5 Sebab Anda Perlu Datang Awal Ke Lapangan Terbang KLIA2 - Husniey Husain

Saturday, 9 February 2019

5 Sebab Anda Perlu Datang Awal Ke Lapangan Terbang KLIA2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua.. Sebenarnya telah lama terdetik nak kongsikan pengalaman yang lepas husniey dan tuan suami di lapangan terbang KLIA 2. Dah dua kali kami hadapi perkara yang sama ketika di airport. Perlu membuat pengesahan di kaunter setelah print boarding pass di kiosk.


Jom baca artikel penuh dibawah apa sebabnya kena datang awal. Mungkin ada prosedur yang anda tak tahu ๐Ÿ˜

1) Perlu Check In Bagasi
Husniey tahu mesti ramai dah sedar tentang hal ini. Kalau pengembara yang jenis 'travel light' tak ada masalah. So please datang awal kalau ada bagasi besar dan barang berat yang perlu anda check in di kaunter.

Baca sini juga artikel menarik:

2) Cetak Boarding Pass Sendiri
Di KLIA 2 terdapat banyak kiosk untuk anda cetak sendiri tiket kapal terbang.
Jika dah check in secara online ketika di rumah, jadi mudahlah cuma perlu simpankan di telefon kod bar yang telah diberikan di email. Then jika belum check in, boleh je check in dekat mesin yang disediakan. Prosedur ini kejap saja. Peruntukkan masa 5 minit.

3) Pengesahan di Kaunter
Pada kembara yang terakhir kami ke Lombok dan Hatyai pada tahun lalu, 2018. Diminta untuk membuat pengesahan di kaunter. Patutlah nampak pelik je boarding pass kami tu. Ada cop hitam. Bila sampai di pintu perlepasan antarabangsa, tunjukkan kepada Encik Polis boarding pass dan passport. Katanya ni belum disemak dan disahkan.

Cop hitam pada boarding pass

Kena sahkan di kaunter. Masa tu terkejut jugalah. Eh dah kenapa pulak ni. Prosedur baru agaknya. Inilah kaunternya. Kalau musim cuti, memamng padat dengan manusia. Lekas kami beratur di kaunter untuk pengesahan dokumen perjalanan.


Dah cop merah baru boleh lalu perlepasan antarabangsa 

Rupanya orang lain turut sama kena buat prosedur ini. Jadi anda kalau nampak aje cop ini. Sila bergegas ke kaunter dengan kadar segera untuk semakan dokumen bagi mengesahkan pas masuk! Masa yang diperlukan disini lebih kurang 10 minit.

4) Pemeriksaan Keselamatan dan Imigresen
Pastikan anda semua mempunyai masa yang cukup. Ini merupakan prosedur terakhir sebelum berjalan ke Gate. Pemeriksaan keselamatan dan imigresen makan masa lama jugak walaupun ada banyak kaunter.

5) Berjalan Ke Pintu Gate Mengambil Masa 20 Minit 

Selepas sahaja melepasi beberapa kali pemeriksaan keselamatan dan buat prosedur di kaunter imigresen. Anda perlu berjalan ke gate. Jarak untuk menuju ke pintu gate kita berlepas agak jauh lebih kurang 15 minit berjalan kaki. Pernah dua kali hadapi pengalaman lokasi gate kami ditukarkan. Hmm kalut berlari.

Masa berjalan ini akan jumpa board so kena alert nombor kapal anda, waktu berlepas, dan nombor gate yang ditetapkan. Nombor gate tu adakalanya berubah lokasi. Hmm contohnya kita naik bas di TBS ada beberapa platform kan 1,2,3. Di KLIA 2 pula gate nya huruf. Buatnya dari P tukar ke Q, jauh kena menapak.

Credit: klia2.info

Tidak akan dibenarkan menaiki pesawat jika gagal berada di pintu masuk 20 minit sebelum waktu perlepasan. Selalunya memang agak awal husniey berada di airport, contohnya flight waktu pagi jam 10 am. Malam dah standby awal berada di airport. Lepas solat subuh di surau dan sarapan awal pagi, pukul 8 pagi macam tu husniey akan berjalan ke gate jika waktu boarding pada pukul 10 pagi. Sekian, semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi manfaat ❤


14 comments:

  1. betul tu jarak ke gate sangatlah jauh and lama betul kena jalan kaki, ada eskalator pun macam tak membantu hahahah

    ReplyDelete
  2. CT da serik hampir kena tinggal flight.. jauh sangat departure gate tercungap2 lari jadi passenger last masuk. padahal da sampai 4jam awal da. siap2kan urusan semua.. cuma kami singgah surau yg agak jauh dari depature gate. so alert.. solatla kat surau yg dekat dengan gate..

    ReplyDelete
  3. Mmg senang Dan confident kalau dah sampai awal. Good tips hh

    ReplyDelete
  4. mek pernoh berlari dalam klia 2 ni. gilo. mmg kena mari awal.

    ReplyDelete
  5. Memang jauh nak berjalan dari satu-satu gate tu. Wajib sangat datang awal.

    ReplyDelete
  6. Menjadi input untuk kak PC juga ni Husniey..ingatan untuk masa-masa akan datang.

    ReplyDelete
  7. Berguna sesangat info ni untuk mereka yang first time naik flight di KLIA2 :) Terima kasih berkongsi ya.

    ReplyDelete
  8. Diah serik kalau terlambat ke airport. kita tak banyak duit kena elak perkara tak di ingini berlaku

    ReplyDelete
  9. Memang kalau naik flight kat KLIA kena datang awal, nak berjalan pi kat pintu gate pun jenuh. Penat lahai..

    ReplyDelete
  10. Ana kalau naik flight wajib 3-4 jam awal. In case ada apa2 kan masih ada masa.

    ReplyDelete
  11. Betul sgt tu.. pernah terlewat nak naik flight, jadi terkejar2 berlari.. semput. Tambahan lagi urusan keselamatan kat pintu masuk pun ramai, jadi makin perlahan. Jantung berdegup2 takut terlepas huh.. mujur sempat, tp mmg serik :D

    ReplyDelete
  12. betul tu. sebaiknya, flight antarabangsa perlu berada 3 jam awal, domestik sejam awal bagi memudahkan urusan

    ReplyDelete
  13. setuju sgt. biar awal jgn sampai tertinggal flight haha

    ReplyDelete
  14. Penat ooo kena datang awal sebelum berlepas... tapi nak wat macam mana kan..kalau tak kena tinggal..huhu... cikma pernah dr ipoh malam.. pagi buta orang tengah tidur kita duk care ke tiket..mengom rasa..

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com