Husniey Husain

23 May 2018

Safi Shayla Versi Baru | AKTIFKAN DIRI ANDA BERSAMA SAFI SHAYLA
23 May 4 Comments


Pada era yang moden ini, masa merupakan sesuatu yang amatlah penting dan tidak boleh dijual beli. Oleh kerana dunia yang semakin pesat membangun dan masa tidak menunggu sesiapa pun, ramai diantara golongan wanita terutamanya yang bertudung sering menghadapi masalah rambut rapuh dan kegatalan kulit kepala. Ini boleh berpunca dari pelbagai faktor antaranya kekalutan dan tekanan bekerja mahupun kekotoran dan habuk akibat pencemaran.

Keyakinan diri adalah kunci utama bagi golongan wanita untuk menjalankan tugasan seharian dengan lebih berkualiti dan bertenaga. Oleh sebab itu, golongan  wanita yang bertudung mahupun tidak, kini usah risau, gentar mahupun kecewa kerana SAFI yang merupakan rangkaian produk Halal yang terbesar di dunia dalam produk penjagaan diri memahami masalah yang dihadapi oleh golongan tersebut. SAFI telah mengeluarkan rangkaian lengkap produk penjagaan rambut wanita bertudung – SAFI SHAYLA

Produk ini bukan hanya ditambah baik di dalam variasi syampu tetapi SAFI SHAYLA kini memperkenalkan Mist 2 dalam 1 Rambut & Hijab, Serum Rambut dan Minyak Rambut yang membantu golongan wanita bertudung dengan penjagaan rambut yang rapi untuk memberikan rambut yang sihat dan bersinar.


SAFI SHAYLA kini mempunyai formulasi baru yang mengandungi 1001 manfaat Habbatus Sauda dan kebaikan Micro Bamboo Charcoal. Habbatus Sauda merupakan ekstrak yang digunakan sejak zaman dahulu lagi dan dipercayai dapat memberikan manfaat kepada penggunanya. SAFI memperkenalkan Habbatus Sauda di dalam produknya kerana ia dapat membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala dengan cara mencegah penghasilan bakteria. Tambahan pula, Habbatus Sauda dapat mengekalkan rambut sihat kerana ia dapat menghindari keguguran rambut dan membuat rambut lebih lembap dan bersinar.




Micro Bamboo Charcoal membantu menghilangkan toksin daripada kulit kepala, mengurangkan rambut berminyak dan memberikan sinar kepada rambut. Dengan mengeluarkan minyak dan kotoran, Micro Bamboo Charcoal menjadikan rambut lebih lebat dan pada masa yang sama dapat mengawal bau rambut. Bau rambut merupakan sesuatu yang penting untuk golongan wanita bertudung kerana ia dapat meningkatkan keyakinan diri.

Rangkaian produk syampu yang baru yang bukan sahaja mengandungi formulasi  Habbatus Sauda dan Micro Bamboo Charcoal tetapi ia juga disertakan dengan pembungkusan baru yang menarik di dalam pelbagai saiz dan disertakan juga dengan haruman yang menyegarkan. Menariknya, haruman ini, ia dapat dapat bertahan selama 48 jam.

Pakar dalam penjagaan diri, SAFI SHAYLA memahami masalah yang menghantui golongan wanita bertudung kerana sudah ramai wanita yang kecundang apabila berhadapan dengan soal penjagaan rambut. Dengan rangkaian produk terbaru ini, SAFI SHAYLA ingin membantu golongan wanita bertudung untuk merasa lebih yakin dengan diri bagi mengejar impian dan cita-cita setinggi gunung, tidak kira di dalam bidang apa sekalipun. Golongan wanita ini dapat mencapai impian bukan sekadar dengan menggunakan syampu yang baharu tetapi juga dengan bantuan rangkaian penjagaan rambut  syampu  Mist 2 dalam 1  Rambut & HIjab, Serum Rambut dan Minyak Rambut untuk mendapat rambut ikal mayang dan kulit kepala yang sihat

