11/03/2021 12:15:00 pm
9 daripada 10 warga pertengahan usia Malaysia berasa bimbang akan kesihatan tulang mereka dan bagaimana ia mungkin mempengaruhi kekuatan dan...
9 daripada 10 warga pertengahan usia Malaysia berasa bimbang akan kesihatan tulang mereka dan bagaimana ia mungkin mempengaruhi kekuatan dan pergerakan ketika usia emas mereka

Selangor, 20 Oktober 2021 - Dalam tinjauan terbaru yang dijalankan di kalangan warga Malaysia berusia 40 hingga 59 tahun, didapati bahawa 95% daripada responden berasa bimbang akan kesihatan tulang mereka dan bagaimana ianya mungkin boleh mempengaruhi kekuatan dan pergerakan mereka apabila usia mereka meningkat. Tiga faktor penyumbang utama yang membimbangkan mereka adalah kurang bersenam, pendedahan kepada cahaya matahari yang tidak mencukupi (untuk penghasilan vitamin D dalam badan bagi membantu penyerapan kalsium) dan mengelak daripada mengambil produk tenusu (yang merupakan sumber kalsium harian).
