Rezeki dan Ujian dari Allah - Motivasi Ustaz Ebit Lew - Husniey Husain

Friday, 3 August 2018

Rezeki dan Ujian dari Allah - Motivasi Ustaz Ebit Lew


Assalamualaikum, salam Jumaat. Dah Ogos 2018. Kejap saja masa sekarang ni. Dari seminggu ke seminggu tak terasa masa berputar laju. Husniey doakan semoga kalian sihat hendaknya.. Jom baca nasihat dan motivasi dibawah ini.


Sebenarnya rezeki kita itu sentiasa ada.Cuma kita sahaja yang tak nampak.
Sebabnya dimata kita rezeki itu adalah wang ringgit semata-mata.
Tak ada anak pun bukannya sebab rezeki kita tak ada.
Tapi sebab Allah beri rezeki dalam bentuk yang lain.
Tak ada jodoh pun bukannya sebab rezeki nak kawin tu tak ada.
Tapi sebab Allah dah sediakan sesuatu yang lebih baik.
Semuanya akan tiba indah dan tepat pada waktunya.
Kalau kita sentiasa yakin pada janji Allah,Kita syukuri setiap nikmat Allah,In shaa Allah hidup kita akan tenang

Allah uji tanda sayang.
Allah uji supaya kita jadi lebih baik.
Allah kan sebaik-baik perancang.
Jadi, kena sabar..

- Nasihat ini oleh Ustaz Ebit Lew - 

10 comments:

  1. dah ogos husniey... cpt benarkan masa berlalu.... apa pun ujian adalah kasih sayang Allah... semoga husniey juga sihat dan dimurahkan rezeki selalu

    ReplyDelete
  2. semoga kak dimurahkan rezeki selalu ye

    ReplyDelete
  3. betul tu. semua tu ada hikmah, kena yakin dengan ALLAH. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 321

    ReplyDelete
  4. Betul...sebenarnya banyak rezeki yang telah dinikmati...mungkin Allah tangguh untuk kita lebih bersedia dan bersabar...

    ReplyDelete
  5. lain orang lain timeline dia dan rezeki dia pun lain lain. Semuanya telah ditentukan, btw such a nice sharing :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah beri sekarang. Semoga kita semua dimurahkan rezeki..aamiin..

    ReplyDelete
  7. Rezeki tu pelbagai bentuk. Sihat, gembira, bahagia semua pun rezeki. Dapat kentut pun rezeki. Kan? Bersyukur dan terus bersyukur.

    ReplyDelete
  8. Yang penting kita redha dgn ujiannya. Kerana setiap yg berlaku ada hikmahnya. Saya follow sini juga..

    ReplyDelete
  9. betul.. terlampau banyak nikmat sampai lupa nak bersyukur.. em.. thanx untuk entri ni dik.. hee~

    ReplyDelete
  10. Semoga kita selalu bersyukur...kunci bahagia ni satu je yang Mai pegang, jangan bandingkan hidup dengan orang. Sebab orang takkan tunjuk sisi sakit dia. Semua yang indah saja. Kalau asyik tengok dengan mata yang cemburu, kita lupa dengan nikmat yang kita ada.

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com