November 2018 - Husniey Husain

Friday, 30 November 2018

Syok Bercuti di Cameron Highlands Pada Raya Aidiladha 2018
30 November 9 Comments



AKTIVITI DI BOH SG PALAS
Aktiviti pada pagi hari kedua di Cameron Highlands ini dimulakan dengan lawatan ke Ladang Teh Boh Sg Palas, kami masuk pada pukul 11.15 pm. Rupanya dekat aje dengan tempat penginapan kami di Nova Highlands Residence. Lebih kurang 3.5 km untuk masuk ke BOH Centre. Dinasihatkan kepada anda yang nak ke sini, perlu hati hati kerana disini jalannya terlalu sempit dan curam. Husniey dan tuan suami hampir nak jatuh ke tepi pelik perangai orang kita ni jalan tak comel pun gelojoh jugak nak pandu laju. Ada beberapa jalan tak sesuai dilalui 2 kereta sekaligus sebab memang sempit, ada yang selekoh tajam. Fuhh pendekkan cerita memang seram nak masuk ke dalam tu. Terpaksa tekan hon kalau lalu selekoh tajam yang ada bukit menghalang pandangan, bahaya tu nampak kalau ada kereta dari arah bertentangan.


Tak perlu bayaran masuk untuk melawat ke sini. Parking disediakan pun tak diperlukan bayaran. Sangat dicadangkan untuk anda melawat BOH Centre dan ladang teh BOH ini. Paling best di BOH Centre boleh borong teh untuk buat souvenirs atau untuk tambah stok keperluan di rumah, hee. Jenis jenis produk teh yang dijual disini juga yang tak pernah dilihat di pasaran. Nampak macam semua sedap je. Rambang mata duk pilih.

View di BOH SG Palas


Pelbagai jenis teh dijual di BOH Centre

Produk teh yang unik di BOH Centre. Harga lebih murah jika dibeli disini. Apa lagi yang menariknya disini? Mestilah permandangan ladang teh yang terhampar seperti karpet kalau tengok dari atas. Cantik sangat! Tenang sungguh bila melihat kehijauan. Terdapat juga kafe untuk makan dan minum, kalau tak silap pernah tengok beberapa drama di kaca TV berlakon di sini. Musim cuti sekolah agak padat dengan pengunjung dan tak nampak cantik suasana di kafe. Husniey dan suami tak makan pun kat sini. Rasanya kalau nak makan kek harga lebih murah sedikit di Cameron Valley Tea House.

CAMERON VALLEY SESUAI UNTUK PHOTOSHOOT

Ini lagi senang tempatnya nak masuk tepi jalan. Cameron Valley bukan biasa biasa permandangan ladang tehnya. Husniey dengan tuan suami siap photoshoot lepas solat Aidiladha. Pada mulanya saja je nak lalu ke situ, rupanya Cameron Valley ini memang dibuka walaupun pada hari raya Aidiladha. 

Cameron Valley Tea House 


Menu best. Teh coklat dan kek disini semua sedap sedap! Total hangus makan semasa kali kedua disini RM 27.70


Permandangan indah. Nak masuk ke ladang ni kena bayar ye

Done bergambar di ladang teh

Untuk bergambar di ladang teh dikenakan cas bayaran masuk RM 2 seorang dewasa. Puashati bergambar disini sebabnya orang masih tak ramai masa kami mula masuk ke ladang. Makan kek di Cameron Valley, kek Chocolate Indulgence sedap. Coklat tea sedap kat sini. Ala teh tarik rasanya tapi rasa coklat dan teh tu sebati. Sedap dan unik! Dua kali kami makan dan minum disini. 

KUTIP STRAWBERI DAN BERGAMBAR DI CAMERON LAVENDER

Kalau anda punya banyak masa bolehlah meneruskan aktiviti ke Cameron Lavender, kawasan ini agak sibuk dan parking agak susah. Ada tempat letak kereta yang disediakan tapi adakalanya tidak mencukupi. Hati hati melintas jalan kalau ke sini, lokasinya terletak di tepi jalan utama. Kutip strawberi di kebun yang bersebelahan Cameron Lavender, banyak juga strawberi yang dah merah. Dekat sini juga ada tanaman bunga bungaan yang berwarna warni, boleh bergambar cuma dilarang masuk ke dalam kawasan kebun tu. Risau rosak pulak pokok tu nanti. So tak boleh lepas dari tali yang diikat pada kawasan sekitar kebun bunga tersebut.

Merah kan strawberi! ๐Ÿ˜ 

Geram tengok. Strawberi segar 

Ni dekat kebun bunga dalam kawasan sama dengan strawberi ni 


Sebelum terlupa tidak ada bayaran masuk dikenakan untuk masuk ke kebun strawberi ini. Kami dapat kutip 300 gram buah strawberi, dapat harga RM 20 sahaja. 100 gram bersamaan RM 6 kata pekerjanya. Murah dah sebenarnya kat tempat lain husniey pergi tanya dah mahal, buah pun tak banyak mana. 

JALAN JALAN DI LAVENDER GARDEN

Selepas kami habiskan masa bersama di kebun strawberi kami ke Cameron Lavender sebelahnya ni. Besar juga tempat ni. Agak padat masa musim cuti. Penuh orang, jenuh kami laki bini cari sudut terbaik untuk bergambar. View bunga cantiklah dekat sini, tapi kalau ramai orang musim cuti tak digalakkan masuk, tak cantik gambar korang kena photobomb hihi. Suasana sekitar Cameron Lavender cantik. Cas yang dikenakan bagi dewasa RM 10 dan kanak kanak RM 7. 

