First Time Bercuti Di Muar Johor, Check In Muo Resort
4/12/2022 04:27:00 pmAssalamualaikum dan Salam sejahtera. Moga kalian semua dalam lindungan Allah sihat selalu ya. Maafkan seketul husniey yang sudah lama tidak ...
Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Moga kalian semua dalam lindungan Allah sihat selalu ya. Maafkan seketul husniey yang sudah lama tidak menulis di sini, lama betul tak buat perkongsian pasal hotel review, travel stories. Saja clearkan draft, publish this entry. Agak busy dengan urusan kerja. Kadang ada banyak perkara nak dikongsikan tapi bila semakin dewasa ni kita tapis dulu sebelum dikongsi di media sosial. Gituu. Panjangnya mukadimah! 😂
November 2021 tetiba tuan suami dapat cuti, pada masa yang sama husniey pun kebetulan dapat cuti juga, lagipun berkerja separuh masa. Adakala kena akur dengan pengurusan yang buat jadual kerja tak menentu. Bila dah ramai staf masuk kerja kami yang part time ni kena bercuti la. Ye begitulah kisahnya. Okay dah cukup berbalik kepada tajuk asal entri ini.
Perjalanan Dari Terengganu ke Johor Yang Jauh

Bila dah dapat cuti Husniey spontan mengajak tuan suami rentas negeri. Lama juga kami tak bercuti, busy betul nak stabilkan ekonomi. Kejap je bincang, last minute plan. Dulu husniey study di Politeknik Pasir Gudang. Sudah bertahun lama tak jalan-jalan Johor. Maklumlah jauh weh dari pantai timur Terengganu nak ke negeri selatan Johor.

17 November 2021. Perjalanan yang memakan masa 6 hingga 8 jam. Fuhh! Penat duduk lama dalam kereta. Bertolak dari Kuala Terengganu seusai subuh tiba di Muar pukul 2.30 petang. Untuk ke Muar Johor kami lalu negeri Pahang dulu.
Laluan yang dicadangkan Gambang - Muadzam Shah - Bandar Tun Abdul Razak - Segamat - Sagil (Jalan ni syok sebab nampak view Gunung Ledang) - Tangkak - Muar! Suka sepanjang jalan ni sebab takde tol, tudiaa kalau pergi Kuala Lumpur ni dah banyak habis kat tol je kan. Hehee🤗
Check In Muo Resort

Bila dah sampai Muar tu lega betul. Masyaallah akhirnya sampai. Perkara pertama kami buat ialah cari resort yang telah ditempah. Bercuti pada kali ini husniey pilih penginapan Muo Resort. Baca review ramai yang sukakan resort ni. Harga pun tak mahal. Okay jomlah baca review husniey pasal resort ini.
Rekaan Dalaman Bilik Yang Minimal & Cantik
Cantik sungguh rekaan dalaman dan susun atur bilik di Muo Resort. Dari luar bangunan kayu, dalamnya cantik. Saiz bilik tak luas sangat tapi okay masih ada ruang selesa untuk solat. Tilamnya yang empuk. Tandas selesa, ada disediakan tuala. Turut terdapat televisyen, heater kettle tu boleh kami buat air panas kan. Tapi tak sempat nak makan Maggi kat bilik pun sebab Muar ni ada banyak tempat makan best tau!



Menarik lagi, di kawasan resort ni terdapat landskap dan beberapa lukisan mural yang unik melambangkan tentang Muar. Laman dekat sekitar resort ni sesuai untuk korang yang suka bergambar OOTD.



Jalan-jalan dalam taman resort husniey terjumpa mini zoo. Ada sangkar kucing yang besar dan unik, kandang kambing, arnab, rusa, dan banyak lagi haiwan lain. Dalam resort ni turut ada cafe. Susunan landskap yang menarik tenang ada bunyi air dari kolam ikan. Suasananya santai sesuai untuk keluarga dengan anak-anak nak menginap di sini.


