August 2019 - Husniey Husain

Thursday, 29 August 2019

Kelas Renang Untuk Warga KL & Selangor; Kelas Renang Mesra Muslim Untuk Wanita
29 August 3 Comments

Jika anda adalah seorang yang suka mengembara ke destinasi menarik seperti pulau, pantai, sungai, tasik dan apa saja tempat percutian yang tarikannya ada air. Pastilah takkan melepaskan peluang untuk turut bermandi manda bersama keluarga apabila bercuti. Tapi bagi golongan yang takutkan pada kedalaman air disebabkan tak ada kemahiran berenang pasti akan panik dan hanya menikmati di tepian saja. Betul kan? Kita serupa.

Perkenalkan Swim Rush menyediakan perkhidmatan belajar kelas renang di banyak tempat sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Tak perlu risaukan tentang masa, andai kata tak punya banyak masa pada hari bekerja maka boleh memilih untuk belajar berenang pada hari minggu.


Kelas renang akan diadakan setiap hujung minggu selepas waktu bekerja. Seronok juga kalau dapat belajar berenang bersama keluarga di hari minggu bukan? Kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke atas dah boleh pelajari kemahiran berenang. Haa amacam eloklah didik anak sedari kecil.


Khusus untuk wanita muslimah yang teringin belajar berenang, Swim rush turut mengadakan kelas privasi untuk perempuan. Jadi jangan risaukan tentang aurat serta batas pergaulan dengan jurulatih. Jurulatih wanita yang mengajar anda bukan jurulatih lelaki ya.


Bukan hanya diajar teknik asas tapi anda turut diajar Survival Skills, dan bagaimana cara untuk meningkatkan keyakinan diri ketika berada di dalam air (water confidence). Bagi kelas renang untuk kaum lelaki pula diadakan di cawangan Batu Caves. Anda akan belajar dari ZERO TO HERO! Hebat bukan.


Dalam kelas renang ini lah boleh touch up skills untuk menyelam di kedalaman 1.2 – 1.8 meter. Sangat sesuai bagi yang teringin nak menyelam di dasar laut. Impikan kelas private? Nak jurulatih datang mengajar ke tempat anda. Tiada masalah, swim rush juga turut menyediakan kelas persendirian. HOME TO HOME BASIS; Di mana jurulatih akan datang mengajar ke rumah anda untuk mengajar.

Senarai Lokasi Cawangan Kelas Berenang Oleh Swim Rush


📍 Batu Caves – Kompleks Renang Seri Siantan Untuk Kanak-Kanak + Perempuan + Lelaki
📍 Bangsar – Jalan Turi Bukit Bandaraya, kelas private untuk kanak-kanak
📍 Cheras – Kompleks Sukan Desa Tasik, kelas renang untuk wanita + kanak-kanak
📍 Shah Alam – Seksyen 14, Kelas renang private untuk wanita sahaja

Untuk maklumat lanjut sila rujuk di bawah;
Website Swim Rush 
Facebook page Swim Rush
Instagram Swim Rush

Reading Time:

Tuesday, 27 August 2019

Hari Ketiga Di Seoul, Membeli Belah @ Gwangjang Market | Jalan - Jalan ke Itaewon
27 August 2 Comments

Baru hari ketiga di Seoul. Haraplah mood husniey rajin sokmo so boleh taip laju sikit dan siapkan sepenuhnya entri ke Korea ningg. Makan bulan sokmo nak ke publish. Done bebel buat diri sendiri, hehe. Assalamualaikum everyone. Sepatutnya hari ketiga Husniey plan ke Nami Island tapi terpaksa tukar plan sebab mak husniey ada kirim kain pasang yang agak banyak, kami takut tak sempat nak shopping di hari akhir di Seoul. Lagi pun kalau ke Busan nanti tak akan ada dah jumpa pasar yang jual pelbagai jenis kain seperti di Gwangjang Market.

