May 2018 - Husniey Husain

Thursday, 31 May 2018

Resepi Minuman Sedap | Air Buah Naga Float Sedap Teruk
31 May 14 Comments

Assalamualaikum. Salam Ramadan 15
Lajunya masa, rasanya macam masih baru berpuasa. Lagi beberapa hari akan masuk 20 hari berpuasa. Tiktoktiktok kejap je nanti dah nak raya kan? Bulan puasa ni mesti korang suka bancuh air sedap sedap untuk berbuka, rasa lega sangatlah kalau dapat minum air buah yang segar! 😍

Baru baru ini husniey balik kampung dan beli buah naga di Marang masa dalam perjalanan balik. Fresh lagi buahnya. Husniey suka singgah di area Pulau Kerengga, Pasir Puteh, Marang. 
Sini banyak hasil dari ladang buah penduduk tempatan yang dijual terus. Murah murah pulak tu. Jagung, tembikai, labu. Kalau musim buah memang meriah kawasan ni


Antara buah buahan yang ada dijual


Tembikai. Ni kulit cantik lagi menandakan buah masih baru. Kalau tak silap ini buah tembikai yang isinya kuning 

So sampai je di kampung dah masuk waktu berbuka puasa, tak sempatlah nak makan buah naga yang dibeli tu.
Malam tu lepas balik berterawih si adik bongsu husniey, Engku Hidayati dengan rajinnya ke dapur buat air. Kreatif betul caranya buat tu. Jom tengok bahan dan caranya πŸ˜ŠπŸ‘‡


Bahan-Bahan yang diperlukan


  • Buah Naga bersaiz sederhana - 2 biji
  • Susu pekat - Agak agak je
  • Ais
  • Aiskrim vanilla






Cara-Cara Membuat Air Buah Naga Float

1) Potong buah naga dan blend buah terlebih dahulu
2) Masukkan ais ke dalam blender dan blend bersama buah naga tadi
3) Masukkan susu pekat sedikit demi sedikit

4) Tak perlu campur air ya, sebab buah tu dah lembut dan ada airnya tersendiri
5) Dah siap! Enak sungguh digandingkan bersama aiskrim vanilla dan sedikit buah naga yang dipotong halus sebagai topping 😍


Memang sedap! Husniey yakin korang mesti suka. Silalah mencuba resepi air naga float ni, jangan malu malu mencubanya ya..
Sesuai juga untuk minum semasa berbuka puasa! Sekian semoga bermanfaat ❤️

BACA ARTIKEL LAIN DISINI:

Reading Time:

Tuesday, 29 May 2018

Biskut Raya Hangat di Pasaran (COD Kuala Terengganu)
29 May 13 Comments


Assalamualaikum korang. Moga sihat selalu. Kali ini nak berkongsi pasal biskut raya yang dikatakan sedap dan murah di Kuala Terengganu ni. Tauke biskut raya ni sampai tak menang tangan mengambil order ☺️

Belum pun sempat raya husniey dan tuan suami dah nekad nak merasa biskut raya. Memula nak rasa je tau, tetiba dah nak habis. HAHA tak sempat nak buat raya 


Sedap sangatlah biskut raya yang dijual puan Huda ni, very recommended!
Murah pulak tu. Mana nak dapat biskut raya muroh lening. Susah nak jumpa kan?

Chocolate chip RM15 sahaja

Nahh, yang ini dijamin murah & kualiti pun terbaik, sedap pula tu. 
Tuan suami menyukai biskut tengah viral iaitu almond crunchy tu, 
ya Allah ranggup sungguh

Almond Crunchy RM 20 sahaja

Tak manis sangat, just nice. 
Husniey pula pencinta coklat so haruslah jatuh cinta pada biskut coklat chip 😍❤️


Okay tak nak cakap banyak bagi anda yang berminat, nah sila rujuk harganya dibawah dan hubungi nombor tertera di bawah ya

HARGA BISKUT RAYA 

Golden Almond Crunchy RM20
Chocolate Chip RM15 


Jangan lambat ya. 
Open order sehingga 3 Jun 2018
Berminat untuk order anda boleh hubungi 


WhatsApp
011-51044632 (Puan Huda Halid) 


Penghantaran kawasan

KUALA TERENGGANU ~ GONG BADAK

Husniey sendiri pun bakal tambah order lagi, sebab sedap sangat nanti nak berikan kat mertua dan mak ayah jugak bila balik raya ❤️

#bloggermalaysia #terengganu #bloggerpantaitimur #lifestyleblogger #foodblogger #foodlover #biskutraya #kualaterengganu #codkualaterengganu