Kemudahan yang disediakan lengkap. Husniey tawakkal aje travel memang tak suka bawa seterika untuk iron tudung, nasib baiklah boleh pinjam resort punya. Okay takkan lah nak kongsikan yang best je. Ada sedikit kekurangan, iaitu disini tidak disediakan buffet breakfast. Rasanya kalau resort sediakan breakfast boleh dikatakan hampir sempurna penginapan ini. Jadi wishlist bagi setiap orang. Kan. So berapa rating untuk Muo Resort ini?
Kebersihan bilik: 4.7/5
Kemudahan: 4.5/5
Servis: 4.3/5
Lokasi: 4.5/5
Harga: 4.7/5
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat. Cukup setakat ini sajalah ye, nanti kita sambung di lain entri kisah jalan jalan cari makan di Muar Johor. Katanya daerah Muar ni popular dengan masakan asam pedas! 😍
Baca sini artikel lain yang menarik;
Tempat Best Honeymoon Dekat Janda Baik Pahang
Short Vacation; Relaks di Lata Kolam Air Deru & Menginap di Sutra Beach Resort Merang, Setiu
4/10/2021 05:16:00 pmAssalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semoga rakan pembaca blog ini sihat dalam rahmat Allah selalu. Tiada perancangan rapi dibuat untuk berc...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semoga rakan pembaca blog ini sihat dalam rahmat Allah selalu. Tiada perancangan rapi dibuat untuk bercuti kali ini, spontan husniey mengajak tuan suami beriadah di Lata Kolam. Dia tidak menolak kerana mengetahui hakikat yang husniey telah lama berkurung di rumah serta banyak masa berseorangan semenjak dia bekerja di Selangor haritu.
Santai Makan Nasi Arab Set Dulang Di Sumai Hotel Apartment, Kuala Terengganu
4/07/2021 10:00:00 pmNasi Arab Sesuai Untuk Juadah Berbuka Puasa! Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tak lama lagi kita akan bertemu bulan Ramadan, setahun sek...
Nasi Arab Sesuai Untuk Juadah Berbuka Puasa!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tak lama lagi kita akan bertemu bulan Ramadan, setahun sekali sahaja peluang bertemu Ramadan. Syukurlah masih diberi nikmat hidup oleh Allah SWT. Sudah lama rasanya tak ada event, makan-makan dengan rakan blogger Terengganu. Sehari sebelum itu kita semua mendapat jemputan dan Alhamdulilah dapat bertemu jua rakan-rakan setelah lama tak bersua.

First time masuk ke Sumai Hotel, okaylah not bad cantik juga. Para pelanggan setia Sumai Hotel pastinya sudah tidak asing lagi dengan menu signature keluaran Sumai Hotel ini. Teruja kami melihat Set Dulang Nasi Arab, nampak macam sikit tapi bila dimakan secara berjemaah bersama rasa macam kenyang, tak dapat dihabiskan. Banyak betul hidangannya ini.
Rezeki Tak Dijangka Menang Percutian Ke Perth, Western Australia
11/28/2019 02:15:00 pmPercutian Yang Tak Dijangka | Road To Western Australia 🇦🇺 Hasil Menang Giveaway Di Facebook ❤ Assalamualaikum semua. Moga s...
Percutian Yang Tak Dijangka | Road To Western Australia 🇦🇺 Hasil Menang Giveaway Di Facebook
Assalamualaikum semua. Moga sihat dan ceria selalu. Hujung Julai lalu bila mendapat tahu khabat tentang rezeki ini, perkataan pertama keluar pada mulut husniey ketika itu.. "Ya Allah, biar betul. Betul ke ni.. Seriuslah?!".Bercuti Dua Hari Satu Malam Di Royale Chulan Cherating Pahang
11/18/2019 12:30:00 pmBermalam di Royale Chulan Cherating Pahang Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Moga sihat selalu dan berbahagia di sam...