Selepas solat zohor baru jalan jalan ke Gwangjang Market. Begini keadaan bila travel. Hari sebelum itu dah balik lewat, jadi badan agak penat. Hari seterusnya mesti mula berjalan agak lewat. Lagi pun suka selesaikan solat dulu baru keluar jalan-jalan. Rupanya takdelah jauh mana jarak nak ke pasar kain tersebut, cuma 10 minit menaiki bas dari bus stop berdekatan K-Guesthouse Dongdaemun yang kami menginap selama di Seoul.

📍 Gwangjang Market Tempat Menarik Untuk Anda Yang Teringin Beli Kain Pasang Sebagai Cenderahati

Mula ketahui pasal tempat ini dengan sedikit research dan rajinkan diri untuk masuk group travel dekat Facebook. Tiapkali travel selain merujuk baca di blog orang, husniey juga akan join group khusus dekat Facebook yang ada informasi padat dalam masa sama kita boleh lihat suasana terkini di negara berkenaan. Ada juga rujuk pada rakan blogger yang pernah sampai beberapa kali di Korea, iaitu blogger Nadia Izzaty


Suasana dalam pasar - Gwangjang Market

Kurang sepuluh minit tak terasa ke Gwangjang Market. Tuptuptup bas dah berhenti tepat depan pasar kain terbesar di Seoul. Excited bila masuk ke dalam pasar kain. Meriah sangat ada pelbagai jenis textile. Boleh dikatakan semua jenis kain ada disitu. Barulah husniey sedar Korean Textiles ni not bad. Boleh tahan cantik. Kainnya jenis terletak. Masuk aje pasar terus menuju ke kedai yang ingin dituju bernombor 190, Omega Textiles. Macamana tahu pasal kedai ini? Hasil dari pembacaan husniey dekat group Road to Korea ada ahli pernah kongsikan details kedai dia membeli kain. Owner kedai mesra katanya. Terus husniey ambil perhatian.

Suasana dalam kedai bernombor 190

Kain pasang yang dipilih 
Kedainya memang popular, ramai dah orang Malaysia singgah untuk beli kain. Kain itu nak buat baju kurung, jubah, blaus, selendang boleh sangat. Pelbagai jenis kain cotton mix cotton dekat kedai Uncle Aunty ini. Kebanyakan harga dijual tak kira apa pun jenis material, semua harga sama saja. 4 meter kain dijual pada harga  10,000 won = RM 37, kalau matawang kita tengah baik lagi best shopping.

Betul, 4 meter kiranya ukuran sesuai untuk sepasang baju kurung lengkap. High quality cotton. "kalau dekat tempat kita mahal ni" ~ ini emak husniey yang berkata begitu. Lepas dah settle beli kain yang emak pesan terus terasa yakin nak buka order untuk sesiapa yang nak kirim. Tapi slot terhad ajelah buka masa tu. Not bad permintaan ramai juga yang minta husniey belikan, hanya post di ig fb story.



Kami membeli agak banyak. Sebab yelah ukuran 4 meter kain untuk seorang RM 37 sahaja. Design semua lawa sangat. Pilihan warna pun cantik, terus tuan suami turut borong untuk family dia juga. Banyak lari bajet dekat sini. Hahaha gila weh tengok kain. Aunty dan Uncle melayan kami mesra sangat walaupun mereka tak pandai nak bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan jelas. Isterinya saja yang okay sikit bertutur, itu pun bercampur ayatnya dia hentam Hanguk + English 😂.

Video call. Hahaa ahjumma tu tunjuk pilihan kain yang ada. 

Kamsahamnida Ahjumma Ahjussi for the great service! 

