Perubahan Ketara Setelah Sebulan Menggunakan Pelembap Muka Hansaegee Nature | Aqua Whitening Cream - Husniey Husain

Breaking

Husniey Husain

Menulis Dari Hati, Via Jari Jemari

Post Top Ad

Wednesday, 20 February 2019

Perubahan Ketara Setelah Sebulan Menggunakan Pelembap Muka Hansaegee Nature | Aqua Whitening Cream

Hai Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kalian semua. Macam mana rasanya melangkah masuk ke bulan Februari 2019? Feeling good excited, ke cuma biasa biasa jer. Hehe. Masih ingatkah tentang perkongsian husniey pada bulan Januari yang lepas pasal produk best dari Korea iaitu Hansaegee Nature. Haa pada kali ini izinkan husniey nak berkongsi dengan anda semua tentang perbezaan selepas menggunakan Aqua Whitening Cream selama sebulan lebih.


Sebelum bercerita lebih lanjut husniey kongsikan sedikit tentang fungsi Aqua whitening cream ini ialah membantu melembapkan kulit, merawat tona tak sekata serta paling husniey suka tentang fungsi krim terbaik ini ialah ia turut mencerahkan kulit. Bagi anda yang idamkan kulit putih sihat dan kekal kelembapan yang lama sangat disarankan mencubanya.

Look at the texture! Sejuk je bila apply ke kulit. Husniey suka betul.


Tak lupa dibawa bersama ketika travel :) 


Kulit Wajah Husniey Sebelum Menggunakan Aqua Whitening Cream

Mesti para pembaca semua tak sabar nak lihat perubahan kulit husniey setelah menggunakan Aqua Whitening cream selama sebulan lebih ini, sebelum itu jom kita tengok dulu kulit wajah husniey sebelum mengamalkan pemakaian krim. Taaadaaa. Itu dia sila jangan kecam okay! 


Sebelum menggunakan Aqua Whitening Cream:
Jelas kelihatan kulit wajah nampak suram kusam dan gelap :( 

Al maklum sajalah husniey baru dapat kesedaran untuk menjaga kulit dengan lebih serius dan memastikan tidak terlepas rutin seharian untuk merawat kulit wajah. Setiap hari kuit kita terdedah pelbagai suasana (kotor, debu, cuaca panas). Ini semua penyebab kulit kita cepat rosak jika tidak dijaga rutin penjagaan harian. Oh ya  pelembap antara langkah penting bagi memastikan kulit kita sentiasa sihat. 


Perubahan Ketara Setelah Sebulan Menggunakan Produk Hansaegee Nature

Alhamdulilah.. Serius dan jujur husniey katakan tentang Aqua Whitening Cream ini, memang terbaik dan semakin serasi menggunakannya. Tak sedar dah tinggal sedikit je lagi baki krim. Hehe nah tengok gambar di bawah. Husniey review, mestilah gunakan ia dengan betul dan konsisten sebelum menulis di blog dan memberi pandangan tentang sesuatu produk.

Selepas menggunakan Aqua Whitening Cream:
Kulit tampak bermaya dan lebih cerah


Really in love with this cream.

Rasa teruja setiap kali sapu Aqua Whitening Cream pada kulit muka sebab ia jenis waterbase bukan krim biasa yang kita beli dekat pasaran luar sana tu. Aqua Whitening Cream ini sangat tinggi kualitinya, bila setelah beberapa saat anda sapu  perlahan boleh tengok titisan waterdrop yang keluar dari kawasan muka yang kita sapu tu. Haa lepas tu dap dap tepuk bagi rata ke seluruh wajah. Sejuk je muka ni. Nak apply sebelum menggunakan makeup sangatlah sesuai, makeup jadi lebih smooth. 

Sebelum terlupa walaupun produk Hansaegee Nature ini dari Korea tapi anda tidak perlu risau tentang tempoh penghantaran. Kita takkan menunggu lama pun, kejap aje dah sampai ke rumah sebab Hansaegee Nature ada HQ di KL tau. Menarik bukan? Iya tak tipu ini. Jemput tonton video husniey ada share di Youtube.

Tonton video disini ~ 


Saiz: 50 ml 
Sesuai Untuk All Skin Type (Kulit Kering, Berminyak,Berjerawat) 
Fungsi Best: Melembap dan Mencerahkan Kulit. Dari bahan yang terbaik

Rating diberikan untuk produk best: 
4.5 / 5 bintang! 🌟 🌟 🌟🌟

Yeay memang best dan terbaik! Highly recomendded. Will repeat order. 

Anda yang teringin nak rawat kulit kusam pada wajah disarankan mencuba. InsyaAllah serasi. Kulit muka husniey juga bukanlah jenis mudah serasi dengan kebanyakan produk, adakalanya lambat juga nak dapatkan kesan positif tapi tak sangka bila kenal dengan produk Hansaegee Nature kulit boleh berubah ke arah lebih sihat. Semoga 2019 ini kulit kita makin cantik sedap mata memandang, barulah meningkat confident level rasa happy nak berhadapan dengan rakan-rakan sekerja dan orang sekeliling. 

Maklumat Lanjut Sila Layari: 

15 comments:

  1. Alhamdulillah.Kalau Husniey rasa serasi dan nampak kesan baiknya..puas hati..teuskan ya.

    ReplyDelete
  2. Bestnya! Siqah teringin nak cuba pelembap Hansaegee Nature ni jugak. For now, pakai pencuci muka best <3

    ReplyDelete
  3. nampak perubahan tu husniey teringin nak try etek la nanti

    ReplyDelete
  4. eyh napok gok tu husniey. bagus dih.

    ReplyDelete
  5. kulit kak reen pun kusam gak ni.mncri2 moisturiser baru gak ni.nti akk usha2 page ni

    ReplyDelete
  6. lama dah usha produk ni sbb nampak best

    ReplyDelete
  7. memang nampak perubahan husniey..lagi sayang laa izzat..hik3

    ReplyDelete
  8. Produk ni memang berkesan pun. Saye pun Ada guna jugak. hee

    ReplyDelete
  9. besar jugak bekas dia eh..nampak sangat perubahan tu husni..

    ReplyDelete
  10. Wah, memang nampak ketara sangat dengan gambar sebelum awak pakai krim nie..

    ReplyDelete
  11. mmg nmpk ketara. bagus nya hansaegee ni..

    ReplyDelete
  12. waah perbezaan yang jelas. bagus testimoni cemni =D

    ReplyDelete
  13. Iya laaa nampak semakin glowing kulit muka HH..
    Sis ada juga masalah kulit kering dan tak sekata.
    Serious kena cuba sendiri krim Hansaegee ni..

    ReplyDelete
  14. produk Hansaegee mmg terbaik la mama tgk sendiri opismate mama pakai mmg cantik

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah kalau serasi kena teruskan..best woh kalau kulit muka cantik rasa yakin je

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.