8/24/2018 04:24:00 pm
The Train Hotel, Hatyai Thailand dekat nak akses keretapi!
8/24/2018 04:24:00 pmAssalamualaikum semua dan Salam Sejahtera. Percutian di Hatyai pada June haritu husniey telah memilih untuk menginap di The Train Hote...
Assalamualaikum semua dan Salam Sejahtera. Percutian di Hatyai pada June haritu husniey telah memilih untuk menginap di The Train Hotel.
Dua hari satu malam berada di Bandar Hatyai. Apapun tujuan anda melawat HatYai, The Train Hotel Hatyai adalah penginapan yang okay untuk dimasukkan dalam senarai
Baca entri sebelum ini
>>Misi Jalan Jalan Cari Makan di Hatyai<<
Lokasinya yang strategik dan banyak tuktuk yang ada diluar bangunan hotel. Kalau anda rajin jalan kaki pun boleh, sekitar 10 minit dah sampai di kawasan city centre seperti Lee Garden Plaza.
Cuma nak nasihatkan nak naik tuktuk tu adakalanya pemandu akan cuba sapa kita dulu (mungkin weekday kurang pelancong), so bila dia tegur tu cubalah negotiate harga, pandailah korang kawtim harga kalau nak dibawa jalan jalan ke tempat yang lebih jauh.
Kemudahan yang terdapat di The Train Hotel
Pertama kali menjejak masuk ke dalam bilik hotel ini, terkejut jugalah besar rupanya bilik dia. Husniey tengok dekat Agoda nampak macam biasa je.
Biliknya yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti tuala, barang mandian, air mineral, cerek elektrik, peti sejuk mini, almari, televisyen dan biliknya juga mempunyai penghawa dingin. Socket plug pun ada banyak tersediakan, korang jangan lupa bawa universal travel adapter kang tak dapat nak cas telefon, kamera dan segala mak nenek gajet 😂
Faktor utama husniey memilih menginap disini ialah lokasi hotel ini dekat sangat dengan stesen keretapi Hatyai, memang dah merancang untuk menaiki keretapi semasa perjalanan balik dari Hatyai dan teruskan mengembara ke belah Utara Malaysia. Lagi pun memilih penginapan yang dekat dengan kemudahan awam ni antara bahagian paling utama ketika kita keluar mengembara di negara orang.
Harga satu malam menginap di The Train Hotel ini RM 129, sebenarnya macam mahal sikit tapi masih okay (tidak melebihi bajet).
Ada pilihan harga yang lagi murah, ini mungkin sebab husniey ada tambahkan AirAsia Big Points 😁. Kalau korang tak tambah apa apa harga bagi bilik standard ni sekitar RM 98. Bilik dorm pun ada tersediakan disini, senang kalau travel dengan kawan kawan lagi jimat menginap di bilik bujang kan? Harga yang husniey lihat di Agoda dari RM 34
Nak cari sarapan pagi pun tak payah, berjalan kaki sahaja dan akan jumpa kedai makan diluar kawasan hotel. Hanya 5 minit berjalan kaki dah jumpa kedai makan muslim Thai.
Suka dengan pekerja kaunter depan, orang Muslim Thailand dapat bertutur Bahasa Melayu, slang belah Kelantan. Husniey pada mulanya bertutur guna bahasa Inggeris, tapi di respon dalam bahasa Melayu. Wahh kagum dengan kemampuannya yang dapat bertutur banyak bahasa 😍
Semoga entri ini bermanfaat.
Dua hari satu malam berada di Bandar Hatyai. Apapun tujuan anda melawat HatYai, The Train Hotel Hatyai adalah penginapan yang okay untuk dimasukkan dalam senarai
Baca entri sebelum ini
>>Misi Jalan Jalan Cari Makan di Hatyai<<
Lokasinya yang strategik dan banyak tuktuk yang ada diluar bangunan hotel. Kalau anda rajin jalan kaki pun boleh, sekitar 10 minit dah sampai di kawasan city centre seperti Lee Garden Plaza.
Cuma nak nasihatkan nak naik tuktuk tu adakalanya pemandu akan cuba sapa kita dulu (mungkin weekday kurang pelancong), so bila dia tegur tu cubalah negotiate harga, pandailah korang kawtim harga kalau nak dibawa jalan jalan ke tempat yang lebih jauh.
Kemudahan yang terdapat di The Train Hotel
Pertama kali menjejak masuk ke dalam bilik hotel ini, terkejut jugalah besar rupanya bilik dia. Husniey tengok dekat Agoda nampak macam biasa je.
Harga satu malam menginap di The Train Hotel ini RM 129, sebenarnya macam mahal sikit tapi masih okay (tidak melebihi bajet).
Ada pilihan harga yang lagi murah, ini mungkin sebab husniey ada tambahkan AirAsia Big Points 😁. Kalau korang tak tambah apa apa harga bagi bilik standard ni sekitar RM 98. Bilik dorm pun ada tersediakan disini, senang kalau travel dengan kawan kawan lagi jimat menginap di bilik bujang kan? Harga yang husniey lihat di Agoda dari RM 34
Lokasi The Train Hotel dan Lokasi Berhampirannya