May 2019 - Husniey Husain

Friday, 31 May 2019

Keindahan Kampung Jambu Bongkok, Marang | Suasana Nyaman Tenang
31 May 8 Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Moga sihat selalu hendaknya. Semoga di akhir ramadan 1440H ini semangat beribadat semakin meningkat. Apabila hati mula rindukan keindahan alam, serta rindukan suasana kampung dan view pantai mesti husniey akan tercari-cari 'port' cantik dikelilingi kehijauan kebiruan alam. Duk terfikir je mana destinasi menarik boleh bersantai


shoot by me using phone. Honor 8 pro.

Di mana ada keindahan panaroma, akan hadir rasa tenang. Seolah hilang segala rasa yang berkecamuk, lupa sebentar kesibukan kota. Selain itu paling husniey suka ialah kita akan bertambah-tambah yakin akan kuasa Allah. SubhanaAllah ❤️. Panjang betul mukadimah.

Untuk makluman semua pembaca blog husniey, kawasan Kampung Jambu Bongkok ini bukanlah tempat pelancongan. Hanyalah sebuah kampung biasa. Tapi disebabkan keindahannya itu jadi tular (viral) di kebanyakan page popular, maka makin ramai yang datang melawat kampung ini. 


Kampung Jambu Bongkok ini istimewa, sebabkan permandangannya unik dan jauh dari bandar jadi memang original kawasan kampung. Damai sungguh suasananya. Terletak di dalam daerah Marang Terengganu, berjarak 39 km dari bandar Marang. Jika dari Kuala Terengganu lagi lah jauh sekitar 55 km jaraknya.


Boleh lihat ada banyak pokok kelapa sepanjang jalan di kampung ini



Lawa kan gambar-gambar yang husniey shoot ini? Kata penduduk tempatan kalau hari minggu atau cuti sekolah lagi ramai orang datang melawat. Semata-mata untuk bergambar di kawasan kampung ni. Wahh hebat bukan?


Port bergambar di Kampung Jambu Bongkok.
Ada beberapa pondok macam ni tapi yang ini paling comellah kot. 
Siap ada langsir bagai πŸ’—

Yelah zaman sekarang kalau tempat cantik yang viral, jauh pun orang sanggup datang. Kampung ini juga pernah ada beberapa drama yang shoot disini. Husniey pernah lah beberapa tahun lepas tengok satu dua drama Melayu, kebetulan perasan eh ini mesti shoot kat Marang Terengganu.

Sempat bergambar dekat buaian. Masa husniey pergi ni baru pukul 10.30 pagi,
tapi panas sungguh cuacanya.


okay ke sudut ni? tengah tahan panas tu sebenarnya, haha


With my love. 
Mujur husniey bawa tripod so setkan camera telefon dengan timer 5 saat :) 

yer pantai tuu.. tapi tak boleh mandi manda tau, airnya dalam.


lagi gambar dekat buaian cantik, belakangkan view pantai. Ah indahnya

BACA SINI ARTIKEL LAIN YANG MENARIK: 


Lokasi kampung ini dekat je dengan jalanraya utama. Boleh je masuk di mana mana lorong yang ada jalan tar tu. Jangan masuk lorong ke rumah orang sudah. Hehee.
Mohon jaga kebersihan disini jangan buang sampah merata okayy.. In love with Marang Terengganu.. Marang merupakan daerah yang ada banyak view cantik. Korang nak layan view pantai, pulau, kampung, unik disini. Semoga lain hari dapat husniey explore daerah lain pula. Banyak lagi kampung cantik dekat Terengganu ini. Thank you korang baca sampai akhir entri. Moga bermanfaat ❤

Reading Time:

Wednesday, 29 May 2019

Kekal Sihat Dan Dilindungi Sepanjang Bulan Ramadan Dengan Dettol
29 May 9 Comments

Amalan kebersihan dapat membantu melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya. 

Pada setiap tahun, sepanjang bulan Ramadan iaitu bulan kesembilan dalam kalendar hijriah, umat Islam seluruh dunia akan menjalani ibadah berpuasa. Selain itu, bulan Ramadan juga merupakan masa untuk umat Islam beribadat, bersolat, membuat kebajikan dan mengamalkan kesederhanaan dalam pelbagai aspek.


