Explorasi Tasik Kenyir, Terengganu | UMT Bersama Kumpulan Media Sosial & Blogger

Gambar dari: Pijie_Mhar   Program Explorasi Tasik Kenyir 3 Hari 2 Malam UMT Bersama Kumpulan Media Sosial Assalamualaikum dan Salam S...

Gambar dari: Pijie_Mhar 

Program Explorasi Tasik Kenyir 3 Hari 2 Malam UMT Bersama Kumpulan Media Sosial

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Baru-baru ini pada tarikh 18 sehingga 20 Februari 2020, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menganjurkan Program Explorasi Tasik Kenyir Bersama Media Sosial & Blogger bertempat di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.



Gambar dari: Media Kreatif UMT 

Antara fokus utama program ini adalah untuk mengetengahkan keunikan tasik buatan terbesar di Asia Tenggara itu tentang keindahan biodiversiti, akuakultur, flora dan fauna yang masih dalam keadaan baik serta saling berkongsi pengalaman dalam bidang masing masing. Peserta yang terlibat dalam program ini seramai 20 orang lebih, ada yang datang dari Terengganu dan juga dari Kuala Lumpur.

Peserta yang terlibat adalah merupakan dari berberapa pihak seperti admin page media sosial terkenal Amazing Terengganu, Discovery Terengganu, rakan-rakan Blogger, Insta Popular dan Twitfemes Popular (Zarnizar, Hansvii, Pijie Mhar) dan turut mengundang Jurugambar Professional serta personaliti stesen TV Al Hijrah dan team turut berkumpul dalam program ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak urusetia; Pejabat Korporat Komunikasi UMT telah bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. Banyak sangat ilmu dan input yang dapat dipelajari dari program ini. Ia program santai namun kita dapat belajar antara satu sama lain. 



Tentatif Program Sepanjang 3 Hari 2 Malam

Hari Pertama
Check In Pesona Houseboat - Menaiki Houseboat - Melawat Taman Herba Tasik Kenyir - Tinjauan melihat Bot Penyelidikan UMT di Tasik Kenyir - Aktiviti yang dilakukan ketika waktu lapang (Makan makan di atas Houseboat, Mandi Manda, Berkayak, Memancing dan Karaoke).




Hari Kedua
Ke Gua Bewah - Bertolak ke Air Terjun Lasir - Riadah petang di Tasik Kenyir - Berkayak / Mandi Manda - Malam: BBQ & program santai perkongsian teknik mengambil gambar/ pengalaman dalam bidang masing masing.





Hari Ketiga
Ke Air Terjun Saok - Mandi manda dan bergambar - Bertolak balik ke Jeti Pengkalan Gawi - Makan tengahari - Acara Pemberian Hadiah Buat Pertandingan Memancing - Beli belah di Pusat Bebas Cukai Tasik Kenyir - Bertolak balik ke UMT - Bersurai


- Jemput tonton video di Youtube Channel Husniey -


Sedikit Info Tentang Univerisiti Malaysia Terengganu (UMT)

Berslogankan "Universiti Berfokus Marin Terunggul Dalam Negara dan Disegani Diperingkat Global". Tahukah anda bahawa UMT adalah hanya satu-satunya universiti di Malaysia yang menawarkan program dalam bidang Sains Marin dan bidang Maritim. Kemudahan pembelajaran yang disediakan juga adalah bertaraf antarabangsa. Semasa explorasi ke Tasik Kenyir bersama rakan media dan Blogger kami diberi peluang melihat sendiri bot penyelidikan bergerak yang berada di Tasik Kenyir. Hebat. Teruja membayangkan kerja penyelidikan dijalankan oleh pihak UMT.

Untuk makluman semua, menarik lagi UMT kini mempunyai 4 pusat penyelidikan alam semulajadi yang merangkumi pulau, tasik dan pesisir pantai Terengganu serta pusat simulator navigasi kapal yang pertama di Pantai Timur. Dikhabarkan UMT juga hanya satunya yang memiliki kapal penyelidikan RV Discovery, makmal bergerak dan 17 bot sokongan yang telah berjaya melaksanakan beberapa . penyelidikan dan pengumpulan data oseanografi dengan kerjasama universiti-universiti antaranya di United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun, Australia, Belgium, Perancis, China, Thailand dan Indonesia. Fuh bukan calang-calang ini! InsyaAllah nantikan blog post seterusnya mengenai aktiviti dan tempat menarik yang kami lawati ketika kunjungan ke Tasik Kenyir. Terima kasih daun keladi kepada UMT,  nanti jemputlah lagi 😃



Info lanjut ikuti UMT di media sosial
Facebook: Official UMT
Instagram: Official UMT
YouTube: Official UMT
Twitter: @UMT_Official

You Might Also Like

7 comments

  1. teringin nak pergi event ni dari dulu tapi takde yang mengajak. nampak seronok berinteraksi dengan nature macam ni

    ReplyDelete
  2. Seronoknya...mendekati alam ni tenang jadinya..

    ReplyDelete
  3. bestnyaaaa...kalau ikut hati akak nak join hari tu..hahaha..ade anak kecik terpaksa la mengundur diri..hihi..

    ReplyDelete
  4. SONOKKAN HUSNI . KENANGAN NI MMG XKN DILUPAKAN . HEHE .

    ReplyDelete
  5. tentu selera makan nasi atas kapal

    ReplyDelete
  6. i miss being near the nature.

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.