Mist 2 dalam 1 Rambut & HIjab boleh disembur terus ke rambut atau hijab kerana sifatnya yang cepat kering. Berbeza dengan produk lain di pasaran yang meninggalkan kesan, jangan khuatir kerana produk ini tidak meninggalkan sebarang kesan ke atas rambut ataupun hijab. Bagi wanita moden, SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1  Rambut & HIjab sangat sesuai dalam kehidupan seharian kerana ia meninggalkan haruman yang menyegarkan di mana ia dapat bertahan selama 24 jam. Selain itu, ia juga dapat mengekalkan kelembapan rambut, mengembalikan sinar, memberikan lebih kelembutan, bermaya dan membuatkan rambut lebih ringan.

Hasil gabungan ramuan syampu dan serum SAFI SHAYLA ia dapat menghasilkan rambut lebih lembut dan ringan. SAFI SHAYLA Serum Rambut didatangi dengan 2 variasi iaitu – Licin Terurus dan Hitam Menawan.

Minyak rambut SAFI SHAYLA pula dapat memberikan rambut yang lembut serta licin sekaligus memberikan rambut kelihatan sihat serta memberikan keharuman yang berpanjangan.

Setiap variasi produk yang dihasilkan dan diformulasi oleh SAFI SHAYLA adalah untuk melengkapi satu sama lain. Dengan menggunakan variasi produk dalam rangkaian SAFI SHAYLA, ia dapat memastikan golongan wanita bertudung memperoleh lebih keyakinan diri dengan mempunyai rambut selembut sutera dan sihat



Rangkaian produk SAFI SHAYLA boleh didapati dalam pelbagai saiz dengan harga mampu milik :
Syampu – 160G (RM8.35) / 320G (RM13.65) (8 variasi)
SAFI SHAYLA Syampu Segar & Bermaya – Mengandungi Nano Lipid Enhancer dimana ia dapat melindungi rambut dan mengeluarkan kekotoran minyak pada rambut. Selain itu, ia juga dapat membersihkan kulit kepala dengan lebih berkesan dan hasilnya memberikan rambut rasa segar dan bermaya.

SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus – Mengandungi Teknologi Perawatan Rambut Lembut yang dapat meluruskan, melembutkan, melindungi dan mengurangkan rambut kerinting. Ia dapat menjadikan rambut anda lebih
mudah untuk djaga/dimanja.

SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur – Mengandungi Micro ZPT Complex dimana ia dapat mengurangkan 99.9% kulat yang boleh menyebabkan kelemumur hanya dengan basuhan yang pertama.

SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi Pro-Vitamin B5, protein gandum yang dapat mengukuhkan struktur rambut dan mengurangkan keguguran rambut.

SAFI SHAYLA Syampu Hitam Menawan– Juga mengandungi Sheen Lock yang merupakan ejen pengunci kilauan yang dapat membuat rambut hitam
berkilat, sihat, lembut dan mudah diurus.

SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol– Mengandungi minyak argan dan mentol yang dapat menyegarkan dan menghapuskan bau di kulit kepala. Minyak Argan dan mentol akan membuatkan kulit kepala terasa sejuk dan segar seperti berada di awang-awangan.

SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Minyak– Mengandungi citrus dan mentol dimana ia dapat membantu dalam pengawalan rambut berminyak dengan membersihkan liang-liang roma secara mendalam dan memusnahkan minyak yang berlebihan. Citrus dan mentol juga dapat menghilangkan kekotoran dan menyegarkan kulit kepala.


SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Rosak – Mengandungi amino complex yang membantu dalam pemulihan rambut rosak dengan memelihara selaput rambut sekaligus memberikan kelembapan pada rambut.