Waktu berbuka atau iftar adalah masa untuk seisi keluarga dan sahabat handai bertemu sambil menikmati hidangan makanan dan iftar dikira tidak lengkap tanpa mengunjungi bazar Ramadan terlebih dahulu! Bazar Ramadan bukan sahaja menawarkan pelbagai makanan dan minuman yang lazat setelah berpuasa seharian, malah memberi peluang kepada seluruh warga Malaysia untuk bersama-sama mengalami keistimewaan membeli-belah dalam suasana berbilang budaya yang meriah. Walaupun begitu, berasak-asak pada waktu petang dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap sambil memilih apa yang dikehendaki meningkatkan risiko diri anda terdedah kepada banyak kuman yang tidak kelihatan. Seram bukan? Zaman sekarang banyak penyakit yang datang mengundang dari bakteria berbahaya.


Terdapat pelbagai cara untuk melindungi anda dan keluarga anda daripada kuman dengan rangkaian produk Dettol. Sebagai jenama perlindungan kuman yang dipercayai sejak sekian lama, Dettol menjadikan tanggungjawabnya terutama pada bulan Ramadan ini untuk melindungi para keluarga di Malaysia dengan menggalakkan mereka mengamalkan amalan kebersihan dalam pelbagai keadaan. Pada bulan Ramadan ini, Dettol melindungi anda dan keluarga anda dengan:

🌸 Sabun Tangan Dettol untuk mencuci tangan anda sebelum menyentuh makanan
untuk sahur dan iftar;

🌸 Sanitiser tangan Dettol boleh digunakan di mana-mana sahaja kerana ia boleh
membersihkan tangan anda tanpa menggunakan air; dan

🌸 Cecair Antiseptik Dettol membasmi kuman di ruang dan permukaan di kediaman anda sempena menyambut ketibaan Hari Raya.




Sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu, jenama Dettol merupakan peneraju dalam perlindungan daripada kuman dan membantu menjaga kesihatan para keluarga menerusi amalan kebersihan yang lebih baik. Menerusi produk terkenal seperti Antiseptic Liquid, Antibacterial Liquid Hand Wash dan Hand Sanitizer, Dettol melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya.


Pada bulan yang begitu bermakna sekali untuk umat Islam, adalah wajar untuk semua orang untuk kekal sihat supaya mereka boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan mereka. Dengan Dettol, kita boleh berasa yakin 100%.


Pengagihan Sabun Tangan Dettol di Bazar Ramadan Bagi Tahun 2019 ini, Dettol menggalakkan rakyat Malaysia untuk kekal sihat dan ceria dengan melindungi diri mereka daripada 100 jenis kuman yang berbahaya. Cara terbaik untuk kekal sihat adalah dengan kerap membasuh tangan anda menggunakan Sabun Tangan Dettol.


Jangan ketinggalan untuk bersama-sama mencari pasukan Dettol yang akan mengunjungi ke 20 buah bazar Ramadan di sekitar Lembah Klang untuk meningkatkan kesedaran anda tentang amalan kebersihan tangan dan mengagihkan Sabun Tangan Dettol secara percuma kepada orang ramai! 
Reading Time:

Saturday, 25 May 2019

Resepi Sayur Lemak Gajus (Jambu Golok) Yang Terkenal Di Pantai Timur, Khususnya di Terengganu
25 May 14 Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Didoakan semoga sihat dan ceria selalu. Bila tiba sahaja bulan Mac, April, maka kami di pantai timur terasa sukanya. Yelah air laut pun cantik, musim tengkujuh juga tamat. Musim mencandat sotong di sekitar perairan laut Terengganu agak meriah tau. Bila tiba musim nelayan dan orang lelaki pergi mencandat sotong. Kedua musim ini datang seiring dengan musim buah gajus.




Disini husniey selitkan sekali resepi lauk sayur lemak jambu golok bersama sotong. Lagi sedap jika keduanya fresh. Jambu golok yang dah masak ranum serta sotong segar. Jambu golok ini cepat lembik, so lepas beli kena cepat gunakan ia.