Reading Time:

Monday, 28 May 2018

Rasai Perbezaan Kulit Wajah dengan DR.Beau Vitamin E Serum
28 May 8 Comments


DR.BEAU  VITAMIN E 100% SEMULAJADI
Assalamualaikum. Salam Ramadan buat semua :) 
Ya Allah pejam celik kejap je kan dah nak raya tak lama lagi. Mesti anda semua nak tampil cantik depan kaum keluarga, saudara mara yang dah lama tak bersua muka kan? 
Mari husniey kenalkan produk yang sedang hangat diperkatakan mampu merawat kulit muka yang bermasalah. Husniey pun baru sahaja seminggu mencubanya nampaknya kesan positif bila mengunakan Dr Beau ni. Apakah Dr Beau ni? Ia adalah serum untuk menjaga dan merawat kulit menampakkan kesan dalam masa 24 jam tau


BAHAN UTAMA DI DALAM PRODUK DR BEAU VITAMIN E SERUM 🌼

1. Minyak Argan oil
2. Minyak Gandum
3. Minyak Badam
4. Minyak Apricot
5. Minyak Primrose


Masih tercari - cari lagi serum parut paling tepat? Ramai dah berkenan dengan Dr.Beau serum yang diyakini boleh merawat pelbagai masalah pada kulit wajah:

πŸƒparut
πŸƒkulit berminyak/kering
πŸƒjerawat /jeragat
πŸƒbiji kolestrol
πŸƒanti penuaan/anti kulit kedut

- Lebam bawah mata
- Kulit berminyak
- Pori terbuka
- Kulit kering dan kusam
- Masalah ekzema
- Bintik hitam



KESAN PENGGUNAAN DR.BEAU 🌼

 24 Jam - Jerawat kering
   7 Hari  - Parut pudar
21 Hari  -  Kulit sekata

CARA PENGGUNAAN

1. Tarik hujung kapsul
2. Titis ke atas bahagian muka
3. Sapu rata sehingga meresap ke lapisan dalam kulit
4. Beri perhatian lebih dan sedikit urutan pada bahagian kulit yang bermasalah;
Seperti bawah mata/parut dan lain lain


Untuk cara penggunaan, boleh rujuk pada video yang husniey selitkan ini 

PANTANG PENGGUNAAN 🌼

 Jangan skip penggunaan sehingga berkesan.
cuci tangan dan muka sebelum sapuan Dr.beau dilakukan

ANTARA TESTIMONI PENGGUNA DR BEAU SERUM

kulit makin flawless

Parut jerawat makin pudar, muka rasa lembut je 

TESTIMONI 1

"Saya hampir berputus asa mencari produk yang boleh menghilangkan jeragat di muka. Semuanya tidak berkesan. Pernah saya cuba satu produk ni, memang menjadi betul tapi sayang tak lama lepas tu muka saya berubah lebih teruk akibat merkuri. Saya betul betul serik, sampailah saya diperkenalkan dengan Dr Beau. Tak sampai 3 minggu kulit saya pulih sepenuhnya. Saya kini kelihatan jauh lebih muda dan kulit makin tegang berbanding dulu."


TESTIMONI 2
"Saya ni jenis yang suka bersolek. Sesuai dengan kerja saya yang memerlukan penampilan kemas. Saya pilih Dr Beau untuk melindungi kulit dari bahan kimia yang boleh membuatkan kulit saya rosak. Sekarang kulit saya semakin halus dan sihat."

>> More testimoni penggunaan Dr Beau Serum << klik disini ya

Testimoni sendiri
Nampak sahaja macam kecil pada mata kasar tapi hebat jugaklah penangan Dr Beau ni. 
Bangun pagi kulit husniey terasa lembut, tegang dan tak berminyak dah. Parut jerawat semakin pudar. Memang bestlahh. Bau ia pun menyenangkan. Pendek kata muka husniey rasa selesa dan ringan. Moga cepatlah sembuh parut degil kat muka ni tak sabar nak tampil lawa dan flawless di hari raya! Heee☺️

Kenapa perlu mendapatkan Dr Beau Vitamin E Serum n?
Husniey suka ia wangi dan tak melekit, walaupun ia sejenis serum yang digabungkan bersama minyak semulajadi. Serius best! 

