BUKU BUKU WISHLIST YANG INGIN DIBELI DI PBAKL 2018 - Husniey Husain

Thursday, 15 March 2018

BUKU BUKU WISHLIST YANG INGIN DIBELI DI PBAKL 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Setiap dari blogger pasti tidak lari hobinya membaca kan? Husniey juga tidak ketinggalan, suka membaca buku – buku ilmiah banyak yang dapat diambil untuk dijadikan panduan dalam kehidupan

Mula membaca novel ketika umur belum pun mencapai 12 tahun, hehe.
Seronok kan bila kita dapat menghayati jalan cerita dalam novel? 
Sememangnya dulu suka sangatlah melayan novel cinta,
dah makin dewasa ini dah kurang sikit novel cintan cintun.
Kini, lebih gemar membaca novel yang berilmiah pula

Pesta Buku Antarabangsa dah tak lama lagi, teringin nak borong buku - buku yang hangat di pasaran.
Jom baca perkongsian dibawah jenis buku-buku yang husniey ingin dapatkan semasa Pesta Buku;

1) BUKU TRAVELOG: I’M A BACKPACKER 




Backpacker kini sudah menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk keluar melancong melihat negara orang, disebabkan kos dan bajet yang dikeluarkan agak minimum. Kalau dulu sebut je melancong
ramai yang akui mereka tidak dapat pergi melancong kerana perlukan bajet yang agak besar untuk dibelanjakan. Tapi kini seiring dengan kemajuan teknologi, sudah banyak kemudahan dan peluang terbuka luas untuk melancong

Buku travelog I’m A Backpacker ini ada banyak siri antaranya ialah tentang pengembaraan ke Europe, Turkey, United Kingdom, Korea dan Japan. Husniey memang minat sangat dengan buku yang kategori travel, kerana inilah minat dan juga hobi husniey sejak beberapa tahun kebelakangan
ini. Setiap tahun pasti ada saja negara yang husniey teringin nak lawati

I’m a Backpacker ini memang menarik minat husniey untuk membacanya oleh kerana terdapat banyak informasi menarik seperti merancang bajet, jenis pengangkutan yang perlu dinaiki untuk
ke tempat menarik, memilih penginapan dan lain-lain. Husniey dapati jika buku panduan  
pengembaraan yang lain agak mahal harganya. Berbeza pula dengan buku ini harganya berpatutan dan mampu dimiliki. Sesuai dibaca untuk pengembara yang ingin berkembara ke luar negara.
Seorang pengembara yang bijak, mestilah sering mencari informasi yang boleh dijadikan panduan sebelum dan semasa pengembaraan, bagi memastikan perjalanan berjalan dengan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan

Terdapat banyak persediaan penting lagi pula jika husniey merancang untuk mengembara ke negara yang majoriti bukan muslim. Jadi I’m a Backpacker ini adalah antara buku-buku yang dalam wishlist husniey nak sangat borong, jika berpeluang ke Pesta Buku. Kalau dapat borong semua pun best juga. Bolehlah buat persediaan lebih awal dan terus menanam cita-cita untuk mengembara lebih banyak ke negara-negara yang cantik dan unik 😍

2) NOVEL ISLAMIK : KERANA SYURGA BUKAN PERCUMA


Merupakan novel yang telah diadaptasi ke drama bersiri dan telah ditayangkan di televisyen,
novel ini dikategorikan Islamik. Haa walaupun husniey sudah kurang melayani novel kisah cinta,
tapi masih lagi sudi membaca novel yang menceritakan kehidupan mencabar.
Novel ini belum berpeluang untuk membacanya tapi husniey pernah menonton dramanya dan berminat untuk menghayati watak Khairul Rafeeq di dalam novel pula, beliau seorang yang tabah dalam menjalani kehidupan dan berjuang untuk berubah ke arah jalan yang diredhai Allah. 

Semakin cuba berubah ke arah lebih baik, makin banyak ujian yang tiba. Seorang yang baran dan juga kasar, tapi satu baginya wanita bukan untuk dikasari, bukan juga tempat untuk melempiaskan amarah. Pain changes people. Itulah yang mendorong Khai untuk berubah. Khai ‘sakit’apabila kehilangan abang kandung yang disayanginya (kembali menghadap Ilahi) ketika dia masih memerlukan sokongan dari abangnya untuk berubah jadi manusia berguna.
Semasa mula berubah, dia mengenali seorang lelaki warak yang dipanggilnya abang surau. 

Husniey nak baca sendiri lebih lanjut tentang watak abang surau ini.
Bagaimana abang surau berjaya membantu Khai untuk berubah dan istiqamah.
Ketika Khai sudah selesa dengan abang surau, dah mula rapat dengannya, tetiba abang surau pergi menghadap Ilahi.. Macam mana agaknya Khai lalui ujian ini? Teringin nak menghayati jalan cerita novel ini..

