1/16/2020 05:05:00 pm
10/31/2019 08:55:00 am
Menginap di Apartment Mewah, Kuala Lumpur
10/31/2019 08:55:00 amPada penghujung September lalu husniey dan suami bawa keluarga mertua jalan jalan ke KL p ercutian santai. Nak bawa bercuti ke pulau t...
Pada penghujung September lalu husniey dan suami bawa keluarga mertua jalan jalan ke KL percutian santai. Nak bawa bercuti ke pulau tak mampu nak sponsor, adik adik ipar agak ramai. Semua masih bersekolah. Eh sebenarnya salah satu sebab kena pergi, Husniey dah pun beli tiket flight Airasia semasa promosi free seat pada bulan Mac.
Nak tahu lebih lanjut pasal husniey grab tiket semasa promosi AA boleh baca entri sebelum ni (KLIK SINI)
🌸 Hari Pertama 27 September 2017
Bertolak dari Kuala Terengganu ke KL flight pada waktu tengahari. Seronok tengok adik adik ipar teruja betul sepanjang dalam perjalanan tu. Husniey buat tempahan online makanan pesan Nasi Lemak Pak Naseer 2, dan Nasi Ayam 1. Buat tempahan awal secara online lebih berbaloi. Satu menu cuma RM 10 sahaja.
Tempat duduk semasa penerbangan tak beli pun. Biarkan saja pihak pengurusan AA yang tetapkan. Alhamdulilah banyak dapat jimat disitu, walaupun tak dibeli tempat duduk. Tetap kami semua dapat je duduk berdekatan. (Ini tips jimat untuk beli tiket penerbangan pada harga yang murah, tak perlu beli tempat duduk. Baggage pun tidak dibeli). Bawa beg galas je setiap seorang. Tapi kena alert, tak boleh melebihi 7 KG kalau nak bawa naik beg ke cabin). Sila patuhi arahan penerbangan
Total beli tiket flight untuk tujuh orang hanyalah RM 120+ termasuk surcharge semasa buat pembayaran, tak termasuk makanan dalam flight.
🌸 Tiba di KLIA 2, Kuala Lumpur
Jalan jalan di dalam airport.
Teruja husniey terjumpa kedai Family Mart, dapatlah merasa aiskrim jenis green tea teringin sangat. Di Terengganu tak ada Family Mart. 7E aje yang banyak.
Teruja husniey terjumpa kedai Family Mart, dapatlah merasa aiskrim jenis green tea teringin sangat. Di Terengganu tak ada Family Mart. 7E aje yang banyak.
Dari KLIA 2 untuk jimatkan belanja kami menaiki bas untuk ke tengah bandar,
bas selalu ada setiap 1 jam (kalau tak silap). Tiket bas dibeli semasa keluar di ketibaan kat airport. Akan jumpa kaunter tiket bas. Harga tiket bas dalam lingkungan RM 9 -11 seorang. Boleh pilih destinasi yang ingin dituju. Ke KL Sentral atau Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Perjalanan memakan masa 1 jam dari KLIA2 untuk ke KL Sentral. Dari KL Sentral agak dekat jarak untuk ke tempat penginapan kami.
bas selalu ada setiap 1 jam (kalau tak silap). Tiket bas dibeli semasa keluar di ketibaan kat airport. Akan jumpa kaunter tiket bas. Harga tiket bas dalam lingkungan RM 9 -11 seorang. Boleh pilih destinasi yang ingin dituju. Ke KL Sentral atau Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Perjalanan memakan masa 1 jam dari KLIA2 untuk ke KL Sentral. Dari KL Sentral agak dekat jarak untuk ke tempat penginapan kami.
Sepanjang di sana pengangkutan awam yang jadi pilihan untuk kami bergerak 😊
Tiba di KL Sentral, husniey memikirkan cara untuk ke penginapan kami yang teletak di Jalan Sultan Ismail
Pada mulanya ingat nak naik LRT je,
tapi macam jauh pulak kena jalan kaki ke tempat menginap tu. Kesian pulak adik adik.
