April 2018 - Husniey Husain

Monday, 30 April 2018

Google Photos | How to Share your Original Format/Size Photos to Others People
30 April 20 Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera para pembaca blog. Harini merupakan hari terakhir bagi bulan April, esok 1 Mei cuti hari pekerja pula kan? Husniey mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua rakyat Malaysia yang bekerja dan bercuti 😎

Harini husniey ada sedikit ruang masa untuk menulis di blog, cuma nak berkongsi bagaimana caranya berkongsi gambar (yang asal dari telefon kita kepada orang lain). Bila anda berkongsi gambar melalui aplikasi Whatsapp gambar tu menjadi kurang cantik, tak seperti gambar asalnya. Mesti rasa tak puashati dan terdetik di hati "eh masa ambil gambar tadi sharp comel je bila tengok di telefon kita tak menjadi pulak kan?" Haha okay inilah penyelesaiannya 


Yelah husniey faham, anda semua nak mudah,  itu sebab berkongsi di whatsapp aje kan.. 
Ini antara pilihan lain selain anda berkongsi gambar di whatsapp. Baca sampai habis langkah demi langkah yang husniey kongsikan dibawah ini

Step by Step Share your Original Format/Size Photos to Others People (Using Google Photos) 

Aplikasi Google Photos 


1) Buka aplikasi Google Photos di telefon, biasanya telefon android sedia ada satu folder macam atas ni kan. So gunakanlah ia sebaik mungkin jangan biar ia tersadai sepi πŸ˜‚
Klik pada Sharing

Klik start new share

2) Okay, nah bila dah masuk ke aplikasi Google Photos, lihat dibawahnya. 
Barisan tu ada photos, albums, assistant, dan sharing. Klik pada Sharing, kemudian klik pula Start A New Share 


Select Photos

3) Select Photos You Want To Share. 
Suka hatilah nak pilih berapa banyak sekali pun. 10 keping, 100 keping gambar ke atas juga masih dibolehkan. Selesai pilih gambar, klik NEXT 


4) Isikan maklumat ditempat kosong 

To: Alamat Email Penerima (Boleh isi sehingga beberapa orang) 
Title: Letakkan tajuk yang berkaitan dengan gambar. Contoh gambar dikongsikan semasa anda bercuti ke Krabi. So letaklah tajuk album tu; Travel to Krabi 2018. Sudah selesai? klik SEND


5) Uploading. Haa ada pesanan ringkas dari husniey. Sila gunakan internet yang berkelajuan tinggi so cepatlah sikit selesai nak upload photos tu πŸ˜‚. 
Pergilah kunjungi KFC, MCD atau lepak dimana yang ada Public WiFi yang laju, hehehe. Cadangan lain, upload lah sedikit demi sedikit jangan sekaligus ya 

Contoh photos album yang dikongsikan oleh Tuan suami kepada akaun google husniey ~

6) Siap upload penerima akan dapat notifications di Email, klik pada View Album, dan buat sedikit tetapan dan sudah selesai! So bolehlah penerima  download your photos direct from the albums.



Contoh gambar asal selepas di muat turun dari album di Google Photos 

Contoh gambar asal selepas di muat turun dari album di Google Photos

Gambar akan cun, sharp dan bersaiz asal.  Sebelum terlupa anda juga boleh tambahkan gambar yang anda inginkan pada album tersebut. Maksudnya walaupun anda bukan owner album tu, anda boleh tambahkan juga koleksi gambar berkaitan

Okay lah sampai di sini sahaja perkongsian husniey yang tak seberapa kali ini, jika terdapat cadangan lain dan pengalaman berkenaan yang husniey tuliskan ni, tuliskan diruangan komen, Husniey sangat alukan komen dari anda 

Terima kasih membaca perkongsian ini. Semoga bermanfaat ya! 😊

Reading Time:

