RESEPI SINGGANG PEDAS IKAN KERISI - Husniey Husain

Sunday, 5 November 2017

RESEPI SINGGANG PEDAS IKAN KERISI

Assalamualaikum, Hai semua

Morning! Sobahal Khair! Ohayรถ Gozaimas! 


Nak share resepi yang husniey buat baru baru ni, Singgang Pedas Ikan Kerisi ๐Ÿ˜

Singgang pedas ni Husniey memang suka tapi selama ni tak pernah try buat sendiri pun

Selalunya jenis suka masak kat rumah mesti lauk berasaskan sambal (masak merah ke, bersambal, bertumis) ๐Ÿ˜‚
Yang sedap dan boleh diterima di tekak husniey asal ada pedas sikit, cukuplah

Mulalah rasa nak try masak lauk ni sendiri
Rupanya senang aje!
Kena masukkan senarai lauk kegemaran dah lepas ni, hihi
Okay, jom tengok bahan bahannya


BAHAN BAHAN ( Untuk 2-3 orang makan) 

Ikan Kerisi 1 ekor
*Bawang Merah 2
*Bawang Putih 3 ulas
*Hirisan Lengkuas (3 cukup)
*1/2 inci kunyit Hidup
* 2 biji cili api (Boleh tambah lagi jika suka pedas)
Satu sudu cili kering blend
Asam keping 2
Gula garam
Daun Kesum
Air


๐ŸŒธ Cara Cara Menyediakan : 


  • Blend semua bahan bertanda *
  • Saya suka tumiskan sekejap dengan sedikit minyak bahan yang di blend tu. Suka sangat bau aroma tumis, hihi (Semua bahan blend + cili kering blend dimasukkan)
  • Masukkan air beberapa gelas
  • Masak kuah tersebut sehingga mendidih dan sedikit kering
  • Dah mendidih baru masukkan ikan, masuk awal dikhuatiri akan hancur or erti kata lain jadi overcooked ikan tu ๐Ÿ˜‚
  • Perasakan dengan garam, dan sedikit gula
  • Jangan lupa, daun kesum dan asam keping (husniey buat haritu asam keping habis, letak air asam jawa)
  • Kacau sekejap dan siap!

Sedap sungguh lauk ni jika dihidangkan bersama nasi putih, sambal belacan, ulam ulaman, ikan cencaru panggang ke, ikan goreng kann ๐Ÿ˜

Allahu, musim hujan ni perut cepat pulak lapar kan  ๐Ÿ˜

Selamat Mencuba!
Semoga bermanfaat


Baca artikel menarik di bawah ini juga: 

Merancang bercuti di Lexis Hibiscus, Port Dickson


16 comments:

  1. Singgan ikan lauk fav ana satu family. Sedapnya la hai. Cuma singgang pedas tak pernah buat lagi.boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh singgang ikan sedap tu

      Singgang pedas, lain sikit bahannya. Hihi cara lebih kurang je ๐Ÿ˜

      Delete
  2. Kalau ganu singgang tawar tu extreme sangat kak eh? Dah sininim sangat hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekstrem macam mana tu, huhu

      Kak suka jugak makan singgang tawar tu ๐Ÿ˜

      Delete
  3. Aduyaii sedapnya lagi2 bilandh pedas MCM ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapp sebab ada pedas, masam ๐Ÿ˜

      Delete
  4. This is my dad fav tho! Thanks for the recipe!

    ReplyDelete
  5. kegemaran jugak ni bila dah tak tahu nak masak apa. :)

    ReplyDelete
  6. salam kenal..
    tak pernah pun masak macam ni. kalau dulu2 arwah nenek buat singgang guna kunyit.

    ReplyDelete
  7. oh...pernah makan sekali singgang ni kat kedai. Memang sedapp.. lagi berselera ni.pedas2

    ReplyDelete
  8. Ohh kalau orang johor panggil asam pedas ni...husband saya kalau saya masak ni boleh bertambah-tambah makannya...kena pulak dengan nasi panas..uihhhh...licin di buatnya

    ReplyDelete
  9. Nk try la..si JM pun suka masakan masam2 pedas ni

    ReplyDelete
  10. Hmmm..tak pernah rasa lagi singgang pedas camni. Boleh try ni

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com