Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen Terbaik, Melindungi Kulit Dari Sunburn

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga baik baik saja ye. Disini lama husniey tak berkongsi review produk kecantikan, jemput baca sampa...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga baik baik saja ye. Disini lama husniey tak berkongsi review produk kecantikan, jemput baca sampai hujung entri ye. Hansaegee Nature adalah brand yang sedang menempah nama sekarang ni, husniey dah kenal brand ni sejak 2019. Banyak kali repeat guna so far semua best!

Fungsi Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen 

Mari husniey kenalkan produk terbaru Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen, of course husniey dah mencubanya sendiri. Bahan di dalam aloe vera sunscreen ini ialah ekstrak aloe vera (aloe vera juice), tujuannya ialah membantu tenangkan kulit yang bermasalah dan iritasi pada kulit, paling best fungsi aloe vera juice juga dapat menghidrasi keadaan kulit. Jadi akan sentiasa nampak lembap je. 


Kandungan Bahan:

  • Glycerin, Sodium Hyaluronic, & Allantoin

Mengandungi ekstrak tumbuhan semulajadi seperti Aloe Barbadensis Leaf Juice, Centella Asiatica Extract, Morus Alba Bark Extract, dan Orchid Extract.

  • Alcohol-Free, Paraben-Free, Silicon-Free, Sulfate-Free, Allergen-Free

Cara Menggunakan Aloe Vera Sunscreen 

Selepas membersihkan muka dan lakukan rutin penjagaan kulit yang asas, picit sikit sunscreen tu tak perlu banyak, sapu sunscreen pada keseluruhan muka, untuk menutup bahagian yang terdedah daripada sinaran UV. 


Kebaikan Yang Terdapat Pada Aloe Vera Sunscreen

Menarik tentang aloe vera sunscreen  , fungsinya adalah untuk melindungi kulit dari kesan cahaya matahari, melembapkan serta meredakan kulit (calming skin). Lagi best sebab ada spf 50+ PA+++, teksturnya pun ringan tak rasa melekit bila sapu pada keseluruhan wajah. Penting ya untuk pastikan kita apply sunscreen sebelum keluar rumah, keadaan cuaca yang selalu panas terik boleh menyebabkan kulit mudah terdedah bahaya dan jadi tidak sihat.


Husniey selalu keluar rumah dan jenis kulit ni agak cepat sunburn kalau tak ada protection. Bila adanya aloe vera sunscreen ni lega sikitlah kan. Fungsi utama nya melindungi kulit dari kesan sunburn, block UV. Bukan itu saja, boleh buat ia sebagai make up base jugak. Selalunya husniey pakai sebelum make up. Make up jadi lebih smooth.

Kesan lepas pakai sunscreen ini akan nampak biasa je takde white cast, dan akan nampak kesan kulit lebih cerah. Dan biasa kita kalau pakai sunscreen, muka akan nampak pucat, atau putih putih kena White Cast kat muka, especially bawah cahaya matahari, tak cantik. Tapi Aloe Vera Sunscreen, ini langsung tiada warna apabila disapu pada kulit, tetapi ia blend smooth dan baik pada kulit, kemudian boleh memberikan sedikit kesan warna kulit yang lebih cerah secara semulajadi. 


Review Setelah Guna Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen 

Jangan risau ia sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Kegunaan hanya untuk siang hari. Bila dah gunakan sunscreen ni, nak tanggalkan pun mudah, tak ada kesan pada tisu. Bersih je tau. Paling suka sunscreen ni mudah dibawa kemana-mana, ambil masukkan je dalam beg tangan. Saiznya yang mudah bawa travel serta ringan.



Baik untuk orang kulit sensitif juga, kerana kandungan yang baik boleh memberi perlindungan kepada kulit. Husniey dah serik nak repair kulit bila berlakunya sunburn. Sunburn ni bukan je boleh buat kulit gelap malah rosak tau. Jeragat pun boleh naik. Haishh risau kan. 

Memang sesuailah aloe vera sunscreen ini untuk orang yang ada masalah kulit sensitif, bahan yang terdapat dalam sunscreen juga terbaik tidak membahayakan kulit. Korang yang berminat untuk pembelian produk Hansaegee nature boleh melalui website.


Info penuh serta maklumat lanjut rujuk di sini 

🍁Brand: Hansaegee Nature 

🍁Website: www.hansaegee.com/shop

🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature 

🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

.

.

#aloeverasunscreen

#skincareroutine

#hansaegeenature

#aloeverajuice

You Might Also Like

0 comments

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.