Thursday, 26 April 2018

LHDNM Peka Terhadap Tanggungjawab Sosial
26 April 4 Comments

Assalamualaikum dan Selamat Pagi,
Semalam husniey berpeluang menghadiri program tanggungjawab sosial yang diadakan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (Cawangan Kuala Terengganu)

Dipanjatkan rasa syukur kerana semuanya berjalan lancar dan dengan adanya program sebegini kita akan lebih membuka mata dan minda tentang fungsi jabatan ini dan lebih jelas menyedari tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia

Sempat bergambar bersama tetamu kehormat juga Blogger jemputan lainnya, Blogger Sis Gee dan Sis Awa


LHDNM TERUS LAKSANA TANGGUNGJAWAB SOSIAL


Setiu, 25 April 2018 – Kesinambungan usaha Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dalam memperkasa aktiviti kemasyarakatan menerusi aktiviti tanggungjawab sosial (Social Responsibility) diteruskan dengan penyerahan sumbangan alat bantuan mengajar kepada lima buah sekolah terpilih di daerah Setiu, Terengganu iaitu :

1.    Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK) Penarek
2.    Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK) Langkap
3.    Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK) Sungai Tong
4.    Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK) Putera Jaya
5.    Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK) Guntong
Pelajar sekolah bergambar kenangan-kenangan

Program ini diadakan di Laman Seri Rhu 10, Setiu, telah disempurnakan oleh
Encik Muhammad Hanafi Iberahim, Penghulu Kanan Daerah Setiu.

Turut hadir sama dalam majlis ini ialah 
Datuk Noor Azian Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDNM, Tuan Hj. Ngah Bidin, Ketua Sektor Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Hj. Badrulhisham Hj. Shafie, Penolong Pegawai Tadbir Majlis Daerah Setiu, Puan Rozina Shaik Osman Merican, Pengarah Jabatan Khidmat Korporat LHDNM, Puan, Zalina Chik, Pengarah LHDNM Cawangan Kuala Terengganu, Pegawai-pegawai Kanan LHDNM dan para guru serta pelajar dari sekolah yang terlibat.

Datuk Noor Azian dalam ucapan beliau berkata Program SR LHDNM pada hari ini merupakan bukti bahawa LHDNM komited dan tidak pernah jemu untuk berkongsi manfaat cukai kepada masyarakat serta berusaha meningkatkan kesedaran cukai dalam kalangan rakyat menerusi pengedaran risalah percukaian dan pembukaan kaunter perkhidmatan”.

Beliau juga mengharapkan agar sumbangan yang disampaikan kepada sekolah-sekolah terpilih di Daerah Setiu ini sedikit sebanyak akan membantu pihak sekolah dalam menyediakan fasiliti yang lebih selesa kepada para pelajar sekaligus dapat membantu sekolah untuk mencapai tahap akademik yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Sebagai rekod, pada tahun ini sebanyak lima program tanggungjawab sosial telah berjaya dilaksanakan oleh LHDNM setakat ini bermula dengan Program Pembersihan Pantai Tanjung Lipat, Kota Kinabalu, diikuti dengan Penyerahan Sumbangan Cermin
Mata kepada 150 orang pelajar kurang berkemampuan di  kawasan Bachok dan Tumpat, Kelantan, seterusnya penyerahan sumbangan Alat Bantuan Mengajar kepada 32 buah sekolah dalam Parlimen Jerlun, Kedah, penyerahan sumbangan Alat Bantuan Mengajar kepada 5 buah sekolah terpilih di Bukit Mertajam dan penyerahan sumbangan dua unit Alat Bantuan Mengajar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane Perkasa Kuala Lumpur baru – baru ini


Gambar 1 : Encik Muhammad Hanafi Iberahim, Penghulu Kanan Daerah Setiu
(dua dari kiri),  Datuk Noor Azian Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDNM (satu dari kiri), Puan Zalina Chik, Pengarah LHDNM Cawangan Kuala Terengganu (dua dari kanan), Encik Mohamad Rosli Mamat, Timbalan
Pengarah Cawangan LHDNM Kuala Terengganu (satu dari kanan) semasa  merasmikan Program Tanggungjawab Sosial LHDNM Bil 6/2018



