7/18/2020 11:40:00 pm
7/05/2020 12:51:00 pm
PORT MAKAN TENGAH HARI BERANEKA MASAKAN KAMPUNG DI CAMERON HIGHLANDS, PAHANG
7/05/2020 12:51:00 pmMakan Tengahari Best Wajib Cuba Di Cameron Highlands | Warung Highlands Makmur Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pejam celik k...
Makan Tengahari Best Wajib Cuba Di Cameron Highlands | Warung Highlands Makmur
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pejam celik kejap saja masa berlalu. Rupanya sudah dua tahun tak jejak kaki ke Cameron Highlands. Rungsing bila travel dengan ahli keluarga, kalau husniey dengan tuan suami travel berdua aje tak kisah sangat, sebab memang suka mencuba makanan yang popular di tempat itu. Mestilah kan kita akan mencuba makanan yang viral di Cameron Highlands.
Namun bila travel dengan ahli keluarga dalam ramai-ramai tu mestilah ada yang seleranya cenderung kepada nasi berlauk kampung. Hari pertama jalan-jalan dalam Kampung Taman Sedia Cameron Highlands, husniey terpandang Warung Highlands Makmur. Esoknya waktu nak makan tengahari ajaklah suami makan disini.
Menariknya ada pelbagai jenis masakan kampung sesuai untuk warga tempatan dan pelancong yang mencari juadah untuk makan tengahari.
Menariknya ada pelbagai jenis masakan kampung sesuai untuk warga tempatan dan pelancong yang mencari juadah untuk makan tengahari.
Paling penting anda tak perlu risau ia Halal, warung ini milik orang Melayu Islam berasal dari Pekan Pahang. Konsep kedai ini dekorasi seperti kafe, memang nampak dekorasi dalam kedainya itu seakan sebuah kafe yang mewah. Namun bila tengok harga makanan berpatutan seperti anda makan di warung kebiasaan. Terbaik!
![]() |
| Pelanggan yang hadir ke sini |
![]() |
| Bersama tuan suami menjamah menu yang dipilih kami. See, laju dia makan husniey lambat lah sikit sebab perempuan kan nak boleh mula makan tu kenalah ambil gambar dulu 😂 |
| Family In Law sedang menjamah selera |
Waktu jam 11 pagi tepat dah mula ramai pelanggan yang datang menyerbu masuk untuk menjamu selera di Warung Highlands Makmur. Tempat letak kereta tak susah di sekitar warung ini. Tak perlu jauh berjalan kaki. Suasana kedai yang selesa dan punya banyak meja dan kerusi tak perlulah rungsing.
![]() |
| Ikan bakar talapia dan keli bakar. SEDAP WEH! Turut ada keli goreng juga |
![]() |
| Stesen yang ada pelbagai sambal serta ulam-ulaman |
Antara menu yang menjadi pilihan pelanggan ialah; Ikan bakar, pais ikan patin, gulai, masak lemak, asam pedas ayam, kari ayam, kambing, daging, ulam, budu, kerabu, ikan talapia goreng kunyit, seafood pun ada dan ulam-ulaman yang segar boleh dinikmati bersama sambal belacan, budu serta cencaluk. Fuhh, terliur bukan? Macam macam ada. Pendek kata, memang wajib datang sini kalau dah tiba di Cameron Highlands 😉
![]() |
| Keli Bakar Guys ~ |
| Menyelerakan |
Menu-menu yang disajikan pula insyaAllah yakin mesti kena dengan selera semua lapisan masyarakat. Lauk pauk yang paling memikat hati husniey ialah, ikan talapia goreng digoreng garing sedap dimakan bersama sambal belacan serta telur masin. MasyaAllah nikmat betul makan nasi panas sambil layan suhu sejuk di Cameron Highlands.
Kami dah terpacak dekat warung ini jam 11 pagi, haah jam 11 pagi dah makan tengahari tak mahu bersesak dengan ramai orang. Musim pandemik covid-19 ini jarak sosial tetap kena jaga. Jam 1-2 tengahari itu biasanya kedai macam ni dah banyak lauk pauk habis kan. Tapi yang bagusnya team Warung Highland Makmur memang akan selalu tambahkan demgan lauk pauk baharu. Tak perlu risau yer, kedai buka operasinya sehingga waktu petang.
