Karnival Kewangan Terengganu Di TH Hotel & Convention Centre April 2019

13 Mac lalu selesai Taklimat Media bersama Bank Negara Malaysia di Kuala Terengganu. Syukur dapat peluang bersama rakan-rakan blogger dan...


13 Mac lalu selesai Taklimat Media bersama Bank Negara Malaysia di Kuala Terengganu. Syukur dapat peluang bersama rakan-rakan blogger dan media ke taklimat seperti ini. Antara input menarik hati husniey bagi Karnival Kewangan Terengganu yang bakal berlangsung nanti ialah ia bertujuan bagi meningkatkan tahap celik kewangan, yelah zaman sekarang rata-rata yang bankrup berumur bawah 35 tahun. Menakutkan bukan? 

Selain itu, banyak juga perkara yang anda dapat belajar jika menghadiri Karnival Kewangan nanti sebab ada pencerahan tentang wang palsu, ciri-ciri keselamatan wang, nasihat kewangan, membuat aduan tentang penipuan scam, boleh juga jika hendak menyemak dan mencetak CCRIS. Banyak lagilah aktiviti menarik di sana nanti.


Bank Negara Malaysia (BNM) akan menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu dari 4 hingga 6 Aprildi TH Hotel and Convention Centre, Kuala Terengganu. Karnival ini meneruskan perjalanan ke Pantai Timur selepas negeri Sabah, Sarawak dan utara Semenanjung yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung dengan produk dan perkhidmatan kewangan, celik kewangan dan memperkukuhkan keupayaan pengurusan kewangan dalam komuniti di Pantai TImur menerusi pusat sehenti untuk belajar sambil berhibur (edutainment). 

Barisan panel yang memberi taklimat


Karnival Kewangan Terengganu ini bertemakan “Utamakan Keperluan Kewangan Anda”, membawakan bersama lebih 45 institusi kewangan dan agensi kerajaan dalam mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan. Ini termasuk produk perbankan Islam, pembiayaan PKS, perlindungan insurans / takaful dan e-pembayaran. Masyarakat tempatan akan mendapat pencerapan mendalam tentang pelbagai perihal berkaitan kewangan seperti perancangan kewangan, penipuan kewangan, dan saluran bantuan penyelesaian kewangan.

 Bloggers Terengganu 

Karnival Mesra Keluarga ini akan menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti Forum Perdana mengenai kewangan dan hal ehwal Islam, Pocket Talks, aktiviti untuk kanak-kanak dan hadiah istimewa sehingga RM 150,000. Aktiviti menarik yang lain termasuk sesi perkongsian istimewa oleh pengembara selebriti dan hos, Mat Dan dan artis rap Caprice serta konsert mini oleh Aiman Tino dan Syafiq Farhain.


Aturcara penuh Karnival Kewangan Terengganu pada awal April ini. Orang ramai wajib datang ke Karnival penuh bermanfaat ini

Selain itu, siri jerayawara (roadshows) akan dianjurkan untuk mempromosikan Karnival yang bertajuk “Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival Kewangan” di 11 lokasi terpilih di kawasan Pahang, Terengganu dan Kelantan. Roadshows ini akan diadakan dari 18 hingga 31 Mac. Roadshows ini bermula di Universiti Malaysia Pahang, Gambang pada 18 Mac ini. Mari kita lihat senarai lokasi Sembang Santai


📍 11 Lokasi Sembang Santai Seluruh Pantai Timur

  • Dewan Astaka, UMP Kampus Gambang Pahang | 18 Mac
  • Dewan Semai Bakti Felda Jengka 11, Jengka | 19 Mac
  • Dewan Orang Ramai Ketengah Jaya 1, Bandar Ketengah Jaya Dungun | 20 Mac
  • Kompleks Balai Islam Lundang, Kota Bharu | 21 Mac
  • Dewan Gemilang, UniSZA Kampus Gong Badak | 24 Mac
  • Dewan Auditorium Mahyuddin UMT Kuala Nerus | 24 Mac
  • Dewan Majlis Daerah Setiu Sg Tarom, Setiu | 25 Mac
  • Dewan Majlis Daerah Besut, Kg Gong Kemuntung, Besut | 26 Mac
  • Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, Hulu Terengganu | 27 Mac
  • Dewan Majlis Daerah Marang, Marang | 28 Mac
  • Dewan Utama, UMK, Kampus Kota, Pengkalan Chepa | 31 Mac


Fakta Mengenai Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival Kewangan



“Karnival Kewangan akan menjelajah seluruh Pantai Timur sebelum berakhir di Kuala Terengganu selama tiga hari. Ia penting untuk memastikan rakyat Pahang, Kelantan dan Terengganu mendapat manfaat daripada kesedaran produk dan perkhidmatan kewangan yang disediakan,” kata Datin Arlina Ariff, Pengarah LINK dan Pejabat Bank Negara Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut sila layari: www.karnivalkewangan.com.my atau hubungi Pejabat BNM Kuala Terengganu di talian 09-6220571

You Might Also Like

6 comments

  1. Bagusnya ada karnival macam ni. Harapnya akan ada pulak karnival seperti ni di tempat lain pula pada masa akan datang

    ReplyDelete
  2. yeay, ade dua tarikh di KB. boleh g jenguk ni.

    ReplyDelete
  3. Bagus sebab memberi pencerahan dalam banyak skop.

    ReplyDelete
  4. penah tidur sini sekali masa dok Qber dulu hehe..

    ReplyDelete
  5. Uihh pahang rini rupanya.;. hadoii...

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.