Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah RM 6 Juta Berikutan Prestasi Cemerlang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Berharap semuanya sihat dan ceria selalu.  Hari lahir best friend anda dah tak lama lagi?  Ulang...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Berharap semuanya sihat dan ceria selalu. 
Hari lahir best friend anda dah tak lama lagi? 
Ulang tahun perkahwinan dah dekat tapi tak ada idea nak suprise pasangan anda? Nahh, korang boleh pamerkan dan meluahkan rasa yang ada terbuku dihati dengan jambangan bunga segar yang indah ini. Nak melamar kekasih, nak beri kejutan pada ibu atau guru? 

Jambangan bunga ini sesuai untuk pelbagai tujuan. Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu. Mesti berbunga perasaan bila dapat kejutan jambangan bunga ni kan 😍





Flower Chimp akan memenuhi keperluan anda dari harga jambangan bunga serendah RM89 sahaja. Tidak perlu susahkan diri nak menapak ke kedai, anda boleh membuat pesanan atas talian dan Flower Chimp membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, meliputi 80 daerah termasuk di Sabah dan Sarawak juga.


Industri e-dagang semakin pesat di peringkat global telah memacu perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang. Bayangkan, betapa mudahnya anda boleh memilih jambangan bunga kegemaran anda dan merancang penghantaran semudah di hujung jari sahaja. 

FLOWER CHIMP MENAWARKAN PENGHANTARAN PERCUMA 
Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah perkhidmatan Flower Chimp, penghantaran bunga dalam talian menjadi pilihan utama pelanggan. Anda turut boleh menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka. 


“Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp. 

Maximilian Lotz
Chief Executive Officer, Flower Chimp

Niklas Frassa
Chief Operating Officer, Flower Chimp

TERIMA PELABURAN BERJUMLAH RM 6 JUTA BERIKUTAN PRESTASI CEMERLANG DI ASIA TENGGARA 

Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice. 

“Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah Lotz. 




Lotz dan rakan kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara langsung bagi setiap pesanan. “Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan keperluan mereka,” kata Frassa. 


Kata Frassa lagi, “Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4)  2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina”. 

Untuk Maklumat Lanjut dan berminat dengan servis perkhidmatan Flower Chimp ini sila rujuk di bawah ini 

Flower Chimp di Malaysia 
Laman Sesawang: 
www.flowerchimp.com/
Facebook: 
www.facebook.com/FlowerChimpMY/
Instagram: @flowerchimp

Flower Chimp di Indonesia
Laman Sesawang: 
www.flowerchimp.co.id/
Facebook:  
www.facebook.com/FlowerChimpID/
Instagram: @flowerchimp.id

Flower Chimp di Filipina
Laman Sesawang: 
www.flowerchimp.com.ph/
Facebook: 
www.facebook.com/FlowerChimpPH/
Instagram: @flowerchimp.ph

MENGENAI FLOWER CHIMP
Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara. Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia, mereka mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian. Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh negara. Sejajar dengan peningkatan perniagaan tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang. 

Buat masa ini, Flower Chimp beroperasi di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Dalam masa terdekat, dua usahawan bercita-cita tinggi ini bakal melancarkan platform mereka di Singapura dan negara Asia Tenggara lain.

You Might Also Like

8 comments

  1. cantik gila gubahan dia. ingatkan harga rm150 tadi hehhe rupanya murah je. oh ya, nak bagitahu ni saya letak blog ni dalam bloglist di sidebar saya ye ? suka dengan blog ni

    ReplyDelete
  2. Hebat betul Flower Chimp ni HH, jual bunga dalam talian tapi mampu menjana pendapatan yang menakjubkan hingga ke peringkat antarabangsa.. Flower arrangement pun cantik, I like..

    ReplyDelete
  3. Cantik pilihan bunga kat sini kan Husniey..

    ReplyDelete
  4. cantiknya bunga bunga ni! ada sesiapa nak buat suprise untuk saya tak hehehehehe

    ReplyDelete
  5. Cantik cantik bunga dekat flower chimp ni. Harga pun berbaloi dgn apa yg kita dpt. Tahniah flower chimp.

    ReplyDelete
  6. bestnyaaa kalau ada yang hantar kat kite munge2 cantik ni =D

    ReplyDelete
  7. nak satuuu husniey,cantik sangatt

    ReplyDelete
  8. geramnya tngok bunga diaaa. comel smuanya <3

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.