Syampu pouch – 480G (RM14.65) (5 Variasi)

SAFI SHAYLA Syampu Kawalan  Rambut Gugur
SAFI SHAYLA Syampu Segar Bermaya
SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol
SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur
SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus

Syampu pump – 520G (RM19.90) (5 Variasi)

SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur
SAFI SHAYLA Syampu Segar Bermaya
SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol
SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur
SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus

SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab – 100ML (RM17.90)

Terdapat dua variasi iaitu Licin Terus dan Hitam Menawan. Kedua-dua variasi SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab mengandungi Habbatus Sauda Organik, perapi asas semulajadi, Pro-Vit B5 dimana ia membekalkan rambut dengan nutrisi, anti-bakteria, perlindungan dari cahaya matahari, memberi kelembapan, mengembalikan sinar, menghindari rambut rosak dan pada masa yang sama ia membuatkan rambut lebih lebat dan sihat.

SAFI SHAYLA Serum Rambut – 50ML (RM17.90)
Juga terdapat dalam dua variasi
Formulasi SAFI SHAYLA Serum Rambut mengandungi:
Minyak organik Habbatus Sauda – Memberikan perlindungan UV, membekalkan nutrisi untuk rambut yang mengandungi anti-bakteria.



Minyak Moroccan Argan Organik – Kaya dengan vitamin, mineral dan anti-oxida yang dapat membantu dalam hidrasi rambut. Dengan itu ia dapat menghasilkan rambut yang lebih lembut dan mengurangkan kerosakan rambut rapuh dengan meningkatkan keanjalan rambut. Pada masa yang sama ianya dapat memulihkan kilauan rambut.
Minyak Zaitun Asli – Menyegarkan kembali rambut kering, kusam dan kerinting.
Minyak Vitamin E – Mengekalkan rambut yang kuat dan sihat kerana minyak vitamin E mengandungi anti-oxida yang dapat meneutralkan radikal di rambut.

SAFI SHAYLA Minyak Rambut – 100ML (RM11.90)

SAFI SHAYLA Minyak Rambut difomulasikan dengan Habbatus Sauda organik dan juga Minyak Zaitun asli. SAFI SHAYLA Minyak Rambut mempunyai 3 variasi iaitu:-

SAFI SHAYLA Anti-Kekeringan – Mengandungi Vitamin E, A & C yang dapat menjadikan kulit kepala lebih sihat dan melindunginya daripada sinaran  cahaya matahari.
SAFI SHAYLA Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi minyak argan yang membantu memberikan rambut kelihatan lebih bersinar dan mengurangkan rambut rapuh.
SAFI SHAYLA Anti-Kelemumur – Mengandungi ajen anti-kelemumur dan mentol di mana ia berkesan dalam mengurangkan kelemumur, kegatalan kulit kepala dan kulit kepala yang berminyak. Berbeza daripada 2 minyak rambut yang disebutkan di atas, minyak rambut SAFI Shayla Anti_Kelemumur dipakai sebelum mencuci rambut. Urutkan secara perlahan-lahan minyak rambut di permukaan kulit kepala hingga ke hujung rambut. Biarkan selama 3 – 5 minit, kemudian basuh dan bilas bersama rangkaian produk syampu SAFI SHAYLA.

Rangkaian penjagaan rambut SAFI SHAYLA melengkapi antara satu sama lain dan ia dapat membuahkan hasil yang baik bagi golongan wanita bertudung atau pun tidak.  SAFI SHAYLA ini sangatlah bersesuaian bagi semua golongan wanita daripada wanita bekerjaya sebagai pemain drum, pemain papan luncur, pengajar zumba ataupun penunggang jet-ski kerana SAFI SHAYLA mengurangkan kegatalan dan masalah kulit kepala berminyak sambil meninggalkan kesan haruman sepanjang hari.

Rangkaian produk SAFI SHAYLA adalah dalam lingkungan harga mampu milik dan memiliki sijil halal. Kepada anda yang ingin mendapatkan produk syampu ini, bolehlah dapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga di laman web dalam talian.

