Review: Murtabak Mengkasar | Murtabak Terbaik di Kuantan Pahang - Husniey Husain

Wednesday, 2 January 2019

Review: Murtabak Mengkasar | Murtabak Terbaik di Kuantan Pahang


Murtabak Mengkasar | Murtabak Sedap Terbaik di Kuantan. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kita baru saja memasuki tahun baru 2019, semoga kalian ceria selalu. Sebut saja jalan jalan memang suka nak cari tempat makan best. Kuantan antara destinasi popular bagi pelancong kerana kedudukan geografinya yang terletak dekat dengan persisiran pantai. Nak melancong, nak beli belah semua boleh. Pendek kata semua bestlah termasuk tempat makan menarik di Kuantan tidak kurang juga hebatnya. Jom baca sehingga sampai hujung entri tentang perkongsian ini



Murtabak Mengkasar sudah 17 tahun lamanya beroperasi di Bukit Sekilau Kuantan, bagi penduduk tempatan mesti dah selalu datang sini. Makin lewat petang makin ramai pelanggan yang datang. Dengar kata kalau musim bulan puasa beratur panjang pelanggan yang datang ingin membeli murtabak disini. Sedikit info dan fakta penting tentang sejarah Murtabak Mengkasar. Amat sinonim sebagai satu jenama murtabak di negeri Pahang. Murtabak Mengkasar ini juga menjadi santapan kegemaran bagi kerabat Diraja Pahang. Menariknya lagi rupanya ramuan istimewa yang diturunkan oleh tukang masak Sultan Pahang. Wah, hebat bukan?
Warung murtabak mengkasar 

Harga dipaparkan dalam kedai. 


See, nampak sedap kan? :D Ini murtabak mixed special 

Cekap buat pesanan murtabak  ~ Good job 
Setiap murtabak disini berbeza rempahnya, contohnya bagi menu murtabak special ia disalutkan bersama telur nipis aje di bahagian luar. Unik betul. Jatuh cinta disaat kali pertama husniey merasai Murtabak Mengkasar. Dalam kepala ni duk fikir mesti muak nanti kalau nak habiskan. Rupanya satu suapan ke dalam mulut tak cukup tau! Untuk pengetahuan anda, Murtabak Mengakasar ini juga mempunyai cawangan di kawasan Pekan. Jadi kalau anda ke Pekan bolehlah mencuba murtabak istimewa ini

Pilihan Menu di Murtabak Mengkasar

Antara menu murtabak yang husniey cuba ketika makan di warung ini ialah; murtabak biasa, murtabak daging special, ayam special serta ayam biasa dan daging biasa. Harga berpatutan sebabnya hidangan bagi satu murtabak sangatlah besar. Boleh dimakan untuk dua orang bagi satu keping murtabak. Harga dari RM 8 sehingga RM 12. Menariknya lagi bentuk bagi murtabak disini ialah segi empat tepat bukan segi empat sama, jadi ia agak panjanglah. Inti kat dalam murtabak tu meriah betul!
Murtabak Ayam Biasa atau Daging biasa harga RM 8 


Sedap sungguh bila dicicah bersama kuah dan jeruk bawang tuu. Nikmat!

Murtabak digandingkan bersama teh ais ~

Selain itu terdapat juga menu sampingan yang turut disediakan disini iaitu roti canai, roti telur, roti bawang, roti planta, roti boom. Harga bagi menu sampingan ialah dari RM 1.20 sehingga RM 2.40

Murtabak Mengkasar Kini Turut Menyediakan Produk Sejuk Beku

Murtabak Mengkasar semakin mendapat perhatian dan sedang menempa namanya sehingga ia dipasarkan sehingga ke Jeddah. Murtabak sejuk beku ini dah lama, dari berniaga kecil kecilan. Sehingga ada packaging yang menarik. Kata Tuan Haji Din, 
beliau mendapat respon dari pelanggannya yang membawa murtabak ini semasa bercuti ke luar negara didapati ia tahan lama.

