March 2018 - Husniey Husain

Wednesday, 28 March 2018

Merancang Bercuti Bersama Keluarga di Lexis Hibiscus, Port Dickson
28 March 15 Comments

Kebelakangan ini semakin ramai rakyat Malaysia yang memilih untuk keluar melancong, tidak kira dalam atau luar negara. Destinasi pelancongan jauh ataupun dekat bukanlah menjadi ukurannya, setiap orang pergi melancong ada tujuan mereka tersendiri. Ada yang pergi bercuti untuk melepaskan lelah setelah berhempas pulas mencari rezeki. Kiranya melancong itu sebagai ganjaran bagi mereka. Ada juga yang melancong kerana mencari ketenangan jiwa setelah menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup

Sepertimana tajuk artikel ini, husniey ingin berkongsi perancangan bercuti di Port Dickson, memilih untuk menginap di Lexis Hibiscus Port Dickson. Sebuah hotel mewah yang bertaraf 5 bintang yang terletak di kawasannya yang cantik, iaitu di atas laut. Tertarik pada rekaan seni binanya dan lokasinya, sesuai untuk dijadikan tempat berehat dan bercuti bersama keluarga.
Lexis Hibiscus mempunyai beberapa jenis bilik juga bersertakan dengan pelbagai kemudahan. Hotel ini berbentuk bunga raya dan Husniey pernah mempunyai pengalaman melihat hotel mewah ini dari pemandangan atas udara ketika menaiki kapal terbang menuju ke KLIA 2. Indah sungguh!


Jenis Jenis Bilik Yang Terdapat Di Lexis Hibiscus Port Dickson

πŸ’Executive Pool Villa

Bilik ini merupakan harga yang paling rendah berbanding bilik yang lain dan ianya berpatutan. Letaknya di atas laut dan mengadap permandangan laut yang indah. Buka aje pintu balkoni anda dah dapat menikmati permandangan laut sekaligus mandi-manda di mini kolam yang tersedia. Sesuai untuk anda yang inginkan suasana privasi, ingin tenangkan fikiran dan rehatkan badan setelah menyibukkan diri di tempat kerja. Percutian disini pasti menjadi kenangan bermakna!

πŸ’Sky Pool Villa (Tower Block)


Cantik bukan? Ya, bilik ini juga menjanjikan anda menikmati panorama yang indah dan letaknya lebih tinggi dan agak terpisah dengan bilik yang lain. Sesuai untuk keluarga yang membawa anak-anak yang masih kecil dan mereka boleh mandi-manda di mini kolam renang yang terdapat di ruang balkoni bilik. Ruang balkoninya teduh dan redup, bolehlah anak-anak berendam lama di kolam kan. Seronoknya! Tak sabar nak mengajak keluarga husniey bercuti disini. Mungkin boleh masukkan bilik ini sebagai wishlist! :D

πŸ’Premium Pool Villa (Sea View)


Jenis bilik Premium ini juga terdapat keistimewaannya tersendiri, lebih besar iaitu berukuran 81.0 sqm dan mengadap laut dan anda boleh menikmati terus permandangan sunrise dan sunset dari balkoni bilik. Wah nyaman sekali, mencetuskan suasana romantik dan sangat sesuai pada pasangan yang ingin berbulan madu!


πŸ’Panorama Pool Villa

Ukurannya agak besar bersaiz 86 sqm, terletak juga di atas laut. Menariknya ia terletak di stigma bunga raya. Bilik mandinya dinding berkaca dan dapat menikmati terus suasana panorama keindahan laut dari dalam bilik air! Terdapat juga mini kolam yang privasi dan ruang sauna di balkoni

Antara kemudahan utama yang terdapat di dalam hotel mewah ini ialah; di dalam bilik semua mempunyai penghawa dingin dan juga kipas, kemudahan tempat letak kereta, kolam renang, kaunter depan yang beroperasi selama 24 jam, lif, restoran dan kedai kopi dan yang paling penting bila dah dating bercuti ke tempat ekslusif seperti ini mestilah nak update secara langsung di media sosial kan, ada kemudahan WiFi (dalam bilik dan tempat awam)


Cara-Cara Membuat Tempahan Bilik Menggunakan Traveloka

Pertamanya anda perlu mendaftarkan akaun Traveloka. Anda boleh memilih untuk mendaftar melalui alamat email, no telefon atau menggunakan akaun facebook. Mudah bukan?


