Menaiki Pengangkutan Awam Bercuti Ke Pulau Pinang 2 Hari 1 Malam (June 2018)

Assalamualaikum semuanya. Salam Sejahtera. Salam hujung tahun 2018. Semoga baik baik aje. Husniey tak minta banyak perkara, hajat yang...



Assalamualaikum semuanya. Salam Sejahtera. Salam hujung tahun 2018. Semoga baik baik aje. Husniey tak minta banyak perkara, hajat yang besar biar Allah mengetahui. Entri ini sebenarnya bersambung sempena ke Hatyai June haritu. Pada mulanya fikir tak nak cerita sebab kejap je di Pulau Pinang. 1 malam je, haha pemalas punya orang. Husniey dan suami ke Penang pada hari raya keempat.


Train Hatyai Thailand ke Padang Besar - Butterworth Menaiki KTM|Percutian Bersambung ke Pulau Pinang  

Pengangkutan kami naiki dari Hatyai - menuju ke Padang Besar dengan kereta api Thailand. Dari Padang Besar untuk ke Butterworth kami kena beli tiket KTM. Harga tiket RM 11.40 seorang. Butterworth ialah stesen terakhir. View memang cantik dalam perjalanan. Yelah belah utara kan popular dengan permandangan sawah padi. Ada snap  gambar tapi tak cantik. So tak dapatlah nak share kat sini


Dalam KTM dari Padang Besar ke Butterworth

Jemput baca artikel lain yang best;

Misi Jalan Jalan Cari Makan di Hatyai Thailand 



Harga tiket KTM RM 11.40 seorang. Murahlah kan 😍

Perjalanan dari Stesen Keretapi KTM Padang Besar ke Butterworth memakan masa 2 jam. Setibanya di Stesen KTM Butterworth Penang pada pukul 5.45 pm, pantas kami bergerak ke terminal feri. Sekarang ni dah kena naik bas yang disediakan (free shuttle services). 2016 dulu husniey datang kena jalan kaki untuk ke Terminal Feri. Harga tiket feri cuma RM1.20 seorang dewasa untuk ke Pulau Pinang. 

Free shuttle untuk ke terminal feri


Feri awam untuk ke Pulau Pinang

Harga tambang perlu bayar sekali sahaja. Masa balik dah tak perlu bayar. 

Pukul 6 pm bertolak dan perjalanan memakan masa cuma 15 minit ke belah pulau. Ini kali kedua husniey sampai ke sini. Setibanya di pulau kami keluar dari terminal feri dan berjalan kaki ke jalan utama. Menggunakan khidmat Grab Car dari hentian bas depan terminal Pengkalan Raja Uda untuk ke hotel kami akan menginap di Apollo Inn. Tambang Grab car cuma RM 6.

Check In Hotel Bajet Apollo Inn.

Murah je hotel ni, bilik kecil je saiznya. Ruang sempit sikit, ruang untuk solat agak terhad. Tapi nasiblah murah sebab tu macam okay jelah tahan jelah lagi pun satu malam je menginap di sini. Husniey suka dekorasi hotel ni. Simple tapi lawa. Kemas dan bersih. Booking di Agoda, satu malam RM 86 termasuk cas perkhidmatan. Malam tu kami tak keluar kemana pun cuma rehat je di hotel, penat betul berjalan dari Hatyai ke Pulau Pinang.


Apollo Inn. Hotel bajet di Georgetown


Keadaan dalam bilik di Apollo Inn. Kecil je ruangnya. 

Bajet tapi kemudahan lengkap. Boleh makan free.
Nak bancuh air, mee segera pun boleh


Lokasi hotel dan harga semasa buat tempahan di Agoda. 

Hari Kedua Layan Permandangan Penang Hill

Merupakan kali kedua husniey ke sini bersama suami. Kami terbiasa menggunakan pengangkutan awam, so sepanjang di Pulau Pinang ni memang naik bas jela kalau ke tempat jauh sikit. RM 2 sahaja tiket bas tak mahal mana. Jom layan gambar view indah di Bukit Bendera.