Gambar 2: Pengetua / wakil sekolah bergambar bersama-sama tetamu kehormat



Gambar 3: Para pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan perkhidmatan di Kaunter Hasil 4U yang dibuka khas bersempena dengan Program Tanggungjawab Sosial LHDNM Bil 6/2018 

Reading Time:

Monday, 16 April 2018

Cool Things you can do with Huawei Honor 8 Pro
16 April 10 Comments

Huawei kini semakin menempa namanya di Malaysia dan lain lain negara. Kali ini husniey nak berkongsi tentang Huawei Honor 8 pro, ia didatangi dengan dual camera dan dilengkapi pelbagai ciri ciri khas yang menarik.
Antara ciri ciri khas yang ada pada telefon Huawei Honor 8 pro ialah :



Camera Features 
Dual Camera : 12 MP, f/2.2, phase detection and laser autofocus, dual-LED dual-tone flash
Front Camera : 8MP, f 2.0, 1080P

Mode of Honor 8 Pro's Camera 



Pro photo
Pro video
Monochrome
AR Lens
3D Panorama
HDR
Night Shot
Time Lapse
Slow Mo
Filters
Watermarks
Audio Note
Artist Mode 

Mode Wide Aperture membolehkan gambar anda terhasil dengan adanya kesan bokeh dan subjek akan terlihat lebih menyerlah. Paling husniey suka setelah snap gambar menggunakan mode ini kita boleh edit dan letakkan semula kesan blur di kawasan yang diingini

Lain lain mode yang ada Mode Moving pictures dan Potrait Mode. Potrait mode dicadangkan gambar ingin diambil perlu jarak 0.5 sehingga 2 meter. Barulah anda dapat lihat kesan bokeh pada gambar.  Sesuai untuk mengambil gambar imej orang. Terdapat banyak lagi mode yang boleh digunakan.
Lihat pada gambar yang husniey selitkan

CONTOH GAMBAR YANG DIAMBIL MENGGUNAKAN HUAWEI HONOR 8 PRO

Gambar Mode Wide Aperture


Nampak kesan blur di tepi :')

fokus pada buah ~


Gambar Selfie mempunyai kesan bokeh juga jika mengaktifkan mode Bokeh,
boleh gunakan beauty mode, juga boleh adjustkan level beauty tersebut ikut kesesuaian



Gambar Permandangan Indah




Penggunaan Bateri Honor 8 Pro

Menggunakan ia sejak Februari lalu, husniey sangat berpuas hati dengan prestasi penggunaan baterinya. Terdapat power saving mode, ultra saving mode. 
Jika anda menghidupkan mode ini, penggunaan telefon akan bertahan lebih lama.
Lebih 10 jam penggunaan seharian. Oh ya turut hadir dengan keistimewaan 
fast charging. Dalam masa setengah jam dah naik 50% bateri dari 10%

Catatan Penggunaan Bateri

13 Februari 2018 jam 8.15 PM (Bateri penuh 100%)
14 Februari 2018 jam 3.00 PM (Bateri tinggal 36%,
masih boleh digunakan sehingga beberapa jam lagi jika aktifkan power saving mode)


Aktiviti yang dilakukan menggunakan telefon ini 
- Scroll media sosial 
- Mengambil gambar dan video 
- Menonton cerita selama 2-3 jam
- Menaip entri blog
- Edit gambar-gambar
- Update story di media sosial 
dan pelbagai aktiviti yang dilakukan sepanjang penggunaan seharian telefon ini


