Setahun Bersama Bumblebee Axia SE + Ulasan Ringkas Filem Bumblebee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga sihat selalu dan dimurahkan rezeki hendaknya. Pejam celik dah masuk hari keenam bagi tahun 2019...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga sihat selalu dan dimurahkan rezeki hendaknya. Pejam celik dah masuk hari keenam bagi tahun 2019. Moga awal tahun ni baik baik aje urusan kita. Pada kali ini cuma nak berkongsi secara santai, haa sebelum sentuh pasal Review Movie Bumblebee nak cerita pasal kesayangan ni dulu 

Baca sini juga artikel best lainnya di sini: 

Alhamdulillah penghujung November 2018 haritu dah cukup setahun umurnya. Sekejapnya masa, setahun tu berlalu macam zasss cepat sungguh. Kereta Axia Bumblebee ini design keluaran tahun 2017. Facelift. Masa baru lagi guna kereta ini ada juga sedara sepupu tegur comelnya macam Bumblebee muka dia, ada juga tegur eh ingat kereta Myvi. Rupa Axia SE dari depan macam Myvi 😂

Bumblebee kesayangan di Cameron Highlands 📍 

Yang uniknya pasal kereta ni, mungkin ditakdirkan untuk kegunaan lasak kot. Masa hari pertama bersamanya, dah mencabar. Husniey dan suami pickup kereta di Kota Bharu (sebab buat loan dengan bank di sana, hahaha malas nak cerita lanjut susah payah nak dapatkan kereta tu Allah je tahu). 


Hujung November 2017 pada masa itu sedang musim banjir. Kami laki bini redah banjir, tapi mujurlah paras air tu tak tinggi ada dekat atas buku lali sikit. Hahaaa. 
Mak husniey dah bising bising masa update dekat dia letak gambar redah banjir. Kereta baru je ambil dah kena redah banjir. Waktu itu lokasi di Pasir Puteh, Kelantan kalau tak silap. Uihh kelakar kalau ingat balik. Kalau paras air tinggi sangat memang tidaklah nak redah, sanggup tunggu paras air surut. Memang masa tu hujan lebat sungguh sampailah ke Kuala Terengganu lebat juga dengan berangin kencang. Takut rasanya, dalam hati dahla jauh nak balik ni janganlah jadi apa apa (kemalangan ke apa nauzubillah). Seram tengok air menanti kiri kanan jalan yang rendah. 

Cantikkan view di Kampung Taman Sedia -
Cameron Highlands Pahang📍

Alhamdulillah setakat ini tak ada apa masalah, servis memang tepat waktu. 
Bayar pun on time. Siap buat salinan dan simpan slip semua pembayaran. Dah dua belas kali bayar, heee. Sejak pakai kereta ni memang jalan jauh saje. Allahu, kadang tu kesian juga kat dia.. Yelah nak ke dapat seketul Bumblebee ni bukanlah mudah. Husniey dan tuan suami bukan orang kaya 🤗. Sebelum ni pakai Nissan Vanette lama je, itu pun suami jaga dengan baik. Bertahun duk ulang alik balik Kemaman naik van. Ada kenduri kahwin kena jalan jauh pun gigih kental memandu dengan van tu. Huhu. Kiranya rezeki tukar kenderaan datang tepat pada waktunya. Nak baca kisah >>SEBELUM INI DISINI <<

Januari 2018 bermula road trip kami jalan² ke Melaka sambil ziarah saudara dan sepupu. Setiap bulan kalau tak sibuk, mesti balik kampung husniey di Kemaman yang perjalanan 2 jam 1/2 sehala (malas naik highway tol mahal haha). Banyak juga destinasi dalam masa setahun ni hinggakan mileages tu laju je naik 😂. Ke Kelantan, ke Pahang, ke belah utara

Pendek kata memang jalan sokmo dengan Bumblebee ni. Fuhh kesian dia. Ni situasi sekarang duk booking tarikh untuk servis. Besar jugalah amaun, RM 400. Banyak nak servis tu yang mahal sikit. Sebelum ni servis RM 150 sahaja. Servis lagi, bayar lagi. Baru hujung November haritu hidupkan roadtax + insurans. Haha duit keluar macam air weh. Bukan merungut hanya memaklumkan. Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan kami membayar segala hutang dan limpahkan rezeki kami suami isteri. Sungguh jalan jalan dalam negara itu atas asbab tugasan kerja. 

Bunga matahari ni cantikkan🌻 payah nak jumpa

Kalau niat untuk bercuti husniey selalunya akan pilih ke luar negara yang berdekatan atau yang mampu (Dalam Asia). Naik kapal terbang, naik pengangkutan awam sambil jalan kaki sebenarnya itu lebih relaks dan jimat. Nampak tak betapa sayang kat Bumblebee itu 😂. Kadang tu terhempas pintu kuat sikit pun dah "alahh sorry Bumblebee ku sayang". Bila hati dah sayang.. Nyanyi sikit! 

