Rumah Banglo Tepi Pantai Menjadi Impian

Membina Rumah Banglo Impian Design Ala Resort  Setiap orang mempunyai cita-cita untuk membina rumah hak milik sendiri yang terbaik. Jika...

Membina Rumah Banglo Impian Design Ala Resort 

Setiap orang mempunyai cita-cita untuk membina rumah hak milik sendiri yang terbaik. Jika ada modal lebih atau pun dikurniakan rezeki melimpah ruah pastilah tidak melepaskan peluang untuk membina rumah banglo idaman. Ciri-ciri rumah idaman yang mana akan menjadi idaman. Reka bentuk menjadi keutamaan sebelum memulakan projek membina rumah idaman anda, setelah itu barulah kita akan mencari pemaju berkalibel untuk merealisasikan impian. Setelah kita membeli tanah atau telah mengenal pasti tanah yang ingin kita beli. Mulakan dengan mencari idea-idea binaan rumah. 

https://mymaldives.com/wp-content/gallery/the-beach-house-at-iruveli-maldives/beach-house-iruveli-maldives-resort-grand-water-pavillion.jpg



Kenapa Syok Bina Rumah Banglo Design Resort?

Perkara utama dan pertama dalam membina rumah idaman ialah menentukan konsep reka bentuk. Tersilap memilih konsep rumah idaman, pasti anda akan merasa tidak berpuas hati dengan hasilnya. Jadi ia merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian.

Menggemari rumah ala resort kerana ingin memasukkan elemen natural dalam membina rumah di tepi pantai. Resort di Langkawi sangat sesuai untuk dijadikan rujukan bagi menjayakan misi membina rumah idaman. Elemen rumah yang ala resort ingin dibina husniey ingin terapkan dan masukkan konsep Boutique Resort. Gabungan warna akan memainkan peranan penting untuk mendapatkan kesan binaan agar terlihat mewah. Bila sebut resort kita dapat membayangkan konsep yang pasti akan ada binaan kayu serta batu. 

Faktor iklim di Malaysia menjadi peranan asas dalam mereka bentuk rumah. Kekerapan hujan menghasilkan reka bentuk atap yang lebih cerun dan rumah bertiang tinggi. Manakala cuaca yang panas menyumbang kepada reka bentuk lebih terbuka seperti membina tingkap yang banyak dan beranda. Jadi rumah banglo design ala resort sesuai dijayakan kerana mempunyai asas yang tepat dalam membina rumah banglo ideal

Tidak sukar mencari ilham untuk menentukan konsep kediaman, kerana idea boleh dicari dengan pencarian di internet. Banyak gambar rekaan rumah yang boleh dirujuk. Husniey ingin membina sebuah rumah banglo dengan rekaan resort. Pembinaan rumah design ala hotel di Langkawi. 


Kalau Saya Nak Buat Rumah Banglo Dengan Rekaan Resort, Saya Akan Bina Design Ala Hotel Di Langkawi Kerana 

Umum mengetahui bahawa Pulau Langkawi merupakan pusat perlancongan terkenal di Malaysia dan juga terkenal di mata dunia. Di Pulau Langkawi terdapat ratusan resort dan hotel yang terkemuka. Terdapat banyak penginapan dan resort yang mewah, unik yang boleh dijadikan inspirasi serta rujukan dalam membina rumah idaman. Baca disini 22 Hotel Murah Di Langkawi 2019 Harga Murah Terbaik!

Antara jenis konsep rekaan rumah yang boleh di ketengahkan dalam membina rumah idaman ialah; rekaan rumah banglo yang bercirikan Moden dan Tradisional. Sangat berkenan dengan konsep moden serta digabungkan dengan ciri-ciri tradisional. Menariknya lagi, sebagai orang Melayu kita pasti akan bina rumah dengan mengekalkan serta menampakkan konsep rumah tradisional. Uniknya binaan rumah berkonsepkan rumah Melayu tradisional ia mencerminkan cara hidup dan sikap orang Melayu yang bersikap terbuka. 

http://cdn.architecturendesign.net/wp-content/uploads/2014/08/Lily-Beach-Resort-Spa-03.jpg


