January 2018 - Husniey Husain

Wednesday, 31 January 2018

GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM
31 January 18 Comments




Assalamualaikum, 
Harini hari terakhir giveaway dari Siti Yang Menaip dan Salbiah M
Husniey nak mengambil kesempatan ini untuk join juga..

Best tengok hadiah dari Jeju tu..
Husniey suka betul baca blog Siti Yang Menaip
All about Travel semuanya best
walaupun destinasi tu bukanlah dalam my wishlist tapi suka baca pengalaman orang,
mana tahu one day akan sampai sana jugak kan
so bolehlah kita rujuk entri entri tersebut

Moga ada rezeki.. 
Reading Time:
Reveuse Medispa Terengganu (Anniversary & Promosi Hebat)
31 January 8 Comments


Tahukah anda, Reveuse Medispa mempunyai 3 cawangan di Seremban, Kota Bharu dan Kuala Terengganu Reveuse Medispa menawarkan pelbagai rawatan untuk kulit muka


Untuk yang ada masalah 

MUKA JERAWAT! JERAGAT! KUSAM!

 ๐Ÿ‘ฉ‍⚕  

Pelbagai jenis rawatan yang ada disediakan di Medispa ini antaranya ialah :

MEDIFACIAL ๐Ÿคณ LED PHOTO, CARBON PEEL ๐Ÿ’† FRECKLES REMOVAL 
๐Ÿš’ FIRE AND ICE . ๐Ÿ‘ฉ MUKA BERSERI ๐Ÿ‘ธ TEGANG ๐Ÿ‘ฐ FLAWLESS ➕ GLOWING

Bermacam jenis rawatan yang ada di Reveuse Medispa 
Sempena 1st Anniversary pada 27 January 2018, Reveuse Medispa mengadakan promosi pakej besar-besaran untuk warga Terengganu, yang berminat bolehla menghubungi dan buat temu janji anda dengan Reveuse Medispa (Baca sampai habis, husniey ada sertakan maklumat lokasi dan nombor telefon) 



Harga terendah dari RM 499 Pakej E iaitu sebanyak 6 sesi Reveuse Therapy 
Terdapat rawatan : 24k gold therapy, Led Photo Modulation, Vitamin C, Facial, Oxygen Infusion Therapy 


Berkesempatan juga menghadiri event anniversary di cawangan Terengganu bersama blogger +sis gee 
Majlis yang dimulai dengan acara perasmian dikuti dengan persembahan nyanyian yang dimulakan oleh artis Terengganu Tengku Kamal dengan lagu Jampi
Disusuli pula persembahan tarian berkumpulan dan juga nyanyian oleh artis terkenal iaitu 
Nabilah Razali dengan lagu Cemburu dan Assad Mowtah dengan lagu berjudul Senyum 


Bersama sis gee dan anak anaknya, 
gambar kedua bersama Nabilah Razali




Acara majlis diteruskan dengan sesi beramah mesra dengan para hadirin oleh hos ceria dan riuh rendah 
Encik Aiman Hakim dan Encik Kamal 



Reveuse Medispa kini juga tampil mengeluarkan produk mereka sendiri iaitu Crystal Cleanser
Husniey dah cuba best sangat!
Kulit muka ni rasa tegang je, kurang berminyak 
parut jerawat makin pudar walaupun belum seminggu mencuba
Alhamdulilah..


- CRYSTAL CLEANSER KELUARAN REVEUSE MEDISPA -

Kelebihan Crystal Cleanser ini adalah :  

- Merawat sehingga ke dalam liang pori
- Membantu menyegarkan kulit
- Mengurangkan sebum @ minyak tersumbat dalam liang pori
- Membantu membuang sel kulit mati
- Boleh dibuat sebagai makeup remover
- Kulit lebih segar, lembut dan akan nampak lebih sihat 
- Selamat digunakan tiada bahan berbahaya 

Harga Asal RM 100 
Harga Promosi RM 60 


Maklumat Lanjut Tentang Reveuse Medispa 

Waktu Operasi 9.30 am - 6.30 pm 

Alamat 

PT 35450 Tingkat Bawah Dataran Austin Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu 


Facebook Page https://www.facebook.com/Reveusemedispaterengganu/


Instagramreveusemedispa_terengganu


Nombor Telefon :  ๐Ÿ“ฑ 016 338 4886


Reading Time:

Sunday, 28 January 2018

Pakej Pulau Pulau di Terengganu 2018
28 January 9 Comments



Assalamualaikum Semua.. 

