Wanita Dalam Haid Bolehkah Membaca Al-Quran?


Membaca al-Quran ketika kedatangan haid adalah suatu perbuatan yang merosakkan kehormatan al-Quran. Diharamkan ke atas wanita yang sedang haid membaca al-Quran dengan melafazkan atau isyarat daripada orang yang bisu. Sebagaimana al-Qadhi telah mengatakannya di dalam fatwa-fatwanya, kedudukannya sama dengan mengucapkan, walaupun sebahagian ayat seperti satu huruf misalnya. 


Dalam pengucapan huruf, jika berniat membaca huruf sebagai al-Quran maka ia berdosa walaupun ia meringkasnya. Hal ini kerana ia telah meniatkan satu perkara maksiat dan ia menggangap bahawa hal itu sebagai hal yang disyariatkan. Maka hukum pengharaman dilihat dari sisi ini, bukan dari sisi ia dinamakan al-Quran. Berdasarkan sabda Rasulullah saw; 

"Tidaklah boleh wanita yang haid dan juga orang yang junub membaca sesuatu daripada al-Quran" (Hadis Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi, dan Ibn Majah dari Ibn Umar r.a)


Pendapat ini merupakan kebanyakan ahli ilmu daripada kalangan para sahabat Nabi saw, para tabiin serta mereka yang selepasnya seperti Sufian Al-Thauri, Ibn al-Mubarak, Imam-al Syafi'i, Imam Ahmad bin Hanbal, Ishaq dan selain mereka. 


Asas pengharaman ini adalah jika dia qasadkan membaca al-Quran. Tetapi jika dia tidak qasadkan daripada pembacaan itu membaca al-Quran atau dia membacanya dengan maksud untuk berzikir seperti yang diucapkan olehnya ketika mendengar apa-apa bencana iaitu 'Innalillahwainnaillaihirajiun*' dan ketika menunggang kenderaan iaitu 'Subhana-alladhi sakh-khara la-na hadha wa ma kunna la-hu muqrinin. Wa inna ila Rabbi-na la munqalibuun*' atau dibacakannya dalam bentuk berdoa atau dibacakan ayat-ayat yang mengandungi pengertian doa. 

*Surah al-Baqarah 2:156

* Surah al-Zukhruf 43:13 


Dia pula tidak bermaksudkan dengan membacanya sebagai membaca al-Quran maka pembacaan dengan cara dan kaedah yang telah disebutkan di atas tadi tidak dikira sebagai suatu dosa terhadap dirinya dan tidak ada apa-apa halangan untuk dia melakukannya. 


Dilaporkan daripada Imam Malik bahawa beliau berkata:

"Wanita yang sedang dalam haid boleh membaca al-Quran dan orang yang berjunub tidak boleh membacanya kerana wanita yang sedang dalam haid jika tidak dibenarkan membaca al-Quran, akan menyebabkan dia terlupa ayat-ayat al-Quran yang telah dihafalnya, memandangkan hari-hari haid itu sangat panjang, berbeza dengan tempoh berjunub kerana masanya sangat singkat dan pendek." 


Riwayat yang kedua daripada Imam Malik bahawa: "Sesungguhnya ia boleh membaca ayat yang sedikit, tidak yang banyak". 


Rujukan muka surat 60/ 61 buku Darah-Darah Haid, Nifas & Istihadah 

(Tuan Guru Haji Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki)  


You Might Also Like

6 comments

  1. Terima kasih Husniey perkongsian. Waktu dalam haid satu masa yang sangat rapun untuk seorang wanitakan.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih share. Sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  3. terima kasih, bertambah ilmu baru harini

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  5. ada lagi banyak amalan2 boleh dibuat utk menggantikan membaca AlQuran ketika haid. pahala tetap banyakk insyallah..

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing ni husni. Pernah dengar tp lupa sokmo. Mujur baca semula ni haa..refresh blk ilmu2 lama tu.

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.