Husniey merasa aiskrim Lavender yang orang kita duk viral sangat tu, berharga RM 6 satu. Nasiblah beli satu je, rasa dia biasa je. Memula rasa aiskrim tu husniey rasa macam pelik dan macam tak sedap pun ya. Rasa bunga pun yer, haha dah nama pun aiskrim perisa lavender kan๐Ÿคญ

Bergambar dengan bunga bungaan

Gambar banyak sangat jadi kita cantumkan jelah senang. Haha ๐Ÿ˜‚ 

Bagi husniey kalau tak ada bajet mana tak perlu masuk pun. Lagi lagi kalau datang bawa anak ramai tu, kesian pula. Kalau mampu tak apalah. Setelah penat berjalan dan bergambar di kawasan kebun bunga ni husniey dan suami pergi ke dobi di Tanah Rata. Dah bawa siap dalam kereta baju kotor yang nak dibasuh di dobi layan diri. 


Sempat bergambar di tepi jalan sebelum pulang ke hotel. Balik ke bilik, rehat dan terlena lepas maghrib. Sedar pukul 10.30pm dah terus kejut suami ajak pergi makan. Dah lah esok raya haji kan berlapar kita nanti kalau kedai semua banyak tutup ๐Ÿ˜Œ



Tepi jalan je ni.. Lokasi wajib bergambar 

BAJET HANGUS DI CAMERON HIGHLANDS 21 OGOS + 22 OGOS 2018

  • Shopping di BOH Sg Palas RM 75
  • Petik strawberi sebelah Cameron Lavender (RM 20 bersamaan 300g)
  • Makan pagi @ Cameron Valley Tea RM 27.70 
  • Bergambar di ladang teh Cameron Valley RM 4 
  • Cameron Lavender RM 20
  • Aiskrim Lavender 1 RM 6
  • Minuman RM 3.80
  • Beli petai 2 ikat RM 15
  • Dobi Self Servis Basuh & Kering RM 15
  • Makan malam di Tanah Rata RM 22
  • 7 Eleven beli topup, minuman, snek RM 22.40
= RM 230.90 (Untuk 2 orang)

๐Ÿ“ Jemput tonton video di YouTube 

Reading Time:

Saturday, 24 November 2018

Review: Huawei Mediapad M3 Lite Terbaik & Mini Keyboard Bluetooth Keduanya Sesuai Untuk Penulis
24 November 12 Comments

Assalamualaikum pada kali ini husniey meluangkan masa untuk menulis dan simpan info ini di blog. Memilih untuk menulis review tentang Huawei Mediapad M3 Lite. Pejam celik kejap je masa dah dekat sebulan lebih guna tablet ini. Maaf kerana agak lambat nak siapkan entri ini. Bukan sengaja melambatkan tapi husniey nak lihat sejauh mana potensi tablet M3 Lite ini. Husniey beli tablet ini pada awal bulan Oktober. Tujuan beli tablet ini nak memudahkan kerja berblogging, laptop sekarang dah slow sangat performance. Lagi pun kalau travel memang jenuh nak bawa laptop. Untuk makluman, ini merupakan pengalaman kedua husniey gunakan peranti keluaran Huawei. Sebelum ini pernah menggunakan smartphone Huawei P9 lite. Lepas tu upgrade, jual kat adik phone tu. Bagi tahun 2017 sehingga 2018 ini husniey menggunakan telefon Honor 8 pro. Gambar yang husniey selalu snap tu guna smartphone Honor. Jenama Honor pun menggunakan sistem Huawei, okay cun je setakat ni pakai jenama tengah trending ni. Jemput BACA TENTANG REVIEW HUAWEI P9 LITE & HONOR 8 PRO. Sekarang ni kita sambung perkongsian tentang tablet best yang Huawei punya ni.

CIRI CIRI MENARIK PADA HUAWEI MEDIAPAD M3 LITE

Disini husniey kongsikan antara ciri menarik yang ada pada tablet ini ialah boleh sambung WiFi, Bluetooth, Mobile Data. Ini asas yang ada pada tablet ini dan wajib juga ada pada sebuah smartphone kan? Ciri lain turut terdapat pada tablet ini ialah screen record iaitu kita boleh record aktiviti dalam telefon tu siap dapat kesan sound sekali. Mediapad M3 lite yang husniey pilih ini mempunyai 3gb RAM dan bersaiz 32gb ROM for internal storage. Okay sangat dah berbaloi untuk sekadar simpanan dokumen dan beberapa keping gambar yang penting serta beberapa aplikasi best. Dah ada telefon untuk simpan gambar so tak ada nak beratkan tablet ni dengan menyimpan gambar yang terlalu banyak :)
Info lebih lanjut tentang tablet ini boleh >> baca disini <<
Bahagian Settings, banyak kan?
Penggunaan bateri bertahan sehingga 6 jam lebih dari 67%.
Husniey selalu turn on mode power savings mode. Makin bertahan lama bateri tablet 
Bahagian dalaman - Home, Apps Microsoft Word, Powerpoint, Excel memang dah ada.
Klik pada gambar untuk melihat lebih jelas. 

YA, warna keemasan menjadi pilihan hati. Ada warna lain juga.

Sebelum terlupa nak selitkan sikit pengalaman beli barangan elektronik di Shopee. Lihat rating di profile Seller, kalau bagus boleh percayakan servisnya tu. Lepas buat pembayaran boleh terus chat beritahu tentang pembelian kita dan tanyakan bila barang tersebut akan diposkan. Pengalaman husniey beli 2x tahun ini barangan elektronik di Shopee, okay je Alhamdulilah jumpa trusted seller. Penghantaran laju dalam masa sehari dua dah sampai ke rumah. Cepat sangat. Barang pun turut dibungkus dengan selamat.  Tablet husniey beli ini dapat pada harga RM 849 siap ada dapat flip leather case. PENTING JUGA FLIP CASE ini jika guna tablet, boleh gunakan ia dalam keadaan melintang. 


