Bebelan 31 Julai 🌸

Assalamualaikum.. Di hari terakhir bagi bulan Julai ni,  31 Julai 2017 Isnin Husniey sajalah kan nak update, Seriously husniey sedar ...

Assalamualaikum..

Di hari terakhir bagi bulan Julai ni,
 31 Julai 2017 Isnin

Husniey sajalah kan nak update,
Seriously husniey sedar je bulan ni kurang sikit nak update blog..

Bukan tak nak sharing apa apa, tapi banyak urusan serta ujian dan cabaran sikit bulan Julai tahun ni.. 😭

Alhamdulillah sedar tak sedar,
dah 117+ Pageviews blog husniey ni..


Terima kasih kalian. Tahu, ramai yang membaca. Ramai yang datang singgah.
Mudahan rezeki berlimpah ruah lagi lepas ni.. insyaAllah..

Mana yang terkurang, mintak halalkan. Husniey cuba habiskan bulan 8 ni jugak pasal cerita ke Jepun haritu..
Heeee sikit aje lagi.
Nak sharing pasal tempat kami lawat, dan pembelanjaan.  Pastu selit cerita pengalaman di sana.

Semua dah dalam draf dari masa kat Japan lagi, tapi mood hilang nak menulis. ("Macam macam lah alasan, kalau dah malas tu mengaku jelah kan") hahaa takdelah malas teruk pun. 
Serius husniey memang sibuk sikit, pastu susah nak fokus kat blog kalau dah banyak hal dan urusan.. 😂

Yang jadi lambat nak siapkan posting jalan jalan ke Japan tu sebabnya (husniey akan edit balik, tambah part yang terlupa nak cerita, pastu bila dah tercerita maklum laa makin panjang pulak entri tu.. hahahahaha.
Then edit lagi nak bagi ringkas tapi padat)!
Kononlah ringkas tapi padat. Haaa tu dia bukan senang kan nak menulis.. Kagum betul kat penulis novel, buku-buku​ ilmiah

Husniey selalunya suka selitkan pengalaman sendiri, so tu yang akan makan masa sikit, sebab nak hadirkan perasaan bila baca. Nanti dah tua, boleh baca balik dengan hadirkan perasaan teruja sekalii. Haha gituu. Apalah makin merepek dah ni


Hahaha, okay dah sebelum makin panjang entri ni
Husniey tutupi dengan kata maaf..

Maaf ya kalian.. Akan cuba sebaik mungkin berblog walking di blog anda 😊 😊

Pssst Hi August, my favourite month. Semoga Allah mudahkan urusan, berikan keajaiban bagi yang dalam kesusahan atau penantian 😊😊

You Might Also Like

3 comments

  1. Ambil masa...sahabat blogger sabar menanti :)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah. Semoga rezeki Husniey sekeluarga dimurahkan. :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah sis... Semoga semakin sukses dalam dunia blog.... InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan... Btw, Tahniah...

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.