Siapa aje yang tak suka bercuti kan, mesti ramai antara kalian yang suka bercuti dan menghabiskan masa bersama keluarga.. Pada husniey percutian bersama keluarga sangatlah penting dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain..
Tidak perlu tiap bulan atau setiap minggu.. Cukuplah kalau ambil peluang setahun sekali kan?



Bercuti di dalam Malaysia tidaklah terlalu mahal dan tidaklah terlalu murah
Ianya berpatutan setanding dengan keadaan ekonomi terkini
Harini Husniey mengambil peluang untuk berkongsi pakej pakej pulau yang menarik dan harga berpatutan!

Pulau Pulau yang terletak di Terengganu  sangatlah indah dan tak jemu mata memandang, untuk membaca info tentang pulau dijemput berkunjung ke entri berkaitan (klik sini ya)
Harga pakej pulau Redang terbahagi kepada 3 jenis ianya bergantung pada tarikh yang anda ingin kunjungi: 

WEEKDAY
WEEKEND
SUPER PEAK 


PAKEJ PULAU REDANG 2018
3 HARI 2 MALAM FULLBOARD

๐Ÿ’–WEEKDAY (SUNDAY TO WEDNESDAY)
TWIN SHARING (2 ADULTS) RM 300 /PAX 
TRIPLE SHARING (3 ADULTS) RM 300 /PAX
QUAD TO SIX (4 - 6 ADULTS) RM 300 /PAX 

๐Ÿ’•WEEKEND (THURSDAY TO SATURDAY)
TWIN SHARING (2 ADULTS) RM 390 /PAX 
TRIPLE SHARING (3 ADULTS) RM 360 /PAX
QUAD TO SIX (4 - 6 ADULTS) RM 330 /PAX 

๐Ÿ’ŸSUPER PEAK (DURING PUBLIC HOLIDAYS & SCHOOL HOLIDAYS)
TWIN SHARING (2 ADULTS ) RM 430 /PAX 
TRIPLE SHARING (3 ADULTS) RM 400 /PAX
QUAD TO SIX (4 - 6 ADULTS) RM 370 /PAX 


Juga terdapat Pakej Family Combo boleh jimat ni.. 

PACKAGE A - 2 ADULTS + 1 CHILD RM 990 (RATE ON WEEKEND)
PACKAGE B - 2 ADULTS + 2 CHILDREN 
RM 1,220 (RATE ON WEEKEND)
PACKAGE C - 2 ADULTS + 3 CHILDREN RM 1,430 (RATE ON WEEKEND)

ALL RATE QUOTED (REDANG ISLAND PACKAGE)


PACKAGE 3D 2N REDANG ISLAND INLCUDE :

2 Way Boat / Ferry Transfer 
2 Night Aircond Accomodation with Bathroom Attach (Stay at beach resort)
2x Breakfast, 2x Lunch, 2x Tea Break, 1x Dinner and 1x BBQ 
3x Snorkeling Trips for 3 different spots 




---------------------------------


PAKEJ PULAU KAPAS 2018

3 HARI 2 MALAM FULLBOARD 

TWIN SHARING (2 ADULTS) RM 345 /PAX 
TRIPLE SHARING (3 ADULTS) RM 325 /PAX
QUAD TO FIFTH SHARING (4 - 5 ADULTS) RM 305 /PAX 

PACKAGE 3D 2N KAPAS ISLAND INCLUDE 
2 Ways Boat / Ferry Transfer 
2 Nights Aircond Accomodation with Bathroom Attach (Stay at beach resort)
2x Breakfast, 2x Lunch, 2x Dinner 
2x Snorkeling Trips Include Equipments

PAKEJ PULAU KAPAS 2018 

2 HARI 1 MALAM FULLBOARD (HOT SEPANJANG TAHUN!)

TWIN SHARING (2 ADULTS) RM 195 /PAX
TRIPLE SHARING (3 ADULTS) RM 180 /PAX
QUAD TO FIFTH SHARING RM 165 / PAX 

PACKAGE 2D 1N KAPAS ISLAND INCLUDE 
2 Ways Boat / Ferry Transfer 
1 Night Aircond Accomodation with Bathroom Attach (Stay at beach resort)
1x Breakfast, 1x Lunch, 1x Dinner 
1x Snorkeling Trips Include Equipments

