Pengalaman Mengandung Dan Keguguran Semasa Kandungan 8 Minggu | TTC Nak Masuk 6 Tahun

Pengalaman Mengandung Dan Keguguran Kandungan 8 Minggu. Perasaan Gembira Bertukar Sedih,  Sangka Kali Ini Rezeki Anak Sudah Tiba...  ...

Pengalaman Mengandung Dan Keguguran Kandungan 8 Minggu. Perasaan Gembira Bertukar Sedih, Sangka Kali Ini Rezeki Anak Sudah Tiba... 

Double Line -- It's POSITIVE.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Semoga semua sihat sejahtera dan berbahagia di samping orang tersayang. Husniey tak tahu nak mulakan dari mana. Bila perasaan sedih mula reda baru boleh mula menulis disini. Maaf  kalau dah lama berdiam dan kurang aktif menulis disini. Pada awal bulan Mac husniey dalam tempoh berjaga-jaga sebab memang kuat instinct merasakan akan mengandung pada bulan itu. Ini merupakan kandungan kali keempat. Tarikh terakhir hari pertama haid (LMP) pada 13 Februari 2020. Mestilah ada ikthiar dan berusaha keras sebab itu yakin akan lekat pada bulan Mac, disebabkan sudah keguguran 3 kali sebelumnya husniey memang bertindak untuk banyak rehat dan kurang bergerak di awal-awal kehamilan 3-6 minggu (waktu kritikal), 6-12 minggu juga tempoh kena banyak berehat dan kena baring je, bagi golongan yang mudah keguguran seperti diri ini. Bila tuan suami tahu berita husniey mengandung ini hampir setiap hari dia usap perut. Senyum sampai ke telinga. Seakan tak percaya dengan nikmat itu. 
Perjalanan Mengetahui Berita Kehamilan
Bersedia dengan membeli banyak alat ujian air kencing (Urine Pregnancy Test) untuk buat ujian di rumah. Lebih 10 keping UPT yang dibeli. UPT dibuat mula dari beberapa hari sebelum period. Tujuan husniey buat test dari awal ini untuk berjaga-jaga, takut tersalah melasak tanpa disedari. 


10 Mac 2020 – Belum due period tapi memang nampak garis kedua. Dalam masa setengah jam lepas tinggal nampak kehadiran garis T. Samar sangat.
16 Mac 2020 – UPT naik dua garis sedikit jelas kelihatan berbanding test sebelumnya
 20 Mac 2020 – Haid lewat seminggu. Test waktu tengahari, jam 1.40 pm tak sangka UPT naik sangat jelas dua garis. SubhanaAllah terharu melihatnya. Maknanya anak ibu makin membesar dengan baik. Anggaran kandungan waktu itu nak masuk 5 minggu. Menggunakan UPT jenis cassette. Masa tarikh ini tuan suami masih bertugas di luar negeri. Hantar gambar UPT positif itu padanya, dia gembira. Haritu sebenarnya sudah bersiap nak keluar untuk urusan postage barang di J&T tapi tak jadi keluar sebab rasa nak jaga baby ini betul-betul. Esoklah suruh tuan suami drop dekat J&T. Sebab kalau keluar memang risiko bahaya nak kena naik motorsikal. Kereta pula tuan suami guna masa itu. 22 Mac tuan suami mula tidak bertugas, operasi syarikatnya di gantung patuh arahan Perintah Kawalan Pergerakan. Kami tidur berasingan hampir seminggu nak jaga-jaga takut juga dia kan kerja sebagai Pemandu Bas Ekspress. Kebetulan pregnant pula, memang suruh dia 'puasa tak boleh bersama'. Dia juga sedar hal itu. Sama-sama usaha yang terbaik untuk kandungan kali ini.
24 Mac 2020 – Jam 12.50 pm test lagi. Tertengok baki UPT jenis strip, yang dah lama dibeli tak perasan masih berbaki ingatkan Ovulation punya tester (OPK nama pendeknya). Terus gunakan ia. Saja gatal tau nak buat test lagi yelah bukan selalu naik double line terang ini. Memang payah untuk dilihat. Garis dua pada tester itu kelihatan sama terang dan cantik sungguh. Senyum, sebak. Alhamdulilah ya Allah. Hati makin yakin anak ibu sedang membesar.