Pada mulanya ingat nak naik LRT je,
tapi macam jauh pulak kena jalan kaki ke tempat menginap tu. Kesian pulak adik adik.
Masa tu barulah terfikir, "alah apa susah zaman dah maju pengangkutan di KL ni kan banyak". Detik hatiku. Husniey cuba install Grabcar. Tengok tambang.. Ohh baru tahu, di Grabcar siap ada pilihan saiz kereta yang kita mahukan. Memandangkan kami agak ramai so pilih saiz kereta jenis XL (6-7 seaters). Good apps, pertama kali Husniey menggunakan applikasi Grabcar memang rasa kagum. Dari KL Sentral ke Jalan Sultan Ismail. Tambangnya RM 17 kereta jenis Proton Exora. Berbaloi kan tambang tu untuk 7 orang
MENGINAP DI BANGUNAN PLATINUM SUITES📍
Setibanya di bangunan Platinum Suites memang tak sangka mewah betul tempat ni. 5 BINTANG bukan biasa biasa 🌟 🌟 🌟 🌟 🌟
Terserlah kami berpakaian biasa aje bukanlah orang kaya, staf di lobby tetap sudi menyapa dengan senyuman mesra
Dari ruang lobi kami perlu naik lif dan ke tingkat 50, mencari kaunter pejabat Victoria Home. Keluar aje lif terus nampak
Sekejap je urusan check in.
Sekejap je urusan check in.
Untuk akses ke tempat kemudahan yang ada kena bawa selalu kad yang diberi.. Nak guna lif pun kena bawa. Memang mewah sangat, tak biasa tau 😂. Tak sangka besar juga suite home ni, kami menginap di tingkat 50
Cantikkan design mewah 5 bintang 😍
Ini gambar dari website
![]() |
| Ini dari kamera telefon husniey, bilik kami suami isteri 😍 |
I'm in love. Cantik sangat!
Ada dua buah bilik dalam rumah kami menginap ini. Bilik utama pintu bilik attach sekali dengan bilik air
![]() |
| Sorry gambar agak blur |
![]() |
| Dari website Airbnb |
Bilik kedua sesuai juga untuk pasangan, kawan kawan sejantina tu. Atau sesuai untuk menginap bersama keluarga. Sebab bilik kedua pun sediakan double bed.
Bilik, ruang tamu, dapur semua dilengkapi dengan penghawa dingin.. Selesa sangat! Dapur yang moden,
boleh memasak, perkakasan memasak semua disediakan cukup lengkap. Mesin basuh dan pengering. Kami malam tu basuh baju di rumah ini aje tak perlu nak cari dobi dah.
Suka bilik kecil macam wardrobe gitu. Dalam tu ada iron, iron board,tuala, hanger, almari. Laluan untuk ke bilik air dari bilik utama. Bantal dan tilam cukup lengkap siap disediakan tilam lebih tau 😍
TV dan Wi-Fi pun ada disediakan. Bagus betul pihak pengurusan Victoria Home ini.
Permandangan dari apartment homestay ni memang cantik, nampak kemeriahan bandar
![]() |
| Dapur. Mewah dan lengkap. |
Unik kan siap ada wardrobe besar
Permandangan dari apartment homestay ni memang cantik, nampak kemeriahan bandar
Check in dah lewat petang, solat.
Adik adik ajak mandi pool dekat rooftop
Permandangan sini memang cantik.
Mengadap dengan KLCC dan Menara KL. Mewah betul rasanya. Gembira dapat spend time dengan keluarga.
Adik adik ajak mandi pool dekat rooftop
Permandangan sini memang cantik.
Mengadap dengan KLCC dan Menara KL. Mewah betul rasanya. Gembira dapat spend time dengan keluarga.
Kemain syok adik adik mandi di kolam renang. Yang perempuan, kena pakai pakaian renang. Yang muslimah punya pun dibolehkan.
