PROGRAM JELAJAH PESONA SELANGOR 2020 - Promosi Pelancongan Negeri Selangor Di Kuala Terengganu - Husniey Husain

Breaking

Husniey Husain

Menulis Dari Hati, Via Jari Jemari

Post Top Ad

Friday, 25 September 2020

PROGRAM JELAJAH PESONA SELANGOR 2020 - Promosi Pelancongan Negeri Selangor Di Kuala Terengganu

PROGRAM JELAJAH PESONA SELANGOR 2020 - Program Jelajah Promosi Pelancongan Negeri Selangor Bukti Tourism Selangor Komited dalam Memperkasa Sektor Pelancongan Domestik Pasca Pandemik Covid-19


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Semoga sihat selalu dan ceria sentiasa. Cakap pasal travel ni antara part yang paling husniey suka ialah explore tempat baru. Semakin jauh perjalanan maka makin luas permandangan serta makin banyaklah pengalaman hidup. Baru-baru ini husniey berkesempatan untuk hadir ke program anjuran Tourism Selangor bertempat di Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu. 


Terkejut apabila mendengarkan ucapan dari Pengurus Besar Tourism Selangor, Tuan Azrul Shah mengatakan destinasi popular seperti Fraser's Hill dan Genting Highlands separuh darinya ialah berada dalam Negeri Selangor. Wah menarikkan fakta ini bagi mereka yang belum mengetahui. 


KUALA TERENGGANU, 22 September 2020- Pandemik Covid-19 yang melanda dunia tanpa diduga telah memberikan impak kepada industri pelancongan Negara. Namun, pembukaan semula sektor pelancongan domestik sempena penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) seakan memberi sinar baharu kepada industri yang terjejas teruk ini.

Dalam menyemarakkan usaha proaktif ke arah penetapan semula industri pelancongan Negeri Selangor atau visi “reset tourism”, Tourism Selangor selaku Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri Selangor sedang giat menggerakkan sebuah Kempen Promosi Pelancongan Domestik; Pusing Selangor Dulu.


Tourism Selangor mengorak langkah pasca pandemik Covid-19 dengan penganjuran Program Jelajah Pesona Selangor 2020 Edisi ‘Nak Bercuti, Pusing Selangor Dulu’ ke Negeri Terengganu Darul Iman pada 22 September 2020. Program ini disertai oleh delegasi dari Negeri Selangor yang terdiri dari wakil daripada Pejabat EXCO Pelancongan Negeri Selangor, Tourism Selangor, MATTA Selangor, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), dan empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor iaitu Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Daerah Kuala Selangor dan Majlis Daerah Hulu Selangor.

Pelancaran Program

Program Jelajah Pesona Selangor ke Negeri Terengganu menerima kerjasama baik dari pihak MATTA Terengganu dan Tourism Terengganu. Program Jelajah ini turut menerima sokongan dari pihak MOTAC Terengganu dan Tourism Malaysia Wilayah Timur. Tahniah bagi kedua negeri Selangor dan Terengganu kerana saling bekerjasama dan memberi idea, bukan bersaing malah melengkapi. Teruja rasanya bila pihak penganjur memilih negeri Terengganu merasmikan promosi Jelajah Pesona Selangor 2020. Terbaik!


Program Jelajah ini dimulakan dengan sesi Government-to-Government atau G2G sebelum diteruskan dengan sesi pertemuan Business-to-Business atau B2B melibatkan para operator pelancongan yang dibawa khas dari Negeri Selangor.




