Disebalik Ujian; Lirik Lagu Menarik | Dunia Sementara Akhirat Selamanya - Husniey Husain

Tuesday, 26 February 2019

Disebalik Ujian; Lirik Lagu Menarik | Dunia Sementara Akhirat Selamanya


Assalamualaikum, pada mulanya husniey dengar lagu ini masa dalam kereta semasa dalam perjalanan dari Kemaman ke Kuala Terengganu. Kalau tak silap kebetulan masa tu dengar radio IKIM. Tenang sungguh bait liriknya. Hadir di jiwa rasa syukur tenang dan berbaik sangka tiap dugaan yang telah berlalu dan yang sedang berlaku. 

Alhamdulilah pak saudara husniey dah makin sihat, dah pun sedar dari koma dan sudah pun discharge dari Hospital Kemaman. Cepat progress. Tiga minggu terlantar di katil hospital. Sekarang dijaga oleh adik beradiknya (Ayah husniey, pak sedara, mak sedara). Tidak ketinggalan juga anak-anak sedara (sepupu husniey) dan adik beradik husniey juga turut terlibat menjaga Pak Meran di rumah mak ayah. Ibarat menjaga seorang bayi yang baru lahir. Besar ujiannya. Ujian buat kami sekeluarga. Pasti ada hikmah besar. Sedang melihat satu persatu hikmah. Makin erat hubungan antara ahli keluarga. Mudahan Allah permudahkan urusan kami.. Ini bukan mudah masih panjang lagi masa dan mungkin ada episod pahitnya juga. Moga Allah bantu kami. 


Mari kita layan lagu mendamaikan ini;

-- LIRIK LAGU DUNIA SEMENTARA AKHIRAT SELAMANYA

Nyanyian Oleh Derry Sulaiman & Ali XPDC 



Bersyukurlah atas segala apa yang kita dapatkan, 
kerna semuanya begitu indah
Bersabarlah atas segala musibah yang menghampiri, 
kerna semuanya tak akan lama

* Sedih sementara bahagia sementara
**  Sakit sementara sihat sementara
*** Miskin sementara kaya pun sementara
**** Dunia sementara akhirat selamanya lamanya

Berharaplah hanya kepada Allah Yang Maha Segalanya, 
Yakinkan hati hanya kepadaNYA 
Dunia ini tempat meninggal, bukanlah tempat kita tinggal 
Kita semua kan kembali kepadaNYA 

Chorus * hingga **

Cantik sementara tampan pun sementara 
Dunia sementara akhirat selama-lamanya 
Chorus dari * hingga **** 

Tamat 

4 comments:

  1. Alhamdulillah pakcik Husniey semakin pulih ya.Syukur sangat-sangat.
    Sedap lagu ni.Peringatan melalui lirik lagu.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Pak Meran dah semakin sembuh. Semoga pak meran terus kuat dan sihat.
    Memang makan dalam lirik ni pada yang memahami.

    ReplyDelete
  3. btol tu husniey. lalai dunia, musnah akhirat

    ReplyDelete
  4. First time dengar lagu ni..takut, sedih semua ada. Semoga kita mati dalam husnul khatimah..

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com