![]() |
| juga tersedia untuk dinikmati bubur pulut hitam |
![]() |
| Dalam pinggan kami.. 😍😋 |
![]() |
| Ulam jangan dilupakan |
Kami dah terpacak dekat warung ini jam 11 pagi, haah jam 11 pagi dah makan tengahari tak mahu bersesak dengan ramai orang. Musim pandemik covid-19 ini jarak sosial tetap kena jaga. Jam 1-2 tengahari itu biasanya kedai macam ni dah banyak lauk pauk habis kan. Tapi yang bagusnya team Warung Highland Makmur memang akan selalu tambahkan demgan lauk pauk baharu. Tak perlu risau yer, kedai buka operasinya sehingga waktu petang.
Seronok kan korang lepas pergi memetik buah strawberi di ladang strawberi boleh terus singgah ke tempat makan best dalam Kampung Taman Sedia ini, insyaAllah menu tersedia pasti memikat selera anda.
Warung ini menyediakan pelbagai masakan kampung yang sedap, confirm korang makan sampai licin pinggan, hee.
Baca sini juga: Ayam Panggang & Menu Enak Dinikmati Di Kedai Ayamas
Dengar kata ia juga sudah menjadi sebutan dan seringkali menjadi tempat makan pilihan warga tempatan dan pelancong untuk singgah makan. Overall semua okay, harga berpatutan kedai selesa. Nanti nak repeat lagilah. Semoga entri ini bermanfaat ya.
Rating diberikan:
Keselesaan ~ 4.6/5
Pilihan Makanan ~ 4.5/5
Dekorasi & Kebersihan ~ 4.8/5
Keenakan Menu ~ 4.6/5
Untuk Maklumat Lanjut | Warung Highlands Makmur
📍Lokasi & Waze : TAC Makmur Cafe,
Kampung Taman Sedia,
Kampung Taman Sedia,
Cameron Highlands (berhadapan PDM Chalet)
Instagram: instagram.com/warunghighlandmakmur/
Facebook Page: facebook.com/warunghighlandmakmur/
Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan
Waktu operasi : 11 pagi - 6 petang
11/30/2018 11:30:00 pm
Syok Bercuti di Cameron Highlands Pada Raya Aidiladha 2018
11/30/2018 11:30:00 pmBaca sini juga: Penginapan Mewah Best di Brinchang Sarapan pagi, Makan Tengahari dan Makan malam best di Tanah Rata Al Kisah Ro...
Baca sini juga:
AKTIVITI DI BOH SG PALAS
Aktiviti pada pagi hari kedua di Cameron Highlands ini dimulakan dengan lawatan ke Ladang Teh Boh Sg Palas, kami masuk pada pukul 11.15 pm. Rupanya dekat aje dengan tempat penginapan kami di Nova Highlands Residence. Lebih kurang 3.5 km untuk masuk ke BOH Centre. Dinasihatkan kepada anda yang nak ke sini, perlu hati hati kerana disini jalannya terlalu sempit dan curam. Husniey dan tuan suami hampir nak jatuh ke tepi pelik perangai orang kita ni jalan tak comel pun gelojoh jugak nak pandu laju. Ada beberapa jalan tak sesuai dilalui 2 kereta sekaligus sebab memang sempit, ada yang selekoh tajam. Fuhh pendekkan cerita memang seram nak masuk ke dalam tu. Terpaksa tekan hon kalau lalu selekoh tajam yang ada bukit menghalang pandangan, bahaya tu nampak kalau ada kereta dari arah bertentangan.
Tak perlu bayaran masuk untuk melawat ke sini. Parking disediakan pun tak diperlukan bayaran. Sangat dicadangkan untuk anda melawat BOH Centre dan ladang teh BOH ini. Paling best di BOH Centre boleh borong teh untuk buat souvenirs atau untuk tambah stok keperluan di rumah, hee. Jenis jenis produk teh yang dijual disini juga yang tak pernah dilihat di pasaran. Nampak macam semua sedap je. Rambang mata duk pilih.
