Pengalaman Dapatkan Temujanji Vaksin Covid-19 Dos Pertama

Boleh Cuba Cara Ini Untuk Yang Belum Menerima Tarikh Temujanji Vaksinasi Assalamualaikum dan Salam sejahtera. MasyaAllah lama sungguh tak me...




Boleh Cuba Cara Ini Untuk Yang Belum Menerima Tarikh Temujanji Vaksinasi



Assalamualaikum dan Salam sejahtera. MasyaAllah lama sungguh tak menulis panjang lebar disini. Semoga kalian dalam keadaan sihat walafiat. Kali ini husniey cuba mencari masa untuk menulis sedikit coretan disini. Pejam celik dah setahun lebih kita melalui keadaan pandemik virus covid-19. Sejak negara kita Malaysia tanah air tercinta terima bekalan vaksin, nampak ramai yang tak sabar nak merasa dan berharap akan menang secepatnya melawan virus ini. Namun proses vaksin pada awalnya berjalan agak perlahan, bayangkan dari awal tahun 2021 husniey mendaftar untuk cucuk vaksin pada bulan Februari. Tudiaa lama menunggu giliran. Sudah sedia maklum tentang program vaksinasi ini ada beberapa fasa kan. Mengutamakan para frontliners, golongan warga emas yang berisiko tinggi dan lain-lain. Kiranya orang dewasa muda mudi yang masih sihat lambat sikitlah dapat giliran.


Bulan berganti bulan masih lagi tak dapat panggilan temujanji, agak kecewa juga sebab di Selangor sudah ramai rakan-rakan sebaya husniey terima dos pertama vaksin jenis AstraZeneca. Tiba-tiba ada terbaca tweet popular tentang cara nak dapatkan temujanji vaksin dengan cepat dekat aplikasi Mysejahtera. Pada awalnya husniey tak yakin sangat pun. Then susulan tweet itu ada pihak Mysejahtera menulis di twitter bahawa cara itu adalah palsu, jadi dekat situ dah dua kali kecewa lah yer. Para netizen di twitter turut mengecam katanya tak salah pun nak guna kaedah Helpdesk untuk dapatkan tarikh temujanji cucuk vaksin. Yelah kalau dah lama sangat tunggu giliran. Okaylah jemput baca sampai habis ya. Guna saja cara ini pasti ada berita baik.


Langkah- Langkah Mendapatkan Tarikh Temujanji Vaksin di apps MySejahtera


- Lakukan sekerap mungkin, ambil masa kejap untuk refresh dekat bahagian profile dan update alamat, update status diri samaada mengandung atau menyusu. Pastikan juga aplikasi dalam keadaan UP TO DATE (perlu check dekat Play Store atau AppStore)




- Perkara kedua yang perlu diberi perhatian, anda juga boleh mendaftar secara atas talian (walaupun dah mendaftar di apps mysejahtera sebelum ini) melalui website https://www.vaksincovid.gov.my/




Cara yang terakhir adalah dengan menulis di helpdesk Mysejahtera

1) Pergi ke bahagian covid-19 vaccination, kemudian klik di vaccine information

2) Pilih Helpdesk' kemudian tekan 'Start' 

3) Scroll ke bawah sekali dan pilih 'Other Queries?' 
4) Kemudian pilih 'Other Issues'
5) Dekat ruang kosong tulis dah register sejak bulan berapa, dan masih belum dapat appointment pada tarikh hari ni. Menulis begini contohnya (ini cara husniey ye) "Daftar sejak Februari 2021 belum dapat dos pertama saya perlukan segera kerana keluar bekerja setiap hari". Nasihat husniey tulis ayat ringkas tapi padat dan perlu menyatakan sebab kenapa nak vaksin secepat mungkin. NantI akan dapat notifications dekat email anda. 

6) Kemudian tekan Submit





Setelah kali kedua husniey submit melalui helpdesk, dalam masa 24 jam husniey berjaya terima tarikh temujanji. Alhamdulilah! Tak sangka, rezeki sungguh. Lokasi pula berdekatan dengan rumah tak perlu memandu jauh. Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sebuah klinik swasta iaitu Pusat Perubatan Intan Paloh, Kuala Terengganu. Lebih menarik klinik ini kecil saja jadi tak perlulah berasak dengan ramai orang dan urusan vaksin siap tak sampai 20 minit! 