Nasiblaa husniey layan drama Korea so fahamlah ayat pendek yang dia cakap tu. Comel tahu bila kita cakap bahasa Korea, dan peniaga  faham. Layanan tetap bagus walaupun kami ambil masa lama untuk memilih. Sebab nak tunggu orang approve. Satu persatu tengok corak kain, ada yang hantar gambar, ada yang kami video call terus. Dengan mak husniey, siap video call lama juga sebab mak agak cerewet bab memilih kain, hehe. Mujur internet laju sebab guna poket wifi @travelrecommends , baca sini selanjutnya. Ahjumma Ahjussi siap bagi minum kopi lepas kami habis shopping, patutlah ramai orang suka datang kedainya. Baik betul. Katanya sejuk sangat cuaca di luar. Siap diberi Husniey kain free sepasang. Lepas selesai semua terus bergegas keluar. Balik ke Guesthouse kejap simpan semua barang dibeli. Kejap aje then terus lelaju keluar semula sambung berjalan. Oh esoknya tu sambung lagi shopping kejap. Seronok buat kerja macam ni 😝

Alamat:
88 Changgyeonggung-ro, Jongno 4(sa)-ga, Jongno-gu, Seoul, South Korea

Waktu urusniaga: Dibuka dari jam 
9 pagi sehingga 6 petang. Tutup hanya pada hari Ahad.

Kalau korang tak cukup duit cash, boleh withdraw di bank yang ada berdekatan luar pasar. Dekat Seoul tak susah nak jumpa bank. Ada beberapa jenis bank yang tak dapat terima kad untuk withdraw, nak kena tengok juga kalau mesin ATM tertulis 'Global ATM'. InsyaAllah yang itu boleh terima kad bank Malaysia; Maybank, CIMB, BSN. Paling penting jangan lupa untuk mengaktifkan kad anda untuk pengeluaran luar negara sebelum travel ya.

Duit keluar macam air 

Cas pengeluaran ada dikenakan, rasanya cas itu berbeza bagi tiap bank. 


Lagi best kalau dapat tonton video kan jemput tengok video di YouTube Channel Husniey. Klik dibawah. 



📍 Ke Seoul Station Beli Tiket Train Untuk Ke Busan


Untuk ke Busan yang terletak jarak agak jauh dari Seoul. Mengambil masa lebih kurang 5 jam 30 minit perjalanan menaiki train ke Busan. Husniey masuk ke dalam Seoul Station dan membeli tiket train di kaunter, bagitahu pada staf disitu bahawa kita ingin membeli tiket train KTX - Mugunghwa. Bukan bullet train yang laju tu. KTX lagi laju cepat sampai, rasanya makan masa 3 jam.

Kaunter tiket keretapi di Seoul Station

Bila check harga tiket KTX agak mahal. Jadi keretapi Mugunghwa adalah pilihan yang termurah.  Harganya dari RM 80 sehingga RM 100. Harga dalam won 28,600 (RM 98.76) ikut currency semasa yang sentiasa berubah-ubah. Lepas dah settle beli tiket, terus keluar sambung berjalan jalan lagi di sekitar bandar Seoul.

📍 Jalan- Jalan Cari Makan Dekat Itaewon

Bas berhenti jauh. Husniey tak pasti kami yang tersalah pilih bas, atau memang tempat dia berhenti tu jauh, haha. Kami menaiki bas dari Seoul Station ke Itaewon. Perjalanan agak jauh, kalau nampak dari dalam bas macam permandangan bukit bakau itulah Itaewon dari kejauhan. Tempatnya berbukit. Semput weh berjalan dekat kawasan Itaewon. Binggung tercari kawasan centre dia. Jalan punya jalan, kami lalu depan beberapa Bangunan Kedutaan. Unik binaan disitu.

Kawasan bas tu berhenti - jauh kami menapak dari sini 

Tak tahu nama kawasan ini tapi nearby Itaewon --
Masa ini tak tahu lagi kena berjalan jauh,
kalau tahu awal mesti takde mood nak bergambar haha 

Random Shoot 

Cantik kan . . . 

Hampir 10 minit berjalan naik turun bukit. Serius mencabar ini kalau sorang diri mesti rasa takut. Dah la kawasan perumahan disitu sunyi. Sampai dekat centre, nampak Line Store. Adik Ida ajak masuk situ, nak beli barangan kiriman orang. Peminat band K-pop mesti datang sini sebab banyak barangan koleksi dari artis kpop dalam tu. BTS, Blackpink punya koleksi, husniey tak beli apa pun dekat situ. Duk layan suasana dalam bangunan itu dan ambil gambar jelah, tuan suami sempat bermain game dalam tu. Kalau korang ada beli barangan BT 21, ada dikenakan tax. Tapi jangan risau boleh claim semula dekat airport masa nak balik. Sila tunjukkan resit pembelian di kaunter tax refund.