26 Mac - ke Klinik Medina, Kuala Nerus untuk mengesahkan kehamilan. Tiba di klinik terus pergi tandas nak terkencing dan bila scan memang tak nampaklah sebab pundi kencing tu dah kosong, hee. Doktor Chinese (perempuan) baik sungguh lepas tu dia suruh kita minum air banyak-banyak, dan menanti pula untuk scan semula bila kita rasa pundi penuh. Ikutkan baby masa itu umur yang sepatutnya dah dekat 6 weeks. Doktor godek-godek mencari kantung baby, sambil tu memberi penerangan bahagian yang dia nampak. Semua normal ni. Rahim cantik je takde nampak cyst ke fibroid. Alhamdulilah lega tiapkali scan bila doctor kata rahimku normal. Lama sikit baru nampak seakan ada bentuk putih-putih tapi dia tak dapat nak baca lagi. Diberikan tarikh 2 minggu kemudian untuk repeat scan. Tuan suami mula mencari info dan bertanyakan kepada kawannya,yang isterinya mengandung. Scan awal nampak tak. Husniey pada waktu itu tak overthinking, tahu mesti payah nampak jenis badan berisi kan, so payah sikitlah nak tengok di awal kehamilan. Sepupu husniey ada bagitahu scan akan nampak jelas semasa 10 week ke atas.

Merasa Perubahan Emosi, Fizikal & Mengidam


Mood berterabur. Mudah marah. Sensitif lain macam. Jarang nak marah benda kecil ni. Suamilah yang menjadi mangsa. Dia banyak kena handle kerja rumahtangga biasalah perempuan kan tak boleh tengok kerja yang tak sempurna, ada aje yang tak kena dimata. Silap sikit aje tuan suami buat kerja rumah memang kena sembur. Kesiannya. Lepas marah baru nak menyesal, sebelum tidur memang amalkan meminta maaf. Sorry abang.. Tak tahu kenapa emosi sangat. Kalau tengok berita sedih mudah sangat mengalir airmata. Fuh. Bagi perubahan fizikal yang ketara ialah breast terasa sakit, nyeri tak boleh tersalah sentuh. Makin mengembang dan boleh google selebihnya. Haha malu nak cerita lebih. Perubahan pada perut makin membuncit dah la banyak lemak so nampaklah makin tegang dan keras bahagian bawah pusat. Suami suka tegur kalau nampak makin berisi kat perut, breast dan lain-lain asset wanita. Heee. 

Mengidam? Ya adalah juga. Tapi tak teruk sangat. Teringin nak makan benda senang didapati saja. Semasa PKP berlangsung itulah teringin nak makan nasi kerabu ayam bakar siap terbayangkan kesedapan kelengkapan bahan dalam nasi kerabu tu. Kecur airliur bila terbayang, haa mengidamlah tu. Bila dapat memang puas hati. Nasib ada kedai buka waktu pagi dan suami tapau. Ada juga perasan bila kandungan masuk 7 minggu badan terasa membahang, kita rasa panas lain macam. Tak tahan dengan panas tu. Biasa okay je dengan panas sebab jenis lebih suka panas dari sejuk sangat, jenis badan berangin ni tak tahan berkurung dalam bilik aircond. Tapi kali ini macam pelik selalu nak kena duk dalam aircond kalau mula rasa tak selesa tu. Kadang sebelum tidur, husniey mandi lagi. Lebih 3x sehari mandi. Ada juga rasa tanda macam nak demam tapi tak demam pun. Badan gatal-gatal pun ada ya. Mungkin kulit sedang meregang untuk persediaan badan ibu mengandung. Itu antara simptom dan perubahan dari semasa ke semasa.

Ujian Itu Datang Lagi.. Berdarah Semasa Mengandung

8 April 2020 – Ikut LMP kandungan sudah 7 minggu 5 hari. Awal pagi sebelum bersiap ke klinik kesihatan sempat buat UPT. Memang beli banyak stok UPT tu senang nak pantau hormone HCG dalam kandungan. UPT masih dua garis jelas. Ke Klinik Kesihatan berdekatan rumah untuk buka buku pink. Pagi itu minum air coklat dan makan kurma serta biskut. Dah bawa bekal air, gula-gula dan biskut dalam beg. Takut lama di klinik jenis tak tahan kalau tak makan berat di pagi hari. Haa lupa satu lagi sebab sepanjang mengandung ini memang mudah lapar. Dalam dua jam sekali mesti nak mengunyah atau akan paksa minum air masak lebih banyak tak nak rasa lapar sangat. Darah keluar bermula hari itu ketika masih lagi di klinik kesihatan. Dari pukul 8 pagi urusan di klinik. Banyak sangat sesi soal jawab. Bagus sebenarnya nurse tanya satu persatu sejarah keguguran kita dan tanyakan juga penyakit dalam keluarga. Nurse buat kiraan due date; 20/11/2020 katanya. Haih cantik tarikh itu kan. Layanan nurse okay cuma part kena duduk lama tu tak tahan kot. Jenis kena banyak baring je husniey ni bila pregnant. Hampir pukul 11 pagi baru kena buat ujian air kencing. Terkejut tengok darah keluar, bersama ketul ketulan sikit. Lama pula nak tunggu pundi penuh untuk ambil sampel air kencing. Disebabkan terkejut ada darah, tak sempat nak tadah laa. Kali kedua kencing pun ada darah turun juga. Doktor dekat KK tu tahu , husniey dah khabarkan tentang itu. Ada juga tanya pasal ubat kuat rahim, tapi tak bagi pun. Hmm sabar jelah. 