Dijamin Selamat Digunakan Oleh KKM & BPFK NOT170502921K. 
Dr Beau Serum hampir 15K botol terjual setiap hari dan produknya dijalankan 
Proses Penyulingan Molekul & Pengektrakan Superkritikal



HARGA DR BEAU VITAMIN E SERUM

Normal Price RM 119 (30 softgels)


MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI

WHATSAPP: 012-649 3639INSTAGRAM: drbeau_officialFACEBOOK: Dr Beau MalaysiaWEBSITE: www.drbeau.com

Reading Time:

Friday, 25 May 2018

Explore Lombok Day 1 [Desa Sasak Ende | Pantai Pantai Cantik di Lombok | Shopping)
25 May 14 Comments

Highlight Day 1 In Lombok: Lombok Airport | Desa Sasak Ende | Pantai Kuta Mandalika, Pantai Mawun, Pantai Selong Belanak | Check In Hotel | Shopping @ Gandrung, Sengigi

READ THE ARTICLE 

16 & 17 April 2018 (KLIA2 - LOMBOK)
Bermulanya kisah travel husniey kali ini
mula bertolak dari Kuala Terengganu ke KLIA 2
pada pukul 9.45 malam dan tiba di lapangan terbang pada pukul 10.45 malam,
husniey dan tuan suami tidur di airport menantikan perjalanan ke Lombok keesokannya.
Untuk makluman dan peringatan, korang wajib sampai awal 
paling kurang 3 jam sebelum flight dijadualkan berangkat πŸ˜…
Macam sekarang ni flight ke Lombok perlu check in di kaunter,
barulah diberikan boarding pass husniey dah cuba print out di mesin tapi tak dapat.
Kalau sebelum ni tak perlu pun jika tak ada check in baggage.
Lepas tu ada lagi banyak cabaran di airport, antaranya ialah masa kami dah tiba di gate yang ditulis pada boarding pass, haa tiba tiba terbaca pada board, gate berbeza pula iaitu pintu L..
Dah la jauh jugak berjalan kaki..
Elok dah sampai awal di gate yang tertulis pada boarding pass, satu hal pula nak kena kalut berjalan ke gate baru



Kalau terjadi begini (pintu gate tertulis pada boarding pass berbeza dengan board) korang kena ikut yang dikemaskini di board tu.. So pantaslah anda berjalan ke gate baru. Jangan terhegeh pulak..
Husniey dan tuan suami mengambil masa 30 minit jalan kaki dari Gate P ke Gate L..
Tu diaaa lama kan? Nasiblah tak kalut mana, tapi jadi ngam ngam masa untuk berlepas tu.. πŸ˜‚
Kesian weh kalau kena pada orang tua kena jalan jauh macam ni. So please datanglah ke airport seawal mungkin. Kalau flight awal pagi datanglah tengah malamnya. Panjang pula daku membebel



Geng bersebelahan husniey dalam flight dari Holland. Namanya Irene. Katanya explore Lombok for 10 days, dia baru balik dari Hanoi Vietnam

Perjalanan ke Lombok, Indonesia sedikit lewat dari jadual yang ditetapkan. 30 minit lewatnya. Dari KLIA 2 ke Lombok memakan masa 2 jam 50 minit. Hampir 3 jam jugalah, bertolak awal pagi sekitar jam 9.30 pagi

Tiba di Lombok International Airport
12.15 tengahari tiba di Lombok, haa waktu Lombok sama saja dengan Malaysia.
Agak lama untuk selesaikan urusan di imigresen dan kastam, mungkin sebab ramai orang.
Dah siap semuanya kami terus keluar mencari driver yang sudah dibuat tempahan awal.
Encik Yusuf namanya sudah lama menunggu kami. Husniey memilih untuk menggunakan pakej
2 hari 1 malam untuk explore sebahagian tempat menarik di tanah besar Lombok
Tempat menarik di Lombok agak jauh, memang perlu upah pemandu.
Indonesia dah beberapa negeri husniey lawati, negara mereka susah nak jumpa signboard (belah perkampungan) lagipun keadaan jalan agak bahaya banyak kawasan cerun bukit, jalannya sangat sibuk jadi untuk rakyat Malaysia memandu sendiri mungkin tak sesuai, ada baiknya menggunakan servis tour guide sahaja. Orang Indo ni cekap memandu.. Masa inilah korang nak tengok skill mereka memandu! Hebat sungguh, tak gentar di atas jalanraya
Kagum betul 😍 Sebelum terlupa, sedikit peringatan dekat airport Lombok ni, agak ketat juga pemeriksaannya sebab ramai orang asing yang dah mula menetap lama di Lombok, pihak imigresen mungkin akan minta untuk melihat tiket yang dah beli untuk balik semula,
so pastikan dah screenshot di telefon tiket anda ya. Husniey nasib baik kebetulan ada simpan di gallery telefon, so tak payah risau nak akses internet bagai.. Sediakan pen juga boleh isi form sebelum flight landing. Alamat hotel pun kena screenshot sekali simpan di telefon😊

