Review: Huawei Mediapad M3 Lite Terbaik & Mini Keyboard Bluetooth Keduanya Sesuai Untuk Penulis

Assalamualaikum pada kali ini husniey meluangkan masa untuk menulis dan simpan info ini di blog. Memilih untuk menulis review tentang H...


Assalamualaikum pada kali ini husniey meluangkan masa untuk menulis dan simpan info ini di blog. Memilih untuk menulis review tentang Huawei Mediapad M3 Lite. Pejam celik kejap je masa dah dekat sebulan lebih guna tablet ini. Maaf kerana agak lambat nak siapkan entri ini. Bukan sengaja melambatkan tapi husniey nak lihat sejauh mana potensi tablet M3 Lite ini. Husniey beli tablet ini pada awal bulan Oktober. Tujuan beli tablet ini nak memudahkan kerja berblogging, laptop sekarang dah slow sangat performance. Lagi pun kalau travel memang jenuh nak bawa laptop. 

Untuk makluman, ini merupakan pengalaman kedua husniey gunakan peranti keluaran Huawei. Sebelum ini pernah menggunakan smartphone Huawei P9 lite. Lepas tu upgrade, jual kat adik phone tu. Bagi tahun 2017 sehingga 2018 ini husniey menggunakan telefon Honor 8 pro. Gambar yang husniey selalu snap tu guna smartphone Honor. Jenama Honor pun menggunakan sistem Huawei, okay cun je setakat ni pakai jenama tengah trending ni. Jemput BACA TENTANG REVIEW HUAWEI P9 LITE & HONOR 8 PRO. Sekarang ni kita sambung perkongsian tentang tablet best yang Huawei punya ni.

CIRI CIRI MENARIK PADA HUAWEI MEDIAPAD M3 LITE

Disini husniey kongsikan antara ciri menarik yang ada pada tablet ini ialah boleh sambung WiFi, Bluetooth, Mobile Data. Ini asas yang ada pada tablet ini dan wajib juga ada pada sebuah smartphone kan? Ciri lain turut terdapat pada tablet ini ialah screen record iaitu kita boleh record aktiviti dalam telefon tu siap dapat kesan sound sekali. Mediapad M3 lite yang husniey pilih ini mempunyai 3gb RAM dan bersaiz 32gb ROM for internal storage. Okay sangat dah berbaloi untuk sekadar simpanan dokumen dan beberapa keping gambar yang penting serta beberapa aplikasi best. Dah ada telefon untuk simpan gambar so tak ada nak beratkan tablet ni dengan menyimpan gambar yang terlalu banyak :)
Info lebih lanjut tentang tablet ini boleh >> baca disini <<
Bahagian Settings, banyak kan?
Penggunaan bateri bertahan sehingga 6 jam lebih dari 67%.
Husniey selalu turn on mode power savings mode. Makin bertahan lama bateri tablet 
Bahagian dalaman - Home, Apps Microsoft Word, Powerpoint, Excel memang dah ada.
Klik pada gambar untuk melihat lebih jelas. 

YA, warna keemasan menjadi pilihan hati. Ada warna lain juga.

Sebelum terlupa nak selitkan sikit pengalaman beli barangan elektronik di Shopee. Lihat rating di profile Seller, kalau bagus boleh percayakan servisnya tu. Lepas buat pembayaran boleh terus chat beritahu tentang pembelian kita dan tanyakan bila barang tersebut akan diposkan. Pengalaman husniey beli 2x tahun ini barangan elektronik di Shopee, okay je Alhamdulilah jumpa trusted seller. Penghantaran laju dalam masa sehari dua dah sampai ke rumah. Cepat sangat. Barang pun turut dibungkus dengan selamat.  Tablet husniey beli ini dapat pada harga RM 849 siap ada dapat flip leather case. PENTING JUGA FLIP CASE ini jika guna tablet, boleh gunakan ia dalam keadaan melintang. 


Baca sini juga artikel lain yang menarik:
📍 Review tonton teater di Encore Melaka
📍 Cara Selesaikan Masalah Jerawat Jeragat Dr Beau Serum 



CONTOH GAMBAR DIAMBIL MENGGUNAKAN HUAWEI MEDIAPAD M3 LITE 

Pemandangan di Arabian Bay Resort -
 tak edit pun brightness cuma tambah watermark sahaja



TABLET LAIN YANG TERDAPAT DI PASARAN

Sebelum membuat pembelian mestilah husniey buat kajian terlebih dahulu jenama mana yang best dan harga mampu milik. Ada yang murah bawah RM 500 boleh dapat, tapi ketahuilah bila dah murah tu mesti ada kekurangan dan kita kena sedarlah kekurangan tu, jika suka dan anda tidak ada masalah dengan RAM atau internal storage rendah boleh teruskan niat untuk membeli tablet tersebut.

Jenis tablet yang boleh didapati di pasaran pada harga mampu milik seperti; Huawei M3 dalam RM 1k lebih, Huawei T3 tapi yang ni bawah RM 500 ram rendah sikit tapi okay kot. Tapi kalau ada bajet lebih dicadangkan sambar Mediapad M5, M5 pro yang ni harga dalam 1500 - 1900 heee. Specs tinggi dan ramai review best gila, siap ada keyboard dan pen kalau M5 PRO tu, kamera pun cantik. Haa tablet keluaran Samsung pun macam okay, suami husniey pakai dulu tahan lama jugaklaa. Tapi husniey kurang sikit Samsung sebab bateri dia tak tahan lama.