Rujuk UPT 8 April. Masih dua line
Dalam gambar nampak pudar sebab lighting.

Gambar dari tuan suami. Duk tanya dia ada kat mana. Sebab ada juga kena buat test bagi suami; HIV test.
 Haritu memang banyak kena cucuk. 
2 kali ambil darah kena cucuk pakai jarum uii seram tengok. Takut punya pasal tutup mata je
 HIV test tu tak sakit pun; guna klip je. Itu dua kali kena buat di makmal. Jenuh ke hulu ke hilir
Pukul 1 tengahari baru dapat balik ke rumah. Nurse ada bekalkan ubat Zinkcofer sebagai suplemen untuk kandungan. Balik rumah memang rehat sepenuhnya. Solat pun dalam keadaan duduk. Masih lagi solat, waktu itu yakin darah itu bukan tanda gugur. Hanya keluar sikit sikit. Tak larat betul haritu. Bila badan penat, kemudian diuji keluar darah lagi mulalah terasa nak menangis dah ni. Cepat-cepat pujuk hati insyaAllah baby okay. Kebetulan malam itu Malam Nisfu Syaaban, doa,dan zikir banyak-banyak. Perasaan bercampur sedih bila tak dapat beribadat macam selalu. 
Sempatlah makan ubat zinkcofer untuk 2 malam. Darah tak lekat banyak pada pad, adakalanya sikit je yang melekat pada pad. Yang takutnya bila tiapkali pergi kencing darah keluar banyak sangat bersama ketulan. Siap panggil suami suruh tengok. Blood cells ke apa. Sesekali tengok tisu-tisu darah gitu. Husniey baca balik tulisan nasihat nurse pada buku pink. Katanya kalau ada darah, kena pergi emergency terus. Bawa je buku pink itu. Contoh kalau ada berlaku apa-apa di tengah jalan, orang tengok kita ada bawa buku pink ni (Rekod Kesihatan Ibu), orang akan cepat bantu kita.

Ke Hospital Doktor Sahkan Complete Miscarriage (Keguguran) 

10 April. Hari Jumaat masih lagi ada darah yang keluar, walau tak banyak. Husniey dan suami dah nekad nak pergi ke hospital. Tiba di emergency husniey daftar diri dan masuk ke dalam terus di panggil untuk consultation. Yang bahagian pertama ni just check Blood pressure, degupan jantung sedikit tinggi. "Degupan jantung lebih 100. Awak berdebar ke. Jangan takut ya". Cuba menenangkan hati yang sedang gusar. Kemudian ke kaunter ambil nombor giliran dan buat bayaran sebelum jumpa doktor. Murah je RM 1. Doktor panggil nama dan masuk ke bilik rawatan. Doktor perempuan muda, dia mulakan prosedur scan dekat perut. Lama juga doktor duk godek mencari cari. Siap panggil 'bos' minta bantuan,Dr lelaki Chinese nampak cekap. Dia tercari Sac (kantung baby) tak ada nampak. Then kemudian dengarlah mereka berdua berbincang scan tak jelas, patutnya dah 8 week. 
Di HSNZ, Kuala Terengganu. Nasib tak ramai orang. Risau musim covid-19 ni

Habis scan, doktor perempuan itu nak check laluan bawah, terdengar nama prosedur itu VE.
 Vaginal Examination. Haa pengalaman ini semua baru bagiku. Ingatkan nak scan ikut bawah , sekali VE ni kena masukkan alat ke dalam vagina tu. Fuh masyaAllah, sakit kena jolok dengan alat tu. Allahuakhbar ku jerit. Lepas habis prosedur tu, doktor panggil masuk ke bilik dia. Memang pening kejap bilik 6, kejap bilik 7, bilik 5. Nak nangis bangun lap darah keluar banyak. Doktor perempuan tu sahkan complete miscarriage dia buat prosedur tadi tu nak check ketebalan rahim, katanya "rahim tak tebal macam orang pregnant mungkin dah gugur. Sorry ya puan". Airmata ditahan dari keluar. Balik rumah rehat je, masa itu baru start tak solat sebab anggap darah itu dah jadi darah nifas bukan penempelan ke apa. Part darah ni memang banyak jenis. Susah nak faham jenis darah perempuan. Kena belajar kitab Feqah semula.