View di BOH SG Palas
Pelbagai jenis teh dijual di BOH Centre
Produk teh yang unik di BOH Centre. Harga lebih murah jika dibeli disini. Apa lagi yang menariknya disini? Mestilah permandangan ladang teh yang terhampar seperti karpet kalau tengok dari atas. Cantik sangat! Tenang sungguh bila melihat kehijauan. Terdapat juga kafe untuk makan dan minum, kalau tak silap pernah tengok beberapa drama di kaca TV berlakon di sini. Musim cuti sekolah agak padat dengan pengunjung dan tak nampak cantik suasana di kafe. Husniey dan suami tak makan pun kat sini. Rasanya kalau nak makan kek harga lebih murah sedikit di Cameron Valley Tea House.
CAMERON VALLEY SESUAI UNTUK PHOTOSHOOT
Ini lagi senang tempatnya nak masuk tepi jalan. Cameron Valley bukan biasa biasa permandangan ladang tehnya. Husniey dengan tuan suami siap photoshoot lepas solat Aidiladha. Pada mulanya saja je nak lalu ke situ, rupanya Cameron Valley ini memang dibuka walaupun pada hari raya Aidiladha.
Cameron Valley Tea House
Menu best. Teh coklat dan kek disini semua sedap sedap! Total hangus makan semasa kali kedua disini RM 27.70
Permandangan indah. Nak masuk ke ladang ni kena bayar ye
Done bergambar di ladang teh
Untuk bergambar di ladang teh dikenakan cas bayaran masuk RM 2 seorang dewasa. Puashati bergambar disini sebabnya orang masih tak ramai masa kami mula masuk ke ladang. Makan kek di Cameron Valley, kek Chocolate Indulgence sedap. Coklat tea sedap kat sini. Ala teh tarik rasanya tapi rasa coklat dan teh tu sebati. Sedap dan unik! Dua kali kami makan dan minum disini.
Bagi husniey kalau tak ada bajet mana tak perlu masuk pun. Lagi lagi kalau datang bawa anak ramai tu, kesian pula. Kalau mampu tak apalah. Setelah penat berjalan dan bergambar di kawasan kebun bunga ni husniey dan suami pergi ke dobi di Tanah Rata. Dah bawa siap dalam kereta baju kotor yang nak dibasuh di dobi layan diri.
KUTIP STRAWBERI DAN BERGAMBAR DI CAMERON LAVENDER
Kalau anda punya banyak masa bolehlah meneruskan aktiviti ke Cameron Lavender, kawasan ini agak sibuk dan parking agak susah. Ada tempat letak kereta yang disediakan tapi adakalanya tidak mencukupi. Hati hati melintas jalan kalau ke sini, lokasinya terletak di tepi jalan utama. Kutip strawberi di kebun yang bersebelahan Cameron Lavender, banyak juga strawberi yang dah merah. Dekat sini juga ada tanaman bunga bungaan yang berwarna warni, boleh bergambar cuma dilarang masuk ke dalam kawasan kebun tu. Risau rosak pulak pokok tu nanti. So tak boleh lepas dari tali yang diikat pada kawasan sekitar kebun bunga tersebut.
Merah kan strawberi! 😍
Geram tengok. Strawberi segar
Ni dekat kebun bunga dalam kawasan sama dengan strawberi ni
Sebelum terlupa tidak ada bayaran masuk dikenakan untuk masuk ke kebun strawberi ini. Kami dapat kutip 300 gram buah strawberi, dapat harga RM 20 sahaja. 100 gram bersamaan RM 6 kata pekerjanya. Murah dah sebenarnya kat tempat lain husniey pergi tanya dah mahal, buah pun tak banyak mana.
JALAN JALAN DI LAVENDER GARDEN
Selepas kami habiskan masa bersama di kebun strawberi kami ke Cameron Lavender sebelahnya ni. Besar juga tempat ni. Agak padat masa musim cuti. Penuh orang, jenuh kami laki bini cari sudut terbaik untuk bergambar. View bunga cantiklah dekat sini, tapi kalau ramai orang musim cuti tak digalakkan masuk, tak cantik gambar korang kena photobomb hihi. Suasana sekitar Cameron Lavender cantik. Cas yang dikenakan bagi dewasa RM 10 dan kanak kanak RM 7.