1) Pergi ke menu utama, klik Hotels
2) Buat carian hotel di destinasi yang anda ingin menginap. Suka bahagian ini, kerana Traveloka telah pun menyenaraikan destinasi yang popular di dalam Malaysia. 
Boleh terus klik, jika terdapat destinasi yang berkaitan

3) Setelah itu anda boleh melihat senarai hotel, contohnya husniey memilih menginap di Lexis Hibiscus Port Dickson. Jadi terus klik pada hotel tersebut


4) Klik View Room dan melihat jenis-jenis bilik dan gambarnya juga. Teruskan klik Select,
Sila perhatikan dengan betul maklumat yang tertera bagi jenis bilik yang ingin dipilih, ada antaranya yang tidak mempunyai sarapan pagi dan ada juga yang sudah dilengkapkan sekaligus

5) Seperti biasa anda harus melengkapkan maklumat diri seperti; Nama, Nombor Telefon untuk dihubungi, alamat email, dan nama tetamu. Disini perlu klik pada kotak kecil jika anda adalah tetamu yang check in. Sudah selesai mengisi maklumat, klik Continue
6) Melihat dan mengesahkan maklumat bilik yang ditempah
7) Buat pembayaran dan tunggu confirmation voucher dari pihak Traveloka



Terdapat banyak aktiviti yang menarik dan sesuai dilakukan bersama keluarga di Lexis Hibiscus seperti berjalan-jalan di private beach juga boleh bersantai di pantai.
Bagi anda yang bercuti bersama anak-anak, terdapat juga kolam renang yang dikhaskan untuk kanak-kanak.
Tidak ketinggalan juga buat anda yang suka bersenam, bolehla menggunakan kemudahan fitness centre. Aktiviti lainnya yang sering dilakukan oleh pengunjung ialah menyewa basikal dan bersiar-siar di seluruh kawasan hotel. Pasti anda tergoda melihat kecantikan, kemudahan hotel mewah ini? Let’s see the Online deal on lexis hibsicus port dickson


Reading Time:

Wednesday, 21 March 2018

Penawar Resdung Mujarab | Tablet Resdung Tok Melah
21 March 14 Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Husniey nak tanya ni betul tak gejala resdung mengganggu aktiviti seharian dan menyebabkan anda merasa tidak selesa? Sememangnya rata-rata dalam masyarakat kita mempunyai masalah resdung, tanda-tandanya seperti
  • Gatal di kawasan mata, hidung, telinga 
  • Mata dan hidung seringkali berair 
  • Kerap bersin apabila terkena habuk 
  • Hidung sentiasa selesema waktu awal pagi / waktu sejuk  
  • Nafas berbau 
  • Hidung tersumbat 
  • Banyak timbul jerawat

Terdapat banyak lagi gejala pada masalah resdung dan jika dibiarkan tanpa mencegah atau merawat akan mendatangkan kesan yang boleh membawa mudarat seperti kurang pendengaran dan kabur penglihatan

PENAWAR MASALAH RESDUNG


Memperkenalkan, Tablet Resdung Tok Melah penawar bagi masalah resdung. Kali ini husniey nak berkongsi tentang produk tablet resdung yang sedang hangat diperkatakan dan husniey juga sudah mencubanya sejak beberapa minggu yang lepas. Teruskan membaca entri ini husniey ada selitkan review ikhlas 😊


Bahan-Bahan yang terdapat dalam TRTM


Tablet ini mengandungi bahan semulajadi iaitu habatussauda, kulit kayu manis, epal, delima, rasberi, kurma, oren dan vitamin c.
Istimewanya produk ini adalah diformasi khas dalam bentuk tablet supaya mesra kanak-kanak. Sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke atas dan orang dewasa. Husniey jatuh cinta pada rasa tablet ini, biasanya kalau sebut je ubat memang husniey jenis yang agak liat nak menghabiskannya tapi tablet resdung ini husniey berjaya mengamalkannya.

