Aneka Kek Coklat Dan Kek Berkeju Yang Sedap Dari Bakes2Bites

Mini Kek Sedap Dari Bakes2Bites Di Kuala Terengganu  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Harapnya para pembaca semua dalam keadaan ...

Mini Kek Sedap Dari Bakes2Bites Di Kuala Terengganu 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Harapnya para pembaca semua dalam keadaan baik-baik saja. Sedar tak sedar dah pun masuk bulan terakhir bagi 2019. Musim hujan sudah tiba. Musim hujan dan mood lapar berpisah tiada, hihi setuju bukan? Mula lah mulut ini teringin nak mengunyah itu ini, termasuklah duk teringin nak makan kek. Nak tunggu hari jadi lambat lagi, tahun depan pula kan. Jadi kita cuba merasa kek dari Bakes2Bites by Puan Fatiah.

Sempena kempen Buy Muslim First #BMF, jomlah kita menyokong perniagaan saudara seislam kita dalam mencari rezeki. Bakes2Bites dikelola oleh Puan Fatiah. Terdapat banyak jenis kek yang korang boleh rasa, haritu husniey baru aje mencuba beberapa jenis. Semua sedap sangat, rasa kek yang premium. 

Ada 5 jenis mini kek yang dicuba antaranya ialah; Chocolate Moist Cake, Oreo Cheesecake, Pandan Cheesecake, Nutella Chocolate dan Vanilla Cheesecake. Paling menarik tertarik dihati husniey ialah; Kek Mini Nutella Chocolate Cheese. Rasa yang kaya dengan coklat, isi padat tau penuh sebekas tu. Harga dijual dari RM 7 hingga RM 12 sahaja.


Terliur bukan? 😍 

Yang bagusnya patut dipuji sebab mini kek dari Bakes2Bites ini tak keterlaluan manisnya. Menggunakan bahan yang berkualiti, boleh rasa dari chocolate yang digunakan tu bukan kaleng-kaleng. Paling suka kalau kek pandan terasa lah pandannya, ada beza tau. Kalau perisa vanila juga terasa vanila. Pujian ini jujur ya. Eh untuk makluman, bukan mini kek saja yang dijual. Ada juga kek bersaiz lebih besar jenis yang berbeza, sesuai bagi anda yang bercadang untuk buat pesanan untuk majlis atau jamuan kecil-kecilan. 

Pandan Cheesecake. Sedap sungguh



Sebelum terlupa husniey nak beritahu ni. Bakes2Bites turut membuat penghantaran bagi setiap pesanan. Lokasi penghantaran di kawasan Kuala Nerus, Gong Badak, Kuala Terengganu. Kalau pesan banyak mungkin anda tak dikenakan cas penghantaran. Jadi agaknya berapa rating untuk mini kek dari Bakes2Bites?


Rating diberikan 4.8/5 bintang! Kek yang enak dimakan, tak rasa muak langsung. Confirm tak cukup satu bekas. Semoga semakin bertambah maju jaya. Untuk maklumat lanjut tentang jenis kek lainnya sila rujuk instagram @bakes2bites dan nombor untuk dihubungi: Puan Fatiah | Bakes2Bites: www.wasap.my/013-4340960

You Might Also Like

3 comments

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.