Husniey merasa aiskrim Lavender yang orang kita duk viral sangat tu, berharga RM 6 satu. Nasiblah beli satu je, rasa dia biasa je. Memula rasa aiskrim tu husniey rasa macam pelik dan macam tak sedap pun ya. Rasa bunga pun yer, haha dah nama pun aiskrim perisa lavender kan🤭

Bergambar dengan bunga bungaan
Gambar banyak sangat jadi kita cantumkan jelah senang. Haha 😂
Bagi husniey kalau tak ada bajet mana tak perlu masuk pun. Lagi lagi kalau datang bawa anak ramai tu, kesian pula. Kalau mampu tak apalah. Setelah penat berjalan dan bergambar di kawasan kebun bunga ni husniey dan suami pergi ke dobi di Tanah Rata. Dah bawa siap dalam kereta baju kotor yang nak dibasuh di dobi layan diri.
Sempat bergambar di tepi jalan sebelum pulang ke hotel. Balik ke bilik, rehat dan terlena lepas maghrib. Sedar pukul 10.30pm dah terus kejut suami ajak pergi makan. Dah lah esok raya haji kan berlapar kita nanti kalau kedai semua banyak tutup 😌
Tepi jalan je ni.. Lokasi wajib bergambar
BAJET HANGUS DI CAMERON HIGHLANDS 21 OGOS + 22 OGOS 2018
- Shopping di BOH Sg Palas RM 75
- Petik strawberi sebelah Cameron Lavender (RM 20 bersamaan 300g)
- Makan pagi @ Cameron Valley Tea RM 27.70
- Bergambar di ladang teh Cameron Valley RM 4
- Cameron Lavender RM 20
- Aiskrim Lavender 1 RM 6
- Minuman RM 3.80
- Beli petai 2 ikat RM 15
- Dobi Self Servis Basuh & Kering RM 15
- Makan malam di Tanah Rata RM 22
- 7 Eleven beli topup, minuman, snek RM 22.40
📍 Jemput tonton video di YouTube
10/26/2018 10:36:00 am
Apartment Mewah di Brinchang
10/26/2018 10:36:00 amAssalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Moga sihat hendaknya. Kalau anda mengikuti husniey di media sosial seperti faceboo...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua.
Moga sihat hendaknya. Kalau anda mengikuti husniey di media sosial seperti facebook dan instagram pasti tahu mengenai percutian husniey pada Ogos lalu di Cameron Highlands. Birthday trip pada 20 Ogos dan turut sambut hari raya Aidiladha disana semasa jemaah haji sedang melakukan haji & ibadat umrah. Ketika buat carian di google dan baca blog blog lain ramai juga yang suggest untuk menginap di kawasan Tanah Rata atau pun Brinchang. Husniey dan tuan suami memilih untuk menginap di kawasan Brinchang. Okay jugalah masuk je kawasan Brinchang terus nampak bangunan apartment mewah ni.

Nova Highlands Resort & Residence Jadi Pilihan
Memilih menginap di apartment resort ini sebabnya rasa tertarik hati ni melihat gambar di internet, lawa rekaan dalamannya. Memula tengok dekat aplikasi yang agak popular untuk buat tempahan penginapan; mahal weh dekat RM 1k dua malam,
memang tak mampulah husniey dengan harga sebegitu.. Husniey buat tempahan agak last minute sebenarnya, terasa nak tengok laman Airbnb lama dah tak survey penginapan disitu. Airbnb ini laman web yang anda boleh guna untuk buat tempahan Guesthouse / Rumah Tumpangan / Rumah Percutian. Selalunya rumah yang disediakan diiklankan di Airbnb ini tersangatlah moden, rapi dan bersih. Yang penting harga juga berpatutan dan sesuai bagi semua traveller tak kisahla kalau korang yang jenis travel bersama keluarga, kawan kawan. Sesuai je nak menginap di guesthouse

Ruang tamu yang luas, lega sangat Suka ruang tamu dalam apartment ni, disediakan sofa yang besar boleh duduk dengan selesa (*tuan suami siap tertidur kat sofa lagi, selesa sangatlah tu). TV juga turut disediakan di ruang tamu
Suka ruang bilik dia boleh tengok ruang tamu, selak je langsir ni. Bilik macam ni comel je untuk pasangan bulan madu. Hihi
Di Nova Residence ni husniey dapat bilik jenis studio, ia menawarkan reka bentuk terkini dengan akses Wi-Fi, dan rumah ini sempurna untuk pasangan dan keluarga kecil.