Malam 10 hb itu nak tidur tak boleh, seakan trauma dan terbayangkan scene dekat hospital. Rupanya masa itu hanya KUAT KERANA ANAK. orang kata kita akan kuat semangat demi anak. Sakit macam manapun wanita ini memiliki kekuatan yang luar biasa bila pasal anak. Once doktor kata dah complete miscarriage dan balik rumah duk termenung menangisi nasib, barulah jadi lemah. Yang tadi dekat hospital okay je kuat kena buat prosedur yang menyakitkan. Nangis semahunya. Sayu, kecewa, takut, sedih. Masa doktor kata begitu, husniey tak percaya sebab masih rasa sihat, tak ada sakit perut macam senggugut. Pengalaman sebelum ini memang sakit weh. Menggelupur. Malam itu baru terasa sakit dekat pinggang. Sakit sungguh. Tak boleh nak baring, kena duduk baru kurang sikit sakit itu. Esoknya bangun tidur tengok darah banyak juga dekat pad sampai terkena kain lapik. Sehari ada total 3 keping pad aje tukar. Darah berketul tu hanya keluar masa nak buang air kencing. Memang terasa ada sesuatu yang keluar tapi tak sakit sangat.

Baca dekat gambar. Klik untuk lebih jelas.
Hari kelima keluar darah check upt dah makin pudar. Biasanya walaupun ujian air kencing lewat petang dia akan naik 2 garis terang aje macam biasa.  Baby dah turun ni agaknya. Yang mana satu janinnnya ibu tak perasan. Banyak ketul darah merah gelap macam warna insang ikan tu je. Sedih namun inilah jalan yang dilalui😢. Semoga tahun 2020 ini direzekikan merasai pengalaman mengandung dengan selamat dan melahirkan anak pada tahun 2021. Aamiiin. Kita perlu doa lantun doa yang khusus. Moga Allah makbulkan doa kami. Lama menanti, bulan Mei 2020 cukup 6 tahun usia perkahwinan kami. Sampai ke saat ini masih ada darah yang keluar, cuma tak banyak dah. 17 April; hari kesembilan. Lama betul kali ini. 
11 Feb 2020 - Last period on 11 January


Sebenarnya tahun ini kali kedua husniey lekat. Baru-baru ini sebelum ke Tasik Kenyir dah turun bersama darah haid. 11 Februari check ada line samar-samar. Dua kali test cantik je naik even samar-samar. 13 Februari turun darah banyak sangat. Sekali dengan sakit memulas keluar juga ketulan darah. Pergi klinik swasta doktor kata UPT negatif ni, dah turun jadi haid. 18 Februari nekad nak je pergi Tasik Kenyir. Dalam hati takpe lah sebab rasa dah sihat ni, rehat lima enam hari macam tu sayang nak batalkan diri sebab kali ini baru dapat peluang travel ke Tasik Kenyir. Lagi pun ia sponsor trip, kerja sambil tenangkan fikiran. Alhamdulilah tenang sungguh, dapat release stress. 
Just sharing - - rakan-rakan yang bagi semangat kat husniey. Banyak lagi tak sempat screenshot. Thankyou

Thank you suami banyak bantu disaat ini, sedih duka sayang ni abang fahami. Tak menyalahkan sayang atau takdir kita. Terima kasih kekal tabah dan sabar, Moga rumahtangga ini terus bahagia dan penuh kasih sayang sampai bila-bila. Di kesempatan ini juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat ahli keluarga, rakan-rakan blogger, rakan-rakan sekolah, rakan di alam maya. Ramai yang luahkan rasa sayu dan turut terkesan dengan perkongsian berita sedih ini. Husniey jadi kuat bila ada di antara rakan-rakan ini berkongsikan pengalaman sama. Ada lebih 3 orang yang mesej dia juga keguguran, ada yang dah masuk 12 week. Allahu. Paling terkesan, rakan husniey sorang ni cerita dari A-Z pengalaman dia pregnant hingga melahirkan susah perit. Tiap fasa ada ujiannya tersendiri. 
Kagum dengan ketabahan wanita diluar sana. Buat lelaki tolong hargai wanita anda jangan dikasari. Husniey percaya ada hikmah yang Allah nak bagi. Tiap ujian itu berbeza hikmah yang husniey dapat pelajari. Jika ada sebarang cadangan, nasihat berkaitan entri ini boleh tinggalkan komen anda di kotak komen di bawah. Semoga sedikit sebanyak ada manfaatnya. 