Baca sini juga artikel lain yang menarik:
๐Ÿ“ Review tonton teater di Encore Melaka
๐Ÿ“ Cara Selesaikan Masalah Jerawat Jeragat Dr Beau Serum 


CONTOH GAMBAR DIAMBIL MENGGUNAKAN HUAWEI MEDIAPAD M3 LITE 

Pemandangan di Arabian Bay Resort -
 tak edit pun brightness cuma tambah watermark sahaja



TABLET LAIN YANG TERDAPAT DI PASARAN

Sebelum membuat pembelian mestilah husniey buat kajian terlebih dahulu jenama mana yang best dan harga mampu milik. Ada yang murah bawah RM 500 boleh dapat, tapi ketahuilah bila dah murah tu mesti ada kekurangan dan kita kena sedarlah kekurangan tu, jika suka dan anda tidak ada masalah dengan RAM atau internal storage rendah boleh teruskan niat untuk membeli tablet tersebut.

Jenis tablet yang boleh didapati di pasaran pada harga mampu milik seperti; Huawei M3 dalam RM 1k lebih, Huawei T3 tapi yang ni bawah RM 500 ram rendah sikit tapi okay kot. Tapi kalau ada bajet lebih dicadangkan sambar Mediapad M5, M5 pro yang ni harga dalam 1500 - 1900 heee. Specs tinggi dan ramai review best gila, siap ada keyboard dan pen kalau M5 PRO tu, kamera pun cantik. Haa tablet keluaran Samsung pun macam okay, suami husniey pakai dulu tahan lama jugaklaa. Tapi husniey kurang sikit Samsung sebab bateri dia tak tahan lama.


ULASAN SEPANJANG MENGGUNAKAN TABLET HUAWEI M3 LITE & MINI KEYBOARD 

Suka sebab selesa dipegang saiznya tak terlalu besar dan tak terlalu kecil. Ketahanan bateri cun juga. Good performance! Suka ciri yang ada pada tablet ini boleh letak sim kad dan membuat panggilan telefon, seperti guna smartphoneSesetengah tablet jenis lain (yang lagi mahal), husniey baca komen tak ada tempat cucuk earphone. Mahal pun tak best kan kalau ada perkara penting tak lengkap kan? Yang ni memang tip top nak dengar lagu pun boleh. Sound tablet ini ada dua tau, bahagian atas dan bawah. Macam stereo sound, kalau tengok movie dah macam pasang dekat TV je. HAHA


Dah jatuh cinta ~

Tablet M3 lite ini mempunyai RAM yang besar so setakat ini tak ada masalah hang ketika menggunakannya. Apa yang husniey boleh highlight kat sini pasal tablet ini ialah, memudahkan urusan dalam menyiapkan kerja menulis di blog. Kalau ada kerja yang perlu disiapkan dalam kadar segera, tak jadi masalah sebab boleh terus gunakan tablet ini. Menarik lagi, tablet ni ringan dan mudah dibawa ke mana saja. Sesuai sangat dibawa ketika travel. So tak adalah kena galas beg laptop kehulu kehilir, hee. Serius best dan tahap kebahagiaan husniey meningkat ke skala 9 per 10 selepas mempunyai tablet ini haha ๐Ÿ˜




Selain membeli tablet Huawei ini husniey turut menyambar sebuah mini Keyboard Bluetooth, sesuai sangat untuk anda freelance writer atau penulis / nak siapkan kerja yang dibawa balik ke rumah. Cara menggunakannya mudah, tekan je pada keyboard tu ON

Buat sambungan bluetooth dengan peranti yang kita nak guna tu. Smartphone pun boleh disambungkan. Harganya murah aje RM 25 termasuk pos. Mini keyboard ini pun turut beli di Shopee. Ada banyak jenis keyboard ni sebenarnya korang boleh search. 


Siap ada kabel usb, ye kena cas juga tau. Sekejap je dalam 10 minit dah penuh. Ada lampu merah menyala tu tanda sedang charging. Dah tak menyala maknanya dah penuh.  

Contoh. Macam gini jelah husniey selalu bawa letak dalam beg tangan yang besar sikit. Hee senang. 


Jemput tonton video disini

JUMLAH BELANJA BELI TABLET, MINI KEYBOARD, SCREEN PROTECTOR 
  • HUAWEI MEDIAPAD M3 LITE - RM 849 
  • MINI KEYBOARD BLUETOOTH 7 INCI - RM 25.79
  • SCREEN PROTECTOR TABLET M3 LITE - RM 15 
  • TOTAL = RM 889.79 
Beli semua mua mua mua mua di Shopee ~ haha tetiba nyanyi lagu Shopee Shark. Semoga perkongsian ini memberi pencerahan dan membantu yang memerlukan. Ada pengalaman menarik berkaitan dengan entri ini jemput kongsikan diruang komen.

Reading Time:

Wednesday, 21 November 2018

Masakan Panas Ala Thai Gong Badak, Kuala Nerus Terengganu
21 November 13 Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua semoga ceria dan sihat selalu hendaknya. Seperti biasa husniey sesekali akan berkongsi tempat makan best di blog ini. Husniey kongsi sini pun untuk rujukan semula bila diperlukan informasi ni nanti sebabnya kawan kawan atau keluarga jenis suka tanya pendapat, kat mana best makan kat Kuala Terengganu ni, hee. Itulah salah satu sebabnya suka berkongsi disini mudahan jadi sumber pahala bila mudahkan urusan orang kan :)

Makan Malam Sedap di Pok Tomyam Kuala Nerus 

Menu di Pok Tomyam jenis ala thai dan betul sedap macam makan dekat Thailand, yang penting ia halal. Owner dan pekerjanya muslim. So tak perlu risau. Kedai pun bersih. Antara menu yang husniey dan tuan suami pesan ialah;
  • Nasi goreng special
  • Nasi putih
  • Tomyam campur
  • Puyuh goreng kunyit
  • Kailan Ikan Masin
  • Teh tarik
  • Teh o ais laici 


Servis terbaik cepat sangat siap makanan yang dipesan. Kurang dari 15 minit semua dah terhidang. Menu menarik hati husniey mestilah masakan panas. Rasa makanan Asli Thailand. Sedap sungguh. Semua secukup rasa. Kalau teringin pulut mangga ke, somtam pun ada. Husniey pernah cuba somtam kat kedai ni, serius sedap semua cukup rasa. Ada 3 kali dah kot mencuba menu disini, lepas yakin betul dengan servis restoran ni barulah berani taip review kat sini, ngee gituu tau.