Para Blogger di booth MPAJ, memegang produk inovasi dari banner 

Merasai keenakan buah nangka dari Selangor Fruits Valley


Nangka yang manis, buahnya juga rangup

Program pada hari tersebut turut menyaksikan penglibatan oleh 9 operator produk pelancongan Negeri Selangor seperti Sunway Lagoon, Sunway Resort Hotel & Spa, Farm in the City, Chocolate Museum, GM Klang, Sky Mirror Tour & Travel, Persatuan Homestay Selangor, Selangor Fruit Valley dan JumpStreet Asia. Program Jelajah Pesona Selangor ini akan melabuhkan tirai untuk tahun 2020 di Pulau Pinang pada 7- 9 Oktober 2020. Program Jelajah yang sarat dengan initipati pelancongan ini dilihat mampu memberi manfaat dua hala kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri tuan rumah bagi memacu industri pelancongan Negeri dan meningkatkan bilangan pelancong domestik, khususnya pasca pandemik Covid-19.


Tuan Azrul Shah bin Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor dalam sebuah kenyataan berkata, “Program Jelajah Pesona Selangor 2020 ini merupakan sebuah landasan terbaik bagi memperkenalkan Negeri Selangor sebagai destinasi percutian unggul yang sarat dengan produk pelancongan menarik sama ada yang baharu mahupun sedia ada”.

“Diharap kerjasama pintar ini dapat memberi manfaat bersama yang akan memakmurkan lagi industri pelancongan ke tahap terulung. Hal ini secara tidak langsung akan membuka peluang yang lebih luas dalam usaha mempergiat Pelan Promosi Pelancongan bagi menggalakkan lebih ramai kemasukan pelancong domestik, khususnya ke Negeri Selangor Darul Ehsan”, tambah Tuan Azrul Shah. 

 

Semasa sidang media berlangsung 

Seiring dengan Kempen Pusing Selangor Dulu yang giat dipromosi di laman media sosial rasmi Tourism Selangor seperti di Facebook, Instagram, Twitter dan LinkedIn; Program Jelajah Pesona Selangor 2020 merupakan sebuah penambahan yang signifikan kepada Pelan Promosi Pelancongan Tourism Selangor kerana potensi besar yang dimilikinya dalam memperkenalkan Negeri Selangor sebagai sebuah destinasi pelancongan pilihan di Malaysia.


Apa yang lebih menarik, penglibatan operator produk pelancongan Negeri Selangor dalam Program Jelajah Pesona Selangor 2020 ini membolehkan sesi promosi dan pengenalan produk dilakukan secara terus kepada penggiat industri pelancongan. Hasil perkongsian dijangka dapat disampaikan kepada golongan sasar yang terdiri dari pelancong tempatan yang bermastautin luar dari Negeri Selangor - penyumbang kepada peningkatan ekonomi Negeri menerusi dapatan industri pelancongan.


Untuk informasi lanjut tentang inisiatif Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor dan juga produk pelancongan terbaharu dan sedia-ada di Negeri Selangor, layari laman sesawang baharu Tourism Selangor, Selangor.travel yang ditambah-baik dengan fungsi terkini untuk sebuah pengalaman digital yang komprehensif.


Tentang Tourism Selangor

Tourism Selangor adalah cabang pelancongan Kerajaan Negeri yang ditubuhkan untuk meningkatkan bilangan pelancong tempatan dan antarabangsa ke Negeri Selangor dengan membangunkan keindahan dan keunikan tersendiri Negeri. Banyak inisiatif telah diambil untuk mencapai matlamat ini seperti menganjurkan kempen di peringkat domestik dan antarabangsa, mengadakan misi perdagangan pelancongan yang dilakukan di luar negara, melancarkan misi jelajah dan kembara, dan banyak lagi.


Informasi Lanjut Sila Rujuk Dibawah

TOURISM SELANGOR

Laman Web Rasmi: www.selangor.travel

Facebook: https://www.facebook.com/TourismSelangor

Instagram: https://www.instagram.com/discoverselangor/


3 comments:

  1. Selangor ni banyak jugak tempat menarik cuma kurang exposure berbanding negeri lain. Saya sendiri duduk Ampang pun belum habis explore. Huhu

    ReplyDelete
  2. Ana pun x habis explore selangor ni. Nanti jom JJCM sama2 dkt kuala selangor jom.

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.