The Wave Residences, Melaka | Lengkap Dengan Pelbagai Kemudahan - Husniey Husain

Wednesday, 27 March 2019

The Wave Residences, Melaka | Lengkap Dengan Pelbagai Kemudahan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sedar tak sedar tinggal beberapa hari lagi kita akan habiskan sisa hari bagi bulan Mac tahun 2019. Pada awal bulan Mac haritu husniey ke Melaka. Kalau ada terbaca entri husniey sebelum ini berkongsi cerita tentang Tempat Menarik di Melaka itu betullah ya. Ada Encore Melaka, ada The Shore Oceanarium dan VRAR Interactive Park juga. Itu semua tempat best dan trending di Melaka. Bila dah bercerita tentang tempat menarik maka rasanya tak lengkap perkongsian husniey jika tidak menceritakan tentang penginapan best dan murah yang korang boleh menginap jika ke Melaka. So jom baca hingga ke akhir entri.


Zaman sekarang ni rasanya ramai yang dah tak kisah samaada penginapan tu dekat ke tidak dengan tempat menarik (landmark) asalkan murah dan penginapan tu lengkap dengan pelbagai kemudahan, tak perlu fikir panjang dah untuk booking homestay onzzz jelah kan bila tengok lengkap.

The Wave ini letaknya di kawasan Kota Laksamana. Semasa membuat tempahan husniey memilih jenis bilik Deluxe Queen Studio, dalam gambarnya menunjukkan jenis bilik itu ada satu bilik je. Tapi rupanya dapat jenis apartment yang ada dua bilik. Serius terkejut, luas sungguh ruangnya. Nak ajak siapalah tidur ramai-ramai dalam rumah ini. Padahal kami berdua je suami isteri.

Bilik utama - husniey tak tahu kenapa pengurusan letak tilam extra macam tu 

Bilik kedua - agak kecil ruangnya, tapi okay je cuma kalau nak solat kat ruang tamu

Boleh dikatakan agak lengkap dengan pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pengurusan guest house ini, iaitu Symphony Suite. Sebelum check in kena pergi ke pejabat Symphony Suite bangunannya terletak menghadap bangunan residence ni, tak jauh pun dekat sangat. Selepas dah selesai urusan menandatangani dokumen diperlukan dan membayar deposit RM 100 terus diberikan kunci, urusan disini tak sampai 10 minit. Dah terus boleh masuk ke bangunan dan naik lif ke guesthouse yang anda akan menginap.

Kemudahan Yang Disediakan Di Symphony Suite, The Wave Residences


Terpegun dengan suasana rumahnya yang konsep moden dan lengkap dengan banyak kemudahan asas dan keperluan lain. Serius tak perlu pening kepala dah bila check in sini. Ada katil yang selesa, ruang tamu yang diletakkan sofa serta kemudahan tv.

Ruang tamu simple tapi cantik 


Ada meja makan, dapur mini dan beberapa kemudahan lain yang diperlukan (peti ais, dapur elektrik untuk memasak, microwave serta pinggan mangkuk gelas juga sudah siap disediakan oleh pengurusan. Bagus betul. Bilik airnya satu saja tapi okaylah.

Ruang dapur yang lengkap 

Ruang meja makan. Seronok makan maggie kat sini malam tu.
Pagi esoknya beli je makanan pagi kat luar


Ini kemudahan terbaik yang ada.

Kemudahan yang paling best ialah WiFi, memang husniey dah niat dari awal lagi "aku nak stay sini sambil buat kerja, dapat settle satu artikel dah okay". So memang lega lah bila dapat guna kemudahan WiFi. Laju tau, sebab guna Unifi.  Siap jugalah kerja tertangguh. Hehee. Saat teruja bila tengok kemudahan seterika dan sejadah juga turut disediakan. Memang sangat membantu traveller. Yelah takkan nak angkut dari rumah. Malas nak bawa barang banyak sangat, heee. Tempat letak kereta kat sini tak susah, ada banyak disediakan dan yang penting tidak ada cas tambahan untuk meletak kereta bila anda menginap disini. Ini mesti part yang paling anda suka.



Suasana di kolam renang The Wave Residence




Jemput Tonton Video Pendek Di Youtube Husniey 😍

Terdapat juga kemudahan kolam renang dan dilengkapi dengan ruang persalinan dan tandas yang bersih, berdekatan dengan kawasan kolam renang tersebut. Anak-anak mesti suka mandi kolam kan, so residence ini sangat sesuai untuk anda spend time mandi manda bersama keluarga serta anak-anak. Ada kolam dewasa dan kolam kanak-kanak. Lagi menarik bila berjalan di sekitar kawasan kolam ini kami terlihat ada playground. Ya Allah seronoknya. SEE, orang tua pun rasa seronok.

Comel kan playground ni

Seronoklah si cilik kalau dapat bermain disini

Nasiblah tuan suami ada emak saudara dan sepupu cilik tinggal di Melaka, so awal pagi pada hari kedua sebelum kami check out sempat ajak sepupu cilik, Yusuf Fakhri bermandi manda di kolam renang. Kemain tau budak zaman sekarang tak takut air langsung, rilek je mandi kolam orang dewasa. HAHA. Serius rasa berbaloi betul husniey buat tempahan di Agoda, macam tak percaya harga sangatlah murah tapi kemudahan residence ini lengkap.


Alhamdulilah lega sebab dapat juga ajak si cilik Yusuf Fakhri mari mandi manda di kolam renang. Waktu check out seperti biasa sebelum pukul 12 tengahari, jika lewat selepas jam 1 akan dikenakan cas. Kami check out pukul 11.20 pagi dan terus bergegas ke tempat best The Shore Oceanarium. Most popular landmark yang terdapat berdekatan dengan residence ini ialah Jonker Street 1.84 kilometer, Menara Taming Sari berjarak 1.91 km dan lain-lain lagi. Kiranya tak jauh pun nak ke bandar dalam 10 minit sahaja.




Klik sini untuk lihat lokasi penginapan 

Harga kami dapat RM 135.74 termasuk husniey buat pilihan untuk points Airasia Big. Dekat Agoda je ada pilihan ini. Korang hanya perlu save je nombor ID Airasia Big tu, bila buat carian hotel pilihlah yang ada points AA. Mahal sikit takpe janji berbaloi dalam masa sama boleh tambahkan points. Travel smart. Itu yang kita hendakkan. Semoga artikel ini memberi manfaat ya.


RATING UNTUK SYMPHONY SUITE, 
THE WAVE RESIDENCE MELAKA 4.7/5!  

7 comments:

  1. kalau ada kanak2 yang ikut memang sesuai kalau ada pool. diorang nak brendam je sebenarnya.
    kadang2 yang dewasa pun suka brendam jugak hehe..

    ReplyDelete
  2. Puas hati ni Husniey...luas sangat.
    Pulak cuaca panas..huisssss syok berendam dan berenang..

    ReplyDelete
  3. eyh bestnya husnieyyyy. ak plan gok ni. kira sini lalu arr. nnt nk pm hrga. kehkeh

    ReplyDelete
  4. berbaloi sgt2 dgn harganya.. ok masuk list

    ReplyDelete
  5. Berbaloi2 dengan harga dia Husniey. Bilik pun besar dan luas lengkap dengan kemudahan semua.

    ReplyDelete
  6. Nak bookmark entri ni. nnti sng kalau nak ke melaka leh rujuk sini. thanks 4 sharing husni

    ReplyDelete
  7. wahhh.. murahnyaaa . tempat pun cantik dan luas. untungnya husniey

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com