Bermalam di Royale Chulan Cherating Pahang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Moga sihat selalu dan berbahagia di samping keluarga. Harapnya belum terlambat berkongsi kisah percutian husniey dan suami ke Cherating Pahang. Sejak tuan suami kerja luar daerah selalu ni dia akan keluar bekerja adakala paling lama sampai 3 minggu tak ada off day. Memang terasa rindu walaupun akan jumpa setiap dua hari sekali, quality time together juga berkurangan kalau tuan suami kena bertugas lama. Percutian ke Cherating Pahang adalah tidak dirancang rapi. Kebetulan kami belum sempat berjalan sempena birthday trip. So dapat pergi lepaskan mood nak bercuti pergi dekat ajelah mampu. [Baca lebih lanjut tentang Pengalaman Berlayar Di Tasik Kenyir Dengan Houseboat VIP!]3 Malam Menginap K-Guesthouse Dongdaemun Seoul, Korea
10/31/2019 06:40:00 pmAssalamualaikum semua pembaca. Perkara paling husniey menitikberatkan apabila mengembara adalah tentang penginapan, bukan mudah memilih pen...
Big Banana Hotel | Penginapan Cantik Harga Berpatutan @ Sungai Petani
10/31/2019 06:00:00 pmAssalamualaikum dan Salam Sejahtera, semoga sentiasa dalam keadaan bahagia ceria dan sihat. Husniey doakan untuk kalian moga doa baik i...
Artikel Menarik Yang Mesti anda baca:
![]() |
| Bahagian luar hotel. Depannya sungai. Cantik suasana sunrise disini |
Big Banana Hotel lokasinya strategik kerana berhadapan dengan sungai, tengok pada bangunannya masih baru. Rupanya baru sahaja dibuka pada awal tahun 2018. Patut nampak cantik sungguh hotel ini. Bila nak menginap di hotel, husniey akan pastikan parking tak susah. Ada sesetengah hotel kalau tengah bandar kan, macam susah nak cari parking. Mujurlah di Big Banana hotel ini mudah tempat parking. Jom baca di bawah kemudahan lain yang disediakan.
Kemudahan Hampir Lengkap Terdapat Di Big Banana Hotel
![]() |
| Meja dan kerusi - Sesuai sangat nak buat kerja kat sini |
![]() |
| Bilik air dan tandas. Just nice je saiznya |
![]() |
| Kemudahan yang tersediakan dalam bilik. |
- WiFi
- Penghawa dingin
- Tv skrin rata dengan pelbagai saluran
- Bilik mandi dan tandas (dalam bilik)
- Meja dan kerusi
- Tilam queen
- Rak pakaian
- Mini bar
- Peti keselamatan
- Free toiletries
- Tuala mandi
- Lobby
- Kids corner
- IT Area
- Pantri
- Cafeteria
- Free Secured Car Park
- Permandangan sungai
Harga yang husniey dapat ketika membuat tempahan di Agoda ialah RM 98 (termasuk memilih untuk tambahkan AirAsia Big Points), harga bagi malam kedua pula RM 91 sahaja. TOTAL HANGUS MENGINAP DI SINI IALAH RM 189 SAHAJA. Buat tempahan secara online juga (padahal boleh je turun ke front desk minta extend haha) tapi sebab nak kutip cashback dari SHOPBACK.
BACA SINI PASAL SHOPBACK.
Untunglah siapa nak bagi duit macam tu je kan? Kaki travel kaki shopping kena ada akaun Shopback dan guna aplikasi Shopback setiap kali shopping atau pun buat tempahan hotel. Untuk hotel ini husniey dapat RM 4.70 cashback. Itulah kumpul sikit-sikit lama lama jadi bukit
Review Ikhlas Sepanjang Menginap di Big Banana Hotel
Sempat explore masa hari nak balik tu, haha. Dapatlah siap beberapa draf entri blog trip Bidor dan Ipoh tempoh hari sambil minum kopi kat ruang membaca. Tak lupa juga dengan kemudahan seterika, lega betul husniey bila tengok ada seterika dekat pantri. Alhamdulilah menyenangkan urusan!