Rasa tabletnya yang manis dan sedikit masam gabungan rasberi dan oren husniey suka masa masam manis. Nak makan pun tak susah, cuma perlu kemam kemam je dan tak perlu nak sediakan air atau sudu. Mudah bukan? 😍

KHASIAT TABLET RESDUNG TOK MELAH


Menghentikan kegatalan hidung, telinga, mata, tekak serta badan
Menghentikan kekerapan bersin & melegakan hidung tersumbat
Meningkatkan prestasi imunisasi badan & sistem pernafasan
Anti radang serta melegakan selsema
Mencegah serangan asma
Mengurangkan kolestrol & anti toksid
Membantu mengurangkan masalah kelemumur berkerak
Merawat jerawat di wajah & badan akibat resdung

MAKLUM BALAS SELEPAS MENGGUNAKAN TRTM

Wah banyakkan khasiatnya? Ianya terbukti berkesan seawal 3 hari. Husniey suka sangat TRTM ni, memang tak susah nak mengamalkannya. SEDAP, SENANG DIMAKAN. Rasanya seperti makan vitamin sahaja, tak pahit langsung. Sesuai juga untuk diamalkan kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke atas. Husniey perasan sejak amalkannya, merasa kesan lega pada kawasan hidung, selalunya dalam hidung ni tersumbat tapi sejak amalkan TRTM ini nak bernafas pun smooth je.
Selain itu di pagi hari husniey selalunya alami bersin, tapi lepas makan je tablet ni bersin akan berkurangan. Lagi perubahan yang husniey rasakan hingus tidak lagi pekat, maaf kalau tetiba anda terbayang pulak kan. Kebanyakan orang ada masalah selsema ni kan, husniey punya cecair tu agak pekat (tidak berwarna okay).. Ia jernih sahaja, sebelum ini sering berhadapan masalah agak sukar nak hembus keluar, bila amalkan tablet ni dah senang nak membuang cecair itu. Haa gitu..
Tak percaya lagi? Okay, jom kita lihat testimoni dibawah ini 


Baca testimoni ini, klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas

Kalau bersin cepat berhenti, tak perlu ubat tahan gatal lagi!

Keluar kahak yang pekat. Wow kesan yang menakjubkan


SABUN RESDUNG TOK MELAH 



Selain produk berbentuk tablet juga terdapat sabun resdung tok melah.
Haa ini bukan sebarang sabun ya. Ini sabun memang mujarab. Suami husniey yang memakainya dan husniey melihat kesan positif pada kulit mukanya seperti kelihatan kulit muka lebih anjal dan pori di muka kelihatan mengecil. Tuan suami pun ada mengatakan mukanya rasa lebih segar dan kurang berminyak

Bahan-bahan yang terdapat di dalam Sabun Resdung Tok Melah ini dirumus khas dari bahan semulajadi iaitu kulit kayu manis, essential oil, cengkih dan juga ekstrak kunyit. Tiada bahan berbahaya dan ibu hamil juga boleh menggunakannya

Keistimewaan sabun resdung ini adalah dapat mengurangkan masalah kegatalan di muka, dan hidung, mencerah serta melembapkan kulit wajah, menghalus dan menganjalkan, mengecutkan jerawat yang tumbuh, mengembalikan tona asal, mengurangkan cela pada wajah, dan juga mencegah kedutan dan kulit kusam



HARGA

Tablet Resdung Tok Melah 

RM 49.00 (SM) 

RM 59.00 (SS)

Sabun Resdung Tok Melah
 RM 15.90 (20g)


Kepada yang berminat ingin membeli merawat masalah resdung, 
anda boleh mendapatkan segera dari Stokis dan Agen yang Sah.
Berita baik bagi anda semua 2000 pembeli terawal akan mendapatkan secara percuma sabun resdung tok melah, cepat dapatkan sekarang ya! 


UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Facebook: 

>> HQ Tablet Resdung Tok Melah <<

Instagram:

>> HQ Tok Melah Chewable Tablet <<


No. Telefon:
013-4942566


#PenawarResdungViral #KemamKemamRasberi
Reading Time:

Friday, 16 March 2018

Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends
16 March 12 Comments

Assalamuaalaikum, salam jumaat semua. Husniey mengambil masa harini untuk sertai giveaway sis Lea dan kawan kawannya. 
Giveaway ini berlangsung selama sebulan, sehingga 9 April 2018
Jom pakat join reramai


 Bawah ini senarai hadiah :

➦ 2 helai Tudung Aidijuma + sebuah buku motivasi preloved x 3 pemenang (Lea Azleeya)
➦ Wang Tunai RM50 x 1 pemenang (Shad)

➦ Sebuah Komik Jali Ohsem x 3 pemenang (Ankel Jonni)

➦ Sebotol Sambal Garing Che Nor (150gm)  x 5 pemenang (Kak Yang)