Nasi goreng special ada isi ayam celup tepung macam ala tempura gitu, makan bersama dengan sup. Nasi goreng ni memang favourite si suami. Dia memang hantu nasi goreng. Nasi putih pula dihidangkan bersama masakan panas ala Thai, wuihhh terangkat kening tau sebab terkejut, terbaiklah menu yang ada di Pok Tomyam ni. Tomyam pekat molek. Rasa masam, pedas semua cukup.
Jumlah belanja makan dekat sini berdua belum pernah cecah RM 30, memang berpatutan. Kalau menu di atas ni husniey cuma hangus RM 27. Kalau pilih makan nasi putih bersama lauk masakan panas mesti akan datang sekali sambal belacan dan ulam timun, husniey tak minta pun dan ia percuma. Bagus betul kedai Pok Tomyam ni!

Kalau korang tak tahu nak makan dekat mana kalau kebetulan berada di sekitar Kuala Nerus dicadangkan makan malam disini, beberapa kilometer jarak dengan institusi pengajian seperti UNISZA, UMT ada jugaklah nampak beberapa pelajar makan sini. Semoga entri ini bermanfaat bagi yang memerlukan.

Alamat:
Jalan Tengku Ampuan Intan Zaharah,
Kampung Banggul Tiang Kulat,
21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Reading Time:

Saturday, 17 November 2018

Dettol Perkenalkan semula Produk Pembersihan Diri Untuk Melindungi  1.97 juta Isi Rumah Malaysia
17 November 19 Comments


Dettol Melancarkan Semula Rangkaian Pembersihan Diri | Melindungi Daripada 100 Kuman Berbahaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Semoga gembira dan sihat selalu. Husniey nak kongsikan sikit pasal kesihatan, ia bermula daripada mengamalkan kebersihan diri secara berterusan. Mandi biar bersih badan dan jaga kebersihan di kawasan tempat kita tinggal. Perkara ni penting bagi mengelakkan diri dijangkiti penyakit berbahaya. Sebagai seorang wanita yang mementingkan aspek kebersihan, pastinya gembira jika melihat ahli keluarga sihat dan ceria. Namun, hati sering bertambah risau apabila semua ahli keluarga jenis suka menerokai dunia sekitar dan berdepan dengan pelbagai risiko pendedahan pelbagai jenis kuman. Please Stay Hygiene! Jom baca dibawah ini tentang Dettol, rangkaian produk pembersihan diri yang dikenali ramai sejak dahulu.


HAPPY ME WITH DETTOL ~


WANGI. PALING SUKA DENGAN JENIS INI. COOL! RASA SEGAR DAN BERSIH :)

Dettol Mendengar Keluhan Para Ibu
Sebagai jenama perlindungan kuman No.1 di dunia, kini Dettol melancarkan semula seluruh rangkaian produk pembersihan diri bagi melindungi semua keluarga di Malaysia daripada 100 jenis kuman berbahaya. Untuk pengetahuan anda,
Dettol ProFresh dirumuskan untuk memberi perlindungan daripada bau badan selama 12 jam bagi memastikan kesegaran sepanjang hari, walaupun dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap. Manakala Dettol ProSkin pula, menyediakan kelembapan selama 8 jam untuk mengekalkan perlindungan kulit bagi seisi keluarga yang selama ini sering terdedah kepada persekitaran yang memudaratkan seperti sinaran mentari yang terik atau dalam persekitaran dengan penyaman udara yang berterusan.  

Sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu, Dettol telah menjadi peneraju perlindungan daripada kuman dan juga menjadi rakan aktif para ibu yang mahu melindungi keluarga masing-masing. Jenama ini komited untuk menambahbaik kesihatan keluarga menerusi kebersihan ini sentiasa memperbaharui penyelesaian untuk melawan kuman yang sering berevolusi dalam zaman ini . Komitmen ini meningkatkan lagi mutu dan keberkesanan produk bagi melindungi kesejahteraan pengguna. Tidak hairanlah jenama ini mendapat kepercayaan daripada para ibu di seluruh dunia bagi membantu keluarga mereka mengekalkan kebersihan diri dan seterusnya kesihatan mereka. Merupakan jenama perlindungan kuman No. 1 di Malaysia sejak sekian lama. Dalam usaha jenama untuk mencari penyelesaian yang sesuai bagi melindungi keluarga Malaysia daripada kuman, Dettol telah mengenal pasti keperluan yang berbeza bagi produk pembersihan diri. Dua keperluan utama yang dikenal pasti adalah ‘perlindungan bau’ dan ‘perlindungan kulit’.