Bangunan LINE STORE 


Ada tengok beberapa orang bergambar dekat dalam ni,
tapi sebabkan lapar letih malaslah nak pose 

Mood penat lenguh berjalan kaki jarak jauh, perut pun berbunyi minta diisi makanan. Masa tu dah lewat petang. Kami breakfast simple aje, so cepat juga rasa lapar nak nak pula suhu sejuk berangin makin cepat rasa lapar. Di Itaewon terdapat lambakan kedai makan Halal. Macam-macam jenis makanan korang boleh rasa. Nampak kedai The Halal Guys terus kami rasa lapar, malas nak singgah kedai Arab,  tengok ada bar. Huii seram pula. So kita pilih untuk cuba makanan dekat kedai The Halal Guys sebab nampak okay. Menu kebanyakannya nampak sedap. Boleh pilih nak set ke, atau ala carte.


Ini sedap. 

Ini lagi sedap. Mengenyangkan. 

Total hangus makan di The Halal Guys 21900 won bersamaan RM 80, bahagikan 3 orang. Biasalah makanan halal memang mahal. Sebab itu husniey banyak masak ketika bercuti di sana. Sesekali nak makan dekat luar okay saja. Nikmat tau dapat jumpa makanan halal dekat negara minoriti muslim. The Halal Guys ni company dari Amerika tapi halal ya. Kami pilih makan set nasi macam nasi beriani, haih sedap juga. Hidangan agak besar, sesuai untuk dua tiga orang. Dalam gambar memang nampak macam kecil bekas tu tapi sebenarnya penat nak menghabiskan, cepat kenyang. Semua sedap. Daging lembut je, nasi sedap sos dan salad tu memang ngam di makan dengan nasi. Recommended!

The Halal Guys Seoul
187 Itaewon-ro 2nd Floor Seoul, 
Yongsan-gu 04350 South Korea

Opening hours: 11:00am – 11:00pm
 (Sun – Thurs), 11:00pm – 3:00am (Fri – Sat)



Permandangan Di Itaewon Waktu Senja 



Catatan Perbelanjaan Hari Ketiga di Seoul
✓ K Guesthouse - gwangjang market - 1200+1200won RM4.35x2
✓ Gwangjangmarket - gwanghuidong = 1200+1200won RM4.35x2
✓ Korean silk gwangjang market 50k won = RM185 (5 helai kain pasang)
✓ Gwanghuidong-seoul STT -1200+1200won RM4.32x2
✓ Seoul Station - Itaewon = 1200+1200won RM4.35x2
✓ Tiket train Mugunghwa (Seoul to Busan) 28,600 won RM 98.76 / pax
✓ The halal guys = 21900won RM80
✓ Itaewon - myeondong = 1200+1200won RM4.35x2
✓ Myeondong - gwanghuidong = 1200+1200 won RM4.35x2
✓ Shopping @ Daiso = 14,050won RM51

 💰Kos Belanja Pada Hari Ketiga
RM 565.72
RM 282.86 per pax approx

Sudah termasuk jumlah transport berdua. Tambang bas pergi balik ke hotel. Naik bas pergi jalan-jalan sekitar Seoul dan balik ke hotel. Termasuk juga shopping beli kain pasang di Gwangjang Market untuk family. Selepas itu pergi beli tiket train Mugunghwa untuk ke Busan. Dah termasuk berdua juga. Kemudian, makan dekat Itaewon. Last aktiviti hari ketiga shopping di Daiso. Ada makanan dan juga barangan yang di kirim orang.

Tiap hari repeat, suka. 

Malam itu lapar balik, dan seperti malam sebelumnya mesti kami singgah di CU Mart beli banana Uyu. Susu pisang itu buat rasa kenyang. Makan pula bersama jajan atau ramen. Nikmat betul makan masa dalam suhu sejuk. Sekian entri pada kali ini, semoga bermanfaat!