DAY TRIP KAPAS ISLAND 
2 Adults @ RM 100 per pax 
3 Adults & ABOVE @ RM 90 per pax 
CHILDREN : RM 60 per pax

- PACKAGE INCLUDE : 2 WAYS BOAT TRANSFER, SNORKELING TRIP & EQUIPMENTS, 
LUNCH AT RESORT (BUFFET STYLE berbaloi weh siap ada makan tengahari ni) - 

Tahun ni banyak cuti sekolah cuti peristiwa dan kita akan berpuasa lebih awal,
bagi anda yang teringin nak bercuti di pulau pulau Terengganu sila buat tempahan awal! Kenapa ya?
Sebab memang ramai pelancong dan pulau pulau di Terengganu dibuka terhad bukan macam pulau di negeri lain, ia hanya dibuka dari bulan Mac sehingga bulan Oktober sahaja sepanjang tahun. sila take note yer jangan tak ambil tahu pulak๐Ÿ˜Š
Kenapa perlu pilih pakejpulau ini kerana harga dijamin berbaloi dan sudah termasuk semua, penginapan ditempat yang selesa, semua dah termasuk takkan tak best kot. Nak baca lebih lanjut tentang feedback sila >> terjah facebook page HHoliday <<

ANTARA CLIENT YANG MENGGUNAKAN PAKEJPULAU DARI 

TAHUN 2016 - 2018 

Sunset moments with family at Kapas Island



keluarga besar berfamily day di Kapas Island!

Leisure time at Kapas Island ~

Snorkeling together with family ~

9 ADULTS TRIP TO KAPAS ISLAND ~

Bergembira bersama teman di tepi pantai di pulau kapas ~

sweet couple hiking to Bukit Singa ~

Sempat lagi berkayak cik adik manis 3 orang ni ~

Cuti sekolah, bilik cepat penuh di resort? Haa day trip pun ada. Boleh jimat!

PERFECT FAMILY VACAY TOGETHER ~ 9 ADULTS :)

sweet kan pasangan ni bergambar, cantik pulak tu permandangan!

UNTUK MAKLUMAT LANJUT sila layari dan hubungi nombor dibawah ini dengan
bersertakan Nama, Tarikh, Bilangan Pax, Jenis Pakej yang anda mahukan 

Instagram: pakejpulau_
Whatsapp: 017-9723165  
Facebook Page: Hholiday 
Reading Time:

Friday, 26 January 2018

Secebis Penghargaan kepada semua!
26 January 26 Comments


Alhamdulilahh setelah sekian lama berfikir dan menanam impian akhirnya berkat sokongan dari keluarga, suami,
sahabat yang selalu berkunjung ke blog,
dan sokongan moral dari kawan kawan blogger yang positif

Akhirnya dah ada domain sendiri!  www.husnieyhusain.com

Moga baik baik aje untuk perubahan ini,  jemput singgah baca di entri lama pun masih ada ๐Ÿ’–



Husniey sebenarnya tidaklah mengantung harapan tinggi langit untuk perubahan ini, sebab kita tak dapat jangka masa depan
Tapi of course berharap yang baik baik dan terus berusaha ke arah lebih baik! ๐Ÿ˜

- Berusaha ke arah lebih baik -

Disebabkan selalu diracuni semangat rakan bloggers yang berterusan aktif berkongsi disini, Husniey pun turut mencabar diri nak juga buat sesuatu untuk beri manfaat pada diri sendiri dan orang lain di luar sana. Masih dalam proses berusaha untuk memperbaiki cara penulisan ๐Ÿ˜Š

- Urusan Domain dan Sokongan Rakan Bloggers yang disayangi -

Untuk penukaran domain, urusan menggunakan perkhidmatan Net KL 

Terima kasih pada rakan blogger sejati iaitu, Ana Suhana sebab sudi jadi tempat rujukan buat Husniey. 
Mengenali beliau penghujung tahun 2016 kalau tak silap..
Seorang yang menghormati antara satu sama lain dan tak kedekut berkongsi bila bertanya. Dan paling penting dia tak kisah apa pun yang Husniey bahasakan dirinya.
Memula tahu yang Ana ni lebih berumur dari Husniey kelam kabut diri ni terus mesej di instagram nya meminta maaf sebab panggil nama aje ๐Ÿ˜‚

Beliau dengan bersahaja memberitahu
"tak ada apalah, okay je panggil apa pun"
Sebab itulah kalau perasan Husniey tak panggil Ana akak atau sis.. (nak juga jelaskan hihi)   
Hahaha dah dapat keizinan kan.. 
Dan ditakdirkan bulan 11 haritu kami dapat jemputan event yang sama! 