RM 2 sahaja tiket bas untuk ke Bukit Bendera.
Naik bas dari komtar.


View cantik di Bukit Bendera. Kalau kaki bergambar mesti akan bergambar disini 


Tuan suami tengok apa tuu. Teropong isteri ke? Nah hasil teropong isteri di Bukit Bendera 😂


Wajib makan Ais Kacang kat sini. Sedap weh!
Lupa dah harganya tapi tak sampai RM 10 rasanya

Ada kemudahan surau. Kena panjat bukit untuk solat di Surau. 
View dari atas ni pun cantik.
Suhu sejuk, berangin.


Gambar cliche bila ke Bukit Bendera, heee 


Suka jalan kaki? Nak burn bakar kalori? 
Haa carilah street art di sekitar Georgetown boleh dapatkan peta di hotel yang anda menginap

Sehari suntuk kami jalan jalan di sekitar Pulau Pinang. Malam kedua tu pulang ke pantai timur dengan menaiki bas ekspress. Alhamdulillah walaupun macam susah payah naik pengangkutan awam dan banyak berjalan kaki, serius bestt nasiblah tak penat sangat. Mungkin dah terbiasa dan mental dah bersedia. Untuk anda yang teringin bercuti ke negeri sebelah utara tak perlu risau dah banyak kemudahan pengangkutan awam, seperti bas, KTM dan lain-lain. 


PENGANGKUTAN YANG DIGUNAKAN SEPANJANG BERCUTI
  • HATYAI - PADANG BESAR (KERETA API) 
  • PADANG BESAR - BUTTERWORTH (KTM) 
  • FERI AWAM KE PULAU PINANG 
  • BAS PERCUMA DI SEKITAR GEORGETOWN
  • BAS RAPID BERBAYAR KE BUKIT BENDERA
Jumlah hangus belanja di Pulau Pinang selama 2 hari 1 malam termasuk pengangkutan, hotel, makan, masuk ke Bukit Bendera dan shopping di Chowrasta = RM 193 / 2 . Jadi seorang cuma RM 96.50, berbaloi tak? Itulah sebabnya husniey masukkan Pulau Pinang ini dalam senarai selepas bercuti ke Hatyai sebabnya destinasi ini sesuai untuk backpackers dan sangatlah minima bajet. 
Semoga bermanfaat tau, jemput baca artikel travel yang lain juga. 

You Might Also Like

10 comments

  1. bagus entry ni Husniey sebab kadang2 orang tanya CT macam mana nak enjoy Penang naik public transport CT x reti explain sebab sendiri tak pernah cuba. penahla dulu kecik2 ikut mak ayah tapi tu lama sangat dah. memang kita duk Penang so kita naik kete la kan.. maybe one day nak kena cuba jugaklah public transport kat Penang. baru boleh kongsi kan =)

    ReplyDelete
  2. mabeles nya ais kacang tuuuu

    ReplyDelete
  3. Bila naik pengangkutan awam semasa travel peluang untuk menghayati sekeliling tu lebihkan Husniey.

    ReplyDelete
  4. hok jiran penang x terokoi tempat penang hahaha...

    ReplyDelete
  5. buleh mek ambik awok g jalan jugok huhu

    ReplyDelete
  6. bestnya dapat jalan2. penang mmg banyak tmpat menarik.

    ReplyDelete
  7. Seronoknya buat kerja adventurers camni. Akak dulu anak sorang boleh lagi nak pi angkut sana sini sambil berjalan kaki. Anak dah dua ni tak sempat nak pegang beg dengan anak. Rindu rasanya nak lasak2..wu..

    ReplyDelete
  8. Syok sesekali jalan2 naik public transport. Macam org tempatan dah rasa dia kan. Dapat berJimat minyak tol parking lagi kan

    ReplyDelete
  9. penang.
    suka ke penang.
    last time gi, x dpt spend lama.
    musim hujan :) hu hu hu huhu...
    will repeat.

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.