Cara Guna Easy Parcel Untuk Penghantaran - Orang Business Kena Try Ni! - Husniey Husain

Breaking

Husniey Husain

Menulis Dari Hati, Via Jari Jemari

Post Top Ad

Monday, 14 June 2021

Cara Guna Easy Parcel Untuk Penghantaran - Orang Business Kena Try Ni!

Jimatkan Kos Postage Dengan Easy Parcel ~ 




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Semoga kalian dalam keadaan baik-baik selalu. Lama husniey tidak membuat perkongsian di blog. Sejak PKP dilaksanakan dan kami suami isteri juga merasa ekonomi makin terjejas dan keadaan ini membuatkan jiwa agak tertekan. Di raut wajah masih boleh tersenyum namun keadaan yang sebenar Allah saja yang tahu. Setiap hari berfikir penyelesaian. Panik sangat takut tak dapat bayar komitmen bulanan, memang dah sampai tahap kais situ, kais sini. Yelah kan sedar-sedar dah pun setahun asyik PKP on off. Kami sudah pun terkesan sejak tahun lalu. 


Emas pun sudah tergadai. Usaha telah ditingkatkan untuk jana pendapatan, namun bila datang PKP sikit sebanyak memang banyak berkurung di rumah. Namun alhamdulilah perlahan Allah bagi jalan memudahkan kesulitan. InsyaAllah semua ini akan pulih tak lama lagi, husniey doakan yang senasib kuat semangat dan dimurahkan rezeki hendaknya 😊


Kali ini husniey ingin berkongsi cara-cara menggunakan website Easy Parcel bagi tujuan penghantaran barang, parcel anda. Entri ini khas untuk peniaga kecilan dan anda yang mungkin mencari info ini. Husniey terima tiga pertanyaan tentang "bagaimana nak pos barang tanpa perlu pergi kaunter, then ada slip airway bil sendiri?" Husniey pun jawablah panjang lebar persoalan rakan-rakan. Ada yang dm di instagram dan ada mesej personal di whatsapp sebab sebelum ini husniey pernah terlibat dalam dunia business juga, jadi mereka cuba rujuklah. Gitu. So sekarang decide nak cerita pada umum. Okay jomlah baca sehingga akhir entri ye!





Cara-Cara Mendaftar Akaun Easy Parcel ~

1) Buka website easyparcel.com, pilih negara - easy parcel Malaysia. Dibawa masuk ke website, pergi ke bahagian atas belah kiri ada tiga garis navigation kan. Pilih untuk 'log in atau pun 'sign up for free'. Kalau belum ada account easy parcel boleh lah mendaftar. Guna email anda.

 

Quote - Book - Print Air Waybill + Attach To The Parcel - Drop Off



2) Kemudian dah siap setup akaun Easy Parcel, anda perlu tambah nilai amaun untuk memudahkan anda membayar cas penghantaranOkay sangat cas yang dikenakan agak murah, tak perlu buang masa pergi ke kaunter dan beratur panjang menunggu giliran untuk urusan pos barang. Kita cuma perlu guna platform easy parcel, pilihan untuk syarikat courier pun banyak. Terdapat pilihan courier seperti Poslaju, J&T Express, Skynet, DHL, ABX, Pgeon dan banyak lagi pilihan syarikat courier lainnya.


Tambah Nilai Ikut Bajet Anda!

Jikalau anda selalu ada banyak parcel, sila tambah nilai banyak terus ye. Minima RM 20, kemudian boleh pilih nak topup RM 50, RM 100, RM 300. Gitu. Biasanya husniey topup sikit je dalam amaun RM 50 aje. Bukannya banyak sangat parcel. Account easy parcel ni berkongsi dengan tuan suami. Tuan suami selalu pos barang guna easy parcel ni. Kalau order masuk dari Shopee, memang guna waybill dari Shopee. 




3) Okay dah settle belajar topup akaun easy parcel kan, seterusnya explore di bahagian send parcel. Klik pada 'Send parcel - single parcel / bulk parcel'. Akan keluar paparan 'Get Instant Quotes'. 

4) Lengkapkan butiran poskod dari negeri, hantar parcel ke mana. Berat parcel dan kemudian klik pada butang pink itu; quote & book. 


Untuk makluman makin tinggi tambah nilai,
makin murah kos penghantaran ~


5) Disini pula anda akan dapat lihat quotation harga penghantaran barang. J&T Express paling berpatutan dan cepat sampai. Rating juga bagus. Kalau nak suruh pihak j&t pickup, kena cukup syarat iaitu minima 3 parcel ye. Pilihan untuk pick up pilih yang ada (simbol gambar lori), kalau nak drop off sendiri dekat cawangan courier,  yang ada gambar (simbol orang berlari) klik book. Nampak macam complicated, tapi sebenarnya mudah bila dah faham langkah-langkah.


Mesti Ada Printer Dekat Rumah! 

6) Kalau buat kerja-kerja berniaga dari rumah, atau dalam istilah lain work from home; pastikan anda sediakan satu printer untuk memudahkan kerja print slip airway bill. Waybill sangat penting untuk pihak courier rujuk, ada barcode semua akan terpapar disitu. 




Tambahan satu alat lagi; kena ada penimbang barang untuk yang berniaga barang jenis berat, nanti kan tak tahu nak letak jumlah berat. Memang wajib timbang. Kalau barang kecil setakat duk dalam parcel bukan dalam kotak besar, mesti boleh agak lagi barang tu biasanya mesti bawah sekilo lah kan. Rate akan berubah kalau berat lebih. Dah siap declare semua.


Pilih Cawangan dan Maklumat Penghantar 






7) Lengkapkan Maklumat Penghantar (Sender Details). Sebelum itu anda kena pilih cawangan courier terdekat, contoh tadi husniey pilih J&T untuk drop off barang. Kemudian pilih cawangan terdekat. Serta lengkap sekali maklumat penghantar termasuk nama, alamat, nombor telefon, email. Lengkapkan juga maklumat penerima parcel, email tak perlu.

Maklumat Penerima

8)  Dah hampir siap, cuma klik add to cart bila dah selesai isi semua butiran. Buat pembayaran guna tambah nilai tadi. Korang akan terus terima airway bill dekat situ jugak, boleh klik print. Nanti akan di download - print waybill - lekatkan atau selitkan pada parcel. 

Contoh waybill :)


9) Drop off parcel di cawangan yang anda pilih tadi, selesai. Itu sahaja! Mudah bukan?




Awal tahun haritu pernah menjual minyak kasturi syifa dan sabun. Sekarang stok agak payah nak dapat.  Saja je cuba berniaga dan letak barang dekat Shopee menjadi pulak. Pada waktu itulah. Last but not least, husniey memang suka guna website easy parcel ni sekali sekala ada juga pos barang kat mak ayah yang jauh di daerah lain. Senang, jimat kos, dan jimat masa tak perlu lagi beratur panjang dekat office courier. Musim pandemik kena pandai jaga diri kan. Okaylah rasanya dah cukup perkongsian pada kali ini, terima kasih sudi membaca. Semoga entri ini bermanfaat 😉


Love,
Husniey Husain

1 comment:

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.