Untuk keterangan lanjut mengenai produk SAFI, 

ikuti perkembangan lanjut di


Facebook www.facebook.com/SAFIMY  

Instagram SAFI@safimalaysia

Youtube www.youtube.com/safimalaysia

Reading Time:

21 May 2018

Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Oleh Ancasa Royale Pekan, Pahang
21 May 6 Comments

ANCASA ROYALE PEKAN, PAHANG CERIAKAN ANAK-ANAK YANG KURANG BERNASIB BAIK

Sumbangan Duit Raya & Baju Raya kepada 50 orang 
Anak Yatim & Asnaf SK Sri Maulana

Assalamualaikum dan Salam Ramadan, baru-baru ini pada 19 Mei husniey dan juga beberapa rakan blogger / media yang lainnya berpeluang berbuka puasa di Ancasa Royale Pekan. 
Seramai 50 orang anak yatim dijemput dan diraikan. 

Majlis berbuka puasa ini diadakan di Saffron Brasserie Ancasa Royale Pekan berjalan dengan lancar dan berlangsung dalam suasana meriah serta penuh keinsafan, ia bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah yang sedia terjalin di antara pelanggan setia Ancasa Royale Pekan serta penduduk setempat daerah Pekan. Di samping itu ianya juga salah satu cara untuk mendekati golongan yang kurang berkemampuan di sekitar kawasan tersebut. 

Warga kerja Ancasa Royale Pekan turut berganding bahu memasak bubur lambuk diagihkan kepada 500 orang penduduk daerah sekitar Pekan serta pelanggan setia yang menyokong Ancasa Royale Pekan sejak dari penubuhan hingga ke hari ini

Sesi berikan sumbangan kepada anak yatim dan asnaf

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pengurusan Aset UDA, YBhg Datuk Tajuddin Mohamed dan diiringi oleh Naib Presiden Kanan, Bahagian Hospitaliti iaitu Encik Shah Azam Khan serta Pengurusan Kanan Ancasa Hotels telah menyampaikan sumbangan berupa duit dan baju raya kepada 50 orang anak yatim. Pada masa yang sama juga, sumbangan berupa barangan keperluan untuk anak-anak yatim turut diagihkan hasil sumbangan daripada ADABI untuk kegunaan anak-anak yatim sepanjang bulan puasa.

Menurut Encik Shah Azam, “Konsep memberi atau bersedekah patut diterapkan secara konsisten bukan sahaja pada bulan Ramadan bahkan pada bulan-bulan lain juga kerana amalan bersedekah dapat meningkatkan nilai-nilai murni peribadi kita di samping mempererat kemesraan di kalangan masyarakat tanpa mengira taraf dan darjat,” 




Sekitar majlis berbuka puasa bersama anak yatim 

para blogger di meja yang disediakan

Aneka juadah yang ada di Buffet Ancasa Royale Pekan :D

Usai sahaja azan maghrib para tetamu yang hadir berbuka puasa dengan pelbagai hidangan yang enak berkonsepkan ‘Kampung Boy’yang pastinya memang menggamit nostalgia zaman kanak-kanak sewaktu di kampong halaman serta keenakan berbuka dengan masakan bonda

Sempat bergambar kenangan bersama Blogger Pahang ๐Ÿ˜Š 

Kepada para pembaca blog husniey ni atau sesiapa saja yang mana ingin merasa masakan persis air tangan ibu, anda bolehlah mendapatkan baucer Ramdan Buffet Hotel Ancasa Royale pada harga RM 68 untuk dewasa dan RM 40 untuk kanak-kanak. Harganya berpatutan dan berbaloi, terdapat banyak jenis lauk pauk, hidangan pencuci mulut yang pelbagai. Servis juga bagus :)


MAKLUMAT LANJUT UNTUK TEMPAHAN

TALIAN: 09-424 6600

WEBSITE: www.ancasahotels.com

Reading Time:

18 May 2018

Chefmanship Akademi Mendidik Pengendali Makanan (Pengurusan Sisa dan Lebihan Makanan Sebelum Bulan Puasa)
18 May 7 Comments

15 Mei 2018 | Unilever Food Solutions bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sejajar dengan rancangan Kehidupan Lestari untuk mengurangkan pembaziran makanan anggaran 8,000 tan sehari di Malaysia

Program dimulai dengan Forum dari pihak MBKT, Jabatan Kesihatan dan turut hadir seorang pendakwah untuk menyampaikan mesej kepada para pengendali makanan.