ULASAN SEPANJANG MENGGUNAKAN TABLET HUAWEI M3 LITE & MINI KEYBOARD 

Suka sebab selesa dipegang saiznya tak terlalu besar dan tak terlalu kecil. Ketahanan bateri cun juga. Good performance! Suka ciri yang ada pada tablet ini boleh letak sim kad dan membuat panggilan telefon, seperti guna smartphoneSesetengah tablet jenis lain (yang lagi mahal), husniey baca komen tak ada tempat cucuk earphone. Mahal pun tak best kan kalau ada perkara penting tak lengkap kan? Yang ni memang tip top nak dengar lagu pun boleh. Sound tablet ini ada dua tau, bahagian atas dan bawah. Macam stereo sound, kalau tengok movie dah macam pasang dekat TV je. HAHA


Dah jatuh cinta ~

Tablet M3 lite ini mempunyai RAM yang besar so setakat ini tak ada masalah hang ketika menggunakannya. Apa yang husniey boleh highlight kat sini pasal tablet ini ialah, memudahkan urusan dalam menyiapkan kerja menulis di blog. Kalau ada kerja yang perlu disiapkan dalam kadar segera, tak jadi masalah sebab boleh terus gunakan tablet ini. Menarik lagi, tablet ni ringan dan mudah dibawa ke mana saja. Sesuai sangat dibawa ketika travel. So tak adalah kena galas beg laptop kehulu kehilir, hee. Serius best dan tahap kebahagiaan husniey meningkat ke skala 9 per 10 selepas mempunyai tablet ini haha 😍




Selain membeli tablet Huawei ini husniey turut menyambar sebuah mini Keyboard Bluetooth, sesuai sangat untuk anda freelance writer atau penulis / nak siapkan kerja yang dibawa balik ke rumah. Cara menggunakannya mudah, tekan je pada keyboard tu ON

Buat sambungan bluetooth dengan peranti yang kita nak guna tu. Smartphone pun boleh disambungkan. Harganya murah aje RM 25 termasuk pos. Mini keyboard ini pun turut beli di Shopee. Ada banyak jenis keyboard ni sebenarnya korang boleh search. 


Siap ada kabel usb, ye kena cas juga tau. Sekejap je dalam 10 minit dah penuh. Ada lampu merah menyala tu tanda sedang charging. Dah tak menyala maknanya dah penuh.  

Contoh. Macam gini jelah husniey selalu bawa letak dalam beg tangan yang besar sikit. Hee senang. 


Jemput tonton video disini

JUMLAH BELANJA BELI TABLET, MINI KEYBOARD, SCREEN PROTECTOR 
  • HUAWEI MEDIAPAD M3 LITE - RM 849 
  • MINI KEYBOARD BLUETOOTH 7 INCI - RM 25.79
  • SCREEN PROTECTOR TABLET M3 LITE - RM 15 
  • TOTAL = RM 889.79 
Beli semua mua mua mua mua di Shopee ~ haha tetiba nyanyi lagu Shopee Shark. Semoga perkongsian ini memberi pencerahan dan membantu yang memerlukan. Ada pengalaman menarik berkaitan dengan entri ini jemput kongsikan diruang komen.

You Might Also Like

12 comments

  1. Mudahkan kalau nak bawa ke mana-mana , especially time bercuti sangat berbaloi , boleh simpan handbg je

    ReplyDelete
  2. arghhh sambil baca sambill arghhhh emosi tetibe. nak jugak hahahhaha

    ReplyDelete
  3. Bagus lah. Terasa nak beli jugak. Tunggu tabung penuh dulu, baru nak reward diri dgn gadget baru

    ReplyDelete
  4. Kan..sekarang memang kalau boleh nak bwak yg paling ringan je ke mana2..hehe.. Cantik jugak tablet ni.. Mcm berkenan jugak je

    ReplyDelete
  5. Saje bagi kak liez jeles tau... hp baru pun nak tablet pun nak... mcm ok je beli tablet tu then beli keyboard tu.. masuk hp pun boleh.. okkkk... kena menang peraduan la kot niii

    ReplyDelete
  6. Mudah ada tablet kan. sng nak angkut time kita travel jauh dan lama..thanks atas review ni Husniey

    ReplyDelete
  7. cikma memg berkenan laa husniey ehhhh...ade rezeki nak beli jgk laa sutir...

    ReplyDelete
  8. Teruja LZ baca review HH, tetiba nak juga tablet baru..
    Betullah kata orang gambar dari camera Huawei cantik dan clear.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. berkenan jugak ni!!!kena buat tabung!ahhaha

    ReplyDelete
  11. berkenan gak cuma duit belum cukup nak beli gajet baharu...

    ReplyDelete
  12. Senang nak update entri ni Husniey. Tak besar sgt tak kecik sgt kan. Ada keyboard tu lagi memudahkan.

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.