09 & 10 Februari yang Indah ~ - Husniey Husain

Wednesday, 14 February 2018

09 & 10 Februari yang Indah ~


09 Februari 2018 - Rakan baik semasa belajar di Johor dulu ada datang jalan jalan ke Kuala Terengganu
Husniey berkesempatan berjumpa dengannya.
Zuraiha namanya. Dari semester pertama husniey mengenalinya dengan rapat, since duk asrama lagi. Hee
Selalu jugak makan sama sama. Lakukan tugasan bersama.. 
Walaupun jauh dimata, tak pernah dilupakan kenangan semasa belajar dulu 😊
Cantik orangnya begitu juga akhlaknya

Saat akhir baru tau dia nak datang bercuti di Terengganu, itu pun kawan seorang lagi, 
Sumaiyah yang maklumkan. Husniey tukar nombor tak bagitahu kawan kawan, yang mana tahu jela nombor untuk dihubungi tu πŸ˜‚
Alhamdulilah sempat juga berjumpa dengannya. 
Zuraiha datang dengan suami, ibu saudaranya dan bapa saudaranya serta nenek. Meriahlaa kan, datang bercuti bersama keluarga 

Berjumpalah kami di KT Walk, jalan jalan sekejap disitu
dan Zuraiha cakap mereka sekeluarga nak pergi makan malam tapi tak tahu nak makan kat mana
yang ada makanan laut 
Malam tu sebenarnya Husniey kalut nak balik Kemaman, ada janji dengan sepupu nak delivery telefon yang Husniey nak jual, jadi janji malam tu dibawa keesokannya. 
Demi melayani sahabatku yang datang dari jauh, 
husniey bawa Zuraiha dan keluarga makan malam di Hazlan Bistro, dia sekeluarga terpegun sebab keunikan restoran tu.. Ala ala Rimba gituu.. >> Baca sini << untuk tahu lebih lanjut tentang Hazlan Bistro, husniey ada menulis review tentang restoran ini 


Zuraiha and Her Family, paling kanan suaminya

 Dengan si cantik manis 

Alhamdulilah suka sungguh hati ni berjumpa Zuraiha dan dapat bersembang depan mata
Happy juga tengok dia bahagia bersama suami tercinta
Nanti datang Kuala Terengganu lagi ya! 

Setelah selesai pertemuan bermakna itu, 
husniey dan suami terus bergerak pulang ke kampung halaman di Kemaman, masa tu dah jam 11.20 PM
Barang-barang memang dah siap packing awal 
Perjalanan ke Kemaman (dari Kuala Terengganu) selalunya 2 jam 30 minit. Pukul 1.30 am lebih sampai Kemaman malam tu
Jauh ke? haah kadang terasa jugak jauh tu.. Huhu
malas nak naik highway, bosan.. 
Cadangnya nak pulang ke kampung semasa cuti raya cina ni, tapi dah ada urusan kan teruskan jelah niat tu

Baby Axia rasmi garaj baru.. Haha 

10 FEBRUARI - Tengahari baru keluar ke rumah mak saudara di Kerteh untuk menghantarkan telefon
Ingat nak singgah sekejap aje, haa biasalah kekadang tuan rumah tak berkenan kalau jamu biasa je. Samalah dengan emak atau pun husniey sendiri, tak berkenan kalau jamu tetamu dengan ala kadar je.. Kalau boleh semua benda nak hidangkan pada tetamu.. Dekat 2 jam juga di rumah mak saudara..

Sepupu husniey hidangkan nasi dan lauk pauk pulak, lemah semangat betul tengok makanan. Hihihi 
Lauk ayam masak merah, sayur campur masak lemak,
ada budu pulak dengan ikan kering. 
Allahuakhbar sabar jelaπŸ˜‚
Dahlah dekat rumah mak pagi lagi dah makan nasi lemak

Bergambar bersama - sama, semua ada yay. 
Padahal masa ni nak mencuba kamera telefon baru! Haha 

Pulanglah Husniey dalam keadaan kekenyangan, tak habis disitu cerita petang Sabtu yang indah tu sempat lagi singgah ke pantai kejap
Itulah husniey ya kawan kawan.
Pantai dan diriku berpisah tiada. 
Lagi pun memang rindu gila lama dah tak ke pantai sejak musim monsun
Jom layan gambar gambar di bawah 


Cantikkan batu batu tu 😍


 Me and Husband 


Video Keindahan Pantai Penunjuk Kijal
Klik di bawah untuk tahu lebih lanjut pasal pantai cantik ni 🌴


Balik rumah petang tu, sempat lagi ambil angin kat luar rumah pulak. Mengemas gazebo di laman rumah bonda dan ayahndaku..