Berpeluang jumpa owner, Tuan Hj Din. Orangnya bersahaja 

Bergambar bersama owner dan juga rakan-rakan blogger :)

Nahh, besar juga murtabak sejuk beku ni

Pengurusan Murtabak Mengkasar sentiasa memastikan kualiti terhadap produk makanan yang dijual di pasaran. Alhamdulilah tahniah buat Haji Din dan team. Bagi anda yang berminat untuk menjadi ejen bagi menjual Murtabak Sejuk Beku sangatlah dialukan, sekarang ini mereka sedang mencari ejen bagi seluruh Semenanjung Malaysia. 



Husniey juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba murtabak sejuk beku, tiba je di rumah husniey masak je dalam kuali. Dalam masa 5 minit dah siap, terus hidang dan boleh makan.  Senang je. Murtabak sejuk beku ini juga boleh dimasak menggunakan air fryer. Enak sungguh dijamu bersama bawang jeruk.

Yummyy, menyesal pula tak beli banyak stok ni

JEMPUT TONTON VIDEO DI SINI :)

Review Ikhlas Mengenai Murtabak Mengkasar

Jujurnya tentang rasa murtabak ini husniey sangatlah tak sangka, sedap sungguh dan memang tak muak. Isinya yang padat dan tak kedekut. Lembut dan rangup bila kunyah. Paling unik kan, setiap murtabak itu ada rempahnya tersendiri. Berbeza rasanya. Servis di warungnya juga okay tidak terlalu lama menunggu. Cadangan husniey jika anda tinggal jauh bolehlah mencuba produk sejuk beku, harga pun berpatutan. Rating diberikan 4.8/5. Terbaik! Semoga semakin maju jaya perniagaan Murtabak Mengkasar. 

Untuk maklumat lanjut
  • Produk: Murtabak Mengkasar | Murtabak Sejuk Beku
  • Lokasi: Pusat Jaja UiTM, Jalan Bukit Sekilau, 26060 Kuantan Pahang
  • No Telefon: 012-9630448
  • Waktu Operasi: 3 pm - 1 am 
  • Facebook: www.facebook.com/murtabakmengkasarsdnbhd/



14 comments:

  1. Haritu ke Kuantan dan Pekan, Pahang. Tapi tak berpeluang singgah ke sini sebab taktahu kedainya. Hihi. Ni dh ada yg share nant ke sana bolehlah cuba. Intinya banyak betul! :)

    ReplyDelete
  2. kalau tak silap kak PC adik ipar kak PC ada ceritalah pasal murtabak ni Husniey..biasanya kalau menjadi tumpuan..rasanya tidak menghampakan..nampak sedap..dan tak kedekut isi tu..moga-oga bila-bila kak PC ke Kuantan dapatlah singgah dan merasai keenakkannya..aamiin.

    ReplyDelete
  3. dulu kawan-kawan masa study UITM Pahang selalu bercerita tentang Murtabak ni sebab bila buat food hunting nama murtabak ni yang selalu disebut-sebut. Murtabak yang sedap adalah yang lembut dah penuh isinya..perghh

    ReplyDelete
  4. Sedapnya akakkk.. fevret busyra la kalau murtabak,

    ReplyDelete
  5. Tahniah moga bisnes maju ya. nanti jika ada kesempatan ke Kuantan nak pi sini lah ..inshaAllah

    ReplyDelete
  6. Besar tapi murah, puas hati makan ni..

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap sungguh tu. Boleh lah masuk dalam list ni bila ke kuantan nanti.

    ReplyDelete
  8. murtabak ni memang best! dulu selalu beli dekat Pekan. skrg dah ada dekat kuantan. bila balik kg mesti beli hehe

    ReplyDelete
  9. Menarik ni.. menyelerakan. Ok, sy take note lokasi tu.. klu ke kuantan mmg akan singgah nanti. Thanks sharing :)

    ReplyDelete
  10. sebab dia jual frozen sekali tu best tu.. bleh bawak balik n kalo tingin goreng jee hehe..

    ReplyDelete
  11. ya allah sedapnya murtabak lama tak makan murtabak... last makan puasa tahun lepas

    ReplyDelete
  12. dah lamadgr pasal murtabak makasar ni...
    tak berpeluang nak rasa lagi..igt nak cr gak nanti..

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com