Credit: Sumber wikipedia

Resepi Sayur Lemak Jambu Golok + Sotong

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Lebih 5 Bilangan Orang Makan;


  • 1 kg Jambu golok (Untuk ramai)
  • ½ kg Sotong bersaiz sederhana (Beberapa ekor)
  • Santan secukupnya
  • Bawang besar 2 biji
  • 2 biji cili merah
  • 1 inci halia


Pertamanya perkara paling lama mestilah proses menyediakan bahan-bahan. Bawang besar dipotong 6, tak besar tak kecil sangat. Cili merah di potong memanjang dan halus. Ini mak husniey yang ajar. Dari cara potong sampailah cara memasaknya.

Jambu golok mestilah dipotong dalam keadaan memanjang dan dibersihkan. Buang biji dan ramaskan ia untuk buang airnya. Letak jambu golok dalam periuk, masukkan air serta jambu golok yang dah bersih. Celurkan ia. Nak buang airnya tu je. Sekejap je tau dalam 5 minit. Toskan buang airnya.

Jangan lupa, potong dan bersihkan sotong. Masukkan sayur jambu golok tersebut bersama sotong, santan secukupnya, bawang dan lain-lain bahan ke dalam periuk. Masukkan juga air putih secukupnya. Buka api perlahan dan sentiasa dikacau kuahnya tu (masakan bersantan kan kena jaga jagalah sikit, tak boleh nak leka) πŸ˜‚



Perasakan garam dan gula sikit. Tak perlu lama sangat atas dapur tu, kejap je dalam 10 minit sebab ada sotong kan. Kalau dimasak lama akan liat pulak sotongnya. Dah siap tutup api dan dihidangkan bersama lauk lain. Ada sambal belacan serta ikan goreng lagi mengancam tau. Yang tak pernah cuba, jangan takut mencubanya sedap tau.


JEMPUT BACA BAWAH INI ARTIKEL LAIN YANG MENARIK:

BAKAL BERCUTI DI KELANTAN? NAH, PILIHAN HOTEL DI KOTA BHARU YANG MENARIK UNTUK PERCUTIAN ANDA!Best Beauty Tools From Althea Korea | Review Keindahan Kampung Jambu Bongkok, Marang | Suasana Nyaman Tenang


Tuan suami husniey jenis tak makan kalau makanan yang dia tak pernah cuba, tapi katanya yang ni sedap katanya. Takde rasa pelik pun. Alhamdulillah suka juga dapat rasa air tangan mak, kena pula ini merupakan menu tradisi Terengganu. Lama betul husniey tak merasa. Semoga entri ini bermanfaat ya ❤

Reading Time:

Wednesday, 22 May 2019

Apartment Menarik di Kota Bharu | Harga Bajet Dapat RM 30 sahaja
22 May 13 Comments
Apartment Menarik di Kota Bharu | Paling Murah Pernah Dapat, RM 30 sahaja! Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semoga berbahagia selalu. Mengambil sedikit masa untuk menulis tentang pengalaman menginap di apartment area Kota Bharu. Balik sahaja dari bercuti di Korea, hajat di hati memang nak berehat daripada travel kejap haha maklum sajalah duit dah banyak habis πŸ˜…

Last minute ada kerja di Kota Bharu. Sehari sebelum travel tu jugalah baru husniey kalut mencari penginapan murah di sekitar Kota Bharu. Ada je jumpa hotel bajet. Tapi harga pula tak berapa nak bajet sangat. Hehee.


Lalu husniey teringatkan website Airbnb. Haa kalau tak silap ada travel credit ni. So masa poket tengah sempit inilah eloklah tebus kan dan Alhamdulillah dapatlah murah bila buat tempahan penginapan. Cuma kena pandai cari harga yang berpatutan. Jumpalah penginapan ni, harga sewaktu jumpa itu RM 90 per night. Okaylah kan, tebus travel credit yang bernilai RM 60 husniey dapat jimat.
Plus siap dapat diskaun, maybe sebab apartment ini baru dibuka kot. Alhamdulillah rezeki kami berdua.

