Aidiladha 2017

Assalamualaikum Semoga sihat walafiat anda semua Cerita Aidiladha kali ni biasa biasa je, cuma nak juga diabadikan disini Pagi r...


Assalamualaikum

Semoga sihat walafiat anda semua


Cerita Aidiladha kali ni biasa biasa je, cuma nak juga diabadikan disini
Pagi raya menu husniey Nasi Lemak sambal udang je

simple dish di pagi raya (pagi tu masih di Kuala Terengganu)



Petang Aidiladha pertama Husniey dan suami pulang ke kampung husniey di Kerteh (belah ayah), dah lama betul tak berkumpul bermalam di kampung bersama saudara mara, sepupu2

Memang jarang balik, sebab nenek dan atuk dah tak ada.. Tinggal rumah jelah,
pak saudara je ada duk dalam kampung tu juga.. Balik masa cuti sekolah jela tu pun kadang tak cukup korum jugak.  Yelah ada yang jauh, ada yang cuti tak sama



with sepupu cilik :)
yang husniey dukung tu Engku Zahran namanya, demam tu yang manja sangat~


Sepupu. Cheku Ayudia with Engku Zarif.. so sweet kan, kecik kecik dah pandai ~ :P


Kali ni semua balik, yang jauh yang dekat..
Adik beradik ayah ada 10 orang, tu pun tak termasuk lagi adik beradik dengan mak lain
Agak ramai jugakla

Hari raya kedua, mak saudara pakat buat kenduri tahlil ringkas untuk yang telah pergi.
Rumah ni pun dah bertahun tak buat kenduri.. 😅

Meriahla, riuh rendah je suasana
Lagi lagi bila masing masing duk menyakat bergurau senda
kenangkan zaman silam (zaman nakal Husniey dan sepupu2 dulu kala) Hahaha 😂


Perkara yang best bila di kampung :

Malam pertama duk prepare untuk kenduri esoknya.
Kami gotong royong je, tak guna khidmat katering pun..
Orang kampung kan, kenduri kahwin pun gitulah semuanya pakat saudara mara je tolong 👍


Malam tu
Husniey ditugaskan masak mee goreng basah, banyak jugakla dekat 8 bungkus, haha masin sikitt.
Ala maklum sajalah air tangan orang muda ni, haha ada je kekurangan 😂



Tidur bersepah (takde lah sepah sangat, tidur bersama family masing masing tapi kat ruang tamu beramai ramai, kenangan terindah.
Bilik tidur dah banyak, ada 5 tapi tetap tak muat.. Ada 8 keluarga.. Huhu
Bilik cuma jadi tempat letak beg baju,
tempat persalinan je

Tidur di kampung,  yang syoknya tengah malam ke pagi suasana sejuk..
Macam pasang aircond.. Haaa ni yang best.. Kalau duk umah batu, mak aihh panas sangat kalau malam.. tapi bila tidur di kampung berbeza 😍


Pagi 2 September


Preparation untuk kenduri lepas zohor

Orang kuat, my auntie Cik Ngah 


Ni best kalau duduk di dapur masa preparation untuk kenduri,
dapat merasa ratah ayam haha :P


Jering : kait kat pokok di laman rumah je.. Dapat satu besen.. Rezeki orang ramai 


Menu kenduri : Gulai daging, Ayam goreng berempah, sayur kubis goreng, ulam petai dan jering, ikan masin, sambal belacan



Tengahari tu, pak saudara Husniey panjat pokok kelapa kat laman belakang rumah
Dapatlah merasa air kelapa muda, freshh!




Kenduri berlangsung lepas zohor, tahlil ringkas aje

makan makan dekat laman rumah :)


Lepas siap makan makan, duk bersembang sembang di laman rumah dekat wakaf
sedap betul layan angin sepoi sepoi bahasa 




Ular masuk kat dapur, pastu riuh orang perempuan kat dapur duk jerit huhu

Ular lidi je ni 



Siap kemas semua, kami pi mandi sungai!

Riuh rendah laa sepupu sepupuku
bukan selalu dapat peluang macam ni kan


Penuh satu van ~ Haha

Great time together ~ 



Haha gelak sakan yang belakang tu, adik bongsu husniey ~


Masa ni semangat duk ajak semua turun, sebenarnya air agak dalam dekat atas dada 
Arus sungai pun agak deras tapi sebab ramai ramai kan kemain jadi berani, hahaa 



Paras air belah sini okay, belah tepi memula nak turun tu agak dalam 


Lepas mandi sungai badan semua dah gatal gatal, haha 




Kelakar gambar ni, suami husniey tak perasan dia tidur pegang tedybear sape ntah 
Hahah pastu ada paparazi pulak ambil gambar 




Alhamdulilah semoga yang terbina ni antara kenangan yang terindah yang pernah ada.
Mula rindu dah ni, setahun berapa kali je dapat peluang berkumpul macam ni.
Lepas ni kena plan elok elok balik sesekali pergi berkelah kat air terjun pulak..

Dah lama tak gi berkelah bersama 😊



Thank you for reading this entry

You Might Also Like

6 comments

  1. Wah banyaknya aktiviti, seronok betul la kampung Husniey tu... paling best mandi sungai tu... lama tak mandi sungai... sungai kat kampung cetek je... huhu

    ReplyDelete
  2. Kemeriahan luar biasa bila dapat kumpul bersamakan,

    ReplyDelete
  3. Salam aidiladha husniey. Nasi lemak tu nampak sedap sangat dgn sambal udangnya :)

    ReplyDelete
  4. ramai.. meriahnyer uools., ;p

    ReplyDelete
  5. Meriahnya husniey bila dpt berkumpul ramai2 kan. Semoga hubungan kekeluargaan ni terus berkekalan sampai ke syurga.

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.