Gambar ketika forum berlangsung


Chefmanship Akademi (CA) yang dikelolakan oleh Unilever Food Solutions (UFS) telah memperkenalkan modul yang terbaru, dengan menumpukan perhatian pada pengurusan sisa dan lebihan makanan, kos pengiraan dan cerita kejayaan pengendali supaya memperbaiki dan memperolehi pengetahuan mendalam program inovatif kami

CA menekan pada usahawan yang bijaksana dan membantu pengendali makanan mempelajari tentang kualiti makanan, perkhidmatan dan efisiensi supaya boleh menjadi cef yang lebih baik

Matlamat utama yang ditetapkan oleh Unilever Sustainable Living Plan (USLP) adalah untuk meningkatkan tabiat kesihatan, kesejahteraan dan kesihatan di Malaysia.

Gambar ketika ucapan Ketua UFS

Ketua Negara UFS Malaysia, Nusrat Perveen berkata di upacara pelancaran:
UFS memulakan program pertama CA 2018 bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) untuk kali pertama dan melibatkan an lebih daripada 1,000 pengendali makanan yang berkongsi melalui CA.”

Nusrat berkata bahawa berdasarkan data dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) pada 2016, rakyat Malaysia membazir makanan berjumlah 15,000 tan setiap hari, di mana 8,000 tan adalah sisa dan lebihan makanan, 3,000 tan anggaran adalah makanan yang masih boleh dimakan dan makanan dibazir menterjemah kepada hampir 1.1 juta tan setahun



CA-TRG27:  Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Mohd Adzhar bin Mohd Zahari  (dua dari kanan) dan Ketua Negara Unilever Food Solutions Malaysia Nusrat Perveen (kanan) dalam pelancaran Program Akademi Chefmanship di Stdium Negeri, Kuala Terengganu baru-baru ini

Sejak CA dilancarkan pada tahun 2013,
UFS telah bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan seluruh Malaysia. Untuk Lembah Klang, pelbagai sesi CA telah dilanjutkan dengan jayanya bersama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Selayang (MPS),
Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) serta Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Klang & Pantai.

Program CA juga turut telah bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Nusrat berkata, “Chefmanship Akademi dari Unilever Food Solutions merupakan inisiatif pertama seumpamanya di Malaysia. Dari titik permulaan dengan penglibatan 400 orang, kini anggaran lebih daripada 43,000 pengendali makanan sudah terlibat dalam CA

Antara produk yang dikeluarkan oleh UFS: Lady's Choice, Knorr, Lipton, Planta dan banyak lagi 

“Kami amat gembira bahawa CA sedang berkembang dengan cepat, dengan pertolongan rakan sepandangan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri dan persekutuan,” kata Nusrat.

UFS Malaysia berganding bahu dengan PBT utama dan organisasi swasta supaya meningkatkan teknik pengendali makanan yang terlibat dan memperolehi pandangan mendalam untuk pergurusan makanan, menjimat masa dan beroperasi lebih berkesan terutamanya dengan pertambahan kos operasi termasuk bahan makanan.

Ini akan meningkatkan kesedaran pengendali makanan tentang perkembangan baru dalam industri dan membantu mereka memahami keperluan peraturan dengan mendalam.
CA menggabungkan maklumat terkini dengan penyelidikan industri supaya dapat menyediakan pengalaman yang meliputi lebih daripada 100 topik, termasuk cara meningkatkan teknik memasak dan membangunkan praktis bisnes yang sesuai.