Apartment Baru Best D Kiara, Kota Bharu 

Apartment Best D'Kiara ini dalam 5-10 minit nak ke sekitar bandar Kota Bharu. Tak jauh pun. Masa mula membaca maklumat tentang penginapan, husniey macam rasa gusar juga dalam hati ini "eh okay ke tempat ni" , nampak macam tempat baru je. Satu lagi risau kalaulah tetiba tak dapat nak booking ke kan. Sebab tempahan dibuat agak lewat. Alhamdulillah everything was fine.

BACA SINI JUGA ARTIKEL MENARIK:

Pengalaman Menginap K-Guesthouse Dongdaemun Premium Seoul, Korea Selatan


Bahagian depan apartment. Masih macam kosong maybe belum siap dekorasinya.. tapi okaylah ada juga orang lain stay sini 


Our studio room for 1 night 😍

Tiba di Kota Bharu waktu petang, husniey minta tuan suami hubungi owner kemudian kami diberitahu perlu jumpa security guard dekat bawah dan kami diberi kunci, lalu naik lif ke tingkat atas terus check in. Bangunan apartment ini dari luar nampak belum dihias sepenuhnya. Mungkin masih ada kerja di apartment tu yang belum settle. Tapi okaylah takde nampak seram pun.

Kami dapat rumah jenis studio apartment. Simple tapi lawa. Suka betul homestay jenis studio apartment ni. Rasa macam mewah dah kalau dapat ruang begini, yelah kalau hotel ruang sempit kot. Ini ruang sesuai untuk dua orang dewasa. Kemudahan tak lengkap sepenuhnya. Tapi okaylah ada televisyen, mini kitchen dan perkakasan dapur seperti gelas pinggan cawan. Tak boleh masak. Seterika dan iron board turut tersediakan.

Mestilah siap ada aircond 


Ruang tamu dan Mini kitchen 

Kemudahan yang ada disediakan di dalam studio apartment 

Paling husniey suka bila terjah dekat tempat tidur, rupanya bilik kami mengadap dengan permandangan indah. Cantik. Boleh nampak Sungai Kelantan. Nampak kesibukan bandar. Wahh serius rasa fresh je tengok view macam ni. Almari yang tersediakan agak besar. Meja serta kerusi untuk ruang kerja turut disediakan. Bilik mandi serta tandas juga besar ruangya.

Selesa 😍

Lawa kan, inilah view dari tingkap bilik kami. 
Cantik sangat view waktu petang. Nampak suasana bandar Kota Bharu


Boleh beriadah bersama family disini 

Haa masih belum habis ni, ada lagi kemudahan best. Sesuai untuk yang menginap disini bersama keluarga. Apartment ini turut mempunyai kolam renang kanak-kanak dan kolam renang dewasa. Berlainan level. Ada juga bilik sauna. Syok juga sesekali kalau dapat sauna kan. Heee.

Sesuai tempat beriadah bersama family 

Bagi yang nak santai boleh bawa anak bermain-main di playground mesti happy kan.. Kami naik ke tingkat paling atas iaitu tingkat yang ke 19.. Indah betul layan view dari sini. Owner yang suggest kami untuk layan view lawa kat atas ni. Syok juga duk tengok kesibukan bandar Kota Bharu Kelantan dari atas.

With my sweetheart ❤️

Cantikk, bukan? 

Harga husniey dapat cuma RM 30! Teruja betul bila dapat menginap tempat okay macam ni dengan harga murah. Kalau anda turut nak merasa harga murah begini, hanya di Airbnb saja. Kalau korang nak bercuti serta nak dapatkan rate penginapan murah teruk, nah sila sign up Airbnb. Nanti korang akan dapat travel credit bernilai RM 120 dan boleh digunakan semasa buat tempahan guesthouse.

Amaun dibayar RM 30.32 sahaja bila buat booking redeem travel credit: RM 60 😍

Berbaloi tak? Sekian, sampai disini sahaja perkongsian husniey pada kali ini. Mudahan, semoga ia memberi manfaat ya. Thanks for reading!