Bilik studio ini dilengkapi dengan 1 katil queen, ruang tamu, dapur kecil dan bilik mandi. Dapur dilengkapi dengan peti sejuk, microwave, cerek, pinggan, mangkuk dan cawan. Tak ada dapur disediakan untuk memasak tapi setakat untuk panaskan lauk atau makanan segera boleh guna microwave. Paling penting tempat sejuk seperti cameron ni elok sangatlah hos apartment ni sediakan pengering rambut. Senang nak keringkan rambut. Seterika dan papan seterika juga ada disediakan, tak payahlah susah bawa dari rumah kan. Husniey tengok baru lagi masih berbalut plastik. Datang Cameron Highland tak perlu cari penginapan yang ada aircond, sebab dengan kipas pun dah sejuk gigil tau! Banyak kali kami suami isteri duk on off kipas, terus tutup.

Senang, kesemua kemudahan asas ada disediakan. Syampu, gel, itu razor serta sikat pun ada. Ni kalau tertinggal barang keperluan gini tak perlu resah
Balkoni menghadap ke bukit yang kehijauan menjadikan anda menikmati angin pagi yang menakjubkan. Serius best suasana pagi di sini. Bagi anda yang memandu, ruang parking ada banyak tak berebut la dengan tetamu lain.
Ada restoran dan kafe terletak di dalam pusat membeli-belah, sangatlah dekat hanya beberapa minit jalan kaki dari apartment naik turun lif aje, heee. Kami haritu tak sempat nak tea break dekat Old Town Cafe kat situ, haha. Kami cuma pergi 7 Eleven aje duk cari bekalan makanan dan minuman.

View dari balkoni awal pagi. Indah sungguh😍
Di kawasan luar apartment. Walking distance
Kemudahan yang disediakan dalam apartment
- Peti sejuk mini
- Cerek elektrik
- Perkakas dapur asas (pinggan, mangkuk, sudu, gelas)
- 1 katil saiz queen, 2 bantal dan 1 selimut
- 1 bilik mandi dengan pemanas air
- Almari dengan hanger
- 2 Tuala (tuala tambahan dikenakan cas)
- Gel mandian & Syampu, Razor, Sikat
- Pengering rambut
- Kipas siling (Kawasan ruang tamu)
- Kipas Berdiri (di Bilik)
- Kemudahan lif
- Tempat parkir kereta percuma
Husniey suka kawasan ni permandangan dari balkoni rumah ni boleh buat kita tenang sebab nampak berkabus dan ada kehijauan serta udara segar masuk dari pimtu balkoni.
Rasa menyesal husniey tak bawa laptop, bukan lupa tapi fikir 'arghh malaslaa berat nanti banyak barang'.
Harga yang husniey dapat ketika buat tempahan last minute RM 199 semalaman, dua malam jumlahnya RM 398 kan, itu belum termasuk cleaning fee dengan service fee yang dicas oleh Airbnb tu.. Total bersih dua malam menginap termasuk pelbagai kemudahan dan servis cas RM 486. Haa tak adalah mahal sangat nak dibandingkan dengan website lain yang husniey survey cecah RM 1K huuihh :D
So rumusan tentang penginapan ini husniey beri 9/10 bintang. Servis hos pun okay sangat, nak check in pun senang. Collect je kunci nanti hos tu beritahu semua maklumat selepas buat pembayaran tempahan. Kalau diberi peluang serius rasa nak duduk lama je apartment ni, luas dan selesa. Lengkap dengan pelbagai kemudahan penting. Boleh masuk dua dewasa dan dua kanak - kanak. Ini kali keempat husniey menggunakan khidmat Airbnb,
setakat ni harga masih berpatutan.
Harga mungkin berubah ubah mengikut musim. Jika musim weekend, cuti sekolah jadi mahal. Mana mana website pun macam tu sebenarnya. Lagi best di Airbnb kita boleh dapatkan penginapan yang terlihat mewah dan lengkap tapi harga biasa je. Kalau rasa mahal boleh cuba chat direct owner atau host untuk diskaun. Jemput tau tengok video di bawah ini, jangan cakap husniey tak payung pula kan 😄
Rasa menyesal husniey tak bawa laptop, bukan lupa tapi fikir 'arghh malaslaa berat nanti banyak barang'.