Dengan mengadakan Chefmanship Akademi, UFS menyasarkan supaya kesihatan orang ramai tidak terjejas apabila bersantap di luar. Penyedia makanan akan membantu dalam memartabatkan kebersihan makanan dan tidak mengutamakan kemudahan dan keuntungan sahaja, terutamanya semasa bulan berbuka puasa di mana sudah menjadi kebiasaan dan keselesaan orang ramai untuk mengunjungi gerai makanan Bazar Ramadhan,” Nusrat kata.

Nusrat berkata, “Penggunaan peluang ini untuk mencipta rangkaian dengan WeChat oleh UFS bukan sahaja menyediakan komunikasi yang bertambah baik, tetapi juga untuk memberi serta menyampaikan informasi dan garis panduan cara-cara menjadi pengendali makanan yang lebih baik.

“Laman web UFS akan menunjukkan pelbagai kandungan rangkaian yang digemari oleh pencinta makanan atau cef supaya mereka dapat melayari semasa masa lapang, termasuk inspirasi cef tentang resipi baru, produk dan perkhidmatan yang dicipta oleh cef untuk cef sahaja,” Nusrat kata

Nusrat berkata lagi bahawa laman web kerap disegarkan dengan kemudahan link terus ke laman web utama, www.unileverfoodsolutions.com.my.

Sempat bergambar bersama Blogger Jemputan dan PR Program UFS. 
Thank you for invite us ❤️

Blogger Jemputan dan PR 



Unilever Food Solutions – 

Unilever Food Solutions - Who We Are?
Unilever Food Solutions is the food service division of Unilever

Our ingredients are some of the staples of professional kitchens in 74 countries around the world: Knorr, Lady’s Choice, Lipton, Planta and more. We provide products that save precious prep time in the kitchen, without compromising on flavour or flair. We’ve been in food since the 1880s. We’re chefs ourselves. So we understand that critical balance between impressing your guests and making a profit. And how to keep your menus and recipes fresh and exciting, as times and tastes change. 

Unilever Food Solutions is committed to sustainable growth whilst making a positive impact on the food service industry. That means creating healthy, nutritious ingredients using sustainably-sourced packaging that generates less waste. It also means providing services that help chefs and operators run a more sustainable kitchen with healthier menu options for diners. It’s a socially and environmentally friendly way of doing business.

Reading Time:

17 May 2018

Salam Ramadan 1439H
17 May 10 Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Alhamdulillah diberi peluang bertemu kembali pada Ramadan tahun ini. MasyaAllah pantas sungguh waktu berlalu..

Di kesempatan ini husniey ingin memohon maaf andainya terdapat kekhilafan sepanjang mengenali kalian. Tak kisahlah kita tak pernah berjumpa atau pun tak kan๐Ÿ˜…

Ramadan 2018 masih lagi berdua, mungkin pada mata orang lain
"alah bilalah kau ni nak bertiga bereempat kan." Untuk persoalan begini husniey tiada jawapan.
Allah saja yang tahu bila waktunya. Bagi husniey dan suami tak kisahlah tatkala menghadapi waktu susah atau senang paling penting ialah kami tetap merasa bersyukur. Alhamdulillah dengan keadaan ini ada yang diuji lebih teruk. Berpuluh tahun menanti pasangan, hidup sebatang kara.
Moga dengan merasa cukup (Qanaah), Allah akan tambahkan lagi nikmat yang lain ☺️

Tiap kali tiba Ramadan, husniey teringatkan insan insan yang telah tiada di dunia ini. SubhanaAllah rindunya! Orang yang baik ni, bila meninggalkan dunia kita terasa seperti mereka masih ada, cuma mungkin jasadnya sahaja tak ada. Tapi kenangan dan auranya sentiasa dalam ingatan. Al-fatihah untuk yang telah pergi. Ayah mertua, kedua nenek dan atuk, bapa bapa saudara tersayang ๐Ÿ˜ฅ Ramai yang telah pergi mengejut..
Itulah ajal, giliran kita dijemput tak tahu pula bila