Last..
Belanja gambar kami berdua di Seoul :)


Jemput membaca entri berkaitan; 
  1. Cara Menaiki Bas di Bandar Seoul / Busan, South Korea
  2. Bawa Adik Umur Bawah 18 tahun Travel Ke Luar Negara Tanpa Ibu Bapa
  3. Mengembara Ke Korea Selatan | Wajib Sewa Pocket WiFi Travel Recommends!
  4. Travel ke Korea Selatan | Berikut Tentang Tiket Penerbangan Pergi Balik
  5. Pengalaman Menginap K-Guesthouse Dongdaemun Premium Seoul, South Korea | Selama 3 Malam
  6. Musim Bunga #Seoul | Dongdaemun - Seokchon Lake Park - Gyeongbokgung Palace - Myeondong Shopping Street


Love,
Husnieyhusain

Reading Time:
Catch Cristiano Ronaldo on Shopee Live   Cristiano Ronaldo to join exclusive Shopee Live stream on 28 August
27 August 2 Comments
KUALA LUMPUR, 27 AUG 2019 –
The unveiling of Shopee’s latest brand ambassador, Cristiano Ronaldo, has created headlines across the globe. His dance moves in Shopee’s latest TVC are also trending online all over the region and the world.

Keeping up the excitement, users in all markets can tune in to Shopee Live on 28 
August at 9.30pm (+8 GMT) for an exclusive live stream with Cristiano Ronaldo. Direct from Italy, the stream will include a special interview with Cristiano Ronaldo, who will show off his skills and tackle questions from fans across the region. In addition, users can win signed merchandise by Cristiano Ronaldo during the stream. Stay tuned to Shopee’s app and social media platforms for the latest updates.



Shopee Live is the latest addition to Shopee’s range of popular in-app features. Launched this year to bring users closer to their favourite brands and sellers, the feature has been a huge success so far. Brands and sellers have recorded strong results on Shopee Live through a wide variety of content to engage users throughout the shopping journey, such as product guides, reviews, and demonstrations hosted by popular local influencers. To illustrate, influencer Tyra Kamaruzzaman launched her brand Beautyra’s latest lipstick on Shopee Live to huge success, with the product selling out in minutes and recording over 2,000 orders.

Shopee Live’s success further reaffirms Shopee’s market leadership in delivering the best shopping experience for the region. According to the latest report by App Annie1 , Shopee is the number one shopping app in Southeast Asia and Taiwan by average monthly active users (MAU) in the second quarter of 2019. Shopee is also the most downloaded shopping app in the region during this time. This demonstrates Shopee’s consistent success in engaging its users, who regularly tune in to the platform to enjoy the best deals and a wide variety of features. Ian Ho, Regional Managing Director, Shopee said, “Online shoppers now demand more interaction and entertainment. Shopee Live is the latest addition to our collection of popular in-app features designed to meet this need. It has been very well-received, recording over 200 million views in the region since its launch. We are excited to bring users closer to Cristiano Ronaldo on 28 August as we continue to enhance the Shopee Live experience for everyone.”

The exclusive Shopee Live stream with Cristiano Ronaldo is in line with Shopee’s
signature 9.9 Super Shopping Day, which will run till its grand finale on 9 September.
Every day up till 9 September, users can look forward to the biggest collection of
unbeatable promotions including free shipping with a minimum spend of RM9, up to 90% off the hottest products, and non-stop entertainment on Shopee Live. Some key  highlights for Shopee Live are:

● Countdown to 9 September with Shopee: Starting from 10pm on 8 September,tune in to Shopee Live for a countdown to 9 September featuring back-to-back live game shows. Users stand to win attractive prizes such as Samsung phones including the brand new Samsung Galaxy Note 10 during the stream.

● Non-stop live shopping on 9 September: On 9 September, users can enjoy a
full day of unbeatable deals on Shopee Live. There will be dedicated streams
every 3 hours catered to popular product categories including Fashion, Health &
Beauty, and Electronics.