Pertama kali jumpa blogger Ana Suhana dan itu pertama kali untuk Husniey, memenuhi jemputan di Shah Alam Convention Centre. 
Jauh dari Terengganu husniey datang tau 


Best sangat event Karnival Tefal vs syarikat Pacific West Food buat demo masakan
Ramai juga bloggers lain sempat juga tengok dan kenal.. 
Ana Suhana lah yang kenalkan kat Husniey.. Segan juga masa tu!
Dahlah kita tak pernah jumpa kan lepas tu Ana pula yang tegur Husniey dan sergah dulu masa memula masuk dewan tu ๐Ÿ˜‚
Banyak yang kami sembangkan, seronok



Masa kat sana jugalah Ana tanya tak teringin ke nak tukar domain sendiri..  
Panjang lebar pulak part ini okay yang belum follow blog beliau, wajib follow tau bloggers anasuhana.com

Ramai lagi rakan bloggers yang lain Husniey terinspirasi dengan penulisan dan kagum dengan akhlak! Suka membaca semua perkongsian menarik serta suka dengan perwatakan yang sederhana kalian tonjolkan.. Terima kasih banyak tau ๐Ÿ˜Š

Sejak masuk sertai group bloggers pantai timur, 
Husniey terima banyak peluang dan ruang untuk mengenali lebih ramai bloggers lain.. Alhamdulilahh semoga ukhuwah yang dibina berkekalan berpanjangan
Bagi yang berminat nak sertai team BPT, boleh bertanyakan lebih lanjut pada sis 
siti awadah dan sis gee (Hazirah Mohd)


Akhir sekali untuk entri kali ini..
Husniey nak maklumkan yang diri ini sudi menerima teguran membina dari kalian,
berbesar hati berkawan dengan semua orang tanpa memilih umur paras rupa pangkat..
Kalau yang berbeza jantina, harap maaf tetap kena jaga batas pergaulan 

Satu hari nanti Husniey akan baca balik kenangan menulis disini
Moga kita saling mendukung dan mendorong antara satu sama lain
Doakan kesihatan yang baik buat diri ini
Moga impian kita menjadi nyata๐ŸŽˆ

Terima kasih buat rakan rakan bloggers yang selalu komen di kebanyakan entri blog ini, selalunya memang akan jalan jalan balik di entri kalian tapi itulah kadang tengok masa lapang barulah dapat buat ๐Ÿ˜‚


Maaf ya, jika ada kekurangan
Banyak lagi Husniey nak berkongsi di sini.. InsyaAllah teruskan sokongan anda ๐Ÿ˜Š



Reading Time:

Tuesday, 23 January 2018

Kayliz Granola | Membekalkan Tenaga Anda
23 January 12 Comments



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!
Pada kali ini husniey ingin berkongsi produk makanan yang sedang hangat di pasaran.
"Delicious Healthy meets"
Itulah perkataan yang mengungkapkan rasa pada Kayliz Granola Oat ini

Apakah itu Granola?

Granola Oat ialah makanan yang terdiri daripada bijirin, buah buahan yang kering, oat dan madu Ianya sudah terlebih dahulu berkembang di negara negara Eropah. KayLiz Granola telah diasaskan oleh syarikat tempatan iaitu, Care Liz Resources yang berpangkalan di Negeri Sembilan beralamat No.1723, Lorong 40 Taman Villa Lavender Height, 70450, Seremban

Menariknya produk cereal Kayliz ini dikombinasikan bersama bahan-bahan yang berkhasiat.
Info penting yang perlu diketahui jika mengambil Kayliz Granola 1 jam hingga 30 minit sebelum melakukan senaman dapat menambah baik tenaga! Terbaik kan?