Yang selalu kuat walau diuji perkara sama,
Husniey Husain 

JEMPUT BACA SINI ARTIKEL MENARIK;



You Might Also Like

13 comments

  1. In shaa Allah moga ada rezeki zuriat kemudiannya. Lepas ni terus lekat sampai jadi. In Shaa Allah. *tak tahu nak pujuk macamana, tapi still nak komen. ^^ you are strong woman!

    ReplyDelete
  2. Sedih,ya Kak PC sedih.Bersyukur,ya Kak PC bersyukur kerana Husniey dan suami redha sangat-sangat..percayalah semakin berat ujian Husniey dan suami semakin tinggi darjat di sisi Allah SWT dan nanti semakin manis nikmat dan hikmahnya..barangkali setiap zuriat yang keguguran itu sedang tunggu Husniey dan suami di syurgakan..barangkali nanti mereka menjadi pembela pada setiap air mata Husniey yang menitis menagisi kegagalan untuk mereka tumbuh dan berjaya hingga lahir.InshaAllah,Allah tidak akan selalu buat Husniey dan suami kecewa dengan keguguran..nanti dititipkan seperti yang kalian doakan.Aamiin.

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar. Sabar ya Husniey. Semoga Husniey dan suami diberi kekuatan menerima rezeki Allah. In sha Allah bila sampai waktunya. Jangan putus asa

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah ada rezeki lebih baik dan hebat Allah nak bg husni dan suami. Jangan terus bersedih ye. Kuatkan semangat. Dan terus positif.

    ReplyDelete
  5. Asalam simpati..banyakkan bersabar ya

    ReplyDelete
  6. Allahu.. tabah ye husniey semoga Ada rezeki nanti

    ReplyDelete
  7. Saya pun br seminggu keguguran.... Allahuakbar.... Perasaan yg susah nak digambarkan... Ini keguguran kedua buat saya.... Yang sulung dan yg ketiga... Anak yg kedua dah 4 thn.... Semangat dia nak jadi abg, tp x kesampaian.... Baby stop growth masa 8 mggu.... Smpai skang, saya xmampu nk tido malam.... X mampu nk lelapkan mata.... Bukan x redha.... Tp, perasaan yg sukar nk digambarkan..... Moga kita sama2 diberi rezeki lg selepas ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis, sme mcm sy.. bby xmembesar setakat 8w je.. akhirnye kuar drh.. tp bby still xkuar lg . Sis jtuh sdri k kne cuci?

      Delete
    2. Wsalam... Biasanya kena cuci tu.. Kena pergi hospital bahagian kecemasan nanti Dr akan check. Semoga dipermudahkan.

      Delete
  8. saya pun ada masalah sama.3x jd bnda yg sama. jadi pd julai 2018 saya rasa simtom pregnant sama mcm sebelumnya. saya terus pergi jumpa pakar obstetrik dan gynae swasta. alat scan dy canggih terus detect saya pregnant. saya tk buang masa saya cerita saya ada pglmn gugur. pakar tu bg saya ubat hormon untuk kuatkan rahim. nama nya utrogestan. saya ambil per vagina sejak awal mengandung hingga 7 bulan. masa awal mengandung pun hampir gugur smpai dapat injection. apa2 pergi ke pakar swasta. senang. semoga impian awak untuk menpunyai zuriat tercapai. saya fhm sgt perasaan awak.

    ReplyDelete
  9. salam. baru admit ward kat HSNZ jgk. incomplete misscariage. lagi lah rasa sedih sbb kita tahu bby still dlm rahim. tggu masa nk keluar. Allahuakbar. trpanggil utk baca blog Husniey. kite di uji berbeza2.. ni kandungan ke3 sy, masih menanti rezeki zuriat dr Allah. semoga sama2 dikurniakan zuriat yea. doa kan sy cepat2 complete misscarriage.

    ReplyDelete
  10. Sabar syg ni semua ujian untuk u.. I tau u kuat.. Insyaalah rezeki u smkin hampair bnyk2 doa yer.... 😘😘

    ReplyDelete
  11. Semoga Sis Husni di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Perkongsian yang mmbntu saya kurangkan stress yang dihadapi sepanjang 5thn ttc. Terima kasih sis.

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.