Phone features 
Battery - 4000 MAH 
EMUI Version - 8 
Android Version - Android 8.0
CPU - Hisilicon Kirin 960 
RAM - 6 GB 
Phone Storage - 64 GB 
Resolution - 1440 x 2560 (5.7 inci panjangnya)

klik pada gambar untuk melihat dengan jelas

Tools yang tersedia di dalam telefon ini;

SCREEN RECORDING
ini paling favourite, dah tak perlu nak install aplikasi lainnya dari play store. 
Hanya perlu akses terus di bahagian notification bar


Torch Light, Mirror, Compass. Selain itu ada juga ciri khas terkini bagi telefon yang premium mesti dah ada fungsi sama ni juga iaitu Smart Controller, ia membantu anda mengawal remote control TV di rumah menggunakan telefon. Smart controller ini bukan sahaja dapat menjadi alat kawalan TV sahaja, ia juga boleh mengawal suhu penghawa dingin dan pelbagai lagi alatan elektronik. Menarik bukan? Ada lagi yang best, iaitu fingerprint. Fingerprint bukan sahaja shortcut untuk buka password di telefon, tapi anda juga boleh browse photo album, check notifcation bar, close alarm clock

Aplikasi Music, husniey suka sangat sebab ada Timer
Ini akan menjimatkan penggunaan bateri. Canggih betul telefon sekarang ni ya?
Contohnya waktu tidur husniey selalu pasang zikir dan akan menggunakan fungsi ini untuk menetapkan masa off the music setelah 1 jam


Macam mana pula dengan Sound muzik? Sound kuat, sedap didengar.
Pernah sekali husniey memainkan lagu di telefon, adik husniey dari jauh bebel sambil datang mendekat lepas tu dengan yakinnya beritahu kita ni, bunyi bestkan bila pasang lagu dekat Speaker..  Husniey pun menjelaskan, "mana ada guna speaker ni haa along pasang kot telefon je"πŸ˜‚ Masa tu kebetulan duk mengadap laptop duk siapkan kerja.

Apliikasi Heatlh, ini juga turut sudah tersedia di dalam telefon. Husniey suka sebab bolehlah sedarkan diri untuk bersenam dan jaga kesihatan diri. Setiap hari telefon ini akan merekod jumlah anda berjalan kaki, dan turut disediakan kemudahan gps untuk anda berlari atau marathon

Harga Huawei Honor 8 Pro yang husniey beli ini pada Februari 2018 yang lalu
RM 1,750. Setakat ni this is best phone for me!
Ini jenama Huawei yang kedua husniey gunakan.
Pernah berpengalaman menggunakan jenama Oppo, Lenovo, Samsung dan awal tahun baru-baru ini suami menggunakan telefon Mi A1.
Really love gadgets and I love to share with people about the phone I use

Cerita pasal kelebihan aje, mestilah nak tahu juga kekurangannya kan.
Ya, ada. Lebih banyak kelebihan dari kekurangan
Kekurangan Honor 8 Pro ni, butang screen lock / power off terletak ke bawah sangat, banyak kali juga jadi bila minta tolong orang ambilkan gambar mesti tersilap tekan butang tu, then phone locked πŸ˜‚

Dan kelemahan kedua, gambar yang terhasil memang kebanyakan cantik dan menarik,
tapi ada juga kelemahannya iaitu 'warnanya terkadang terlalu terang'.
Kena pandai adjust mode atau alihkan butang fokus tu ke arah lain..
Itu saja rasanya kelemahan yang ada buat husniey rasa menyampah sikit jelah, hahaa Overall very good, really in love with the phone system ~
Harapnya boleh berubah if update new version (gambar too bright tulah)

nah layan video, ada screen record, contoh video dari telefon  :)


Baca sini juga artikel berkaitan

Semoga bermanfaat ya, klik share jika post ini membantu. Terima kasih 
Reading Time:

Friday, 13 April 2018

Tempat Menarik Yang Dilawati di Bagan Datuk, Perak (2)
13 April 13 Comments


Bersambung cerita tempat menarik yang dilawati di Bagan Datuk (2

Baca tempat menarik yang dah dilawati 
klik bawah ini 


7) JETI BAGAN SUNGAI BURUNG



Setelah itu lawatan bersambung ke Bagan Sungai Burung, melihat perkampungan nelayan tempatan,disini kampung nelayan terdiri dari kaum cina. Merupakan jeti untuk ke Sky Mirror, Blue Tears atau Pulau Sembilan. Untuk ke tempat menarik seperti yang dinyatakan perlu menaiki bot dan ia mengambil masa beberapa minit, ada juga pakej lengkap yang disediakan siap dengan makan. Anda boleh cuba google maklumat lanjut ya 
Jom layan gambar.. Indah permai permandangan di jeti ini





Warna warni hariku..
Gituu tau, acah candid padahal gambar tak bebetul sedia lagi
tapi macam okay je kan hihi

Bot bot nelayan ~


8) BAGAN DATUK WATERFRONT

Cantik


Bagan Datuk Waterfront 

Ini tempat wajib korang datang kalau ke sini. Ini merupakan lokasi lawatan terakhir ketika kami di Bagan Datuk. Suasana sunset disini sangatlah cantik! Tak puas mata ni memandangnya. Di Bagan Datuk Waterfront ini meriah dengan pengunjung yang datang bergambar, terdapat banyak spot cantik untuk photoshoot, kalau husniey berpeluang datang berkunjung ke Bagan Datuk lagi pasti akan datang sini lagi sebab banyak
food street dijual dan kawasan ini meriah dengan pelbagai aktiviti.


Basikal untuk kanak-kanak boleh disewa 


Lawa kan view? Layan sunset kat sini pun best


9) BETING BERAS BASAH, BAGAN DATUK


Beting Beras Basah merupakan tempat yang bersejarah dan telah wujud sejak zaman Sultan Muzaffar Syah 1. Ini merupakan tempat wajib untuk istiadat pertabalan. Raja perempuan juga harus melakukan istiadat disini. Ianya terletak di muara Sungai Perak berhampiran dengan pekan Bagan Datuk. Beting Beras Basah boleh dilihat ketika air Sungai Perak surut dan akan tenggelam semasa waktu air pasang. Cantik suasana disini ketika matahari hampir terbenam 

Tempat ini juga dianggap keramat oleh penduduk kampung kerana banyak peristiwa aneh yang berlaku.Kalau anda berkunjung ke sini sila jaga tingkah laku dan tutur kata anda ya :)



Suasana ~

Suasana di Beting Beras Basah 


Kita sudah berada di penghujung entri,
Husniey mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang menganjurkan Road To Agro Tourism iaitu Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) serta barisan penaja yang lainnya Malaysian Inbound Tourism Association (MITA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Kraftangan Malaysia, FAMA, MARDI Bagan Datuk, Homestay Bagan Datuk, dan krew yang mana terlibat dalam menjayakan program agro pelancongan ini seronok mengenali kalian semua.
Terima kasih di atas peluang ini, sudah jatuh cinta dengan keindahan alam di Bagan Datuk!

Kalau rindu memangnya husniey layan lagu Bagan Datuk by Dato' M Daud Kilau,
Lirik Lagu Bagan Datuk:
Kalau teringat, teringat atuk rasa nak pulang ke Bagan Datuk 
Kalau teringat, teringat atuk jangan lupa pulang ke Bagan Datuk
Jemputlah sayang jemputlah masuk
Kasih kita tidak pernah lapuk, berpanjangan walau pernah merajuk..  
Kalau dah ingat pesanan atuk, pulanglah lekas ke Bagan Datuk,
Kalau dah rindu, rindukan atuk pulanglah pulang jangan merajuk
Resam budaya peninggalan atuk, berbaktilah di setiap pelusuk
dan tak lupa pulang ke Bagan Datuk