Ianya juga mudah disediakan. Sesuai untuk yang mempunyai gaya hidup agak sibuk seperti pelajar, atlet dan yang bekerja sepenuh masa. Jom kita lihat keistimewaan yang terdapat pada Kayliz Granola

- Bebas kolestrol
- Tiada pewarna tambahan
- Tiada gula tambahan
- Tiada perasa tambahan
- Membekalkan tenaga, lemak yang baik, protein yang berkualiti, serat tinggi, mineral dan vitamin



Cara Menyediakan Kayliz Granola

Terdapat dua cara menyediakan yang Husniey kongsikan di dalam video di bawah ini
Senang, cepat dan mudah!
Nampak terliur tak, sedap tengok Husniey makan kan? Hehe


Review Ikhlas tentang Kayliz Granola

Pertama, Husniey suka pada rasanya yang rangup. Great product, I'm in love with first impression! Kalau husniey terasa malas nak menyediakan sarapan kini tidak susah lagi bila ada Kayliz Granola cuma makan bersama susu segar. Si suami juga turut menyukai Kayliz Granola sebabnya dia jenis yang tak gemar nak bersarapan dengan makanan yang berat di awal pagi dengan pengambilan Kayliz Granola setiap pagi memudahkan urusan harian kami dan cukup merasa bertenaga untuk pergi bekerja dan menguruskan urusan harian. Kedua, rasa Granola oat ini unik dan tak manis. Just nice! ๐Ÿ˜

Harganya berpatutan dan mampu dimiliki cuma RM 17.90 sepaket
Dengar kata sekarang sedang berlangsung promosi jadi bagi yang berminat untuk membeli produk Kayliz Granola rujuk maklumat dibawah ini


Hubungi di talian 011-1090 6902 @ 019 6255 010




Reading Time:

Saturday, 20 January 2018

Syok Makan Malam di NR Cafe Heritage Kuala Terengganu bersama Keluarga!
20 January 36 Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Lama sudah tak berkongsi tempat makan yang menarik di Terengganu


Beberapa hari lepas Husniey dan suami mengajak keluarga mertua makan malam di restoran terkemuka di Terengganu ini

Kalau anda datang ke sini wajib singgah di NR Cafe Heritage semuanya ada
masakan panas, masakan ala Thai,
makanan barat serta snek.. 

Husniey suka makan sini tapi jarak dari rumah agak jauh sedikit dalam 30 minit lebih perjalanan ke sini.. So takdelah selalu pergi pun.. ๐Ÿ˜
Ini antara menu yang pernah dirasai disini

Keropok haruslah ada tau 


Baca sehingga habis, husniey ada selitkan map untuk ke lokasi restoran ini


Setakat ini menu di NR Cafe yang Husniey pernah rasai semuanya kena pada tekak, sedap belaka! Harga juga berpatutan. Servis pun bagus
Sesuai untuk seisi keluarga, makan bersama kawan kawan atau dengan pasangan
Masa kami sedang makan disini ada pelanggan yang buat sambutan hari jadi disini




๐ŸŒธ Menu Makanan & Minuman yang dipilih berserta Harga


Jus Strawberry RM 3.50 x 1
Jus Mangga Susu RM 3.50 x 1
Jus Kiwi Susu RM 3.50 x 1
Jus Carrot Susu RM 3.50 x 2 ( RM 7)
Milo Laici Special RM 5.00 x 1
Cincau Special RM 3.00 x 1


Nasi Putih RM 1.50 x 3 (RM 4.50)
Tomyam Campur RM 5.50 x 2 (RM 11)
Kailan Ikan Masin RM 5.50 x 2 ( RM 11)
Telur Bungkus RM 5.50 x 1
Nasi Goreng Pattaya RM 5.50 x 1
Nasi Goreng USA RM 6.00 x 2 (RM 12)
Nasi Goreng Ikan Masin RM 5.00 x 1


Pari Bakar 580 gram
(2 ekor siap masak RM 23.20)

Jumlah kesemuanya RM 109.40 TERMASUK 6% GST 

Rujuk resit dibawah ini




Okaylah harga tersebut pada Husniey berbanding di restoran lain
Pengalaman sebelum ini pernah makan di restoran lain
RM 80 lebih 4 orang makan, hehe masa tu pilihan minuman biasa biasa aje bukannya air buah buahan pun ๐Ÿ˜

Di Terengganu ni kalau nak makan di restoran kena pandai pilih tempat pada husniey
kalau memang nak jimat sikit elakkan makan di kedai yang berdekatan dengan tempat perlancongan.. Juga kalau nak lebih jimat pesan menu makanan yang biasa aje lah kan,
kena beringat 
InsyaAllah tak mahal sangat disini masih berpatutan ๐Ÿ˜Š