Kolam renang untuk kanak kanak pun ada disediakan. Mandi kolam dah lewat petang,
maghrib balik ke bilik. Bersihkan badan, solat, bersiap keluar makan. Memang lapar teruk, semua belum makan nasi. Makan dalam flight tu apalah sangat,
Kami buat keputusan nak makan masakan panas kata receptionist boleh cuba makan di Kg Baru.. Selalu je dengar pasal Kg Baru banyak kali sampai KL tak pernah singgah pun. Rupanya dekat je dengan banguna Platinum Suites ini
Tak jauh dari tempat kami menginap ni, berjalan kaki beberapa ratus meter 300m macam tu. Menu cuma beberapa minuman, nasi goreng, nasi putih 3, tomyam buat 2 hidangan, sayur, ayam. Total : RM 70
Malam tu lapar lagi, nasiblah ada beli Korean Ramen Samyang dan Maggie asam laksa semasa singgah di Family Mart di KLIA2 siang tu.
🌸 Hari Kedua 28 September 2017
Sempat ke pool, adik adik mandi lagi sebelum check out.
Majestic View! 😍
Sementara itu husniey dan tuan suami pergi ke Gym dan Library.. Terletak sebelah kolam renang tu je.. Sama level.
Seperti mana yang husniey bayangkan, memang cantik. Elegan.
Gambar dari website je ada
Lupa nak snap.
Sama seperti dalam web
![]() |
| Ruang membaca. Sesuai nak cari ilham dan siapkan kerja disini |
3D.. Dikelilingi cermin
Kemas barang. Check out jam 12 tengahari
Naik GrabCar ke Masjid Negara
Tambang RM 19 kali ini dapat kereta Alza
Jalan jalan cuci mata, sambil tunggu masuk waktu zohor. Terus solat di masjid.
Naik GrabCar ke Masjid Negara
Tambang RM 19 kali ini dapat kereta Alza
Jalan jalan cuci mata, sambil tunggu masuk waktu zohor. Terus solat di masjid.
Dari Masjid Negara ke Sogo. Naik Grabcar juga, tambang RM 12. Suka betul guna aplikasi Grabcar di KL, pantas tiba di lokasi
Jalan jalan di Sogo, makan tengahari di food court. Naik LRT ke Taman Maluri.
Singgah di Jusco Taman Maluri shopping sikit je. Husniey tak shopping pun
Singgah di Jusco Taman Maluri shopping sikit je. Husniey tak shopping pun
Lama jugak di Jusco ni, baru je nak bergerak hujan lebat pulak. Lama pulak tu
Dari Maluri ke TBS (LRT)
Dari Maluri ke TBS (LRT)
Bersihkan diri, solat dan makan di TBS sebelum balik..
Jalan jalan kami berakhir di TBS. Balik ke Kuala Terengganu menaiki bas SP Bumi jam 10.30 malam..
Alhamdulilah selamat pergi dan balik. Berjaya misi Husniey nak bawa keluarga mertua menaiki kapal terbang,
menginap di apartment mewah dari awal tahun husniey dah rancang. Itu jelah yang mampu buat masa ni..
Bagi yang tertanya tanya..
Harga apartment mewah yang husniey menginap tu RM 226 sahaja!
Tempahan dibuat melalui online melalui Airbnb
Harga apartment mewah yang husniey menginap tu RM 226 sahaja!
Tempahan dibuat melalui online melalui Airbnb
Total payment pada tanda anak panah tu
Husniey dapat tolak referral credit RM 55
Sepatutnya RM281.30 tapi telah ditolak credit RM 55. Thank you Airbnb!
Jika suka bercuti wajib sign up akaun Airbnb. Di Airbnb ada banyak pilihan homestay / apartment yang selesa dan mewah,
paling penting harga yang ditawarkan di Airbnb sangatlah berpatutan!😍
Ingin bercuti di rumah mewah, nah daftar Akaun Airbnb Percuma
---
9/29/2019 04:43:00 pm
Matxi Corp Meraikan Ulang Tahun Di KLCC, Kuala Lumpur Malaysia
9/29/2019 04:43:00 pmBaru baru ini syarikat Matxi Corp yang sudah menempa nama di Vietnam kini memperkenalkan Matxi di Malaysia. Beruntungnya Husniey dapat ...
