Jom Bayar Zakat dan Berpeluang Menangi Hadiah Menarik - Husniey Husain

Friday, 5 October 2018

Jom Bayar Zakat dan Berpeluang Menangi Hadiah Menarik


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sesungguhnya Allah SWT telah menfardhukan zakat sebagai pembersih harta - Hadis Riwayat Bukhari. Dalam rezeki kita ada juga rezeki orang lain yang berhak ke atasnya. Sebab itu dalam rukun Islam antaranya ialah Mengeluarkan Zakat. Jangan lupa untuk bersihkan pendapatan kita dengan mengeluarkan zakat ya ๐Ÿ˜Š


Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) baru baru ini melancarkan satu kempen khas bagi pembayaran zakat melalui Portal PPZ-MAIWP iaitu Jom Berzakat @ zakat.com.my yang berlangsung mulai 1 Ogos hingga 31 Oktober 2018 (3 bulan).


Portal PPZ-MAIWP merupakan salah satu saluran kemudahan bayaran zakat yang disediakan oleh PPZ-MAIWP untuk menggalakkan masyarakat umum menunaikan kewajipan berzakat bagi membantu meningkatkan ekonomi lebih ramai asnaf. Melalui kemudahan portal ini, pembayar zakat boleh membuat bayaran menerusi online pada bila-bila masa dengan mudah dan cepat.

Bagi menggalakkan pelaksanaan kewajipan berzakat menerusi medium ini, 20 hadiah tajaan daripada SeriGroup Global Sdn. Bhd. boleh dimenangi pada setiap bulan iaitu Ogos, September dan Oktober 2018 dengan hanya membuat pembayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my. Sesi penyampaian hadiah kepada 60 jumlah pemenang dari ketiga-tiga bulan akan disampaikan sewaktu Karnival Zakat iaitu pada 1 Disember 2018 nanti.

Antara objektif lain kempen ini dijalankan adalah khusus bagi menggalakkan para peniaga online, sendirian berhad yang mempunyai keuntungan di Wilayah Persekutuan dan pekerja yang mempunyai majikan di Wilayah Persekutuan namun bekerja di luar negara serta amnya kepada umum yang ingin memudahkan pembayaran zakat mereka.

Seiring pelancaran kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my, PPZ-MAIWP akan berusaha mempergiatkan penggunaan medial sosial rasmi PPZ-MAIWP agar ia dapat menarik minat lebih ramai lagi pembayar untuk membayar zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP. Sepanjang tempoh tiga bulan kempen ini berlangsung, pihak PPZ-MAIWP mensasarkan seramai 4,500 pembayar baru yang tidak mengulangi pembayaran zakat mereka dengan kutipan sebanyak RM2.5 juta.


SYARAT DAN CARA PENYERTAAN KEMPEN:
Bayar zakat melalui Portal PPZ-MAIWP – www.zakat.com.my/kempen dalam tempoh kempen bermula dari 1 Ogos 2018 – 31 Oktober 2018.

PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam terutamanya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan zakat melalui platform Portal PPZ-MAIWP agar ianya dapat mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang ada di dalam harta kita disamping mengurangkan kemiskinan masyarakat bandar.

”PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat”

9 comments:

  1. Wow..bayar zakat pun boleh menang! Terbaiklah..

    ReplyDelete
  2. senangnya sekarang, dihujung jari je

    ReplyDelete
  3. Jom bayar zakat sementara kempen masih ada, kot2 dapat hadiah nanti...

    ReplyDelete
  4. mcm2 adiah disediakan...sambil berzakat bole menang hadiah

    ReplyDelete
  5. Bagus inisiatif PPZ untuk galak org berzakat. So takde lah alasan tak sempat nak bayar zakat kan.

    ReplyDelete
  6. Mudah sekarang boleh bayar online lepas tu boleh menang hadiah

    ReplyDelete
  7. 0.25% daripada gaji je. tak banyak kan untuk sucikan pendapatan kita

    ReplyDelete
  8. bagus usaha PPZ ni jadi lebih ramai tahu disamping menggalakkan org ramai berzakat

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com