➦ Hadiah Misteri x 1 pemenang (Lea Azleeya)


Nak join sila klik pada banner diatas untuk mengetahui syarat penyertaan lebih lanjut

Baca sini juga;
Merancang bercuti ke Port Dickson 
Reading Time:

Thursday, 15 March 2018

BUKU BUKU WISHLIST YANG INGIN DIBELI DI PBAKL 2018
15 March 10 Comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Setiap dari blogger pasti tidak lari hobinya membaca kan? Husniey juga tidak ketinggalan, suka membaca buku – buku ilmiah banyak yang dapat diambil untuk dijadikan panduan dalam kehidupan

Mula membaca novel ketika umur belum pun mencapai 12 tahun, hehe.
Seronok kan bila kita dapat menghayati jalan cerita dalam novel? 
Sememangnya dulu suka sangatlah melayan novel cinta,
dah makin dewasa ini dah kurang sikit novel cintan cintun.
Kini, lebih gemar membaca novel yang berilmiah pula

Pesta Buku Antarabangsa dah tak lama lagi, teringin nak borong buku - buku yang hangat di pasaran.
Jom baca perkongsian dibawah jenis buku-buku yang husniey ingin dapatkan semasa Pesta Buku;

1) BUKU TRAVELOG: I’M A BACKPACKER 




Backpacker kini sudah menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk keluar melancong melihat negara orang, disebabkan kos dan bajet yang dikeluarkan agak minimum. Kalau dulu sebut je melancong
ramai yang akui mereka tidak dapat pergi melancong kerana perlukan bajet yang agak besar untuk dibelanjakan. Tapi kini seiring dengan kemajuan teknologi, sudah banyak kemudahan dan peluang terbuka luas untuk melancong

Buku travelog I’m A Backpacker ini ada banyak siri antaranya ialah tentang pengembaraan ke Europe, Turkey, United Kingdom, Korea dan Japan. Husniey memang minat sangat dengan buku yang kategori travel, kerana inilah minat dan juga hobi husniey sejak beberapa tahun kebelakangan
ini. Setiap tahun pasti ada saja negara yang husniey teringin nak lawati

I’m a Backpacker ini memang menarik minat husniey untuk membacanya oleh kerana terdapat banyak informasi menarik seperti merancang bajet, jenis pengangkutan yang perlu dinaiki untuk
ke tempat menarik, memilih penginapan dan lain-lain. Husniey dapati jika buku panduan  
pengembaraan yang lain agak mahal harganya. Berbeza pula dengan buku ini harganya berpatutan dan mampu dimiliki. Sesuai dibaca untuk pengembara yang ingin berkembara ke luar negara.
Seorang pengembara yang bijak, mestilah sering mencari informasi yang boleh dijadikan panduan sebelum dan semasa pengembaraan, bagi memastikan perjalanan berjalan dengan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan

Terdapat banyak persediaan penting lagi pula jika husniey merancang untuk mengembara ke negara yang majoriti bukan muslim. Jadi I’m a Backpacker ini adalah antara buku-buku yang dalam wishlist husniey nak sangat borong, jika berpeluang ke Pesta Buku. Kalau dapat borong semua pun best juga. Bolehlah buat persediaan lebih awal dan terus menanam cita-cita untuk mengembara lebih banyak ke negara-negara yang cantik dan unik 😍

2) NOVEL ISLAMIK : KERANA SYURGA BUKAN PERCUMA


Merupakan novel yang telah diadaptasi ke drama bersiri dan telah ditayangkan di televisyen,
novel ini dikategorikan Islamik. Haa walaupun husniey sudah kurang melayani novel kisah cinta,
tapi masih lagi sudi membaca novel yang menceritakan kehidupan mencabar.
Novel ini belum berpeluang untuk membacanya tapi husniey pernah menonton dramanya dan berminat untuk menghayati watak Khairul Rafeeq di dalam novel pula, beliau seorang yang tabah dalam menjalani kehidupan dan berjuang untuk berubah ke arah jalan yang diredhai Allah. 

Semakin cuba berubah ke arah lebih baik, makin banyak ujian yang tiba. Seorang yang baran dan juga kasar, tapi satu baginya wanita bukan untuk dikasari, bukan juga tempat untuk melempiaskan amarah. Pain changes people. Itulah yang mendorong Khai untuk berubah. Khai ‘sakit’apabila kehilangan abang kandung yang disayanginya (kembali menghadap Ilahi) ketika dia masih memerlukan sokongan dari abangnya untuk berubah jadi manusia berguna.
Semasa mula berubah, dia mengenali seorang lelaki warak yang dipanggilnya abang surau. 