Altimet:
Kalaulah tuan berlayar jauh
bawakan balik sedikit udang, lega rasanya melabuh sauh
ke ganggang juga sirih kan pulang
Kalau saudara keluar kembara
Jauh jalannya jarak saujana 
Jemput singgah kami pelawa 
Orang sini alukan saudara


Terima lah video di Bagan Datuk
Terlupa nak upload di Youtube Channel, lepas tu dah terdelete video yang sudah diedit itu
so tengok kat instagram jelah ya :)
Semoga entri ini bermanfaat 



Reading Time:
Tempat Menarik Yang Dilawati di Bagan Datuk, Perak
13 April 14 Comments

Baru-baru ini Road To Agro Tourism Edisi ke 5 explore Bagan Datuk. Program ini merupakan anjuran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC). 
Nature, Culture, Historical itulah menariknya Bagan Datuk. 

Di kiri dan kanan jalan sepanjang kampung kampung dihiasi dengan pokok-pokok kelapa. Indah dan permai sungguh tidak dapat dilupakan. Kalau anda ingin melawat dan menghayati keindahan desa di Bagan Datuk dan mencari cari perkhidmatan sewa van, saya mencadangkan untuk menggunakan servis khidmat sewa van atau bas. 

1) HOMESTAY PAK NGAH, BAGAN DATUK 





Tiba di Bagan Datuk pada jam 3 petang, inilah tempat pertama yang kami singgah dan menginap selama 2 hari 1 malam. Homestay Pak Ngah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan barangan rumah. Sesuai untuk seisi keluarga yang ingin menginap disini. Antara kemudahan utama yang ada, seperti katil, barangan perabut almari kerusi, meja makan, tuala, turut tersedia seperti air mineral dan perkakasan dapur. Husniey suka reka bentuk rumahnya. Selesa. Bilik-biliknya pula dilengkapi penghawa dingin dan ada juga dilengkapi kipas. Terdapat 4 buah rumah kesemuanya


Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana nak buat tempahan atau harga homestay,
sila hubungi nombor tertera di imej bawah ini;


2) PERUSAHAAN PRODUK HILIRAN, SENTOSA FIBRE SDN BHD

itu dia 4 ladies bermain dengan sabut ^^

Diberi peluang keemasan untuk melawat ke kilang fibre ini, husniey tak sangka begitu banyak kegunaan yang terdapat pada kelapa. Dari kulitnya yang keras sehinggalah ke isinya, banyak kegunaannya. Kita ingat isinya aje ada kegunaan dan kelebihan.
Sabut kelapa mempunyai banyak kegunaan antaranya ialah boleh dibuat tali, sabut yang halus turut dibuat sebagai baja, barangan perabut, jerami serta bahan bakar untuk pertanian. Mari kita lihat gambar yang husniey kongsikan dibawah ini

Sabut yang dijemur


Cocoa peat yang dikisar



3) RUMAH TRADISIONAL PERAK 


indahnya permandangan didesa ~


Setelah itu rombongan krew media bersambung pula ke rumah tradisional Perak
yang telah berusia 100 tahun lamanya. Pertama kali memandangnya sudah cukup membuat husniey terasa jatuh cinta. 
Kawasan rumah yang dihiasi pokok kelapa yang rendang dan rumah warisan ini masih terjaga rapi, dan dikhabarkan sentiasa di dekorasi agar sentiasa terlihat kemas.
Rumah ini masih bertuan tau, milik Tuan Haji Baharuddin @ Mohamed Daim Mohamad
& pasangannya.Rumah ini juga turut menjadi tarikan utama bagi pelancong yang datang kesini

-tuan rumahnya-

4) RESTORAN TOK MOH TOMYAM



 Semasa di Bagan Datuk seringkali kami pihak media disajikan dengan pelbagai jenis makanan dan kali ini husniey nak kongsikan restoran baru beroperasi di Bagan Datuk. Menu masakan panasnya banyak juga. Beroperasi pada waktu petang dari jam 5 petang sehingga 1 pagi. Ramai juga orang kampung sini yang datang singgah makan. Of course sedap. Husniey ada tengok menu, harganya pun berpatutan