Jarak Dengan Lokasi Popular
πŸ“Siti Khadijah Market - 1.01 KM
πŸ“Cahaya Bulan Beach - 6.45 KM
πŸ“Sultan Ismail Petra Airport - 8.19 KM

πŸ“ Best D'Kiara Apartment 
Jalan Sultanah Zainab, 
Kota Bharu City Centre, Kota Bharu, 
Kelantan, Malaysia, 15050
Reading Time:

Monday, 20 May 2019

Anggun Srikandi - Minuman Kesihatan Wanita Dengan Ramuan Herba Terpilih
20 May 8 Comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Moga sihat dan ceria selalu ya. Your Body Deserves The Best | Cantik itu subjektif betul bukan? Wanita Cantik boleh dijumpai dimana-mana, sebab ia subjektif? Tetapi ramai antara kita mesti sukar nak jumpa Wanita Anggun. Sebabnya wanita anggun ini selalu punya aura yang unik. Luar dalam cantik, bersama keperibadian.


Nah mari husniey memperkenalkan minuman kesihatan istimewa untuk wanita, husniey tengah consume hampir dua minggu lebih. Sesuai untuk wanita seawal usia 12 tahun. Produk Anggun Srikandi - Pesona Alami ini dirumuskan khas dari bahan-bahan yang bermutu tinggi dan dari ramuan yang hebat (bahan semulajadi).

♥️ Gabungan bahan alami serta makanan sunnah yang terdapat di dalamnya;
Delima, Madu, Kurma, Sireh, Kunyit, Manjakani, Temu Kunci, Pegaga, Serapat, Kucing Galak, Ketumbar, Asam Jawa.


♥️ Khasiat Anggun Srikandi Untuk Wanita:

Membekalkan tenaga untuk aktiviti seharian, Membantu mengurangkan keputihan, mengurangkan bau badan, melancarkan peredaran darah, mengurangkan kadar kolestrol dan lemak, mengecutkan peranakan selepas bersalin, mengurangkan panas badan, serta gabungan bahan yang mengandungi: antiseptik, antiflamasi, dan antioksidan.


Minuman kesihatan ini berfungsi meningkatkan kesihatan dalaman wanita, menyerlah keanggunan, serta membekalkan tenaga. Paling penting ia lulus KKM, nombor rujukan permohonan: (080618/06/022). Anggun Srikandi ini pengasasnya sebelum ini telah pun menghasilkan secara homemade  (dibotolkan) sejak tahun 1999 dan ia kini transformasi dalam bentuk sachet. Haa sudah 20 tahun! Bersaiz 15 ml, sekotak mempunyai 15 sachet.

Cara Pengambilan #AnggunSrikandi

Diambil cuma satu sachet sehari selepas sarapan @ sebelum tidur bersama 240 ml air kosong. Digalakkan minum sebelum haid untuk melancarkan, dan selepas haid untuk membersihkan rahim.


Tidak digalakkan untuk ibu mengandung atau dalam pantang. Baik untuk diamalkan selepas pantang bagi membantu membanyakkan susu dan membersihkan rahim.


Nota: jarakkan tempoh pengambilan dengan kopi dan teh. Satu jam dah okay.

Review Jujur Dari Husniey;

Pertamanya, husniey nak highlight disini yang husniey dah jatuh suka pada rasanya ia sedap betul. Bila telannya rasa masam, manis dan ada sedikit bijian begitu. Maklumlah banyak gabungan dari bahan semulajadi. Rasa premium. Selalunya kalau amalkan collagen ke, tak pernah jumpa rasa macam tu. Premium quality kan so lainlah sedikit rasanya 😍


Keduanya, cara nak consume Anggun Srikandi ini mudah. Sesuai untuk wanita sibuk yang ingin tampil cergas dan sihat dalamannya. Tak perlu bancuh lagi dah, buka 1 sachet terus telan begitu saja. Selepas itu minum 240 ml air kosong.

