Buka Puasa di Sushi King - Husniey Husain

Tuesday, 12 June 2018

Buka Puasa di Sushi King


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, tinggal beberapa hari lagi Ramadan bakal meninggalkan kita semua. Semoga amalan baik kita diterima Allah.

2018 ni husniey banyak berbuka puasa di rumah, adakala bila mood rajin mestilah memasak untuk suami tercinta tapi adakalanya beli bungkus je dekat Bazaar. Jarang berbuka di kedai makan, sebab tak suka serabut ramai orang. Hee

7 June haritu husniey dan tuan suami pergi berbuka di Sushi King Kuala Terengganu, sebenarnya tak tahu pun tengah ada promosi. 
SYOK-ING FIESTA namanya pelanggan boleh menikmati kesemua yang atas kaiten dengan berharga RM 3 satu piring tu. Murahlahh kan.
Jimat sangat dah tu


Tiba di Restoran Sushi King sebelum masuk ke restoran husniey ditanya pekerjanya "ada dapat tak mesej promosi dari SK". Barulah teringat haa macam ada dapat mesej promosi tu.. Nasib husniey belum terpadam mesej promosi tu
Voucher yang ditebus dan maklumat promosi

Mesej yang diterima 

Belek mesej dekat telefon terus buka link diberi pada mesej tersebut.
Selesai disahkan oleh pekerjanya dan yess dapatlah haritu lepaskan hajat nak makan Sushi dan Bento, bertambah gembira sebab dapat murah dengan harga promosi + no gst ๐Ÿ˜๐Ÿ’ƒ

Memula risau jugak kalau kena buat tempahan awal (bulan puasa kan)
rupanya tak perlu pun,
ia dibuka untuk yang nak walk in sahaja.
So kiranya siapa cepat dapatlah duduk dan makan dengan tenang. Hee.
Kalau korang teringin nak makan tu bolehlah pergi Sushi king berdekatan ya

Antara menu berbuka puasa yang dipilih berserta harganya ialah 

Menu iftar pada 7 June 2018


  1. Blackcurrant Yakult RM 4.90
  2. Ice Green tea ๐Ÿต RM 1.00 
  3. Yakiniku Chicken Katsu Bento RM 14.90
  4. Mixed Bento RM 14. 90 
  5. Soft Shell Crab Temaki RM 5.00 

Tambahan 
4 pinggan @ RM 3 ~ RM 12

1 pinggan Norwegian Salmon dan lagi
3 pinggan ialah Chuka Idako, tuan suami suka sangatlah Chuka Idako.
Selalunya dia payah nak makan benda pelik gini. Jenis berjiwa klasik sikit, hehe.
Tapi bila makan di SK dia berani cuba banyak benda dan memang sedap sungguh katanya ๐Ÿค—

Selepas berbuka ๐Ÿ˜‚



Jumlah kesemuanya termasuk service charge SST: RM 57.95

Pulanglah haritu ke rumah dengan hati senang. Korang pula macam mana puasa kali ini, banyak berbuka diluar ke dirumah? Jom kongsi diruangan komen!

Pssttt. Rindunya Jepun. Masa ke Jepun tahun lepas terliur betul tengok kedai kedai sushi begini. Kedai makan kat sana dahlah cantik, kemas kreatif pulak tu siap display makanan kat depan kedai. 
Tapi tak boleh nak makanlah susah nak cari kedai yang halal ๐Ÿ˜‚
Harap lepas ni kalau ada rezeki ke Jepun lagi dah banyak kedai makan yang halal. Nak sangat food hunting disana!
Dengar kata Jepun sedang menaiktarafkan lagi makanan halal untuk pelancong muslim. Kemudahan surau pun dah banyak disediakan.. Kalau betul desas desus ni, Alhamdulillah ๐Ÿ’•

5 comments:

  1. My favorite ni HH, dah sebulan tak makan kat Sushi King, carving to the max!.. Dapat jugak text tentang harga promosi tu cuma mampu baca tp x dpt pergi, huhuhu

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat makan sushi murah, takde pulak dapat mesej haritu :(

    ReplyDelete
  3. Bestnyaaa!! Murah tue!! Siqah tak dapat mesej pun ๐Ÿ˜ข Sushi King memang sedap. Suka makan kat sini. Tapi sesekali jela boleh. Hihi

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAlla, akan saya kunjungi blog anda semula.

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com