1/11/2019 06:10:00 pm
Resepi Unik: Fettucine Carbonara Meatball Berempah
1/11/2019 06:10:00 pmAssalamualaikum dan Salam Jumaat. Semoga kita semua selalu dalam rahmat Allah dan dilimpahi kasih sayangNya. Maaf rasa lama betul tak berko...
Assalamualaikum dan Salam Jumaat. Semoga kita semua selalu dalam rahmat Allah dan dilimpahi kasih sayangNya. Maaf rasa lama betul tak berkongsi resepi disini. Selalunya masakan yang jadi pilihan husniey ialah lauk-pauk. Kalau masak dekat rumah ini mesti lauk biasa je. Tak gempak mana pun nak share resepi lauk husniey tu. Hehe okay gurau aje.
Agak lama tak masak makanan barat, bila dah berkahwin inilah merupakan waktu sesuai gunakan ilmu yang dipelajari masa zaman Diploma di Johor dulu. Iyalah sesekali teringin juga pelbagaikan resepi. Teringin nak lebih cekap tentang ilmu masakan. Tak tahu kenapa, masuk je 2019 ni nak makan makanan barat je. Dah bosan nasi agaknya. Haa jom masuk dapur bersama husniey.. Gituuu..
Fettuccine - 1 pek (ambil separuh sahaja)
Prego Carbonara Mushroom - 1 tin
Susu - Husniey guna full cream je
Bawang Holland - 1 ulas dipotong halus
Carrot - Dipotong cube halus
Capsicum - Dipotong cube halus
Cili api - Dipotong halus
Meatball
Sosej
Tepung segera Seri Aji (tak perlu banyak sikit je)
Sedikit serbuk kari
Sos tiram
3. Dalam kuali sebelah, gorengkan meatball berempah yang dah diperap tu. Selesai mengoreng meatball dan sosej, toskan minyak.
Kacau rata semua bahan itu dan jangan lupa masukkan susu. Tak reti nak agak berapa ml, sebab sebenarnya main campak je. Senang begini, masukkan susu sampai nampak sebati dan tidak terlalu pekat, kalau nampak pekat sangat tambahkan air ye. Ini versi berkuah sederhana pekat. Kan pekat sangat kuah tu, nanti dia cepat kering. Jangan terlupa untuk tambahkan sedikit lada hitam dan perasakan kuah carbonara dengan garam. Dah siap, itu saja. Sebenarnya mudah saja tapi mengada nak letak meatball berempah.
Biasanya husniey ada berkongsi menu masakan di insta story. Jemput follow dan lihat story di instagram: husnieyhusain
Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk 4 Orang Makan
Prego Carbonara Mushroom - 1 tin
Susu - Husniey guna full cream je
Bawang Holland - 1 ulas dipotong halus
Carrot - Dipotong cube halus
Capsicum - Dipotong cube halus
Cili api - Dipotong halus
Bahan Perap Meatball & Sosej Berempah
Sosej
Tepung segera Seri Aji (tak perlu banyak sikit je)
Sedikit serbuk kari
Sos tiram
Cara-Cara Menyediakan Fettuccine Carbonara Meatball Berempah
- Langkah pertama ialah kena rebus fettuccine, letakkan sedikit minyak supaya tak melekat
- Masukkan ke dalam pan sedikit butter dan tumis bawang holland bersama carrot, hirisan cili api. Carrot eloknya masuk awal sebab dia keras
![]() |
| Tumis sampai naik bau. Masa ni memang harum sungguh baunya. |
3. Dalam kuali sebelah, gorengkan meatball berempah yang dah diperap tu. Selesai mengoreng meatball dan sosej, toskan minyak.
Biasanya husniey ada berkongsi menu masakan di insta story. Jemput follow dan lihat story di instagram: husnieyhusain























