Harga yang husniey dapat ketika buat tempahan last minute RM 199 semalaman, dua malam jumlahnya RM 398 kan, itu belum termasuk cleaning fee dengan service fee yang dicas oleh Airbnb tu.. Total bersih dua malam menginap termasuk pelbagai kemudahan dan servis cas RM 486. Haa tak adalah mahal sangat nak dibandingkan dengan website lain yang husniey survey cecah RM 1K huuihh :D
Rujuk sini harganya
setakat ni harga masih berpatutan.
Harga mungkin berubah ubah mengikut musim. Jika musim weekend, cuti sekolah jadi mahal. Mana mana website pun macam tu sebenarnya. Lagi best di Airbnb kita boleh dapatkan penginapan yang terlihat mewah dan lengkap tapi harga biasa je. Kalau rasa mahal boleh cuba chat direct owner atau host untuk diskaun. Jemput tau tengok video di bawah ini, jangan cakap husniey tak payung pula kan 😄
» Daftar akaun Airbnb disini dan dapatkan travel credit sebanyak RM 120 « »Link Apartment di Brinchang «
Alamat Lokasi
Nova Highlands Resort and Residence
The Square, Jalan Aranda Nova, Darul Makmur, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
9/26/2018 03:08:00 pm
Tempat Makan Best Wajib Singgah Di Tanah Rata, Cameron Highlands
9/26/2018 03:08:00 pmPerkara penting yang perlu dititikberatkan jika anda ingin bercuti ke Cameron Highlands ialah; pastikan laluan yang anda perlu lalui unt...
Perkara
penting yang perlu dititikberatkan jika anda ingin bercuti ke Cameron Highlands ialah; pastikan laluan yang anda perlu lalui untuk tiba ke destinasi.
Kedua, pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik kerana di sepanjang laluan
untuk ke sana tidak mempunyai kemudahan bengkel dan lain – lain. Bahagian ini adalah
paling penting bagi memastikan anda tiba di destinasi yang dituju dengan
selamat. Bawa jaket atau pakailah baju yang tebal
(kalau musim hujan, memang sejuk sangat baru baru ini kami tengok suhu di
telefon cecah sehingga 14°celcius. Uih sejuk sangat
Baca bawah ini artikel menarik:
Sebut sahaja pasal makanan, argh mesti korang lapar kan bila datang ke tempat sejuk. Ada banyak makanan yang wajib anda cuba bila datang ke Cameron Highlands bukan sahaja buah strawberi tau, ada banyak lagi buah lain. Contohnya ubi madu, jagung madu, jagung mutiara dan juga sayur-sayurannya yang segar. Nak jumpa semua ni anda perlu singgah di Kea Farm. Secara tak langsung Cameron Highlands menjadi destinasi jalan jalan sambil cari makan. Iya, in English we called it FOOD HUNTING! Jangan lupa masukkan Cameron Highlands sebagai destinasi food hunting ya
RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON BUKAN BIASA BIASA | LOKASI MAKAN BEST DI CAMERON HIGHLANDS
Restoran
Taman Apple Cameron terletak di kawasan pekan Tanah Rata. Laluannya mudah
sahaja, jalan yang sama nak ke Majlis Daerah Cameron Highlands. Nampak
aje Maybank tu tandanya dah hampir tiba ke restoran menarik ni. Restoran in konsepnya merupakan restoran dalam taman. Nyaman
sungguh! Masuk aje kawasan restoran ini husniey rasa kagum sebab mata ni
tertumpu pada pelbagai jenis tanaman yang dapat lihat terhias bergantungan.
Husniey ingatkan tanamannya tu palsu seperti hiasan, rupanya ia betul tanaman
yang hidup dengan baik. Serius, cantik!
Jenis buah- buahan yang tergantung ialah markisa, buah apple cameron,
buah tomato, dan lain lain lagi. Kagum betul dengan usaha
pemilik restoran ini sebab bukan senang nak ketengahkan konsep restoran dalam taman seperti ini. Mak
ayah husniey turut merasa teruja melihat dekorasinya. Nampak jelas diwajah
mereka suka dengan keadaan suasana disini. Siap dapat cetusan idea untuk dekorasi laman dekat rumah kami, hehe.