Axia SE Bumblebee Tersayang  
Nah jemput tonton video sini 

Review Ringkas Movie Bumblebee 2018
Mengenai Bumblebee, korang dah tengok belum movie Bumblebee yang sedang hangat di pawagam? Husniey sentuh pendek jelah ye. Paling suka nilai murni yang ada dalam movie ini antaranya ialah part robot Bumblebee dengan  remaja perempuan bernama Charlie Watson. 


Kiranya Charlie watak utama la.. 
Dalam movie Bumblebee ini juga terjawablah kenapa Bumblebee tak ada suara. Korang kena tengok kalau ikuti cerita Transformers yang sebelum ni. Ada banyak robot yang bersatu dalam cerita ni. Family movie. Serius sesuai tengok. Anak-anak mesti happy tengok kecomelan character Bumblebee, sikap dia yang over protective terhadap Charlie Watson tu.. 😍. 

Tonton trailer Bumblebee disini 

Remaja perempuan tu pandai repair kereta. Jadi dari situlah dia jumpa Bumblebee. Bumblebee ini menyerupai kereta volkswagen bettle berwarna kuning. Dipendekkan cerita ni, Bumblebee dan robot lain ada konflik la tu dia lari menyembunyikan diri di Bumi. So ada jugalah scene bergaduh sikit, tapi tak ada scene berat pun. 


Really Recommended. Ada scene lawak, sedih sayu, kekeluargaan, aksi, lepas tu dengan visual yang hebat. Keluar aje dari panggung husniey masuk je kereta berlawak dengan suami masa cermin side mirror kereta flip dibuka, "haa jaga jaga nanti bertukar jadi Bumblebee!" Hahaha mudah terhibur sungguh kami laki bini. 
Oh ya rating 5 / 5 bintang untuk filem Bumblebee 🌟🌟🌟🌟 🌟 

You Might Also Like

15 comments

  1. Jaga elok-elok..selalu cakap dgn dia..kereta pun perlu disayangi..moga semua urusan Husniey Allah permudahkan..

    ReplyDelete
  2. cik nor pun mr. purple dah calar balar. dah la excident thun lps..sedih gak tgk rupa dia sekarang. nasib enjin xde masalah lagi..:)

    ReplyDelete
  3. Teringat perkongsian seorang ustaz ttg harta termasuk kereta.. klu kita syg kereta, aura tu memudahkan lagi segala urusan kita, perjalanan pun jadi satu ibadah buat kita.

    Belum dpt tonton lg citer Bumblebee.. hari tu main terjah wayang, seat tinggal yg depan2, tak syok nak tonton duduk dpn sgt haha.

    ReplyDelete
  4. kita suka kereta awok warna kuning. dulu kita nk ambik myvi kuning tp mahal. instalment 6ratus lebih sebln. hahahha. tk jadi. ambik wrna ozzy orange. tp kita memang suka tgk kereta wrna kuning. dia terang gtu. dlm gelap mahupun hari yg cerah. haaaaa

    ReplyDelete
  5. rare la laki bini suka kereta kuning..nampak sayang sangat tu,, harta kan.. moga2 baik aje bumblebee aixia husniey

    ReplyDelete
  6. Ana minat kereta warna kuning ni tp dah terbeli warna merah. Hehe. Cuma kereta ana masih under mileage. Sebab guna utk Jalan jauh je kan. Tp kereta perodua memang best.

    ReplyDelete
  7. Tahniah semoga jodoh dengan bumblebee bertahan lama. Warna kuning memang warna top kan.. bergaya kih3

    ReplyDelete
  8. comelnya siap ada nama untuk keteee tu. hehe.. Husniey yakin ke malam2 dia x bertukar jadi robot ? hehe..

    ReplyDelete
  9. kereta axia kaler bumblebee ye.. alolo comel2

    ReplyDelete
  10. comel la kereta bumblebee.. semoga dipermudahkan urusan husniey dan izzat.. akak belum tengok lagi...

    ReplyDelete
  11. fav color kak liez kuning tu...
    klau ikutkakliezkereta pun nak warna kuning tapicik abang tak bagi.. katanya tak cantik..hihihi

    ReplyDelete
  12. Wau..siap kira dah dua belas kali bayar. Haha..comel je. Orang pantai timur ni memang benda pertama yang menakutkan banjir la kan..sebab memang tiap tahun kena banjir, samalah kita..

    ReplyDelete
  13. apapun perodua mmg terbaik kan.. kita geng! tp busyra bukan kuning la. hehe

    ReplyDelete
  14. tak tengok pun cerita ni..tapi tau mesti best punya

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.