Pengenalan Tentang Matxi Corp
Matxi Corp yang dahulunya dikenali sebagai Matxi S.G adalah anak syarikat MIIC Holdings Sdn Bhd. Mengkhususkan diri dalam latihan perniagaan, pembangunan manusia membantu individu dan perniagaan untuk menghasilkan jualan yang cemerlang dengan pelan hala tuju latihan dan alat sokongan yang paling profesional dan berkuasa di negara Vietnam dan banyak negara dengan lebih daripada 20,000 pengedar dan agen.Selain latihan dan pembangunan perniagaan, Matxi Corp juga aktif dalam memberi tumpuan kepada perniagaan dalam bidang-bidang yang seperti berikut:
![]() |
| Antara produk kesihatan yang dilancarkan oleh Matxi Corp. Iaitu Maxi Health X Collagen. |
- Hartanah
- Peruncitan Bahagian Kanak-kanak
- Percetakan dan Pembungkusan
- Syarikat Penyelenggaraan Acara
- Produk Kesihatan dan Pengeluaran Kosmetik
- Restoran
Untuk R&D (Penyelidikan dan Pembangunan), Matxi Corp menubuhkan pusat R&D untuk terus mengkaji dan terus meningkatkan kualiti produk mereka di samping itu mengekalkan harga yang berpatutan untuk pengguna. Di samping itu, Matxi Corp juga menandatangani kontrak strategik dengan penyelidikan dan mengubah suai pengurusan dan aliran operasi mengikut piawaian yang paling ketat.
Di Vietnam, Matxi Corp adalah pemilik Medino - kilang GMP bersertifikat yang terletak di Amata Industrial Park dengan lebih daripada 7,000 m2 kawasan kilang. Kilang ini mengkhususkan diri dalam pembuatan makanan berfungsi, produk makanan, dan kosmetik dengan kapasiti 1.5 juta produk / bulan. [Baca trip kami ke Pantai Krabi Thailand].
Selain daripada perniagaan, Matxi Corp juga merupakan syarikat yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada komuniti mereka. Mereka adalah pengasas program "Anda layak memiliki kehidupan yang lebih baik".
Semasa majlis gilang gemilang berlangsung diserikan dengan persembahan pertama sungguh hebat juara dari America Got Talent. Suka sungguh menonton persembahan mereka. Kreatif!
Para hadirin turut merasa terhibur dengan persembahan pembukaan dari peserta Asia’s Got Talent 2017, 218 Dance Crew dari Vietnam dan juga persembahan artis seperti Thanh Ha, Bui Anh Tuan, Thu Minh dan Rynn Lim. Jom kita lihat gambar dibawah. Hebat sungguh suasana sambutan di hotel ni.
![]() |
| Persembahan pertama |
![]() |
| Cantik bukan |
![]() |
| Ketika sambutan Hari Ulang Tahun Bagi Matxi SG |
![]() |
| Ketika ucapan CEO Matxi Corp Malaysia |
![]() |
| MS LUCK KIM - CEO KOREA |
![]() |
| Penerima Anugerah Bagi Leadership Distributor Award |
Lebih menarik lagi, Syarikat Matxi Corp pada malam itu meraikan pengedar-pengedar berjaya melalui “Leader Distributor Award”. Seramai lebih kurang 18 orang Diamond Distributor telah diraikan sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka.
Untuk Maklumat Lanjut:Matxi Malaysia Sdn Bhd (1340975-W)
Facebook: facebook.com/MatxiMalaysia
Instagram: @matxicorp
#matxicorp
#YouDeserveABetterLife





















