“Kita mandi untuk membersihkan badan. Selain daripada keperluan asas ini, terdapat keperluan yang lebih versatil dan lebih mendalam yang sangat bergantung kepada gaya hidup sesebuah keluarga. Bagi keluarga Malaysia, keperluan mereka selalunya bergantung kepada dua keperluan: ‘perlindungan bau’ yang selalunya dikaitkan dengan kuman penyebab bau badan yang terdapat pada kulit dan perpeluhan sering berlaku dalam cuaca tropika yang panas, dan ‘perlindungan kulit’ yang mengekalkan kulit agar sentiasa sihat dan tidak kekeringan.
Ini merupakan satu cabaran di negara ini disebabkan pendedahan kepada cahaya matahari dan kelembapan yang menyebabkan habuk dan kuman melekat pada kulit.  Produk pembersihan diri Dettol yang baharu dirumuskan untuk memberikan ‘perlindungan daripada 100 kuman bahaya’ bagi memenuhi kedua-dua keperluan ini.
ProFresh diperkembangkan untuk mengawal kuman penyebab bau dan memberikan perlindungan bau selama 12 jam, manakala ‘ProSkin’ memberi tumpuan kepada kulit yang sihat dengan menyediakan ciri pelembap selama lapan jam. Kedua-dua rangkaian ini telah diuji secara dermatologi dan terbukti sesuai untuk kegunaan harian keluarga,” jelas Kim Minyoung, Pengurus Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura.

Dr. Steven Chow, Pakar Perunding Dermatologi menjelaskan bahawa para ibu pada masa kini lebih berhati-hati tentang cara untuk mengekalkan kebersihan badan dan kesihatan kulit keluarga. 

"Para ibu berasa gembira apabila melihat anak-anak mereka aktif dan menikmati masa yang menyeronokkan dengan bermain di luar. Namun pada masa yang sama mereka juga turut bimbang tentang kuman-kuman yang tidak kelihatan yang boleh melekat pada badan mereka. Bau badan mereka pula sukar digambarkan! Bayangkan anak-anak anda pulang daripada melakukan aktiviti fizikal di sekolah dan bau badan mereka apabila masuk ke dalam rumah. Produk pembersihan diri yang berkesan di bilik mandi adalah solusi untuk seluruh keluarga. Oleh sebab kulit anak-anak mudah terdedah kepada kebahayaan, penyelesaian yang telah diuji secara dermatologi amatlah penting" kata Dr. Steven.

Dr. Steven menjelaskan bahawa ramai orang mempunyai tanggapan yang salah bahawa peluh menyebabkan bau badan.
Peluh sebenarnya tidak berbau. Kuman pada permukaan kulit bertindak balas kimia dengan peluh dan mengeluarkan sisa asid yang sebenarnya menjadi penyebab bau. Oleh itu penting untuk menghapuskan sumber kuman pada peluh dengan menggunakan produk khas dan bukannya menggunakan produk pembersihan biasa. Ini bukan sahaja memastikan anda dan keluarga berbau segar sepanjang hari, tetapi juga meningkatkan kesihatan secara keseluruhan,” tambahnya lagi.

34.1% (1.97 juta) isi rumah rakyat Malaysia di seluruh Semenanjung telah membeli sebarang produk Pembersihan Diri Dettol (Cecair+ Sabun Buku + Pencuci Tangan) sepanjang 12 bulan lepas. Sumber: Kantar Worldpanel Malaysia. Berdasarkan berdasarkan maklumat yang dilaporkan oleh Nielsen menerusi Perkhidmatan Scan Track, Market Track dan Retail Index bagi pasaran kategori Perlindungan Kuman (mengikut takrif Reckitt Benckiser) bagi tempoh 52 minggu berakhir Mac 2017 bagi semua pasaran barangan runcit.



Rangkaian pembersihan diri Dettol terdapat dalam lima varian yang menyegarkan; Mari kita mengekalkan tahap kebersihan keluarga dan lindungi keluarga daripada kuman ketika mereka menjalani gaya hidup yang aktif dan sihat! Antara jenis yang terdapat di pasaran ialah Cool, Lasting Fresh, Re-energize, Fresh, dan Skincare. Produk ini dijual di pasar raya dan farmasi utama di seluruh negara.

Produk Dettol Rangkaian Pembersihan Diri berharga dari

  • RM 6.90 untuk botol 250ml
  • RM 12.46 untuk botol 500ml
  • RM 20.25 untuk botol 950ml 
  • RM15.67 untuk pek isi semula 900ml 



Tentang Dettol
Dettol telah menjadi jenama antiseptik yang dipercayai semenjak tahun 1932 dan merupakan jenama antiseptik yang terkenal di seluruh dunia dan juara kesihatan keluarga yang dipercayai. Produk-produk Dettol juga menawarkan kadar pembunuhan kuman yang tinggi dan disarankan oleh pakar kesihatan berdasarkan keberkesanannya yang terbukti dalam mengekalkan kesihatan keluarga. Jenama ini telah kekal kontemporari menerusi pelancaran produk-produk baru dan menawarkan para pengguna pelbagai jenis produk merangkumi pelbagai jenis kategori bagi melindungi mereka daripada kuman. Ini termasuklah gel mandian, sabun, pembasmi kuman, sabun pencuci tangan dan tisu basah anti-bakteria. Dettol merupakan jenama yang dipercayai oleh para ibu untuk melindungi keluarganya sepanjang hari.