Restoran Taman Apple Cameron ini mula beroperasi dari waktu pagi hingga ke malam; dari pukul 8 pagi sehingga 12 malam. Pada sebelah pagi perkhidmatan restoran ini dimulai dengan sarapan pagi. Ramai yang tak tahu akan perkhidmatan sarapan pagi di restoran ini. Anda patut cuba jika ke Cameron Highlands sebab harganya berpatutan dan yang penting kena dengan tekak melayu ni haa. Ada pelbagai jenis set makanan pagi di restoran Taman Apple Cameron. Jom kita lihat di bawah;
SET ALA CARTE-
Nasi Lemak Biasa (RM 6.90)
Nasi Lemak
Serunding Strawberi (RM 8.90)
Nasi Lemak Rendang Ayam (RM 9.90)
Nasi Lemak
Rendang Daging (RM 10.90)
Nasi Kukus Serunding Strawberi (RM 8.90)
ALA CARTE NASI IMPIT –
Nasi Impit Kuah Kacang (RM 5.90)
Soto Nasi Impit (RM 6.90)
Nasi Impit Rendang Ayam (RM 6.90)
Nasi Impit
Rendang Daging (RM 7.90)
Nasi Impit Serunding Strawberi (RM 7.90)
SET BAKAR (UNTUK MAKAN TENGAHARI)
Nasi Ayam
Bakar
(Ala Carte RM 10.90)
(Set: RM 13.90)
Nasi Sotong
Bakar
(Ala Carte RM 14.90)
(Set: RM 17.90)
MENU WAJIB RASA: SERUNDING STRAWBERI YANG PERTAMA DI CAMERON HIGHLANDS
Menu
sarapan pagi bermula pada pukul 8 pagi dan bersambung pula dengan menu set
bakar pada belah tengahari sehingga jam 4 petang. Menu sarapan pagi yang husniey rasai
ialah Nasi Lemak Serunding Strawberi! Unik sungguh rasanya serunding strawberi yang digabungkan
bersama condiments nasi lemak yang lain seperti kacang, ikan bilis goreng, timun
dan ayam goreng berempah. Nasi lemak biasa berharga dari RM 6.90, hidangannya
pun banyak.
Menu
lainnya yang turut ada serunding strawberi ialah Nasi Kukus. Ia dihidangkan
bersama kuah kari, ayam goreng berempah, sambal belacan serta timun segar dan
tomato. Sedap tak terkata! Harga bagi Nasi Kukus Serunding Strawberi ini
ialah RM 8.90.
Tak lupa juga menu nasi impit, haa tak payah tunggu Hari Raya untuk merasai hidangan nasi impit. Di Restoran Taman Apple Cameron ini turut menyediakan aneka nasi impit dan anda kena cuba nasi impit serunding strawberi yang unik dan sedap ni!
![]() |
| Nasi Kukus Serunding Strawberi tak kurang hebatnya, sedap juga! |
![]() |
| Nasi Impit Serunding Strawberi |
Tak lupa juga menu nasi impit, haa tak payah tunggu Hari Raya untuk merasai hidangan nasi impit. Di Restoran Taman Apple Cameron ini turut menyediakan aneka nasi impit dan anda kena cuba nasi impit serunding strawberi yang unik dan sedap ni!
MAKAN TENGAHARI SEDAP DAN BERBALOI
Kalau anda
tidak tahu tempat hendak dituju untuk makan tengahari ketika di Cameron
Highlands, bolehla mencuba di Taman Apple Cameron ni, percayalah menu disini akan buat anda teringat
ingat tau! Husniey mencuba nasi set sotong bakar, paling best pasal sotong ni
mestilah portion dia dan rasanya. Tak sangka besar betul saiz sotongnya.