Senang dibawa travel.. 😍

Ketiganya, husniey nak review tentang fungsinya yang melancarkan perjalanan darah, serta membekalkan tenaga untuk aktiviti harian. Bila amalkan Anggun Srikandi terasa makin bertenaga walaupun sedang berpuasa. Selalunya husniey ini jenis cepat letih tau πŸ˜‚

Pengalaman lain pula, husniey bagi adik Balqis rasa satu sachet beberapa hari sebelum berpuasa haritu. Sebelum itu dia ada mention "eh aku tak period lagi ini. Rasa macam nak period, mungkin esok lusa kot". Sekali lepas dia minum baru beberapa jam selepasnya, terus datang haid.
Jadi betullah ia berfungsi melancarkan perjalanan darah. Bagus juga adik Balqis datang haid awal sebelum mula berpuasa, takdelah banyak hari nak kena gantikan puasa kan πŸ˜‚


Anggun Srikandi kini turut mengalu-alukan individu yang ingin tambah income dengan menjadi agen atau dropship mereka. Keuntungan insyaAllah lumayan.

15 sachet / 15 ml 
Harga: RM 120 (SM) / RM 130 (SS)

Produk Oleh: 
Alam Nusa Ventures (002838420-X)
Hubungi: 017-3517481 / 017-3519354
Facebook Page: Anggun Srikandi
Instagram: anggunsrikandi_com

Reading Time:

Friday, 17 May 2019

Day 1 | Setibanya Di Seoul Korea Selatan; Musim Bunga 2019
17 May 9 Comments

Day 0 (30 March 2019 Ahad) 

Penerbangan dijadualkan boarding pukul 1.40 pm dan kami selamat tiba di Incheon Seoul waktu malam, jam 10.00 pm. Beza waktu Malaysia dengan Korea tak jauh pun. Satu jam sahaja berbeza. Waktu Korea laju sejam. Alhamdulilah dipermudahkan segala urusan ketika di imigresen dan kastam.

Ada cerita mendebarkan semasa dekat KLIA2, seorang wanita India (bukan Malaysian kot) berumur lingkungan 50 an, cuba mendekat dan minta husniey guide dia bila tiba di Incheon airport. 
Pada mulanya husniey layankan je auntie tu, sebab tak terasa pelik lagi. Beberapa minit selepasnya, tetiba dia duk video call dengan seseorang perempuan muda, mungkin anak dia. Tapi cara dia macam peliklah, Mak cik tu pass kan telefonnya yang tengah live video call.

Mak cik India yang diragui.
Ini husniey screenshot dari ig story 

Dari gaya bukanlah orang Islam tapi perempuan muda (indian jugak) cuba bagi salam bila mula video call dengan husniey (dia tengok husniey bertudung kot). Bercakap dalam Bahasa Inggeris, beritahu pasal keadaan emaknya tu tak pandai nak bawa diri, dan minta husniey guide bila tiba di Incheon nanti. Mula rasa pelik dan takut, yelah kita tak boleh terlalu baik dengan orang asing ketika di airport. Banyak kes husniey pernah baca, risau kalau diaorang ni penjenayah ke, scammer ke. Semasa beratur di gate, mula rasa takut bila mak cik tu dari jauh sengih dan dia datang dekat siap cuit then buat isyarat macam nak ingatkan tolong guide dia nanti.. Alhamdulilah selamat je landing dekat Korea, rasa lega betul. 6 jam lebih dalam flight dah lupa pasal mak cik tu.


Tapi kan, haaa the moment husniey beratur nak naik train di Incheon airport untuk ke bangunan lain, dalam suasana kalut ramai orang disitu tetiba dia munculkan lagi dirinya depan husniey. Masa ni dah cuak sebab dia siap cuit dari belakang. Tengah cakap telefon dan macam cuba nak pass telefon tu kepada husniey. Husniey nampak tindak tanduknya dari cermin pintu.
Buat tak tahu je, train tiba kami masuk ke dalam dan menjauhkan diri dari dia. Risau sungguh, memang terfikir mungkin dia ni ada niat nak scam husniey, sebabnya perempuan muda tu kata emaknya tu tak pandai berbahasa inggeris tapi husniey ada terdengar dia berbual telefon guna bahasa inggeris. Rasa tertipu disitu. Terus doa harap Allah lindungi. Kita tak tahu siapa dia. Yang nak highlight kat sini; please jangan mudah percaya orang, mata jangan alpa dengan keadaan sekeliling, jika ada yang mendekat rasanya cukup sekadar senyum kot. Yelah kan, malang itu tidak berbau.