Lokasi NR Cafe Heritage 



Reading Time:

Tuesday, 16 January 2018

TEMPAT MENARIK YANG DILAWATI DI OSAKA
16 January 21 Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 
Ini merupakan entri terakhir berkaitan travel ke Japan 
Alhamdulilah akhirnya berjaya juga siapkan
Semoga mendapat manfaat dari secebis perkongsian ini
Di akhir entri Husniey ada memberi semua pautan entri yang telah dikongsikan sebelum ini 


NAMBA, DOTONBORI, OSAKA 

๐Ÿ‰  Dotonbรถri, Shinsaibashi 
Menghayati kesibukan dan keindahan bandar Osaka
Singgah jalan jalan cari makan Takoyaki di Creo Ru
Sini okay, muslim friendly..
Kalau nak makan takoyaki di Japan silakan, tapi perlu request tak nak letak sos.
Takoyaki ialah bebola sotong, jadi takde masalah nak makan



Takoyaki di Dotonbori



Suka tengok cara mereka buat, cekap betul


Abang ni beria nyanyi sambil ajak orang beli Takoyaki
Siap dia sapa kami dengan ucapan "Selamat Datangg"
Abang ni jugak yang pernah masuk dalam rancangan Jejak Jepun Zizan. 
Dalam rancangan tersebut dia pernah mengajar Zizan Razak buat takoyaki

Peramah betul abang Takoyaki ni


NOTA : 

Dekat Japan ni kalau tersalah pilih pintu Exit semasa di stesen keretapi
Memang jauh akan berjalan kaki
Beratus meter jugak berjalan nak keluar
Kalau di Osaka, di stesen Namba besar sangat
Please take note ya, pakai sport shoes yang selesa dan sesuai 

Kurus kejap masa duk sana,
bulan puasa pulak tu.. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜†

Selain itu anda akan dapat melihat keunikan kedai kedai makan di Osaka ini
Selalunya di depan kedai makan akan ada bermacam jenis replika yang bersesuaian dengan perniagaan yang dijalankan
Contohnya mereka menjual sushi, takoyaki selalunya akan ada dihiaskan pada bahagian hadapan kedai.. Ya kalau mereka menjual daging ke memang akan turut meletakkan replika haiwan tersebut.. Hehe
Husniey suka tengok cara japanese berniaga kreatif, persaingan secara sihat dan kita dapat membeli belah dengan selesa sungguh!



Replika ketam


Haa nampak, tengok tu unikkan.. Besar pulak tu


Things to do in Dotonbori 

Merasai ice cream di vending machine

Beli air di Family Mart my favourite is Van Houtten chocolate
Shopping di Shinsaibashi suji best jugak,
Banyak barang murah, kena pandai pilih kedai


Ice cream vending machine 

Shopping di Dotonbori, Shinshaibashi Suji

Banyak sangat kedai untuk membeli belah drug store, cosmetics, jam tangan, kasut, pakaian, convenient store (7E, Family Mart)

Cadangan : Boleh beli souvenirs di Kaison, Daiso, kedai 300 yen (berada di kawasan Dotonbori)

Dotonbori juga tempat syurga makanan
Cafe yang halal pun ada, jangan risau boleh tengok di apps Muslim Pro
Baca sini untuk tahu lebih lanjut


Permandangan di Dotonbori Bridge, Shinshaibashi Suji street, Glico Man

Bergambar dalam suasana kesibukan kota Osaka di Dotonbori bridge,

The Glico Man dan lain lain permandangan yang menarik

Banyak spot cantik untuk bergambar disini, cuma kena pandai cari angle dan kreatif sikit!


The Glico Man dah jadi landmark Osaka dah dia ni


Kesibukan bandar Osaka dengan beratus pelancong





Pelancong di Osaka yang majoriti terdiri daripada negara China Korea 






Rivercruise, ni kalau anda ada beli amazing pass bolehla naik 



Me and husband at Dotonbori Bridge

Osaka Station (Daimaru Shopping Mall)

Terletak berdekatan dengan Osaka Station saja je jalan ke sini pada mulanya, tiba ternampak ada papan tanda ada mall di tingkat atas, agak besar dan luas rupanya..

