Pengalaman Membeli Baucer Penginapan di My Fave - Husniey Husain

Friday, 28 December 2018

Pengalaman Membeli Baucer Penginapan di My Fave


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat selalu hendaknya. Salam Jumaat yang berkat. Korang pernah dengar tak Fave. Kali ini husniey meluangkan masa untuk menulis tentang pengalaman pertama kali membeli dan menebus baucer yang di beli dekat Fave. Untuk anda yang belum tahu, ia merupakan aplikasi untuk anda jimat berbelanja dan biasanya jauh lebih murah. Tapi banyak kerja sikitlah kena buat. Yelah nama pun murah. Menariknya, ada pelbagai aktiviti untuk mengisi hari minggu atau cuti sekolah anak anak.

Pelbagai jenis pakej penginapan ada di My Fave

Mudah saja langkah membeli baucer penginapan di Fave. Ini langkahnya:

1) Pilih baucer penginapan yang anda berkenan. Sebelum itu mohon baca sehingga jelas terma syarat yang anda perlu lakukan setelah membelinya. Setiap company berbeza caranya untuk buat tebusan baucer


2) Klik pada Buy Now

3) Kemudian pastikan details anda tepat, klik Pay Now RM ***


4) Selesaikan pembayaran dan anda akan dapat satu kod. Itu kod baucer.

Purchase Successful! 

Email kepada management yang handle ni

5) Hantarkan email kepada pengurusan company tersebut. Kita boleh baca details penuh, sebelum buat pembelian.

6) Tunggu respon dari pihak pengurusan penginapan. Dan selesai.

Kemungkinan yang anda akan hadapi setelah membeli baucer penginapan ini ialah, pihak company akan memaklumkan kepada anda bahawa

  • Tarikh yang kita kehendaki tiada kekosongan bilik. 
  • Sudah penuh dan perlu tukar tarikh perjalanan anda. 
  • Jika ada kekosongan, mungkin bilik yang berbeza. Sudah pasti lebih mahal kos nya
  • Anda juga kena alert terma syarat yang ditetapkan company, ada sesetengah tu dah siap mention weekend / public holiday kena surcharge. So kalau harga baucer RM 100 mungkin dikenakan cas hampir RM 200

Dalam kes husniey bilik yang husniey kehendaki tu dah pun penuh. So kena upgrade kepada bilik lain. Yang lebih besar boleh muat ke 6 orang katanya.
Kena tambah RM 60 lagi dan baki tersebut dibayar semasa check in.

Husniey pada mulanya macam nak let go je baucer tu tapi bila fikir balik okay je kot walaupun jumlahnya jadi RM 280 / night. Tempahan dibuat ini juga agak last minute. So redha jela siapa suruh last minute baru nak tengok my fave ๐Ÿ˜Œ

Apartment kami menginap September lalu

Husniey menginap bersama mak ayah. 
Jadi 4 orang termasuk tuan suami. Kalau korang yang punya ahli keluarga ramai siap ada anak-anak 2,3 orang tu just nice la rumah penginapan ini. Overall husniey suka je survey harga penginapan dan servis perkhidmatan lain yang ada di My Fave. Harga murah betul. Tapi lainkali nak kena buat tempahan awal supaya tidak ada kenaikan harga. Sekian, moga bermanfaat perkongsian ini

6 comments:

  1. Tak pernah beli dengan myfave lagi..suami kata kalau beranak lagi baru pi travel pulak..alahai >_<

    ReplyDelete
  2. penah dengar dan penah godek2 jugak. mnarik2 tp itula bab tarikh tu yg x berapa menarik. sebab availability tuu.. kdg2 da plan tarikh sekian2.. tapi x boleh..

    ReplyDelete
  3. Tak pernah dengar pulak.. Boleh la try tengok lepas ni.. ^^

    ReplyDelete
  4. rajin dengan my fave tapi tak tahu apa.. ni husniey bagitaw nanti boleh godek2 ni

    ReplyDelete
  5. wahhh.. dengan myfave smuanya mudah..

    ReplyDelete
  6. ok erk myfave ni? pernah gak nak cuba tapi takjumpa review
    takpenext boleh try myfave ni..

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com