Watch Cristiano Ronaldo on Shopee Live at https://shopee.com.my/m/CR7-
ShopeeLive

Find out more about Shopee 9.9 Super Shopping Day at https://shopee.com.my/99
Download the Shopee app for free via the App Store or Google Play.
Reading Time:

Thursday, 22 August 2019

Lirik Lagu Suaramu Syairku, Harry Apak
22 August 6 Comments

Jatuh suka minat dengan kesemua lagu yang dihasilkan daripada Harry Apak. 
Memang terbaik liriknya sepertinya boleh juga jadi lagu nasyid tu. Adakala dalam lirik lagu ada nilai murni. Husniey rasa lagu ini bukan untuk yang putus cinta aje, liriknya juga sesuai untuk hargai orang kita sayang. Jom kita sesama layan lagu Suaramu Syairku yang menjadi siulan ramai. Sudah melebihi 7 juta views di YouTube sejak di publish, 15 Julai lalu. 


Pandanglah aku
Hembuskan nafasmu
Kerana aku 
Amat merindukanmu
Janganlah jangan 
Kau jauh dariku
Tanpa wajahmu 
Kelam duniaku

Bisikan aku 
Katakan cintamu
Kerna suaramu 
Bersyair laguku
Dendangkan aku 
Dengarkan padaku
Dakaplah aku 
Wahai kekasihku



* Chorus:
Bila bermimpi kamu
Jaga dari tidurku
Aku sebut namamu
Aku seru cintamu
Engkaulah kekasihku,
Hanya engkau nyawaku
Akulah perindumu
Akulah pencintamu
Bawaku bersama mu
Agar hilang resahku
Eratkan dakapanmu
Dekatlah padaku **
Cinta berpadu

Ulang Chorus * - - - **

Bisikan aku 
Katakan cintamu
Kerna suaramu 
Bersyair laguku
Dendangkan aku 
Dengarkan padaku
Dakaplah aku 
Wahai kekasihku.... 

Reading Time:

Thursday, 15 August 2019

Mencetak Baju Rekaan Sendiri Secara Online, Mudah Sangat Di Custom.MY
15 August 9 Comments

Mencetak Baju Rekaan Sendiri Dengan Kuantiti Banyak, Mudah Dengan Custom.my | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian. Setiap kali ada majlis atau program yang besar pasti tercari - cari produk seperti baju yang direka khas untuk majlis diadakan. Yelah kan zaman sekarang setiap majlis pasti ada tema tema yang gempak direka oleh penganjur.



Selalunya syarikat yang besar pasti mengadakan Hari Keluarga sebagai acara tahunan untuk menghargai pekerja, staf, atau krew. Bila punya baju custom made yang direka khas untuk tujuan sesuatu acara, maka majlis tersebut akan lebih meninggalkan kesan dan menjadi lebih meriah!

Jom Mencuba Servis Mencetak Baju  Custom.MY 

Kalau dahulu seringkali rungsing dekat mana nak cetak baju, mana nak pilih design lagi. Nak bandingkan harga. Banyak perkara yang perlu dilakukan sebelum siapnya baju bagi sesebuah acara. Huih kan susah tu. Jangan lagi pening kepala. Anda boleh mencuba servis di Custom.MY yang boleh didapati dengan pelbagai jenis material tshirt. Tshirt berkolar, tshirt tak berkolar. Inginkan tshirt yang cetak penuh? Pun boleh. Serius geram tengok banyaknya pilihan Tshirt.