Berehat di Incheon Airport. Ada banyak bangku disediakan. USB port pun ada juga. 

Uii panjangkan cerita kat atas tu kan? Maaflah korang, nanti tak share husniey akan rasa ralat. Selalu berhati-hati ya. Oh ya, malam tu kami berehat dan tidur di airport. Ini kerja gila. Kalau dekat Malaysia bolehla kalau melepak kat airport tu sebab ada kemudahan lengkap, nak ke surau, nak ke tandas ada paip air nak makan ada banyak makanan halal. Dekat negara minoriti Islam ni agak mencabar dengan suasana pula sejuk.

Pusing dalam airport terjumpa kedai CU mart macam 7-11 Eleven gitu. Dah lewat malam kan, perut lapar pulak tak tahu nak makan apa, so belilah susu pisang. Pertama kali rasai keenakan Banana Uyu tu terus jatuh cinta.


Husniey beli juga nasi segera then panaskan dalam microwave bersama sambal ikan bilis yang mak masak, husniey bawa bekal packing dalam plastik kecil. 

At Incheon Airport 
Information board tentang bas 


Nama je musim bunga tapi suhu pada 
30 dan 31 haribulan Mac dah macam winter season. Ada terbaca perkongsian di group Road To Korea dekat facebook ada yang sempat tengok salji masa hari kami sampai tu. Malam tu juga kami keluar sekejap dari airport mencari hotel bajet yang boleh mandi, solat, salin pakaian. Tapi takde rezeki, dah penuh. Sejuk sungguh angin malam tu, haha merah muka masing-masing.

Nah, jemput tonton video yang husniey kongsikan di Youtube. Baru dapat lihat ragam dan suasana ketika husniey travel 

Day 1 (31 March 2019 Isnin)

Cerita di Seoul bermula dengan kisah dari airport ke penginapan. Pagi itu mengantuk betul, seronok duk lena dalam bas. Ambil bas yang bernombor 6011 ke Gyeongbokgung, dan dari Gyeongbokgung berjalan kaki sikit ke bus stop lain dan naik bas seterusnya bernombor 7212 untuk ke guesthouse kami terletak di Dongdaemun. 


Ikut je directions hasil carian di Google Maps

Bus stop here, area Gyeongbokgung 

Hari pertama di Seoul merupakan hari yang agak sukar, sebab terkejut dengan suhu yang agak sejuk. Suhu mencecah 3 degree waktu siangnya, malamnya -1. Memang sejuk. Terketar ketar menahan sejuk. Keluar kejap dah beku jari ni. Kena pakai gloves.


Jalan punya berjalan kami jumpa bangunan penginapan. Stay dekat dengan Dongdaemun Plaza, senang nak nampak bangunannya. Alhamdulilah dapat drop beg dulu, check in jam 3 pm. Cuba juga minta check in awal tapi tak dapat. Guesthouse ini super busy, agak ramai tetamu. InsyaAllah akan ada entri berasingan tentang penginapan yang husniey menginap di Seoul..


Ada Apa di Myeondong Street? 
Pelbagai jenis premis perniagaan yang terdapat di Myeondong Street. Terdapat kedai makan, kedai kosmetik yang popular, kedai pakaian, kasut dan lain-lain lagi.

Kemeriahan di Myeondong 

Terjumpa dinding ni macam lawa je, hehe terus suruh suami posing disini

Pendek kata Myeondong ini merupakan one stop centre. Semua ada disini. Tapi hati hati tau dengan street food yang dijual, ada beberapa gerai claims makanan tu halal dimakan tapi nampak macam meragukan. Kenal pasti makanan tu macamana, kalau tak bercampur dengan benda haram atau daging / ayam. Ada rasa yakin bolehla makan. Contohnya husniey makan Bunggeopang ia adalah sejenis roti berbentuk ikan dalamnya ada inti coklat, red bean, pisang, sweet potato dan lain-lain. Tak ada bercampur dengan makanan lain. Rasa yakin husniey beli laa.

