Shopping from Chilindo

Assalamualaikum ,  Baru baru ini husniey ada mencuba bid dan shopping dari Chilindo.. Haa harini nak review item yang diterima ...



Assalamualaikum

Baru baru ini husniey ada mencuba bid dan shopping dari Chilindo..
Haa harini nak review item yang diterima



Ada 4 item husniey bid haritu :

1) Speaker round (Red colour)
2) Electronic Body Scale (Pink colour)
3) Ip Network Camera,CCTV (White colour)
4) Chef's Basting set (Green colour)



Jom kita tengok barang dalam kotak.
Semua barang husniey terima dalam keadaan baik..
Barang pun comel je, kualiti okay not bad.



Ini alatan untuk di dapur.. Bekas letak minyak.. 
Husniey ingatkan kecik je,  rupanya besar jugak..  Harga husniey dapat
 RM 6.+ (Enam ringgit lebih)

Murahla.. 😍


Cara guna alat ni, boleh letak minyak dalam bekas tu untuk kegunaan sedikit. 
Contoh macam nak letak kat pan untuk goreng sayur ke.  Oles je sikit. Tuu dia dah macam chef husniey cuba explain 😂

Ceh


Memang sama macam dalam iklan di website barangnya


Speaker, okay cantik design. 
Ringan je tapi kualiti not bad..  
Dah cuba guna pada laptop. 
Okay je sound,  kuat jugakla 


Ini husniey menang bid pada harga RM 8.+
(Lapan ringgit lebih je)




Electronic Body Scale
Design comel, warna pink lagi.  
Material kaca,  berat jugak. 

Comell.. I'm in love!


Bateri semua dah ada,
Terus guna.  Check beratku, haha mujur tak pengsan menyedari hakikat beratku yang tak tahu kapan bisa akan turun dengan jayanya 😆😝


Gemuk weh *marah diri sendiri 

Ini dapat bid pada harga RM 18+
(lapan belas plus) okay murahlaa


Ini kamera cctv,  mengada try bid yang ni tak sangka menang.. Haha 😂
nak tak nak bayar jela..  
Tapi murah gi** okay,  dapat bid RM79 siap termasuk tax sekali 

Kalau kat lain ni mahu kat RM 150-200 kot

Kualiti pun okay,  dah pernah tengok cctv ni kat kedai makan / butik

Dah cuba guna jugak, molek je 



Semua cantik. First impression tentang Chilindo semua okay..  Harga murah.. Services okay.. Lepas ni memang duk intai barang aje lah kat website Chilindo 😆

Husniey bagi markah : 8.5/10 


"So okay ke beli di Chilindo, boleh percaya ke murah sangat harga ni?"


Okay sangat, trusted website for shopping!
Entri sebelum ni pasal Chilindo DISINI 

You Might Also Like

8 comments

  1. Ana masih membida ni. Semua brg kecik2 je so far. Hehe

    ReplyDelete
  2. Nak try jugaklah shopping sini. Jealous nie hahaha

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... dapat jimat sikit kan... tapi tu la.... nak tunggu masa nak bid tu lama juga tu kalau ramai bid...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, itu lah tuan kena cari masa sesuai

      Delete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.