Program Komuniti McDonald’s Malaysia Bantu Rakyat Terengganu

Program Komuniti Ringankan Beban Golongan Kurang Berpendapatan Rendah. KUALA TERENGGANU, 24 November 2019 - Alhamdulilah Husniey ...


Program Komuniti Ringankan Beban Golongan Kurang Berpendapatan Rendah.


KUALA TERENGGANU, 24 November 2019 - Alhamdulilah Husniey dan rakan-rakan Blogger di Terengganu berpeluang menghadiri Majlis Komuniti Mcdonald's pada tahun ini di Gong Badak. Bagi tahun 2019 ini sejumlah RM594,800 disumbangkan oleh Mcdonald's demi meringankan beban golongan masyarakat kurang berkemampuan di Terengganu. Program Komuniti merupakan usaha tahunan McDonald’s Malaysia mendekati masyarakat, dan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat.


Sejumlah RM594,800 disumbangkan oleh McDonald’s Malaysia melalui Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Terengganu untuk meringankan beban golongan memerlukan di negeri ini. Inisiatif-inisiatif yang diumumkan termasuklah penyerahan zakat perniagaan bagi tahun 2019, penyerahan sijil pelantikan kepada pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah”.

Bersama rakan Blogger dari Terengganu 



Antara inisiatif-inisiatif kemasyarakatan yang diumumkan di bawah Program Komuniti Peringkat Negeri Terengganu termasuklah, pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia-belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak-k anak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah.

“Kami amat menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat. Sebagai syarikat terkemuka dengan reputasi yang kukuh di Malaysia, kami ingin memainkan peranan kami kearah mewujudkan impak positif kepada masyarakat, lebih-lebih lagi di sekitar lokasi operasi kami,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.

YB Dato' Haji Yahya Bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu merupakan tetamu kehormat yang hadir di majlis, mewakili YAB Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.

Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu ketika menyampaikan ucapan bagi pihak Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu di Majlis Penyampaian Sumbangan Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Terengganu.

“Sokongan pelbagai pihak dalam membantu kerajaan negeri memikul tanggungjawab sosial dan usaha kearah meningkatkan kualiti hidup masyarakat adalah sesuatu yang amat penting. Hal ini membolehkan setiap anggota masyarakat lebih-lebih lagi mereka yang kurang bernasib baik menerima bantuan sewajarnya kearah kehidupan yang lebih baik. Kerjasama awam-swasta sebagaimana yang dilakukan oleh McDonald’s Malaysia menerusi Program Komuniti yang dianjurkan merupakan sesuatu yang wajar dipuji,” kata YB Dato' Haji Yahya Bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Agihan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia

McDonald’s Malaysia memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Terengganu untuk tahun 2019 dengan bayaran zakat berjumlah RM101,000. McDonald's Malaysia baru-baru ini turut menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima sijil pengiktirafan tersebut di Malaysia.


Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia menyatakan komitmen McDonald’s Malaysia kearah mewujudkan impak positif kepada masyarakat, lebih-lebih lagi di sekitar lokasi operasinya.
"Sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ianya merupakan tuntutan agama untuk kami mengeluarkan zakat apabila cukup haul untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. Kami telah membayar zakat sejak tahun 2017 setelah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Reza Group dari Arab Saudi," kata Azmir.

Inisiatif pekerjaan untuk belia melalui SLDN McDonald’s

Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s merupakan program latihan yang berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah. Program ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD), Kementerian Sumber Manusia – salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda negara.

"Kami teruja untuk mengalu-alukan para belia dari negeri Terengganu untuk menyertai program latihan kami ini. Diharap melalui program ini, belia yang terpilih akan mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk memajukan diri dan memulakan karier yang menjamin masa depan seterusnya meningkatkan status ekonomi keluarga masing-masing," kata Azmir.

(tengah) Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia dan Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu bersama para pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s ketika Majlis Penyampaian Sumbangan Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Terengganu

Program ini adalah sebahagian daripada Program Komuniti yang dianjurkan untuk belia daripada golongan kurang berkemampuan. Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program ini, mereka layak bekerja di restoran McDonald's. Setakat ini, terdapat 650 pelatih sedang menjalani SLDN McDonald’s.
Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma.

Program “Kembali ke Sekolah”

Lebih 1,900 kanak-kanak dari 65 sekolah di seluruh negeri Terengganu menerima pek “Kembali ke Sekolah” tahun ini. Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program “Kembali ke Sekolah” 2019 yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober lalu, merupakan yang terbesar setakat ini – dengan jumlah sumbangan mencecah RM3 juta bagi membolehkan seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar di seluruh negara menerima pek "Kembali ke Sekolah" menjelang tahun persekolahan 2020. Ia bakal disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini.


Pek "Kembali ke Sekolah" yang diagihkan mengandungi satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100.
Pada tahun 2018, McDonald's Malaysia dan RMHC Malaysia telah menyampaikan pek "Kembali ke Sekolah" bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. 

Tahun sebelum itu pula menyaksikan McDonald's dan RMHC membantu 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangan sebanyak RM1.2 juta. RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang bermatlamat membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 atau layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/ jika anda berminat menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.

Latarbelakang McDonald’s
McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 37 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih daripada 290 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.

Latarbelakang RMHC
RMHC Malaysia telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mencari dan menyokong program-program yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia. RMHC menjalankan empat program utama untuk menyokong teras Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan.

Program-program ini ialah Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, ‘Gift of Smile’ dan Program Pek Kembali ke Sekolah. Sejak 29 tahun lalu, RMHC telah memberi impak dalam kehidupan lebih 40,000 kanak-kanak melibatkan kesihatan, pendidikan dan kebajikan dengan pembiayaan lebih RM27 juta. Dana untuk program-program yang dijalankan diperoleh daripada sumbangan ikhlas individu menerusi tabung yang terdapat di sestoran-restoran McDonald’s dan juga tajaan serta sumbangan dari rakan korporat. Untuk maklumat lanjut mengenai RMHC, sila layari https://rmhc-malaysia.my/

You Might Also Like

6 comments

  1. bestnya dpt join event camni..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Best kan dapat join event charity macam ni..

    ReplyDelete
  3. semoga makin banyak event2 macam ni in the future =)

    ReplyDelete
  4. Tahniah McD atas keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.

    ReplyDelete
  5. lama dah tak pergi event dengan akak

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.