Dos pertama husniey pada 15 Julai 2021 jam 10.30 pagi. Masih ingat lagi dua tiga hari sebelum dapat temujanji husniey dah sampai tahap rasa bengang "eh bila lah giliran aku nak cucuk vaksin ni, daftar dah lama sangat sejak Februari kot. Kes tiap hari makin tinggi dah lah tiap hari kena keluar bekerja". Bebel seketul husniey.


- Tonton video di instagram -



Kesan Yang Dialami Setelah Vaksin Dos Pertama Sinovac

Lega bila sudah selesai satu babak. Tak sakit pun! Husniey menerima vaksin jenis Sinovac, tak demam dan tak ada rasa nak demam. Kesan yang paling ketara; mengantuk sepanjang masa, level mengantuk bukanlah biasa-biasa. Kalau cuba tahan mata ni dari tidur, ada rasa effect pening kepala. Jenuh jugalah layan perasaan mengantuk tu, lemau betul. Keadaan ini agak berbahaya kalau memandu jauh atau buat kerja pegang benda tajam. 


Tiga hari terasa kesan mengantuk gila! Namun disebaliknya rasa lega sebab tak demam, best pula balik kerja terus nak rehat dan masuk tidur lebih awal dari kebiasaan. Husniey selalunya payah nak lena awal. Pukul 11 memang dah kena baring dan berhenti tengok social media. Keadaan tidur pun kemain, nyenyak betul siap mimpi indah. Hahaha suka! Biasa kalau tidur awal husniey akan terkejut bangun tengah malam, ni takde pun terbangun. Pengsan terus.


Kemudian, start aje selepas vaksin tu lapar teruk weh. Haa sudah, padahal dah makan sebelum keluar rumah. Kesan cepat lapar ini terasa seminggu. Badan ni mengembang dengan jaya, fuh sabar jelah. Simptom lain yang ringan selalu pening-pening, sesekali buat kerja berat sikit angkat barang ke sana ke sini, akan rasa tak selesa dekat dada. Tapi okay tak teruk pun kejap saja. Lenguh dekat bahagian lengan pun ada tapi tak kuat la.




Tuan suami pun dah terima dos pertama. Dia lagilah jenis murah rezeki tiba-tiba ada doktor wakil dari PPV telefon suruh datang vaksin dekat Terengganu Trade Centre (TTC). Kami berdua 'sinovac clan' lepas cucuk terus boleh cakap cina, hahaa okay gurau jelah jangan nak serius sangat neh. Kami okay je mana-mana jenis vaksin. Tuan suami tak ada kesan sangat lepas cucuk haritu cuma dia kerap lapar, lapar sepanjang masa keadaan ini berlangsung lebih kurang seminggu. Harap dos kedua nanti baik-baik saja. Doakan moga tak lama lagi Malaysia capai herd immunity dan bebas bergerak ke sana sini bila dah ramai vaksin. Aaaminn. Rindu nak merentas negeri. Semua orang dah rindu mak ayah di kampung, ada banyak urusan tergendala dan terpaksa cancel gara-gara pandemik. Jom vaksin tau. Moga yang belum dapat temujanji terus dapatkan tak lama lagi. Terima kasih baca perkongsian ini moga bermanfaat yer ~



Love,

Husniey

You Might Also Like

5 comments

  1. Alhamdulillah ramai dah dapat vaksin kan, semoga ia menjadi asbab untuk kita dapat kembali kepada kehidupan yang sedia kala, aamiin in shaa allah

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. rezeki tu within 24 hours dapat. Ain buat juga helpdesk tu tapi almost a week juga baru dpt. Tak apa janji dapat. Tunggu 2nd dose pulakk

    ReplyDelete
  3. Syukur sangat-sangat. Lega bila dah mula dapat vaksin kan Husniey. Ini salah satu usaha kita.

    ReplyDelete
  4. Tahniah husniey dapat awal, kak dah buat semua cara yg husniey ajar, baru ni akak ada call talian vaksin dan sambil nak tanya pasal vaksin aboh kak, tanya yg akak punya dia kata 2-3minggu lagi akan dipanggil tunggu jer panggilan nanti,

    ReplyDelete
  5. Tahniah kak
    Rabia dah settle dos pertama prifzer

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.