![]() |
| Dimakan bersama sambal kicap |
![]() |
| Nasi Kambing Bakar, isi daging kambingnya yang lembut dan enak rempahnya |
![]() |
| Nasi Ayam Bakar - Masak elok hingga ke dalam |
Nasi Kambing Bakar tu berebut rebut duk rasa
dalam pinggan emak. Hihi. Kambing bakar yang diperap dengan penuh rasa dan
dimasak rapi (tak ada bau hanyir pun, selalunya kalau sebut je kambing mesti
terbayangkan baunya). Suami husniey bukan penggemar kambing pun suka dengan menu kambing bakar disini. Next menu ialah Nasi Ayam Bakar, ini pun sama tau
portion diberikan serius puas hati kenyang sampai ke lewat petang. Gambar makanan yang terdapat di dalam menu ketika membuat pesanan sama ketika menu tiba di meja makan. Hebat! Nikmat sungguh dapat makan dekat sini setelah letih mengadap jalan berliku liku untuk tiba ke Cameron Highlands.
![]() |
| Minuman yang dipesan - Jagung Milkshake, Teh Tarik float, dan teh o. Jagung Milkshake ni mesti cuba sedap sangat! |
Sebelum entri ini berakhir, dijemput untuk tonton video yang disediakan dibawah;
ANEKA KEK DALAM CHILLER
Husniey ni
memang suka sangat kek, tak kisahlah apa sahaja jenis kek nampak sahaja depan
mata mesti nak beli. Masa menunggu pesanan makanan tengahari tiba, mata terlihat pada pada kaunter,
wah terus teruja "ada chiller la".
Aneka menu kek yang terdapat di Restoran Taman Apple ialah Chocolate Indulgence, Oreo
Cheesecake, Lemon Cake, Red Velvet, Brownies Icecream, Pavlova dan ada lagi
beberapa jenis kek yang tak sempat dikenalpasti sebab banyak sangat pilihan.
![]() |
| Red Velvet, Oreo Cheese cake, Chocolate Indulgence, Brownies Icecream |
![]() |
| Chocolate Indulgence yang menggoda kalbu |
Sebelum terlupa husniey nak beri markah penilaian untuk restoran ini.
9.8 dari 10 bintang. Tu dia sebab hebat sangat kalau dekat dengan rumah ni mahu tiap minggu akan repeat sini. Servis layanan dari staf Taman Apple Cameron memang terbaik sentiasa senyum dan nampak tenang dalam bertugas. Bagi shift sebelah pagi kaum perempuan yang bertugas sampai petang dan bagi sebelah petang pula sehingga tengah malam kaum lelaki pula bertugas
Kagum dengan pengurusan restoran ni, kebersihan bergred A. Tak percaya? Kenalah datang tengok sendiri. Ruang yang selesa, boleh memilih ruang yang anda inginkan, nak duduk bersila pun boleh.
Jika anda
datang pada musim cuti, dinasihatkan sila berada awal di restoran jika ingin
menikmati steamboat dengan tenang. Datang lambat alamatnya kena ambik
nombor.
Nak baca entri tentang >> Pengalaman makan Steamboat di Taman Apple Cameron disini ya
9.8 dari 10 bintang. Tu dia sebab hebat sangat kalau dekat dengan rumah ni mahu tiap minggu akan repeat sini. Servis layanan dari staf Taman Apple Cameron memang terbaik sentiasa senyum dan nampak tenang dalam bertugas. Bagi shift sebelah pagi kaum perempuan yang bertugas sampai petang dan bagi sebelah petang pula sehingga tengah malam kaum lelaki pula bertugas
![]() |
| Bersama tulang belakang Restoran Taman Apple Cameron |
Kagum dengan pengurusan restoran ni, kebersihan bergred A. Tak percaya? Kenalah datang tengok sendiri. Ruang yang selesa, boleh memilih ruang yang anda inginkan, nak duduk bersila pun boleh.
![]() |
| Suasana malam ~ |
![]() |
| Slideshow - Port wajib bergambar di restoran ni |
![]() |
| DAH NAK HABIS MAKAN, BARU INGAT NAK SELFIE. Hee |
| Kawasan tempat letak kereta yang luas |
Nak baca entri tentang >> Pengalaman makan Steamboat di Taman Apple Cameron disini ya
Untuk maklumat lanjut sila layari;
Facebook: Restoran Taman Apple Cameron
Instagram: Restoran Taman Apple Cameron
Hotline: 016 225 0315 / 010 664 0315
Waktu
Urusniaga: 8 am – 4 pm (Ala Carte),
5 pm – 12 pm (Steamboat & Grill)
5 pm – 12 pm (Steamboat & Grill)
Hari Rabu ditutup