Husniey nak baca sendiri lebih lanjut tentang watak abang surau ini.
Bagaimana abang surau berjaya membantu Khai untuk berubah dan istiqamah.
Ketika Khai sudah selesa dengan abang surau, dah mula rapat dengannya, tetiba abang surau pergi menghadap Ilahi.. Macam mana agaknya Khai lalui ujian ini? Teringin nak menghayati jalan cerita novel ini..

3) NEVER GIVE UP : JACK MA IN HIS OWN WORDS (Edisi Bahasa Melayu)


Nama Jack Ma makin menjadi sebutan, beliau seorang jutawan yang terkenal dengan usahanya menaikkan platform membeli belah E Dagang. Pengasas Alibaba.com ini telah memecah tembok
e dagang sejak dari tahun 2014. Husniey suka mendengar kata-kata azimatnya yang dikongsikan
di Youtube, beliau menyampaikan nasihat dengan gaya bersahaja sambil tersenyum dan diselitkan juga gurauan tapi penuh input yang berguna wajar diambil perhatian jika kita sedang bercita-cita menjadi orang yang berjaya, tidak kira apa jua bidang yang sedang diceburi. 

Buku ini menceritakan kisah perjalanan Jack Ma membina Alibaba sehingga ia digelar sebagai gergasi asia yang menjadi inspirasi. Never Give Up: Jack Ma in His Own Words Edisi Bahasa Melayu mengumpulkan kata-kata dan pandangan beliau dalam setiap aspek kehidupan yang akhirnya memberi kesan dalam setiap kejayaan yang diraihnya. Wah menarik bukan?

Husniey teringin membaca buku ini bukan bermakna berangan untuk menjadi jutawan seperti beliau. Tidaklah, husniey cuma mengagumi sikap beliau yang rendah diri dan masih lagi tidak kedekut ilmu untuk berkongsi resepi kejayaan beliau. Husniey juga punyai harapan dan impian namun berharap bila sudah terbang tinggi nanti tidak lupa diri. Seorang bilionair selamba yang berfikiran tajam ini ada berkata “If you’ve never tried, how will you ever know if there’s any change?” – JACK MA


PROGRAM / PERADUAN YANG MENARIK PBAKL 2018

Antara aktiviti / peraduan menarik yang husniey nak sertai sementara masih belum ditutup tarikh penyertaanya ialah; Peraduan bergambar bersama poster PBAKL 2018 dan berpeluang memenangi RM 5000! Anda semua dijemput untuk menyertai peraduan bergambar bersama poster PBAKL 2018 di stesen LRT terpilih 
  • Laluan Kelana Jaya; Stesen KLCC, Stesen Wangsa Maju, Stesen Bangsar, Stesen Ampang Park dan juga Stesen Setiawangsa 
  • Manakala bagi laluan Ampang / Sri Petaling : Stesen PWTC, Stesen Masjid Jamek, dan Stesen Bandaraya.
  • Hadiah ialah berbentuk wang tunai bernilai RM 500 x 10 gambar terbaik
Yang menariknya anda bebas bergambar secara swafoto, wefie atau bergambar bersama keseluruhan poster mengikut kreativiti masing-masing. 

Cara-caranya hanya perlu muat naik gambar tersebut melalui akaun Instagram anda.
Pastikan akaun Instagram anda UMUM (public) untuk membolehkan para penilai melihat gambar tersebut melalui hashtag. Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar yang paling kreatif, wajah dan poster yang jelas dan caption yang menarik 


Tempoh penyertaan peraduan bermula 1 Mac 2018 sehingga 1 Mei 2018


Apa lagi kalian semua jangan berfikir panjang ya, jom kita pakat borong buku kegemaran dan buku yang menjadi wishlist. Banyak aktiviti menarik yang lain boleh disertai semasa pesta buku diadakan. Jangan lupa untuk mengajak keluarga, anak-anak juga rakan-rakan untuk meluangkan masa di pesta buku ya 😊


MAKLUMAT LANJUT PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2018

Lokasi: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur
Tarikh Berlangsung: 27 April hingga 06 Mei 2018
Laman Web: www.klibf.my

#pbakl2018 #klibf.my 
Reading Time:

Monday, 12 March 2018

Cadangan Tempat Makan (TKafe Food Court)
12 March 6 Comments



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
kali ini husniey nak berkongsi cadangan tempat makan di Kuala Terengganu
Husniey dapat banyak pertanyaan dari rakan-rakan "dekat mana nak makan kalau jalan jalan di Terengganu". Itulah tujuan husniey menulis disini sedikit sebanyak dapat membantu insan diluar sana yang memerlukan informasi berkaitan

Jika anda berpeluang datang jalan - jalan di Terengganu husniey nak tekankan disini jangan risau ya tak susah langsung nak cari tempat makan yang okay, terdapat banyak restoran / warung / medan seleraTempat yang husniey dan suami suka singgah untuk makan malam terletak berhampiran Giant Hypermarket tepi jalan utama sahaja
Baca sehingga perenggan terakhir, ada diselitkan peta ke lokasi





Apa Yang Menarik Disini?

Pelbagai menu yang ada disini, 
Konsep disini sama seperti makan di RNR. Layan Diri Sendiri ya
Gerai gerai yang ada disini :


  • Gerai Chicken Wing
  • Gerai Satay 
  • Gerai Ikan Bakar 
  • Gerai Sengkuang Calit, Waffer
  • Gerai Nasi Kerabu
  • Gerai Laksa Penang Pior
  • Gerai Nasi Lemak Kukus
  • Gerai Char Kuey Teow 
  • Gerai Hot Plate & Clay Pot
  • Mama Chops Papa Grill
  • Air Buah Kaw 
Suka cuba makanan yang terdapat di gerai disini kebanyakannya sedap,
harga pun berpatutan πŸ˜
Menu masakan panas seperti nasi goreng, mee goreng dan lain-lain perlu membuat pesanan terus dikaunter begitu juga bagi minuman  




Yang husniey suka sate disitu, sedap dan murah. 
Secucuk berharga 60 sen, ada sate ayam dan daging
Kuahnya dan rempah sate memang terbaik
Roti canai dan roti bakar pun sedap, husniey dah pernah rasa
Nasi goreng kampung pun sedap, satu pinggan hidangan banyak juga



Jika berpeluang dapat lihat persembahan live band pada malam hari, 
suasananya santai dan suara penyanyi band tu pun boleh tahan takdelah memekakkan telinga pun. Harga makanan pula bergantung pada menu yang kita pesan
Husniey suka betul datang sini sebab banyak pilihan makanan dari
Western and Eastern, Makanan ringan, Pencuci Mulut, Minuman buah buahan, 
nasi kerabu nasi lemak dan lain lain. Semoga perkongsian ini bermanfaat ya! 


PETA LOKASI



Baca sini entri berkaitan :

 >> Cadangan Tempat Makan di Terengganu <<



Reading Time:

Wednesday, 7 March 2018

JJCM @ Kuantan City Mall
07 March 14 Comments

Assalamualaikum semua, semoga sihat selalu ya. 
Harini husniey mengambil peluang untuk menulis di blog tentang kisah perjalanan ke Kuantan baru baru ini. 
Untuk makluman, husniey berasal dari Kemaman Terengganu dan Kuantan merupakan tempat lahir husniey, hee. Dilahirkan di hospital besar Kuantan. Dari 4 beradik, husniey seorang sahaja yang tercampak di negeri lain. 
Nama aje tempat lahir, tapi memang jarang sungguh nak jalan jalan di Kuantan, (mungkin husniey suka pergi lebih jauh kot). Selok belok bandar Kuala Lumpur lebih arif dari bandar Kuantan. Hahaha okay kelakar pulak rasanya
Perayaan tahun baru cina haritu Husniey balik kampung di Kemaman, selalunya bila dah balik kampung aktiviti kami sekeluarga memang wajib pergi ke kebun bersama mak ayah tapi haritu mereka demam. 
Jadi kami suami isteri sepakat untuk explore Kuantan. 