Selepas dah selesai urusan, kami disapa beberapa orang seller suruh beli sim telco yang dijual, husniey melalui depan beberapa kedai telco so apa lagi wajiblah beli sim kad Indonesia, senang nak guna internet kan, husniey beli jenis Telekomsel punya 50K rupiah bersamaan RM 14 ada 9GB data internet. Murah gila kan :D



Destinasi pertama kami ke Sasak Ende

Perkampungan suku kaum sasak
Diberitahu oleh tour guide (orang kampung ini) tentang kehidupan suku kaum mereka yang masih diamalkan. Rumah suku kaum sasak ni keseluruhannya diperbuat dari bahan alam semulajadi, contohnya atap dari lalang.. 
Rumah kaum sasak 


Dalam rumahnya

Rumahnya dari kayu berlantaikan tanah dan yang uniknya mereka turut menggunakan najis sapi (lembu) untuk mengukuhkan binaan rumah dan bagi kaum sasak sapi ini ada berkatnya. Setiap keluarga pasti ada membela lembu. Kalau korang berpeluang ke sini, mesti dapat bau kurang selesa tapi pada husniey ini memang rare lah!
Turut ada persembahan disini 



Ekonomi kaum sasak ini mereka hidup dengan sumber pertanian dan perternakan.
Jadi rata-rata orang Lombok ini pekerjaannya menternak, bertani, dan membuat kraf tangan. Seronok jugalah dapat tau pasal budaya dan adat kaum Sasak ni


Destinasi Kedua |Makan Tengahari di Pantai Kuta

Husniey dan tuan suami dibawa makan tengahari di kawasan Pantai Kuta, enak sungguh makan siangnya. Siap ada buah buahan turut disajikan


Itu dia, nampak sedap kan 😍



Sempat diberi peluang untuk bergambar di kawasan Pantai Kuta Mandalika berdekatan saja dari rumah makan disitu. Lawa sungguh permandangan disini.
Oh ya bukan di Bali saja ada Pantai Kuta,
di Lombok juga ada. Cakap pasal Bali, dari Lombok nak ke bali cuma 1 jam naik bot. Tapi husniey takde rasa nak ke Bali pun, hehee


Suasana sekitar Pantai Kuta Mandalika, Lombok 
The best view ever


Kawasan rumah makan 


Panas terik weh


Pantai dia lawa, takde ombak


Selfie duluan yuk πŸ˜„


Destinasi Ketiga | Pantai Mawun



Indahnya ciptaan Allah

Dekat sini ramai mat salleh duk berjemur dan menikmati suasana.
Di Pantai Mawun ini cantik sungguh permandangannya. Dalam 10 ke 15 minit memandu untuk ke sini. Jalannya agak berbukit dan tidak rata. Kalau korang kali pertama ke sini mesti tak percaya disebalik jalan yang tidak rata ni ada Pantai Mawun yang terletak indah. It's worth it! 😍
Layan gambar posing dibawah heee


Macam guna dslr kan? Tak lah pakai telefon je ni πŸ’• 


Beautiful view ❤️




Me and husband πŸ’•

Syoklah kami duk bergambar, posing sana sini heee. Sebelum ni selalu tengok permandangan pantai ni di google je, akhirnya tercapai jugak hajat nak lawat pantai cantik di Lombok ni


Destinasi Keempat | Pantai Selong Belanak 

Sekejap aje singgah disini. Bergambar beberapa keping dan terus sambung perjalanan. Cuaca panas sangat tak tahan juga kami laki bini, lebih panas dari Malaysia 😭






Potrait mode using Mi A1

Tapi sebenarnyaa kan cuaca panas tu asbab sahaja, husniey penakut dengan anjing anjing yang berkeliaran di kawasan pantai tu. Huwaaaaa siap anjing tu menyalak nyalak lagi, aduh seramm betul


Check in hotel @ Lombok Sengigi Hotel

Hotel pertama yang terletak di kawasan Sengigi, dekat 1 jam lebih juga perjalanannya untuk ke sini dari
Pantai Selong Belanak yang terakhir kami lawati tu. Tiap pantai pantai yang dilawati tu ada bayarannya, tak mahal mana pun dalam RM 2 gitu je rasanya. Malam pertama di Lombok, husniey telah buat tempahan hotel melalui online dan memilih menginap di Lombok Sengigi Hotel
Suka view macam ni.  😍 
Simple je hotel ni tapi lawa