Reading Time:

Thursday, 15 November 2018

 BGRC dan McDonald's Telah Bersatu Untuk Riangkan Hati Adik-adik KAFA Di Kuantan
15 November 9 Comments

Pada 07 November 2018 bersamaan dengan hari Rabu telah berlangsung satu aktiviti amal yang telah dianjurkan oleh 2 (dua) pihak yang sememangnya telah dikenali di Malaysia. 2 pihak ini tidak lain dan tidak bukan adalah Bukit Gambang Resort City dan juga McDonald's. Alhamdulilah husniey berkesempatan untuk berada dalam program ini bersama anak tahfiz, ramai juga lebih kurang 60 orang. Kemain seronok mereka bermandi manda. Sekalung tahniah kepada semua pihak yang terlibat. Husniey ditugaskan untuk mengambil dan mengagihkan makanan dari McDonalds Jalan Gambang ke Bukit Gambang Waterpark. Manakala Blogger Zarini berada di taman tema air untuk memantau aktiviti haritu berjalan lancar. Semua berjalan lancar seperti yang dirancangkan, jemput baca dibawah artikel penuh yer :) 

Aktiviti amal ini dilangsungkan demi untuk meraikan anak-anak tahfiz seramai 74 orang anak-anak tahfiz termasuk guru dari Sekolah Agama Rakyat KAFA Al-Hidayah Ad-Diniah Perkampungan (F) Bukit Goh, Kuantan, Pahang sebagai tanda sokongan untuk adik-adik ini terus berusaha di dalam pelajaran masing-masing meskipun kebanyakan daripada mereka datang dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Keperihatinan pihak Bukit Gambang Resort City ( BGRC ) dan McDonald's yang telah sudi meraikan adik-adik ini pada hari tersebut telah merakamkan sebuah lagi sejarah kerana secara tidak langsung ia adalah merupakan kerjasama rasmi pertama di antara BGRC dan juga McDonald's Jalan Gambang yang selama ini hanyalah terletak lebih kurang setengah jam saja perjalanan di antara keduanya. Ini patut dibanggakan oleh warga Kuantan itu sendiri kerana di tempat mereka masih ada pihak-pihak yang sudi menyumbang semula kepada pihak masyarakat setempat.
Sedikit info ringkas mengenai majlis riadah setengah hari antara Sekolah Agama Rakyat KAFA Al-Hidayah Ad-Diniah , Bukit Gambang Resort City dan McDonald's Malaysia. Kehadiran adik-adik ini di nanti oleh wakil BGRC yang bertugas sejak daripada jam 9 pagi lagi dan turut sama ada ketika itu adalah wakil daripada pihak bloggers dari Pantai Timur yang telah siap sedia dari awal pagi lagi untuk meraikan kedatangan adik-adik ini di pintu utama bahagian Waterpark. Setelah tiba, perkara pertama yang diambil kira adalah soal tiket masuk dan syukur alhamdulillah pihak BGRC sudi menaja tiket masuk untuk semua dengan murah hati. Terima kasih banyak pihak BGRC!





Senyuman yang terukir di wajah adik-adik ini sangat-sangat bernilai untuk semua yang terlibat dan makin bermakna apabila pihak BGRC sudi juga membantu adik-adik ini dengan wakil crew mereka di sepanjang aktiviti riadah ini berlangsung dari awal hingga akhir. Adik-adik ini bebas bermain di mana-mana bahagian yang mereka inginkan dengan di kawal tahap keselamatan oleh pihak BGRC yang berwajib. Jika anda ke Kuantan, silalah singgah ke BGRC ini kerana di sana ada pelbagai aktiviti bermain air yang sangat best! Ada ombak buatan, ada slide dan bermacam jenis lagi sesuai dengan mengikut usia dari kanak-kanak hingga dewasa.

Apabila di tanya , masing-masing sangat berpuashati dan gembira dengan layanan yang diberikan oleh pihak BGRC ketika berada di sana. Wajah penuh senyuman dengan suara layanan yang ramah daripada pihak BGRC melalui staff staff yang bertugas juga amat terbaik sekali. Tiada apa yang kurang malah terlebih pula rasanya.

Kedatangan Happy Meal McDonalds Meriahkan Suasana
Ketika pihak Bukit Gambang Resort City (BGRC) sedang bertungkus lumus meraikan adik-adik ini di kawasan waterpark, pihak Mc'Donalds pula dari sedang beruasaha untuk menyiapkan makanan tengahari untuk diedarkan di pintu keluar setelah selesai aktiviti bermain air itu nanti sebagai kejutan istimewa untuk menggembirakan lagi hati adik-adik yang seramai 60 orang ini.

Team McDonalds Jalan Gambang sedang menyiapkan makanan

 


Penyiapan makanan tengahari dalam bentuk Happy Meal sengaja di pilih sesuai dengan usia adik-adik itu sendiri dan persiapan ini dilakukan secara terus melalui McDonald's cawangan Jalan Gambang dengan di pantau oleh pihak manager yang bertugas sepenuhnya. Meskipun jumlah yang perlu disiapkan agak banyak namun staff yang bertugas tetap tampak relaks, cekap dan tersusun dalam melalukan kerja mereka dari awal hingga akhir.


Melaksanakan tugasan. Alhamdulillah ❤ 


Bersama Manager dan GEL McDonalds Jalan Gambang, terima kasih atas layanan mesra ~ 

Semangat berpasukan sebegini sememangnya sudah lama dipraktikan di kalangan semua staff McDonald's kerana sebelum dibenarkan bertugas melayan para pelanggan mereka sebenarnya telahpun di latih dengan asas yang cukup. Walaupun sibuk perlu melayani pelanggan secara terus namun staf yang bertugas tetap terus mempercepatkan tugas mereka menyediakan segalanya sambil sesekali membalas senyuman untuk pelanggan lain yang ada di premis.

Kenangan Terindah Yang Tak Mungkin Akan Dilupakan
Meskipun majlis ini tampak biasa namun sebenarnya ia amat bermakna dan sangat luarbiasa untuk adik-adik ini. Kehadiran maskot daripada Bukit Gambang Resort City telah menambahkan lagi keceriaan di wajah adik-adik ini. Masing-masing terus tersenyum lebar meskipun hakikatnya telah penat bermain dengan sepuas hati tadi.
Setiap pertemuan ada perpisahan dan ketika salaman terakhir di beri, pihak BGRC dan McDonald's tukarkan saat sedih berpisah ini dengan Happy Meal untuk terus mengukir senyuman di wajah mereka sehingga ke akhirnya. Semoga ingatan setengah hari bersama BGRC dan McDonald's ini akan terus tersemat di ingatan dan moga-moga dapatlah hendaknya kembali ke sini lagi di lain kali bersama keluarga masing-masing.