Produk menarik dengan design yang anda reka sendiri. Mudah, cepat dan tidak ada minima order. Mencetak lebih 70 jenis produk. Antara jenis produk pakaian yang boleh dicetak dengan Custom.MY;
  • Sport Shirts
  • Men Fashion 
  • Women Fashion 
  • Jacket & Hoodie 
  • Kids & Baby 
  • Tshirt full print 
  • Topi 
  • Jersey basket



Selain menyediakan khidmat mencetak pelbagai jenis material tshirt. Mereka turut menyediakan servis mencetak barangan lain seperti sticker, canvas, tote beg, aksesori banyak lagi. Yang paling best kalau buka laman web custom.my ini lengkap dengan pelbagai keterangan. Boleh baca info lanjut di ruang FAQ: https://custom.my/site/faq


Terdapat pelbagai syarikat korporat yang sudah menggunakan khidmat percetakan daripada Custom.My, antaranya
  1. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  2. Universiti Kuala Lumpur (UNIKL)
  3. Universiti Selangor (UNISEL)
  4. iFlix
  5. CIMB Foundation
  6. KPTM
  7. MAPS

Untuk maklumat lanjut jika ingin melihat hasil kerja boleh dilihat pada media sosial serta jika ingin menghubungi pihak custom.my, rujuk di bawah

Waktu Urusniaga:
9.00 pagi hingga 6.00 petang

Alamat:
Custom My Printing Sdn Bhd (1210459P)
No 46A, Hala Taman Meru II
Meru 2B 30020 Ipoh, Perak,
Malaysia 
Lat Long :4.661083, 101.067278

Website: https://custom.my/my
Facebook: facebook.com/custommalaysia
Instagram: instagram.com/custom_my
Email: info@custom.my
Whatsapp: 013-484 5800
Line: 013-484 5800

Reading Time:

Wednesday, 14 August 2019

JUALAN BUKU BIG BAD WOLF KEMBALI KE ‘NEGERI SANTUARI PENYU’ DENGAN DISKAUN BUKU 75% HINGGA 95%
14 August 9 Comments
Jualan Buku Big Bad Wolf kini tiba di Terengganu untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia dan memperkasakan dengan ilmu pengetahuan menerusi pembacaan. Genre buku yang husniey minat ialah  Motivasi, Kisah pengembaraan, Nasihat Agama, Tips dan Info Semasa. Jika anda suka layan mood dengan baca novel cinta juga dijual pada harga murah sangat. Yang harga asal RM 23 dijual pada RM 8 hingga RM 10 sahaja. Jadi tunggu apa lagi warga Terengganu dan berdekatan jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan buku anda inginkan di Big Bad Wolf Books.


Terengganu, 6 OGOS 2019 – Jualan Buku Terbesar di Dunia, Jualan Buku Big Bad Wolf bakal singgah di Terengganu dengan  pilihan buku yang meluas. Jualan Buku selama 11 hari ini akan bermula pada 8 hingga 19 Ogos 2019, mulai jam 10:00 pagi hingga jam 12:00 tengah malam kecuali pada 11 Ogos di mana Jualan Buku Big Bad Wolf akan ditutup sempena Hari Raya Aidiladha. Jualan Buku berkenaan akan diadakan di Mydin Mall, Gong Badak, Terengganu dan kemasukan adalah PERCUMA!



Jualan Buku Big Bad Wolf menawarkan buku-buku dalam Bahasa Melayu serta Inggeris merangkumi pelbagai genre. Para pembaca boleh mendapatkan judul-judul terlaris, novel remaja, sains fiksyen thriller, perniagaan, seni bina, kesenian dan reka bentuk, buku masakan, buku kanak-kanak dan banyak lagi. Oleh itu, bawa bersama rakan-rakan serta keluarga anda untuk mencari buku kegemaran anda.



Ibu bapa juga pasti akan gembira apabila menemui Buku Ajaib yang digabungkan dengan teknologi Augmented Reality (AR) di Jualan Buku Big Bad Wolf Terengganu. Dikenali sebagai pengedar terbesar serta eksklusif Buku Ajaib, ibu bapa boleh menemui pelbagai kisah klasik kanak-kanak seperti Cinderella, Little Red Riding Hood, dan Goldilocks and the Three Bears atau buku-buku pendidikan seperti Let’s Learn Counting dan Let’s Learn ABC di Jualan Buku berkenaan. Kanak-kanak boleh membaca, bermain dan belajar dengan Buku Ajaib ini kerana ia menggunakan teknologi AR yang serba canggih bagi merevolusikan pembacaan untuk si manja anda.