Dapat rate RM 123 satu malam. Kemudahan biliknya asas sahaja. Tapi cukup selesa dah.
Harga satu malam tu turut termasuk sarapan pagi. Alhamdulillah.. Dapat juga berehat lepaskan penat disini. Suka hotel ni, ia macam villa nantikan review pasal hotel ni ya 😁


Makan malam di Salsa Restoran



Udang sambal tu sedap weh, tu ikan bakar, ayam apa ntah macam rendang tapi pedas tuu πŸ˜‹


Muka happy tiapkali jumpa makanan 

Restoran ni berdekatan kawasan Sengigi juga. Husniey suka servis layanan di kedai makan Lombok ni, mereka memang punyai sikap hospitaliti tu..
Sopan, ramah dan bibir tu tak lekang dengan senyuman. Makanan pula semuanya sedap belaka.
Kena dengan citarasa.
Pedas manja gitu lauk pauk disini. Nasi putih yang dihidangkan pun juga banyak. Siap boleh tambah. Haha. Lauk yang dihidangkan ada ikan bakar, sambal udang, sayur, ayam.


Shopping @ Gandrung, Sengigi 

Pintu depan Gandrung

Last but not least Day 1 Tour di Lombok, kami dibawa pergi shopping oleh oleh khas di kedai Gandrung. Ini kedai memang khas untuk anda yang nak membeli cenderahati.
Kalau masuk sini, memang pening. Lama jugak kami duk memilih baju t-shirt untuk dijadikan buah tangan, recommended untuk korang yang nak beli tshirt murah dan berkualiti. Ada pelbagai jenis baju, design pun cantik belaka, susah husniey nak buat pilihan.

Banyak juga kami borong 


Design dan kualiti material okay πŸ‘

Topi pun ada πŸ˜‹
Design cun kan? 

Harga berpatutan sesuailah dengan jenis material tu. Hangus disini 500K rupiah
hehe itu dia hari pertama dah shopping sakan.
Dah seronok shopping menghabiskan duit Rupiah dekat sini, pulanglah kami ke hotel untuk berehat dah sehari suntuk berjalan. Pasrah jelah Encik Yusuf driver kami duk tunggu lama, takde pun dipanggilnya ajak balik cepat. Bagus orangnya πŸ˜…

Wajib singgah sini ya kalau ke Lombok, kedainya pun agak besar. Macam gudang pun ada.
Selain itu ada juga di jual topi, barang hiasan, fridge magnet, keychain dan lainnya. Sila masukkan Gandrung ini dalam list anda ya, sebab kat Gili Trawangan pun takde kedai souvenirs, di Sengigi lah korang nak membeli cenderahati

Hasil 'memancing', hehe

Sebelum korang tertanya tanya berapa harga 2D1N husniey bayar pakej untuk pusing round Lombok ni, sini husniey listkan ya. Husniey cuma ambil ground package aje. Rasanya macam mahal juga tapi masih berpatutan sebab servis okay dan tempat tu agak jauh. Lagi pula kami private tour dan request untuk ikut itinerary kami aje :D

HARGA PER COUPLE: RM 545 
GROUND PACKAGE 2D1N
- Private avanza transport
- Driver
- 2x Lunch
-1x Dinner
- Entrance Fee
- Local guide at Traditional Village
- Local guide for soft trek to waterfall
- Parking Fee

BELANJA HARI PERTAMA DI LOMBOK



  • Beli sim kad di airport 9GB Data - 50K Rp (RM 14.10)
  • Derma di Desa Sasak Ende - 20K Rp (RM 5.60)
  • Beli Belah Baju 10 helai di Gandrung - 500K Rp (RM 142)

Jumlah yang hangus dibelanja pada hari pertama 570K Rp | RM 159.60
Ini rate tukaran wang semasa pergi bercuti pada April 2018 lalu 


Journey yang disimpan oleh 
Google Map pada
17 April lalu 😊

Jangan segan untuk menonton video ini ~ Lombok part 1 

Sekian entri kali ini dah panjang lebar sangat ni, nantikan entri seterusnya ya, husniey akan kongsikan >> klik sini untuk baca artikel berkaitan keindahan dan keseronokan mandi manda di air terjun di Lombok, 
ke bermalam di resort cantik mewah di Gili Trawangan <<banyak lagi cerita indah :)
Maaf kalau terkurang terlebih dalam menulis. Lama dah tak menulis entri travel ni haa. Semoga bermanfaat! 
Reading Time:

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com