Husniey Husain
![]() |
| Nampak tak ada banyak kemudahan di pantri? Sangat berguna dengan kewujudan pantri |
![]() |
| Reading corner - sempatlah buat kerja kat sini kejap beberapa jam sebelum check out |
Husniey tak kisah kalau staf tu cakap dengan baik, tapi layanan kami terima dia buat muka bengis gila "makanan dah habis, kita tutup pukul 10". Masa tu husniey tak cakap apa pun. Masih bermanis muka, itu respon yang diterima nada dingin benggang siap jeling tau. Staf itu berumur lingkungan 40 an. Tanpa hiraukan kami langsung, dia duk kemas angkut semua barang alatan buffet. Muka dia tu macam lantak kau la bukan urusan aku. Kami bukan nak suruh dia masak pun, nampak ada roti dengan jam lagi so nak makan apa yang ada jela, tapi dia tetap tengok tak puashati. Husniey kemas sendiri kot cawan, pinggan kami makan roti tu. YA ALLAH SABAR JELA. Apa yang nak marah sangat tak tahulah. Terus kami keluar cari makan dekat luar dan ke dobi untuk basuh baju.
Menang Percutian ke Genting Highlands Dari AirAsia Big
9/14/2019 04:32:00 pmTak menyedari tentang kempen @ Contest dijalankan oleh AirAsia Big. Tiba tiba dapat email inform kita terpilih memenangi percutian perc...
![]() |
| Excited terkejut masa terima email dari AirAsia Big |
![]() |
| Alhamdulillah rezeki 😍 |
Hotel terbesar di Asia Tenggara yang mempunyai 7000 lebih buah bilik. Tujuh ribu lebih tu, serius besar gila hotel ni. Patutlah semua urusan semasa mendaftar masuk atau mendaftar keluar kena buat sendiri oleh tetamu yang datang. Kalau anda nak juga check in di kaunter akan dikenakan cas. Pada mulanya rasa macam nak marah jugalah, dah la kami check in agak lambat dah nak maghrib baru tiba di Genting Highlands, jadi rasa nak cepatlah urusan check in. Tapi bila sedar tentang saiz keluasan hotel First World ini memang wajarlah pengurusan buat sistem untuk guest check in sendirian berhad, hehe.
![]() |
| Suasana di lobi hotel |
![]() |
| Nampak je dalam gambar ni lengang takde orang, hakikatnya penuh dengan manusia. Huhu 😅 |
![]() |
| Di tingkat 13 bilik kami |
![]() |
| Twin bed diberinya. So malam itu kita rapatkan saf jelah. Hahaa |
![]() |
| Tandas dan bilik air |
The Cedar Bidor Perak | Villa Mewah Tempat Bercuti Sesuai Bersama Keluarga dan Teman
8/31/2019 06:53:00 pmAssalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Moga sihat selalu hendaknya. Cuti sekolah telah pun tiba paling seronok saat ini ...
Cuti sekolah telah pun tiba paling seronok saat ini mestilah anak anak yang masih bersekolah. Musim cuti je mesti sibuk tanya destinasi mana nak bercuti kan? Jom baca sampai habis tentang tempat menarik yang husniey kongsikan di bawah. Kalau tahun ini tidak sempat anda boleh masukkan ke dalam senarai tempat best untuk bercuti pada tahun 2019 😊. Husniey dan rakan rakan Blogger Pantai Timur, memilih bercuti di The Cedar @ Bidor Perak sempena cuti sekolah.
The Cedar @ Bidor adalah sebuah rumah banglo mewah dan baru dibuka pada awal 2018, ia dibina di tanah persendirian yang seluas 4 ekar dan boleh menampung bilangan tetamu dari 8 hingga 20 orang. Seronok dan sesuai sangat untuk buat family day kecil-kecilan atau gathering bersama sahabat baik yang kita dah lama tak bersua muka ☺
![]() |
| View tenang ini hanya di The Cedar @ Bidor |
- 8 Bilik tidur berserta 8 Bilik Mandi
- 2 Tandas dan bilik air di tingkat bawah
- Kawasan Tempat Makan Luar
- Dapur basah + Dapur Kering
- Bilik Main Kanak-kanak
- Meja panjang dekat pool
- Karaoke Lounge
- Kawasan Barbeku
- Sound systems
- Kolam Renang Infinity Edge
- Penghawa dingin
- Tuala / Linen disediakan
- Televisyen
- Microwave
- Tempat letak kereta
![]() |
| Bilik tidur kami suami isteri. Selesa. Suka sangat! 😍 |
![]() |
| Dapur. Ini dapur kering. See, peti sejuk, peti beku juga disediakan. Senang nak simpan barang makanan |
![]() |
| Tingkat atas. Lawa ruangan ini kan 😍 |
![]() |
| Meja makan. Dekat luar tepi kolam. Syok lepak sini. |
Kami menggunakan semua jenis barangan yang ada disediakan, mudah urusan.