Senyuman manis di wajah semua adik-adik comel ini teramat mahal untuk dinilaikan dengan wang ringgit.

Wakil Blogger Turut Hadir Dengan Di Layan Bagaikan Keluarga
Menyentuh isu tentang blogger, suka untuk diceritakan serba ringkas mengenai blogger ini kerana hakikatnya masih ramai lagi yang belum mengenali apakah tugas blogger itu sebenarnya. Untuk pengetahuan anda, blogger ini ada komunitinya yang tersendiri dan tidak semua blogger itu hanya tahu untuk menulis berita panas , viral dan hot tanpa tahu asal usul demi untuk meraih perhatian pembaca. Bak kata pepatah, janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Hakikat sebenarnya, di kalangan blogger ( penulis blog )  ini masih ramai yang aktif membuat amal dengan berada bersama masyarakat untuk memberi bakti sedaya yang termampu dalam bentuk penulisan bagi merapatkan ukhwah antara mana-mana syarikat dengan masyarakat dalam bentuk menjayakan aktiviti amal, menghebohkan berita-berita baik yang patut diketahui umum dan sebagainya.
Kerana itu tidak mustahillah mengapa pihak BGRC dan McDonald's sendiri dengan penuh rasa gembira, sangat suka untuk menerima kehadiran para penulis blog ini untuk pelbagai acara dari dulu hingga kini demi untuk memberikan lebih banyak info yang sepatutnya kepada masyarakat di seluruh Malaysia. Bagi pihak blogger pula, kesudian pihak-pihak ini menerima kewujudan kami sejak dulu hingga kini dengan ikatan bagaikan sebuah keluarga amatlah dihargai dengan penuh rasa terima kasih dari hati.

Keprihatinan BGRC dan McDonald's Memang Patut Dipuji
Harapan di masa akan datang semoga akan ada lebih banyak pihak yang akan mengikut jejak langkah BGRC dan McDonald's ini. Siapa sangka meskipun ke dua-duanya ada nama yang agak besar di Malaysia namun masih sudi untuk terlibat dengan projek amal sebegini. Bagi yang masih tercari-cari destinasi untuk bercuti, singgahlah ke Bukit Gambang Resort City kerana segala-galanya ada di sana dan pada yang sedang tercari-cari menu yang sedap untuk dinikmati, jejakkan kaki ke McDonald's di mana-mana cawangan yang berhampiran dengan anda. Sambil itu jangan lupa juga untuk menderma melalui tabung yang disediakan supaya dapat turut sama berbakti untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald di HUSM yang sedang berlangsung sekarang ini.

Terima Kasih BGRC , Terima Kasih McDonald's Malaysia 

Bukit Gambang Resort City

McDonald's Malaysia 
Reading Time:

Sunday, 11 November 2018

Menikmati Domino's Pizza Bersama Keluarga
11 November 12 Comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Bulan November di pantai timur merupakan musim tengkujuh, jadi perut ni asyik lapar je hihi. 
Husniey selalu juga membuat pesanan Domino's pizza bila tak ada idea nak memasak. Baru-baru ini bersempena cuti Deepavali, dapatlah belanja keluarga di kampung (mak ayah dan adik-adik). Hanya dengan Domino's Pizza yang husniey mampu belanja. Combo deal di Domino's Pizza berharga dari RM 34.90 akan dapat satu pizza bersaiz regular, 2 breadstix dan juga air tin. Banyak lagi promosi yang terdapat di Domino's Pizza, paling suka pizza bersaiz personal boleh dapat RM 5.55 sahaja. Murah bukan?

Pizza bersaiz regular, besar juga puashati makan dengan keluarga. Ini Beef Pepperoni. Roti tu sedap juga 


Tudiaa bukan selalu belanja gambar bersama pizza ☺

Kejayaan Domino's Pizza dari Tahun 1997
1997 Domino's Pizza lahir di Malaysia
1999 Buka cawangan pertama di Johor dan buka talian untuk penghantaran 
2001 Buka cawangan di Penang
2003 Perkenalkan pesanan atas talian. Boleh sambung baca di gambar di bawah yer 


Tahniah kepada Domino's Pizza Malaysia, kerana telah mencapai kejayaan demi kejayaan sepanjang berkecimpung dalam industri makanan. Husniey mula jatuh cinta dengan pizza keluaran domino's sejak 2 tahun lepas, selalunya husniey akan memilih untuk membuat pesanan secara atas talian dan akan take away di cawangan terdekat dengan rumah iaitu di Kuala Terengganu. Paling best bila take away kita tak perlu menunggu lama, tiba di restoran Domino's terus boleh pick up menu yang telah dipesan. Cuma beritahu nama anda sahaja. Pembayaran boleh di buat secara atas talian atau bayar secara tunai di kaunter restoran. 

Menu Kegemaran Domino's
Pizza yang menjadi kegemaran husniey di Domino's Pizza ialah Beef Pepperoni, BBQ Chicken, Aloha Chicken dan banyak lagi. Setiap kali buat pesanan pizza husniey juga tidak ketinggalan untuk menambah menu side order,
paling digemari ialah Fabulous Four dan Roasted Chicken Drummet. Harga yang ditawarkan juga berpatutan. 