Dalam 11 bulan yang ada sepanjang tahun, mungkin tak sedar banyak khilaf yang telah kita buat. Dijadikan 1 bulan ini (Ramadan) untuk menyucikan jiwa dan banyakkan bertaubat, dan Allah juga sediakan ganjaran hebat. Memanglah kita tak nampak di dunia ni, tapi insyaAllah di akhirat nanti kita akan lihat hasilnya

Jangan lupa ya

❌ Kurangkan mengumpat dan bergosip 
❌ Kurangkan bercakap perkara mengarut
✔️ Lazimkan dengan zikir / mengaji / solat sunat 
✔️ Bersedekah 
✔️ Membantu urusan isteri di rumah 
✔️ Banyakkan berdoa untuk diri kita, keluarga dan saudara seIslam di seluruh dunia. 
Di Palestin sedang berlangsung peperangan kerana yang terkini Amerika Syarikat baru beberapa hari mengisytiharkan Baitulmuqaddis menjadi ibu negara Israel, dan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Jerusalem.
Ramai saudara kita yang terkorban. Allahuakbar. Sungguh kita sedang berada di akhir zaman ๐Ÿ˜ญ

Untuk maklumat terkini boleh lihat di Facebook Page: Aman Palestin

DOA QUNUT NAZILAH 


Orang Arab selalu menyebut ุฑู…ุถุงู† ูƒุฑูŠู… Ramadhan Kareem bila datangnya bulan Ramadan.
Apakah maksudnya?

Iaitu bulan istimewa dan yang mulia.
Terdapat banyak keistimewaan antaranya ialah:

1. Terbuka luas pintu taubat
2. Dilipat gandakan pahala kebaikan
3. Dan paling hebat adalah Lailatulqadar.

Jadi jawabnya ialah ุงู„ู„ู‡ ุงَูƒْุฑَู…ُ Allahhu Akram (Allah Maha Pemurah/Dermawan/Mulia)
Sebab Allah lagi Maha Pemurah, Maha Mulia dan Penyayang, menganugerahkan bulan Ramadan serta pelbagai keistimewaannya buat kita

Reading Time:

13 May 2018

Should You Buy or Rent Your Home in Singapore?
13 May 7 Comments

Should You Buy or Rent Your Home in Singapore?

It is an age-old question. Should you rent or should you buy? There are advantages to both and whether these advantages appeal to you or not will largely depend on your lifestyle and financial prudency. So, before you bite the bullet and pay for a hdb or bto in Singapore, read on so you can make an informed decision.


In this guide, we provide a comparison of the advantage of buying as well as renting.

The pros of renting

1. Lighter financial load

Just because everyone is saying you should ballot for an HDB flat, doesn’t mean that you necessarily should. Purchasing property is a huge financial commitment that needs to be well planned. If you don’t see owning property as your own personal goal, then you may be better off just renting. Many make the decision to buy but end up paying for it all their working lives.

Renting will involve less financial hardship and commitment in the short-term. You don’t have to dig around for enough money for a down payment and you’re not tied down to a mortgage for the next 30 years of your life.

When worse comes to worst, you always have your family to fall back on and you can move back home. If you don’t, you can simply downgrade to a smaller home, or even a shareflat.

2. Flexibility to move

Renting gives you the flexibility to move whenever and wherever you want, subjected to your tenancy lease of course. Most Singaporeans live in accommodation that either they or their families own. So, you often hear of complaints from some guy or girl that lives in Jurong West but needs to commute to the financial district for work. Renters need not face this problem. If you’ve got a new job in a new area, you always have the option of packing up and moving to lessen your commute.

3. Fewer maintenance obligations

If you are renting your home, your only obligation is to pay the rent on time. While you are responsible for the general cleanliness of your home (like cleaning up the vomit your friend left on the living room floor after a night of drinking), most things related to the home are not your responsibility. You are usually just responsible for keeping the place in good condition, of course, depending on your rental contract. However, for larger issues such as maintenance and repair, these are the responsibility of the landlord and out of your hands.