3) NEVER GIVE UP : JACK MA IN HIS OWN WORDS (Edisi Bahasa Melayu)


Nama Jack Ma makin menjadi sebutan, beliau seorang jutawan yang terkenal dengan usahanya menaikkan platform membeli belah E Dagang. Pengasas Alibaba.com ini telah memecah tembok
e dagang sejak dari tahun 2014. Husniey suka mendengar kata-kata azimatnya yang dikongsikan
di Youtube, beliau menyampaikan nasihat dengan gaya bersahaja sambil tersenyum dan diselitkan juga gurauan tapi penuh input yang berguna wajar diambil perhatian jika kita sedang bercita-cita menjadi orang yang berjaya, tidak kira apa jua bidang yang sedang diceburi. 

Buku ini menceritakan kisah perjalanan Jack Ma membina Alibaba sehingga ia digelar sebagai gergasi asia yang menjadi inspirasi. Never Give Up: Jack Ma in His Own Words Edisi Bahasa Melayu mengumpulkan kata-kata dan pandangan beliau dalam setiap aspek kehidupan yang akhirnya memberi kesan dalam setiap kejayaan yang diraihnya. Wah menarik bukan?

Husniey teringin membaca buku ini bukan bermakna berangan untuk menjadi jutawan seperti beliau. Tidaklah, husniey cuma mengagumi sikap beliau yang rendah diri dan masih lagi tidak kedekut ilmu untuk berkongsi resepi kejayaan beliau. Husniey juga punyai harapan dan impian namun berharap bila sudah terbang tinggi nanti tidak lupa diri. Seorang bilionair selamba yang berfikiran tajam ini ada berkata “If you’ve never tried, how will you ever know if there’s any change?” – JACK MA


PROGRAM / PERADUAN YANG MENARIK PBAKL 2018

Antara aktiviti / peraduan menarik yang husniey nak sertai sementara masih belum ditutup tarikh penyertaanya ialah; Peraduan bergambar bersama poster PBAKL 2018 dan berpeluang memenangi RM 5000! Anda semua dijemput untuk menyertai peraduan bergambar bersama poster PBAKL 2018 di stesen LRT terpilih 
  • Laluan Kelana Jaya; Stesen KLCC, Stesen Wangsa Maju, Stesen Bangsar, Stesen Ampang Park dan juga Stesen Setiawangsa 
  • Manakala bagi laluan Ampang / Sri Petaling : Stesen PWTC, Stesen Masjid Jamek, dan Stesen Bandaraya.
  • Hadiah ialah berbentuk wang tunai bernilai RM 500 x 10 gambar terbaik
Yang menariknya anda bebas bergambar secara swafoto, wefie atau bergambar bersama keseluruhan poster mengikut kreativiti masing-masing. 

Cara-caranya hanya perlu muat naik gambar tersebut melalui akaun Instagram anda.
Pastikan akaun Instagram anda UMUM (public) untuk membolehkan para penilai melihat gambar tersebut melalui hashtag. Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar yang paling kreatif, wajah dan poster yang jelas dan caption yang menarik 


Tempoh penyertaan peraduan bermula 1 Mac 2018 sehingga 1 Mei 2018


Apa lagi kalian semua jangan berfikir panjang ya, jom kita pakat borong buku kegemaran dan buku yang menjadi wishlist. Banyak aktiviti menarik yang lain boleh disertai semasa pesta buku diadakan. Jangan lupa untuk mengajak keluarga, anak-anak juga rakan-rakan untuk meluangkan masa di pesta buku ya 😊


MAKLUMAT LANJUT PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2018

Lokasi: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur
Tarikh Berlangsung: 27 April hingga 06 Mei 2018
Laman Web: www.klibf.my

#pbakl2018 #klibf.my 

10 comments:

  1. Siqah teringin nak baca buku Backpackers dan Kerana Syurga Bukan Percuma. Kat sana nanti harga buku murah sungguh ke?

    ReplyDelete
  2. teringin nak pergi, tapi jauh sangat pulak. :D
    memang rambang mata pilih buku kalau ada book fair macam nie :)

    ReplyDelete
  3. Dah dpt bayangkab sesak dia mcm mana. Last ana pergi 3 thn lps. Best sgt walau bersesak.

    ReplyDelete
  4. menarik buku wiahlist sis..bole la beli nnti..

    ReplyDelete
  5. kalau sis JM pun minat bukut i'm backpacker..almaklum la kan ihhihi

    ReplyDelete
  6. mcm Ana kata tu..akk pun kalau boleh tak nak bersesak..dan beli online jer yg best hehe

    ReplyDelete
  7. Menarik. minat jugak nak grab travelog seorang backpaker tu

    ReplyDelete
  8. kerna syurga bukan percumaaa. best! sy tngok ceritanya pun dh best. hehe

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com