Malam itu pula direzekikan dengan jamuan di rumah sepupu dekat je dengan rumah mak husniey, 
jamuan sempena masuk rumah baru.
Tahniah kepada sepupuku Syukri dan isterinya, Mala. 
Rezeki korang kan, rezeki baby Deedat juga tu
Tumpang bahagia. Bertambah rianglah lemak Husniey duk makan je seharian tu..Haih tak boleh nak bertolak ansur bila tengok menu semua sedap belaka! πŸ˜‚


Ada bihun goreng, nasi lemak ayam berempah, ikan tongkol, sambal nasi lemak mak saudara husniey ni power jugak.. πŸ‘πŸ˜
Laksa Penang pun ada, fuh 




Nantikan Husniey akan publish review buat rawatan di Reveuse Medispa, review telefon Huawei Honor 8 Pro dan Mi A1 (macam lambat sikit entri yang ni, sebab nak letak video juga)
Eh macam banyak je kan entri, hee taklah banyak macam awak semua 
Entri kita banyak merapu je πŸ˜‚

Alhamdulilah semuanya berjalan lancar
Tak sangka dapat jumpa ramai saudara mara, kawan lama
Dalam masa sehari tu rupanya banyak benda boleh buat kan.. 

19 comments:

  1. Seronok kan dapat juga kawan n sedara mara sekali sekala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok juga kak sue, sesekali jumpa bila dah lama sangat tak jumpa kan.. Lagi best bila takde dalam perancangan pun

      Delete
  2. Wah, seronoknya bila dapat berkumpul ramai-ramai..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..dapat jumpa kawan lama ya...kawan sama-sama belajar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillahh kak PC.. 😍

      Dapat lepaskan rindu

      Delete
  4. Allhamdulillah... bestnya bila dpt bersama cam ni kan...

    ReplyDelete
  5. nanti CT pegi Ganu nak roger Husniey la.. hihi tapi memang ritu masa pegi kan malam2 memang clueless nk makan mana. ended up order room service je. google2 gak tmpt makan best tapi mcam tak berapa bekenan. nxt time jjcm lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je CT.. Hehe
      roger je husniey.. insyaAllah takde aral boleh minum sama sama

      Delete
  6. kwn2 satu sek dulu buat reunion di Kuantan esok tp abe kie x leh gi sbb ada byk kenduri. kalau buat di KT tu boleh la digagahi gak.

    ReplyDelete
  7. Ssronok ye BFF dtg dan boleh hang out sama. Ana je xde BFF. Harap syafi je. Hehe. Cantik lah pantai tu. Rindu nk blk ganuuu. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha takpelah ada jugak tu bff kan.. husniey pun alone je dengan suami.. πŸ˜‚

      Nantii balik Ganu bagitau neh boleh dating sesama..

      Delete
  8. seronok lah dapat jumpa member2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah seronok sungguh.. Sebab memang payah nak jumpa

      Delete
  9. Bestnya jumpa kawan yang dah lama tak jumpa. Banyak cerita nak cerita. Lain feeling bila jumpa dan through call or ws kan..

    Suka gambar batu-batu. Langit indah warna biru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree.. Memang banyak cerita nak diceritakan bila dah lama tak jumpa.. Feel tu lain sangat..

      Tenang kan tengok gambar alam semulajadi 😍

      Delete
  10. bila dah masuk alam perkahwinan tu memang susah nak jumpa kawan2 zaman study kan sis? Mesti happy sangat bila jumpa :D

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com