Menyentuh sedikit tentang ciri-ciri nya, contoh rumah berkonsep tradisional pasti ada beranda, dengan adanya beranda konsep terbukanya sesuai untuk menyambut tetamu pada bila-bila masa di beranda milik tuan rumah. Tidak hairanlah banyak kini resort di Langkawi yang menerapkan reka bentuk tradisional dan moden. Rekaan rumah banglo ala resort perlu memandang serius kepada binaan tingkap dan pintu lipat. Bagi mengurangkan lagi kepanasan, lubang angin di atas tingkap dan bumbung perlu direka khas untuk menambah keselesaan. 

https://ffcp.s3.amazonaws.com/tfc/Resorts/turtleinn/dwellings/beach_house/_MGL3564-m.jpg
Artikel tentang travel baca di 
sukamakanjalan.blogspot.com 
Hotel Menarik di Malaysia

Husniey suka beberapa jenis design resort yang binaan dan reka bentuk terdapat ciri-ciri tradisional dan moden. Sesuai dirujuk untuk membina rumah idaman pasti nampak lebih ekslusif. Paling penting bagi membina sebuah rumah banglo adalah dengan memastikan kedudukan tingkap diletakkan pada bahagian betul diseluruh rumah supaya setiap bilik dan ruangan di dalam rumah menerima cahaya dan punya laluan angin yang tepat supaya ahli keluarga selesa dan rumah tidak kelihatan suram. Jika kekurangan cahaya masuk akan menyebabkan suasana rumah di siang hari turut gelap. Laluan angin juga memain peranan penting dalam membina reka bentuk rumah. Sudah dapat membayangkan bagi halaman di rumah banglo akan dipenuhi dengan tanaman seperti pokok kelapa, pokok rhu, pokok ketapang  serta beberapa jenis tanaman lain yang memberi sumber makanan kepada penghuni memberi suatu panorama yang menarik di sekeliling kediaman. 


Kenapa Nas Nuri Construction Kontraktor Rumah Pilihan Saya

Jika konsep dan rekaan telah ditentukan, perancangan pembinaan mesti diteruskan. Syarikat kontraktor perumahan yang menjadi pilihan ialah; NAS Nuri Construction SDN BHD. Sedikit pengenalan tentang syarikat NAS Nuri yang telah beroperasi sejak tahun 1996. Telah banyak terlibat dengan projek kerajaan persekutuan dan negeri serta swasta seperti baik pulih sekolah, bina bangunan tambahan sekolah, kerja pembersihan, pembinaan jeti, kediaman, perumahan, baik pulih sekolah dan bangunan kerajaan. 

Pada tahun 2009 syarikat NAS Nuri mengambil keputusan untuk mewujudkan NAS Nuri Construction SDN BHD dengan menumpukan binaan rumah banglo milik persendirian. Sejak hujung 2009 sehingga kini NAS Nuri telah terlibat dalam 100 kerja membina kediaman dan juga renovasi. Kini mempunyai 9 staf serta 30 orang pekerja tapak bagi melancarkan kerja-kerja binaan. 


Klik video disini untuk mengetahui lebih lanjut tentang 
Langkah Mudah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Yakin dengan kemampuan syarikat kontraktor Nas Nuri kerana pasti dapat merealisasikan impian membina rumah banglo ala resort yang bercirikan tradisional serta moden. Bayangkan sebuah rumah banglo mewah idaman yang boleh dijadikan tempat bersantai bersama keluarga untuk melarikan dari suasana hiruk pikuk kota raya. 


Maklumat lanjut mengenai syarikat kontraktor 

You Might Also Like

6 comments

  1. tepi pantai syok.. tp kalo besi cpt berkarat.. huhu

    ReplyDelete
  2. cantiknye.. inshaallah dimurahkan rezeki nak jugak ada rumah persinggahan di tepi laut.. nyaman nya melihat alam semula jadi..

    ReplyDelete
  3. I think it's everyone's dream to own a place next to the ocean.
    Kalau lah ada rezeki, memang buat satu rumah idaman tepi pantai untuk ayah and my family untuk habiskan sisa hidup kat situ.
    That would be nice.

    ReplyDelete
  4. menarik jugak kalau dapat rumah macam ni. memang nak keluar pergi kerja pun malas. haha

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.