The pros of buying

1. Rents are expensive

Although buying a house may require a hefty down payment, rents aren’t the savvy savings idea it used to be. You might be paying as little as $500 for a room in a shared HDB flat in Yishun, but this cost will rise if you rent a whole property. For example, a one-bedroom or studio apartment can set you back $20 to $2500 in decent areas like Jurong East. On the other hand, if you take out a 20-year $300000 mortgage to buy a 4-room HDB flat, you will be paying a fixed amount of $1400 each month, which would be equal to what you’d be paying in rent for a 1-bedroom HDB unit.

2. Generating income

Buying a home can sometimes help to generate income. You can turn your property into a rental and if everything is in your favor, you might just make steady returns on your investment. Also, if you can accord to purchase a home with more bedrooms than what you need, you have the option to rent them out if you are willing to.

Although with the Minimum Occupation Period, you may be limited in what you can do to make money off of your property if it is a HDB, there are still ways to get a bang for your buck. You can sublet rooms in your house as long as you continue to live in the flat. If you’re young and single, it might even be chance to network and expand your friends list.

3. Government grants

Qualifying for a HDB grant alone is enough of an argument to buy a flat. It doesn’t matter if you really need it or not. The government is essentially giving you free money. So why not take advantage of that to get yourself a financial windfall.

4. Investment potential

Property is a tangible asset. It will appreciate in value in the long-term. Further down the road, you might be thinking of selling the property for a profit, or quickly flipping it in a lipstick flip. As Singapore doesn’t have any capital gains tax, any profit you make from the property yours to keep – of course, after deducting legal fees, property tax paid over the years, interest on your mortgage as well as any renovation and maintenance costs, that is.

5. Tax deductables

Your mortgage and property taxes are tax deductible. That means you get more of your money by buying instead of renting, as renting does not come with any tax breaks at all.

6. Inheritance

Any property you own can be inherited by your descendants. As there is no inheritance tax in Singapore, so this means when you die, your flat or apartment can be passed on to your spouse or your children, without them being taxed for it. You can buy a home for your family members if you want to provide for them after your death. However, bear in mind that most HDB flats and residential properties are on a 99-year lease. This means that they will not be passed down your family forever.

7. Customizable

The good thing about owning your own home is that you can do anything you want to it. Want your home to resemble a nightclub? Go ahead. Want to plaster your walls with BigBang wallpaper? Be our guest. There is nothing you cannot do to your own home.

Reading Time:

11 May 2018

SPRING & DUCK GIVEAWAY BY BLOG NADIAIZZATY.NIA
11 May 7 Comments

Assalamualaikum dan Hai semua, 

Kalini husniey mengambil peluang untuk menyertai giveaway dari blogger Nadia Izzaty. 

Hadiah yang disediakan sangatlah menarik.. Semuanya comel comel. 


Grand prize; 
New Duck Scarf Matte Satin Silk & Korea Bookmark

2nd and 3rd Prize Small Korean Purse & Bookmark

4th Prize Sock and Fridge Magnet 

Bestkan hadiah hadiah yang menanti anda? Okay jangan lupa join ya. 

Apa yang Husniey suka tentang blog Nadia ni? Simple but nice. Suka tengok template blognya.. ๐Ÿ˜
Actually husniey baru sahaja menjadi followers beliau di blog, namun sudah terdahulu follow di IG.. Suka tengok IG Nadia, nice feed.. Husniey tak ketinggalan untuk like all the pics.. Hahaha sebab gambarnya semua lawa lawa. Beliau juga seorang kaki Travel.. Haa nanti jangan lupa ya ceritakan di blog pasal trip ke Korea dan Phuket. Husniey tak sabar nak baca ๐Ÿ’•

Apa yang husniey kurang suka? Tak pastilah.. Mungkin hampir takde kot 

Moga ada rezeki menang salah satu hadiah dari GA ni ๐Ÿ˜
Pada anda yang nak join sila klik pada Banner di atas 

Reading Time:

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com