dan kekuatan yang ada dalam diri ni pun hasil didikan ayah kepada Husniey.. Walaupun ayah bukanlah seorang guru atau ustaz, atau pun professor..
Ayah banyak jadi tempat rujukan husniey bila waktu keliru dan perlukan nasihat.. ❤

Sejak dari kecil ayah memang seorang yang tegas dengan anak anak.. Bagi memastikan anak membesar menjadi orang yang berbudi pekerti..
Dah dewasa semua anak anak ayah,
ni lah baru ayah jarang dah marah marah. Katanya nak jaga jantung 😊

Husniey pula dah 24 tahun (tak cukup umur lagi, bulan 8 nanti, huhu)
Tak lain dan tak bukan,
doa ikhlas dari hati ni moga ayah sihat selalu..



Moga ayah panjang umur 😭😭
Masa yang ada ini, moga antara kenangan paling terbaik dan terindah untuk kita dan keluarga kita..

Ya husniey tahu dan sedar hidup ni tak lama, memandangkan masa kini turut cepat terasa berlalu..

Moga Husniey sempat membahagiakan mereka dengan cara yang mereka inginkan, dan dengan cara yang husniey mampu dan inginkan juga..

Setakat ni lelaki yang baik husniey kenal..
Ayah, arwah ayah mertua.. Suamiku..
Lelaki ni seperti mana kita tahu,
tak complicated. Cool je sikapnya..


Cabaran hidup yang ditanggungnya, jarang sekali dapat dengar rungutan..
Yang ayah tahu dia tetap tak berputus asa untuk pastikan kebahagiaan dan keselesaan anak anaknya..

Moga Allah jaga tiap langkah ayah, walaupun Husniey jauh dimata.. Tapi ayah selalu dekat dihati dan doa..

Kalau cakap pasal mak atau ayah, memang cepat tersentuh hati ni.. Aduhhh, kan dah menangis sambil menaip 😭😭

Terima kasih ayah banyak memberi contoh yang baik untuk along.. Moga tak lama lagi, Allah makbulkan doa kita..

Along nak sangat tengok ayah jadi Tokki (Datuk) 😥

Hanya Allah yang tahu bila waktunya untuk kita..

Maafkan along andai menyusahkan​ ayah selama hidup membujang dulu..
Sejak kahwin ni, along tahu ayah sokmo rindu along, mungkin ayah betul betul tersedar yang anak sulungnya ni dah bebetul bawah tanggungjawab lelaki lain. Dan makin jauh jarak dengan ayah..

Terima kasih banyak ayah,
Along banyak pinjam semangat ayah, selalu dengarkan dan ingat nasihat nasihat ayah sepanjang melalui kehidupan ni..
Moga ayah merasa beruntung punya anak seperti along ❤❤

Tak mampu nak bagi harta berjuta, tak mampu nak belikan hadiah mahal mahal. Tapi along tak lupa ayah dalam tiap doa, dan memberi hanya ikut kemampuan Along.. Mudahan Allah redhai 

You Might Also Like

9 comments

  1. Harusss syg kedua-duanya.. Tanpa dia tiadalah kita kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu wajib kita menyayangi mereka,sis Lea 😍

      Tanpa mereka tiada warna hidup ni

      Delete
  2. Ayah dan ibu, dua insan yang tidak akan pernah kita lupa dalam doa kita <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiap 5 waktu dalam doa, kadang kala terlebih pula, hehe nak nak yang duduk jauh dgn orang tua mesti selalu mendoakan tiapkali teringat❤❤

      Delete
  3. Happy family. hehe. Tanpa ayah dan ibu siapalah kita kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. ❤

      Tiada berseri hidup ni kalau tak kerana mereka 😥

      Delete
  4. Semoga Husniey dipermudahkan urusan berbakti dan memberi kebahagiaan pada kedua orang tua. Doakan Mai juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaminnn. Mudah mudahan Mai..

      Moga yang terbaik juga untuk Mai❤

      Delete
  5. Kira muda lagi lah ayah, kalau kerja kerajaan belum pencen lagi tu, apa2 pun semoga ayah Husniey sentiasa sihat dan diberikan keluarga yang sentiasa berkasih sayang, amin...

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.