Comel je kan. Akan dipanaskan semula

Yess, iya sedap tau! 

Dekat luar negara, signboard pun macam lawa je πŸ˜‚ 


Kampungku; Makanan Halal Sedap di Myeondong

Masa sampai je Myeondong kami dah lapar sangat, so misi pertama ialah makan-makan. Kedai makan Kampungku. Haa, ini merupakan kedai makan Halal. Alhamdulilah senang jumpa kedai makanan halal di Myeondong.. Tak rujuk google maps pun, jalan jalan santai aje terus terjumpa. Bersebelahan dengan Kampungku tu siap ada Halal Mart.

Bahagian depan kedai makan Kampungku, Myeondong 

Semua sedap. Recommended! 😍 

Halal Mart - Kedai runcit yang menjual barangan makanan halal di Myeondong. 

Suasana dalam Halal Mart

Menu kami pesan ialah; Nasi Goreng Kampung, Halal Ramyeon, Bulgogi dengan nasi putih, crispy chicken. Minuman free je, air masak
(Jimat dah kat situ). Suka kesemua menu kami order sedap sungguh. Memang lega perut ni hilang terus rasa lapar.

πŸ“ Total hangus belanja makan di Kampungku ialah 31500 won = RM 115 untuk tiga orang. Ada 4 menu. Agak mahal tapi okaylah first time labur duit pada makanan 

Ayam goreng rangup sedap.. 

Masuk saja ke kedai makan Kampungku ni mata rasa teruja lihat suasananya. Simple tapi teratur. Lagi tambah teruja bila orang Malaysia yang berniaga disitu.

Usai je makan di Kampungku, kami pergi sambung berjalan-jalan di Myeondong Street. Ramai sungguh orang dekat kawasan street ni. Meriah. Lagi syok tengok pelbagai kedai kosmetik, kedai barangan kecantikan untuk wanita. Mestilah kaum wanita paling happy bila ke Myeondong ni, hehe. Syoknya bila shopping dekat kedai kosmetik di Myeondong mesti korang akan dapat free gift masker la, sample product dan lain-lain.

Aneka produk kecantikan, skincare di dalam store Nature Republic, Myeondong

On the way balik ke guesthouse kami sempat berjalan sekitar Dongdaemun Plaza setelah makan di Kampungku. Kawasan Dongdaemun plaza ini ialah berdekatan dengan guesthouse husniey. Cantik sangat kalau korang nak photoshoot disini. Yang husniey perasan sini anginnya kuat sungguh. Sejukkk weh. .🀦‍♀️

πŸ’° Senarai Belanja Di Seoul Day 1 

✓ Pocari sweat = 1800w RM6.50
✓ Topup Tmoney@airport = 20k won 72.03 ( incheon airport - Gyeongbokgung station)
✓ Topup Tmoney@7E = 10k won RM36.03
(sejong center - gwanghui-do,jangchungdan) 86200k won RM22.35
✓ Dongdaemun history culture-seoul station
2700 won (2 org) RM9.75
✓ Seoul stt - myeondong = 1350won + 1350won (izzat&husni) RM4.87x2
✓ Halal Mart myeondong = 5400won RM19.47
✓ Makan di Restoran Kampungku = 23500won
✓ Beli jaket @ dongdaemun underground shopping = 40k won
✓ Myeondong - dongdaemun STT - 1350+1350
✓ CU mart = 2400won (air banana)
✓ CU mart = 5400won (telor+air strawberi 3pcs)

πŸ’° TOTAL BELANJA DAY 0 + DAY 1 
#SEOUL

122,800 WON | RM 446 berdua. 
Nilai semasa tersebut 10k won 
RM 37 

Bersambung pula di lain entri dah panjang berjela. Moga ada terselit manfaat disini.

Baca part two;
Jalan Jalan Di Seoul Musim Bunga <<
Reading Time:

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com