Sedap semua menu pizza ni

Order history. Menu yang pernah husniey order 




Jika ada promosi pasti husniey tak lepaskan peluang untuk belanja keluarga mertua, adik adik ipar gembira betul bila dapat pizza. Alhamdulillah. Korang tunggu apa lagi kini mudah tak perlu tunggu di restoran untuk merasai keenakan Domino's pizza, boleh terus buat pesanan secara atas talian. Jangan lupa pilih waktu dan lokasi cawangan berdekatan anda. Laman sesawangnya bagus dan mesra pengguna untuk anda yang ingin mencuba pengalaman buat pesanan atas talian.

Info lanjut tentang Domino's Pizza Malaysia 

www.dominos.com.my/itsallaboutyou

www.dominos.com.my


Reading Time:

Tuesday, 6 November 2018

Operasi X Filem Siasatan Jenayah Yang Sesuai Ditonton Umum
06 November 11 Comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Baru baru ini husniey dan tuan suami berkesempatan menonton filem baru ditayangkan di pawagam pada hari pertama November lalu. Nak tahu best tak best kena baca sampai habis entri ini :)


Filem Operasi X yang mengisahkan tentang kehidupan ASP Redzuan yang kehilangan rakannya semasa bertugas dan manakala Belut sebagai ketua penjenayah juga kehilangan adiknya pada masa yang sama. Pelakon utama dalam filem ini ialah Aaron Aziz wataknya sebagai ASP Redzuan yang mengambil cuti rehat dan membina dunia baharunya sendiri di sebuah pulau. Di pulau tersebut ASP Redzuan menyembunyikan identitinya dengan memutuskan segala bentuk komunikasi kerana tidak mahu ditemui lagi. ASP Redzuan jatuh cinta pada keindahan pulau itu. Dan di situlah dia bertemu dengan seorang gadis cantik manis, 
Cikgu Ayu.


Belut dikenali The King of Smugglers. Seorang ketua penjenayah yang tampak garang tapi beliau agak kelakar dan amat sayangkan arwah adiknya, Mat Bong. Banyak juga ayat yang kelakar dalam lakonan Dato Awie ni. Not bad. Dah lama tak tengok beliau berlakon filem, eh silap sebenarnya jarang sekali dapat lihat beliau berlakon dalam filem aksi sebegini. Belut berdendam dengan polis kerana menyangka pihak polis yang menembak adiknya Mat Bong sehingga mati.


Barisan pelakon hebat Filem Operasi X:
  1. Dato' Aaron Aziz sebagai ASP Redzuan
  2. Dato' Awie sebagai Belut
  3. Datuk Yusof Haslam sebagai Dato Mokthar
  4. Hanna Aqeela sebagai Ayu
  5. Hairul Azreen sebagai Pablo
  6. Hefny Sahad sebagai Ali Mat
  7. Hairi Safwan sebagai Inspektor Aman
  8. Shima Aris sebagai Lady Lion
  9. Amerul Affendi sebagai Mat Bong
  10. Nashra sebagai Nash
  11. Nasir Bilal Khan sebagai Bashah
  12. Rahhim Omar sebagai DSP Anwar
  13. GBob sebagai Janggut
  14. Azzahra Ahmad sebagai Aishah
  15. Zaidi Omar sebagai Wak Doyok

Sinopsis Ringkas Filem Operasi X


ASP Redzuan, seorang anggota polis yang meninggalkan dunia siasatan jenayah. Tidak menyangka bahawa operasi pada hari itu bakal menjadi operasi terakhirnya, ASP Redzuan yang telah menyaksikan kematian sahabat baiknya, Inspektor Aman di hadapan matanya sendiri. Sehinggalah pada suatu hari, ASP Redzuan dikunjungi oleh Dato' Mokhtar dan DSP Anwar dari Bukit Aman yang telah sekian lama cuba menjejakinya. ASP Redzuan berkeras tidak mahu kembali kerana mengesyaki sahabatnya telah dibunuh oleh anggota polis sendiri. 

Kehadiran Dato' Mokhtar dan DSP Anwar telah membongkar siapakah dalang yang telah mengakibatkan kematian sahabatnya itu. ASP Redzuan harus kembali ke dunia siasatan jenayah bagi mengetuai operasi menumpaskan Geng Belut yang telah terbengkalai dan kini semakin berleluasa. 






Rumusan Tentang Filem Operasi X dan Review Jujur

Kesimpulan yang boleh dapat dari filem ini ialah kita tak boleh letakkan kepercayaan penuh pada seseorang walaupun seseorang itu telah rapat dengan kita dalam tempoh yang lama. Kesimpulan kedua, jadilah seseorang yang gigih dan bertanggungjawab dalam menjalankan setiap tugas yang diberikan kepada kita. 


Betul ke pihak polis yang telah menembak adiknya Belut?
Selamatkah ASP Redzuan dalam menyelesaikan misi Operasi X? Husniey suka watak yang menghidupkan dan menguatkan filem ini iaitu rakan rakan seperjuangan ASP Redzuan bertungkus lumus menjejak Geng Belut. Canggih. Boleh trace penjenayah dari nombor telefon je. Semua pelakon memainkan peranan dengan baik dalam filem ini. Cuma jalan cerita tak berapa kuat, mungkin perlu fokuskan juga kepada misi operasi tu dan tekankan sedikit lagi scene pada aktiviti Geng Belut. Itu je komen husniey, yang lain semua okay. 

Maaf ya, Husniey tak mahu berikan komen tentang ending nanti spoil mood pulak kan. Filem ini okay, tak ada aksi berat dan best sebab ada elemen kelakar. Sesuai ditonton bersama keluarga dan anak anak. Suami husniey asyik tergelak dengan lakonan Dato Awie, mukanya serius tapi lawak. 7/10 rating diberikan, moga lebih banyak filem best di Malaysia. 2018 ini menyaksikan banyak filem Malaysia yang ada nilai. Good job! 

Reading Time:

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com