5) KILANG S&P FOOD INDUSTRIES

Anda jangan fikir di daerah Bagan Datuk ini tidak ada kilang yang beroperasi tau,
katanya pengurus kilang tersebut S&P memilih beroperasi disini kerana ia merupakan
'The Coconut Paradise'. Boleh dilihat di sepanjang jalan ketika melalui kampung-kampung sekitar daerah Bagan Datuk meriah sungguh dengan kelapa. Produk S&P Food turut eksport di kebanyakan negara luar seperti US, South America dan 40 negara lain.
Kilang yang terdapat di Bagan Dato ini merupakan tempat memproses manakala di Damansara merupakan HQ

Sebelum menjadi serbuk santan, proses terlebih dahulu dimulakan dengan membuat ujian micro di makmal. 'Pastrilization for make sure not have microorganisms and metal'.
Ada beberapa jenis serbuk santan antaranya ialah; serbuk santan berperisa pandan, serbuk santan berperisa original dan omega 3. Bagi serbuk santan pandan sesuai digunakan untuk membuat nasi lemak, mee kari, rendang. Juga terdapat produk kerisik dan ketupat nasi
Variety of Instant Coconut Powder 

Kilang S&P Industries, Bagan Datuk

Kelebihan Serbuk Santan S&P

Masakan anda tahan lebih lama
Sesuai dibawa untuk mengembara ke luar negara
Maklumat lanjut layari www.spfood.com
Klik untuk membaca >> resepi menggunakan S&P Serbuk Santan <<
Terima kasih S&P kerana memberikan cenderahati 


6) MARDI BAGAN DATUK  

Pengalaman yang menakjubkan ketika lawatan di Bagan Datuk, menaiki lori untuk ke tapak melawat ladang kelapa. Uniknya MARDI disini mereka menfokuskan pelbagai jenis kelapa. Disini husniey dapat melihat pelbagai jenis pokok kelapa, antaranya ialah pokok kelapa dara, pokok kelapa pandan, kelapa matag. Ketika lawatan ini kami dapat menyaksikan panduan dan cara-cara penjagaan pokok kelapa dara, perlu membuang benih jantan. Paling menarik ialah apabila melihat bagaimana cara memproses minyak kelapa dara atau dalam bahasa Inggerisnya Virgin Coconut Oil (VCO).
Kebaikan yang ada pada VCO antaranya ialah merangsang metabolisme, mengurangkan risiko sakit jantung, meningkatkan daya tahan penyakit, dan mengelakkan jangkitan penyakit kulit. Bagi menghasilkan VCO perlu melalui banyak prosedur dengan memarut isi kelapa,disangai isi kelapa yang telah diparut, kemudiannya memproses pengestrakan minyak menggunakan 'expeller', mengasingkan isi lebihan parut dan barulah penurasan minyak

Di MARDI dalam lori, ngee

 Melihat tutorial melindungi polen pokok kelapa dara, proses ini untuk memastikan pokok hasilkan benih yang terbaik

Yes, this is virgin coconut oil!

Kelapa parut yang keluar setelah melalui proses ditekan
dalam mesin pemerah hidraulik (gambar diatas) 
Last but not least cerita di MARDI kami dijamu dengan air kelapa segar dari ladang sambil melihat secara langsung proses membuat kelapa telur. Kelapa telur ni unik sangat.
Memang teruja melihat cara mengeluarkan air kelapa berserta isinya
nak tengok video nya sila baca part akhir ada video diselitkan dihujung post tersebut ^_^

Disebabkan post ini rasanya dah panjang lebar, moh ler kita bersambung ke part 2 
Klik untuk membaca >> TEMPAT MENARIK DI BAGAN DATUK PART 2 <<

Reading Time:

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com