19 TINGKAT SHOPPING MALL DI OSAKA! Macam masih baru beroperasi..
Tu dia puas hatilah penduduk Osaka duk pusing mall kan ๐Ÿ˜‚

Kebetulan suami business (toys, diecast, model lori, kereta)
So dekat Daimaru shopping mall ni ada kedai yang dia teringin sangat nak masuk,
dua kali kami repeat ke Tomica Shop disini

Memang banyak pilihan dan kata suami harganya pun murah.. Kejap je dia buka order terus ramai customer kirim nak beli.. Hihi Alhamdulilah rezeki semasa travel

Ini papan kenyataan maklumat shop lot setiap level shopping mall 

Tomica Shop


UNIQLO

Banyak juga shopping disini, 
suka seluar cotton ni husniey ada beli beberapa helai hadiahkan untuk mak dan mertua,  
selesa pakai kat rumah. Selain itu ada juga beberapa helai t shirt dibelikan untuk adik adik, kebetulan masa pergi tu ada summer sale. Korang kalau kaki shopping silalah datang pada musim Summer, banyak sales
Kemain lah shopping๐Ÿ˜

Bagi anda yang travel dengan membawa beg berat, dan (baru check out penginapan,
tapi nak jalan jalan lagi) jangan risau selalunya ada coin locker dalam stesen keretapi
Saiz pun agak besar boleh muat backpack yang besar..



๐ŸŒธ OSAKA MUSEUM AND LIVING HOUSE ๐ŸŒธ


Untuk ke sini perlu turun di Temma Station dan jalan kaki beratus meter
Perlu rujuk pada google map semasa jalan jalan supaya tak sesat tersalah masuk lorong ke apa
Memang tepat lokasi google map bagi. Kalau tanya pada local people mereka tak tahu sangat, sebab muzium ni terletak di dalam bangunan




Dalam bangunan kelabu ni, masuk ke dalam baru ada info tentang muzium ni.
Naik lif ke tingkat atas, akan ada kaunter depan
Bayaran masuk 600¥ tiap seorang

Boleh merasai pengalaman memakai pakaian tradisional Jepun
Istimewanya di sini boleh tengok pameran lengkap dengan bangunan struktur
rumah lama, replika bangunan dulu kala dan lain lain lagi keistimewaannya muzium ni..  


Ni lah muziumnya..

Luas jugak la kat dalam ni siap ada beberapa buah rumah 



Pandangan muzium dari atas.. 


Ini pihak muzium akan buat suasana jadi seperti malam hari.. 
Memang gelap dan ada bunyian seperti suasana zaman dahulu kala umpama berada di dalam sebuah desa.. Siap ada bunyi ayam burung dan lain lain


Dah pakai baju tradisional tu bolehlah bergambar di dalam pondok rumah yang ada

Baru rare! Tapi masa kami sampai dah lewat..
Ramai orang.. Kimono dah sold out tak dapat nak sewa ramai sangat orang masa tu




Dah puas pusing rupanya ada lagi tarikan dalam muzium ni.. 
Boleh tengok pameran yang digambarkan kehidupan dulu kala


Miniature, Comel kan..  



๐ŸŒธ Tenjinbasshisuji Shopping Street๐ŸŒธ

Merupakan shopping street terpanjang di Japan, terletak di kawasan Kita, Osaka 

Untuk ke sini perlu turun di Temma Station dan akan nampak banyak kedai 

Sebenarnya jalannya sama dilalui untuk ke Osaka Museum House and Living yang Husniey ceritakan di atas

Jadi cadangan Husniey, balik dari melawat muzium boleh ke shopping street ni untuk cuci mata. Pelbagai jenis pakaian, barang keperluan rumah, beg, kasut dan lain lain dijual disini


Suasana di Tennjinbashisuji




Banyak lagi tempat menarik yang boleh dilawati di Japan
Terpulang kepada mode travel anda, kalau Husniey dan suami lebih kepada santai santai
dan ingin melihat keindahan permandangan serta budaya dan sikap manusia di negara tersebut

Jadi tak semua tempat menarik husniey akan pergi lawati 
Alhamdulilah ia tetap menjadi kenangan terindah dan pengalaman yang berharga untuk melalui liku kehidupan di masa akan datang 

JEMPUT BACA ENTRI BERKAITAN BAWAH INI 

- Ke Japanlah kita part 1
- Tempat Menarik Dilawati Di Kyoto Japan 
Penginapan di Osaka 6H 5M
- Beraya di Japan 2017
-Pembelanjaan Di Japan 6H 5M
- Apps yang Digunakan ketika travel


GADGET: 


Reading Time:

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com