Ada 8 keluarga so bila nak makan tu macam mencabar tapi jangan risau di villa mewah ini lengkap, nak masak boleh nak BBQ sambil layan lagu pun boleh di laman belakang rumah. Syok habis! (Dawaibesi.com)
Jatuh cinta dengan reka bentuk rumah yang sangat cantik. Gaya rumah ini moden dan saiz keluasan rumah ini besar boleh menampung ramai. Maksima hanya 30 pax sahaja termasuk kanak-kanak. Sesuai sangat buat keluarga yang inginkan percutian santai tapi bermakna. Laman rumah ini pun besar boleh buat sukaneka kecil kecilan.
![]() |
| Tangga cantik ❤️ yang hitam tu tangga belakang. Kalau dah mandi pool tu sesuai sangat naik ikut tangga belakang.. |
![]() |
| Inilah ruangan yang paling disukai oleh kaum lelaki. Husniey dah lewat malam baru dapat cuba main snooker ni. Hihi 🤭 |
![]() |
| Kemudahan untuk karaoke, apa lagi kan cubalah nyanyi lama betul tak pegang microphone 🎤 |
![]() |
| Datang tempat cantik, mestilah kena selfie seketul dua |
![]() |
| Mandi manda di kolam renang. Malam baru sempat mandi! Hehe hampir pukul 12 tengah malam baru sedar diri. Tak sejuk berendam di kolam, airnya suam je |
Review ikhlas sepanjang menginap disini husniey jatuh cinta pada binaan rumahnya yang sangat cantik, bukan saja luas tapi mesra pengguna (mesra pengguna sebab ada banyak pintu dan tangga so macam senang nak keluar masuk pintu mana-mana pun, hehe). Bayangkan ada 8 bilik tidur, memang selesa sangat biliknya besar dan dah siap ada bilik air sekaligus. Tak payah nak berebut dengan orang lain. Di setiap pelusuk ruang di rumah ini dipasangkan aircond. Yes, dalam setiap bilik juga ada. Kami tak ada merungut panas ke rimas, serius suasana best tenang. Tengok anak-anak team Blogger Pantai Timur enjoy bermain-main. Ruang yang paling disukai? Eh rasanya macam hampir setiap ruang di rumah percutian The Cedar ni best. Suka kawasan pool boleh lepak di buaian dan bangku, malam tu kami buat acara BBQ di laman belakang. Siap ada sounds system boleh tuju lagu kat situ jugak. Syok betul!
![]() |
| Ruang makan Barbeku ~ Kat sinilah boleh pasang lagu tu. Best lepak sini sambil layan karenah rakan rakan. Haha |
![]() |
| Memori tercipta. 26 November 2018. |
![]() |
| Inilah kawasan dapur basah ~ masa ni lah seronok bersatu padu sediakan makanan dan membawang di dapur hehe |
![]() |
| Bilik permainan kanak-kanak. Banyak juga mainan. Seronok si cilik duk sepahkan. Tapi sebelum check out jenuh juga husniey mengemas. Tak boleh tinggalkan bersepah nanti kena cas 😂 |
![]() |
| Baju oren itu Pak Adi staf The Cedar, terima kasih layanan baik kepada kami. Semoga murah rezeki selalu! |
Harga satu malam bermula dari RM1,100. Sila baca juga segala terma dan syarat.
Pssst.. Husniey duk berangan kalau-kalau lah ayah nak beri sebidang tanah di kebun, akan kubangunkan sebuah rumah besar cantik seperti ni. hehee amboiii jauh berangan kan.















































