Matxi Corp Meraikan Ulang Tahun Di KLCC, Kuala Lumpur Malaysia

Baru baru ini syarikat Matxi Corp yang sudah menempa nama di Vietnam kini memperkenalkan Matxi di Malaysia. Beruntungnya Husniey dapat ...


Baru baru ini syarikat Matxi Corp yang sudah menempa nama di Vietnam kini memperkenalkan Matxi di Malaysia. Beruntungnya Husniey dapat juga berpeluang hadir di majlis gemilang di Kuala Lumpur, turut menyambut ulang tahun yang kedua bagi Matxi S.G. Dengan bertemakan glory to glory sangat bersesuaian. Husniey dapat melihat kehadiran 2,000 pengedar dari 30 negara. [Baca pengalaman kami bermalam di apartment premium di Kuala Lumpur].

Pengenalan Tentang Matxi Corp 

Matxi Corp yang dahulunya dikenali sebagai Matxi S.G adalah anak syarikat MIIC Holdings Sdn Bhd. Mengkhususkan diri dalam latihan perniagaan, pembangunan manusia membantu individu dan perniagaan untuk menghasilkan jualan yang cemerlang dengan pelan hala tuju latihan dan alat sokongan yang paling profesional dan berkuasa di negara Vietnam dan banyak negara dengan lebih daripada 20,000 pengedar dan agen.



Berslogankan "Anda Berhak Memiliki Kehidupan Yang Lebih Baik", Matxi Corp berusaha untuk membekalkan kehidupan lebih baik dan membawa lebih banyak nilai praktikal melalui produk dan perkhidmatan. Matxi Corp sentiasa bermatlamat untuk kepentingan terbaik untuk pelanggan, komuniti rakan kongsi dan pelabur.

Selain latihan dan pembangunan perniagaan, Matxi Corp juga aktif dalam memberi tumpuan kepada perniagaan dalam bidang-bidang yang seperti berikut:


Antara produk kesihatan yang dilancarkan
 oleh Matxi Corp. Iaitu Maxi Health X Collagen. 

  1. Hartanah
  2. Peruncitan Bahagian Kanak-kanak 
  3. Percetakan dan Pembungkusan
  4. Syarikat Penyelenggaraan Acara
  5. Produk Kesihatan dan Pengeluaran Kosmetik
  6. Restoran

Untuk R&D (Penyelidikan dan Pembangunan), Matxi Corp menubuhkan pusat R&D untuk terus mengkaji dan terus meningkatkan kualiti produk mereka di samping itu mengekalkan harga yang berpatutan untuk pengguna. Di samping itu, Matxi Corp juga menandatangani kontrak strategik dengan penyelidikan dan mengubah suai pengurusan dan aliran operasi mengikut piawaian yang paling ketat.

Di Vietnam, Matxi Corp adalah pemilik Medino - kilang GMP bersertifikat yang terletak di Amata Industrial Park dengan lebih daripada 7,000 m2 kawasan kilang. Kilang ini mengkhususkan diri dalam pembuatan makanan berfungsi, produk makanan, dan kosmetik dengan kapasiti 1.5 juta produk / bulan. [Baca trip kami ke Pantai Krabi Thailand].

Selain daripada perniagaan, Matxi Corp juga merupakan syarikat yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada komuniti mereka. Mereka adalah pengasas program "Anda layak memiliki kehidupan yang lebih baik".

Semasa majlis gilang gemilang berlangsung diserikan dengan persembahan pertama sungguh hebat juara dari America Got Talent. Suka sungguh menonton persembahan mereka. Kreatif!

Para hadirin turut merasa terhibur dengan persembahan pembukaan dari peserta Asia’s Got Talent 2017, 218 Dance Crew dari Vietnam dan juga persembahan artis seperti Thanh Ha, Bui Anh Tuan, Thu Minh dan Rynn Lim. Jom kita lihat gambar dibawah. Hebat sungguh suasana sambutan di hotel ni.

Persembahan pertama

Cantik bukan

Ketika sambutan Hari Ulang Tahun Bagi Matxi SG

Ketika ucapan CEO Matxi Corp Malaysia 

MS LUCK KIM - CEO KOREA
Penerima Anugerah Bagi
Leadership Distributor Award

Lebih menarik lagi, Syarikat Matxi Corp pada malam itu meraikan pengedar-pengedar berjaya melalui “Leader Distributor Award”. Seramai lebih kurang 18 orang Diamond Distributor telah diraikan sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka.

Matxi Corp turut mengurangkan 10% keuntungan bulanan mereka untuk meringankan kesulitan dan beban beribu ribu isi rumah di Vietnam. Mereka juga menjalankan Yayasan Amal Matxi dengan perlindungan sosial untuk kanak-kanak dan warga tua Rumah Ah Nhien. Matxi Corp terus berusaha sebagai perintis dan peneraju inovasi untuk mencapai matlamat untuk menjadi kumpulan syarikat yang terkuat di rantau ini dan menjangkau dunia dalam tempoh tahun 2019 - tahun 2021. Selamat Maju Jaya Matxi Corp!

Untuk Maklumat Lanjut:Matxi Malaysia Sdn Bhd (1340975-W)

Facebook: facebook.com/MatxiMalaysia

Instagram: @matxicorp

#matxicorp 
#YouDeserveABetterLife 

You Might Also Like

5 comments