Resepi | Air Buah Naga Float - Husniey Husain

Thursday, 31 May 2018

Resepi | Air Buah Naga Float


Assalamualaikum. Salam Ramadan 15
Lajunya masa, rasanya macam masih baru berpuasa. Lagi beberapa hari akan masuk 20 hari berpuasa. Tiktoktiktok kejap je nanti dah nak raya kan? Bulan puasa ni mesti korang suka bancuh air sedap sedap untuk berbuka, rasa lega sangatlah kalau dapat minum air buah yang segar! ๐Ÿ˜

Baru baru ini husniey balik kampung dan beli buah naga di Marang masa dalam perjalanan balik. Fresh lagi buahnya. Husniey suka singgah di area Pulau Kerengga, Pasir Puteh, Marang. 
Sini banyak hasil dari ladang buah penduduk tempatan yang dijual terus. Murah murah pulak tu. Jagung, tembikai, labu. Kalau musim buah memang meriah kawasan ni

Antara buah buahan yang ada dijual


Tembikai. Ni kulit cantik lagi menandakan buah masih baru. Kalau tak silap ini buah tembikai yang isinya kuning 

So sampai je di kampung dah masuk waktu berbuka puasa, tak sempatlah nak makan buah naga yang dibeli tu.
Malam tu lepas balik berterawih si adik bongsu husniey, Engku Hidayati dengan rajinnya ke dapur buat air. Kreatif betul caranya buat tu. Jom tengok bahan dan caranya ๐Ÿ˜Š๐Ÿ‘‡

Bahan-Bahan yang diperlukan


Buah Naga bersaiz sederhana - 2 biji
Susu pekat - Agak agak je
Ais
Aiskrim vanilla



Cara-Cara Membuat Air Buah Naga Float

1) Potong buah naga dan blend buah terlebih dahulu
2) Masukkan ais ke dalam blender dan blend bersama buah naga tadi
3) Masukkan susu pekat sedikit demi sedikit

4) Tak perlu campur air ya, sebab buah tu dah lembut dan ada airnya tersendiri
5) Dah siap! Enak sungguh digandingkan bersama aiskrim vanilla dan sedikit buah naga yang dipotong halus sebagai topping ๐Ÿ˜

Memang sedap! Husniey yakin korang mesti suka. Silalah mencuba resepi air naga float ni, jangan malu malu mencubanya ya..
Sesuai juga untuk minum semasa berbuka puasa! Sekian semoga bermanfaat ❤️

14 comments:

  1. masa duduk kat Kuala Berang ritu ya rabbi tembikai sebijik rm4 apekah ?? kat Penang ni suku biji dah lebih rm4.. syiok dok sana makan buah hari2..

    ReplyDelete
  2. tergodanya tengok naga float ni!

    ReplyDelete
  3. sedapnya air.. uwahhhh blog berwajah baru.. comel2

    ReplyDelete
  4. nampak sedap tu husniey.baru 2 hari lepas berbuka dengan jus buah naga.beli kat bazar.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  5. wahh sedappnya jus buah naga ni.Kalau minum pada waktu berbuka puasa ni.rasa segar je badan.

    ReplyDelete
  6. Fresh ni...Ya Allah..pulak kombinasi dgn aiskrim vanilla.

    ReplyDelete
  7. wah sedapnya.. berkhasiat pula tu

    ReplyDelete
  8. hduiiii sedapny husni, tgk warna purple tu sama ngn blog husni... hihi

    ReplyDelete
  9. sedapnyaaaaaa... haihh. kat kuantan,mcm takjumpa lagi buah naga ni.Dia ada musim ke erk buah ni

    ReplyDelete
  10. sejuk tekak kalau minum air naga float ni.. hehehe. thanks for sharing dear.. salam singgah~

    ReplyDelete
  11. Sedapnyaaaaaaa......Boleh try ni husniey sebab buah naga ada je stok dalam peti.

    ReplyDelete
  12. wahhh sedapnya. kena cuba ne nnt. heeee

    jemput datang ke blog MB https://missbaybeeboo.blogspot.com/ dan join giveaway. TQ^^

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAlla, akan saya kunjungi blog anda semula.

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com