Kuantan City Mall merupakan pusat beli belah yang baru dibuka pada tahun lepas. Mesti orang Kuantan dah bosan jalan jalan sini kan, hehe
Banyak outlet menarik yang ada, teruja sungguh masuk ke situ. Maklumlah di Terengganu tak ada mall gah seperti itu. Oh ya tempat letak kereta bertingkat ada disediakan untuk anda yang nak membeli belah di KCM, 
harga pula mengikut jam. 3 jam pertama hanya dicas RM 2 sahaja. Murahlah kan, masa husniey pergi ni hari minggu (Sabtu) so tempat letak kereta banyak yang dah penuh, jenuh duk pusing cari kekosongan πŸ˜‚


Jalan Jalan Cuci Mata 


Singgah di outlet Sport Direct. Dah lama teringin nak masuk ke kedai ni sejak ia tular di media sosial. 
Dalam kedai ini memang banyak sangat pilihan barangan sukan seperti kasut, pakaian, pakaian renang, 
pakaian sukan dan alat - alatan. Punyalah teruja tengok raket.
Sepasang berharga dari  RM 49.90, ringan aje raket tu. Teringin nak main badminton dengan suami / adik - beradik. Beli jugalah sepasang.
Dipendekkan cerita memang banyak juga barangan yang sedang berlangsung promosi



Seterusnya ke Kaison, wajib masuk kalau ke shopping mall. 
Jalan jalan dalam Kaison memang buat husniey kelabu mata melihat pelbagai barangan hiasan dalaman rumah yang cantik


Jalan Jalan Cari Makan 


Pertama kali mencuba Mee Tarik Warisan Asli, memang sedap. Servis pun cepat je.
Nampak je dalam gambar hidangan tu macam sikit tapi sangatlah banyak dan kenyang
Mujur Husniey pesan satu je. Lainkali nak ulang lagi makan di sini.
Mee itu sedap, sebab handmade
Ralit sungguh husniey melihat staf Mee Warisan tu buat



Kemudian, sebelum balik sempat pergi beli Sushi. 
Kedai Empire Sushi ini ada banyak pilihan dan harganya pun murah. 
Terletak di Level 4. Lama juga berfikir nak pilih yang mana, kalau boleh nak ambil semua.
Peminat sushi wajib rasa ya, husniey suka kebanyakan jenis yang ada. Inari Tako best πŸ‘

Ramai orang yang datang membeli 

Semua sedap sedap belaka😍

Murah je tu haa, sila klik pada imej untuk melihat dengan lebih jelas


Husniey tapau 2 bungkus satu lagi untuk keluarga. Banyak juga yang diambil,
kenyang makan sushi dalam perjalanan balik.
Jumlah belanjawan membeli sushi di Empire Sushi ialah RM 48. 
Berpatutan dan memang sedapp! Nak beli lagi nanti ❤
Dijamin halal, ada pengesahan halal diletakkan di kaunter 

Surau untuk pengunjung menunaikan solat turut disediakan. 
Terletak di kawasan tempat letak kereta. Level 5. Ingat kecil je suraunya, 
boleh tahan besar dan selesa. 
Kemudahan seperti kain telekung, serta sejadah memang ada banyak disediakan,
Semuanya masih baru.  Tempat wuduk di dalam surau berasingan (Lelaki dan Perempuan).

Sekian sahaja cerita JJCM husniey. 
Jalan Jalan Cari Makan a.k.a Jalan Jalan Cuci Mata 
Terima kasih membacanya ya πŸŽ€


Maklumat Lanjut tentang KCM 

Waktu Operasi:
10am to 10pm (weekdays),
10am to 10pm (weekends)

Alamat:
Kuantan City Mall, Jalan Putra Square 6/1, Putra Square 25300,
Kuantan Pahang Darul Makmur


Peta ke Lokasi 

Reading Time:

Monday, 5 March 2018

Review Mi A1 The Killer Budget Phone
05 March 18 Comments


Assalamualaikum dan Hai semua, 
rasanya lama dah tak review gajet yang digunakan. Baca sini untuk tahu lebih lanjut tentang review telefon yang pernah husniey tuliskan iaitu Huawei P9 lite and Xiaomi Yi Action Camera 
telefon huawei P9 Lite husniey dah jual kepada adik, hee. Masih lagi sihat walafiat dan selesa digunakan. Dia suka sangat ambil gambar guna phone tu.
Kamera Xiaomi Yi tu pula husniey masih juga lagi menggunakannya. Selalu dibawa bila travel, buat aktiviti lasak dan mandi manda.