Kita tidak boleh menafikan bahawa teknologi memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Buku Ajaib menggabungkan pembacaan dan keupayaannya ‘menghidupkan’ cerita yang membolehkan kanak-kanak mengalami keajaiban melihat watak kegemaran mereka bercakap dan berinteraksi dengan mereka. Ini menjadikan pembacaan dan pembelajaran sebagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan,” kata Pengasas Big Bad Wolf Books, Andrew Yap.

Terdapat beraneka pilihan buku di Jualan Buku Big Bad Wolf dan para pelanggan boleh mendapatkan buku-buku terkenal terbitan Karangkraf PTS, Kualiti Books, serta buku-buku pendidikan daripada Pernerbitan Pelangi dan Sasbadi pada harga yang berpatutan. Terdapat juga pelbagai pilihan novel-novel kontemporari Malaysia oleh Buku Fixi, The Patriots, Iman Publication dan banyak lagi di Jualan Buku berkenaan. Para pengunjung boleh memilih daripada kira-kira 8,000 buku yang terdiri daripada pelbagai genre seperti buku rujukan, novel, buku fiksyen, buku bukan fiksyen, keagamaan dan banyak lagi buku terbitan penerbit tempatan. Di sepanjang tempoh Jualan Buku Big Bad Wolf ini, para pelanggan juga boleh membeli  lencana, magnet, kemeja-t dan pelbagai barangan Big Bad Wolf Books yang lain.




Dalam usaha mencapai matlamat untuk berbakti kepada masyarakat dan memastikan semua orang memiliki sebuah buku, sayap Tanggungjawab Sosial Korporat Big Bad Wolf Books bernama Red Readerhood, telah menjalinkan kerjasama dengan 2 pertubuhan-tanpa-untung iaitu Pertubuhan Insan Masyarakat (Prisma Society) dan Bukan Kerna Nama. Pertubuhan Insan Masyarakat (Prisma) merupakan sebuah pertubuhan yang menyasarkan untuk memberikan bantuan kemanusiaan di dalam dan luar negara, dan buku yang dikumpulkan adalah untuk perpustakaan bergerak mereka. Bukan Kerna Nama pula menyasarkan untuk membantu keluarga yang memerlukan di mana buku-buku yang berjaya dikumpul akan diberikan kepada kanak-kanak kurang berkemampuan di bawah jagaan mereka. Big Bad Wolf Books  berikrar untuk menyumbangkan 200 naskah buku bagi tujuan berkenaan. Orang ramai juga boleh memainkan peranan dalam mengubah kehidupan mereka yang memerlukan dengan menyumbang buku yang dibeli di sudut Red Readerhood.


Jualan Buku Big Bad Wolf menyasarkan untuk menjelajah ke 10 negeri di Malaysia sempena Ulang Tahunnya yang ke-10. Jualan Buku ini telah pun berkunjung ke Pahang, Johor, Sarawak, Sabah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, dan akan ke Perak serta negeri-negeri lain dalam beberapa bulan yang akan datang. Dalam tempoh sedekad yang lalu, Jualan Buku Big Bad Wolf juga menjelajah ke luar negara seperti Myanmar, Indonesia, Pakistan, Filipina, Thailand, Sri Lanka, Emiriah Arab Bersatu, Korea dan Taiwan.

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Jualan Buku berkenaan, sila ikuti Jualan Buku Big Bad Wolf dalam platform media sosial berikut:

Facebook: www.facebook.com/bbwbooks/

Instagram: www.instagram.com/bigbadwolfbooks


Maklumat Acara:
Big Bad Wolf Terengganu 2019
Lokasi: Mydin Mall Gong Badak, Terengganu
Tempoh Jualan: 8 hingga 19 Ogos 2019 
(Kecuali 11 Ogos, Hari Raya Haji)
Masa: 10:00 pagi hingga 12:00 tengah malam
Masuk adalah PERCUMA!
Reading Time:

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com