Cadangan Tempat Makan (TKafe Food Court) - Husniey Husain

12 March 2018

Cadangan Tempat Makan (TKafe Food Court)




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
kali ini husniey nak berkongsi cadangan tempat makan di Kuala Terengganu
Husniey dapat banyak pertanyaan dari rakan-rakan "dekat mana nak makan kalau jalan jalan di Terengganu". Itulah tujuan husniey menulis disini sedikit sebanyak dapat membantu insan diluar sana yang memerlukan informasi berkaitan

Jika anda berpeluang datang jalan - jalan di Terengganu husniey nak tekankan disini jangan risau ya tak susah langsung nak cari tempat makan yang okay, terdapat banyak restoran / warung / medan seleraTempat yang husniey dan suami suka singgah untuk makan malam terletak berhampiran Giant Hypermarket tepi jalan utama sahaja
Baca sehingga perenggan terakhir, ada diselitkan peta ke lokasi





Apa Yang Menarik Disini?

Pelbagai menu yang ada disini, 
Konsep disini sama seperti makan di RNR. Layan Diri Sendiri ya
Gerai gerai yang ada disini :


  • Gerai Chicken Wing
  • Gerai Satay 
  • Gerai Ikan Bakar 
  • Gerai Sengkuang Calit, Waffer
  • Gerai Nasi Kerabu
  • Gerai Laksa Penang Pior
  • Gerai Nasi Lemak Kukus
  • Gerai Char Kuey Teow 
  • Gerai Hot Plate & Clay Pot
  • Mama Chops Papa Grill
  • Air Buah Kaw 
Suka cuba makanan yang terdapat di gerai disini kebanyakannya sedap,
harga pun berpatutan 😍
Menu masakan panas seperti nasi goreng, mee goreng dan lain-lain perlu membuat pesanan terus dikaunter begitu juga bagi minuman  




Yang husniey suka sate disitu, sedap dan murah. 
Secucuk berharga 60 sen, ada sate ayam dan daging
Kuahnya dan rempah sate memang terbaik
Roti canai dan roti bakar pun sedap, husniey dah pernah rasa
Nasi goreng kampung pun sedap, satu pinggan hidangan banyak juga



Jika berpeluang dapat lihat persembahan live band pada malam hari, 
suasananya santai dan suara penyanyi band tu pun boleh tahan takdelah memekakkan telinga pun. Harga makanan pula bergantung pada menu yang kita pesan
Husniey suka betul datang sini sebab banyak pilihan makanan dari
Western and Eastern, Makanan ringan, Pencuci Mulut, Minuman buah buahan, 
nasi kerabu nasi lemak dan lain lain. Semoga perkongsian ini bermanfaat ya! 


PETA LOKASI



Baca sini entri berkaitan :

 >> Cadangan Tempat Makan di Terengganu <<



6 comments:

  1. Ni kalau balik KT kena rujuk entri husniey. Selalu blur tak tahu nak makan mana kalau balik sana.

    ReplyDelete
  2. memang nampak sedap satay tu

    ReplyDelete
  3. Best bila ada tempat makan semua under one roof..
    Macam-macam pilihan makanan boleh rambang mata nih, hehehe..

    ReplyDelete
  4. sedapnya kak..rabia nk try lah makan kt cni

    ReplyDelete
  5. eh murahnya satay secucuk 60 sen je! Dekat sini dah cecah seringgit, itu pun banyak lemak je :(

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai

Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan blogwalking

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com