Okay seperti mana tajuk yang tertera Husniey nak bercerita pasal telefon pintar yang jenamanya semakin menempa nama di negara kita. Jenama telefon Xiaomi semakin dikenali dan menjadi kegemaran rata-rata penduduk di Malaysia dan juga di negara luar. 
Sebelum itu nak buat penafian terlebih dahulu telefon Mi A1 ini suami husniey yang mengguna pakai. Bukan Husniey ya. Husniey cuma membuat kajian dan mengulas sahaja

SPESIFIKASI XIAOMI MI A1

4gb RAM, 64gb ROM 
Snap dragon 625 
Bateri berkapasiti 3080 MAH 
Saiz 5.5 inci 
Android OS 7.1.2 Nougat
Dua slot sim kad (Nano)
Resolusi 1080 x 1920 pxl
USB 2.0, Type C



Mi A1 mempunyai dua kamera di belakang dan dapat menghasilkan potrait mode yang sangat cantik dengan kesan blur yang smooth seperti menggunakan kamera DSLR, bagi kamera belakangnya 12 MP wide angle + 12 MP telephoto. Manakala kamera depan cuma 5 megapixel. Tak dapat lawan kamera Oppo lah kan kalau bab selfie πŸ˜‚

Mari kita lihat contoh gambar Potrait Mode yang diambil menggunakan telefon Mi A1


Cantik kan? Macam dalam shooting drama pun ada

Smooth je kesan blur di belakang tu 



Ya itu dia
Acah acah model sekali sekala πŸ˜‚

Contoh gambar bukan potrait mode (mode biasa)

Boleh juga menambah watermark pada gambar (perlu buat tetapan terlebih dahulu)


Gambar dalam keadaan low light

Bagi penggunaan bateri telefon ini didapati prestasinya bagus, boleh bertahan lebih 6 jam penggunaan seharian. Untuk pengetahuan anda, 
Xiaomi Mi A1 menggunakan sistem Android One boleh dikatakan kesemua aplikasi di telefon dikuasakan oleh Google. Contohnya kalau telefon android lain seperti Huawei, Oppo, Samsung dan Vivo akan mempunyai Gallery gambar tersendiri yang dah ditetapkan. 


Berbeza bagi Mi A1 sistem penyimpanan gambar disokong oleh Google Photos. Android Stock. Untuk mengakses perlu log masuk ke akaun Google.
Sesuai digunakan untuk pengguna yang arif menggunakan akaun Google, kena ingat password dan alamat email.
Apabila anda mengambil gambar atau pun  fail baru masuk ke telefon, fail itu akan terus backup ke akaun Google. 

Jadi tidak perlu dah nak risau kalau gambar tu tidak dibackup, sebabnya dah ada sistem yang automatik kemaskini ke Google Photos. Kalau terpadam gambar secara tidak sengaja, boleh cari semula gambar tersebut di folder Bin,  disimpan disitu selama 60 hari


Reka bentuk - Husniey suka pada reka bentuknya yang ramping, dan di bahagian tepinya curve. Ia datang dengan pilihan 3 warna iaitu warna black, gold and rose gold. Suka pada saiznya 5.5 inci, sungguh selesa dipegang

Ciri- Ciri Khas yang ada pada Mi A1




Terdapat fungsi IR Blaster yang membolehkan anda mengendalikan peralatan elektrik seperti TV, alatan audio dan penghawa dingin.
Husniey suka fungsi ini kerana ia terbukti memudahkan urusan. Yelah kadang remote control TV tak jumpa letak dimana, so bila ada ciri khas begini mudah hanya guna telefon di sisi untuk mengawal butang volume @ on off tv. Nak kawal suhu aircond pun boleh.
Selain itu turut ada alat pengimbas cap jari, membolehkan anda menetapkan kata laluan di telefon dan mengakses cepat dengan hanya letakkan cap jari

Pada hemat Husniey telefon Mi A1 ini sesuai untuk kaum lelaki kerana ianya tahan lasak dan bateri tahan lama.
Sesuai juga bagi yang gemar bermain permainan di telefon dan bagi yang suka mengambil gambar menggunakan kamera belakang sahaja.

Harga pasaran semasa dilancarkan 2017
RM 1099 tapi sekarang ini dah turun harganya suami husniey beli pada awal Januari 2018 dengan harga RM 945. Memang berbaloi! Beli di kedai telefon dalam Mydin Mall Terengganu bukan dibeli di atas talian ya πŸ˜…

Very useful phone, best camera results,
large storage, long battery life, and latest android version
MORE REVIEW ABOUT PHONE >> HUAWEI HONOR 8 PRO <<


Semoga entri kali ini bermanfaat.
Terima kasih membacanya 😍


Reading Time:

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com